You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN ULU RIBU

33600 ENGGOR
PERAK DARUL RIDZUAN
ABA 4044

MINIT MESYUARAT HEM
BIL 1/2014

Tarikh : 30.12.2013
Hari : Isnin
Tempat : Kantin
Masa : 10.00am

Kehadiran :

1. En. Abdullah Zaini Bin Abdul Razak
2. En. MohdFahrurRozi Bin Ismail
3. Pn.SyarifatulLaili Binti Jumain
4. En. MohdYazid Bin Abdul Hamid
5. En. Ahmad Ridzuan Bin Kamaruddin
6. En Amirruddin Bin MohdLazim
7. En ShahrulAzmi Bin Jamalludin
8. Pn. ZahidahBintiMohdZarkasi
9. Pn. SitiAjirBt Abdul Rahman
10. Pn. Syahrul AinBt Abdul Wahab
11. Pn Rosy MaizatulakmalBtYahaya
12. PnRohanaBtMohdMokhtar
13. Pn Noor ShuhadahBtKassim
14. En MohdAmin Bin Hasan
15. En Megat MohdKhir Bin Megat Ibrahim

Bil Perkara Tindakan
1
1. Ucapan Pengerusi (Guru Besar)
1.1 Mengucapkan selamat datang dan kembali ke sekolah selepas
bercuti.
1.2 Mengingatkan semua guru agar mematuhi semua dasar,visi,misi
KPM,JPN,PPD dan sekolah.
1.3 Mengharapkan agar semua mesyuarat dapat diminitkan supaya
tindakan lanjut dapat diambil.
1.4 Mengumumkan pelantikan Pn.SyarifatulLailiBtJumain sebagai
Guru Kanan HEM menggantikan Cik AmalfarhaniBt Ahmad
Nasaruddin yang bertukar ke SK Padang Asam.
Makluman
1.5 Memaklumkan kepada semua guru bahawa minit mesyuarat
mesti dikeluarkan dalam tempoh 7 hari selepas mesyuarat
dijalankan.

2
2. Membentangkan Minit Mesyuarat Yang Lalu Bil 3/2013
2.1 Pn Rosy Maizatulakmal mencadangkan agar minit mesyuarat kali
ketiga/2013 diterima dan disahkan.
2.2 Cadangan disokong oleh En.Mohd Amin Bin Hasan



makluman
3
3. Perkara Berbangkit
Tiada

4

4. Ucapan GK HEM dan Agihan Tugas 2014
4.1 Mengucapkan terima kasih kepada semua guru atas kehadiran.
4.2 Mengharapkan kerjasama yang baik daripada semua guru untuk
melancarkan tugas-tugas HEM 2014.
4.3 Membentangkan agihan tugas HEM 2014 seperti berikut:

Pn.RosyMaizatulakmalBtYahaya - Setiausaha HEM
En. Amiruddin Bin MohdLazim - Disiplin dan Pengawas
Pn.RosyMaizatulakmalBtYahaya - Kantin dan RMT
Pn. ZahidahBtMohdZarkasi - Rekreasi dan Lawatan
En.MegatMohdKhir Bin Megat Ibrahim - Skim Pinjaman Buku
Teks (SPBT)

Pn. Siti Ajir BtAbd Rahman - Kumpulan Wang Amanah
Pelajar Miskin (KWAMP)
En. ShahrulAzmi Bin Jamaluddin - 3K (Keselamatan,
Keceriaan,Kebersihan)
Pn. RohanaBtMohdMokhtar - Program Susu 1 Malaysia
(PS1M)
En.MohdYazid Bin Abd Hamid - Kelab Guru dan Kakitangan
En.Mohd Amin Bin Hasan - Pendidikan Pencegahan
Dadah (PPdA)
Pn.NorShuhadahBtKassim - Kesihatan dan Rawatan
En. MohdRidzuan Bin Kamaruddin - Bimbingan Kaunseling dan
Kebajikan Murid
4.4 Memaklumkan bahawa semua setiausaha yang dilantik bagi
setiap unit adalah merupakan penyelaras kepada setiap aktiviti
atau program yang dirancang.

4.5 Mengharapkan agar semua unit dapat meneruskan mesyuarat















Semua
Setiausaha
bagi setiap
Unit HEM
yang dilantik













selepas mesyuarat induk ini bagi merangka program yang akan
dilaksanakan sepanjang tahun 2014.

4.6 Perhimpunan pagi akan diadakan setiap pagi pada pukul 7.30 pagi
bagi menyampaikan maklumat dan pesanan kepada murid.

4.7 Buku Kedatangan Murid (BKM) perlu dilengkapkan mengikut
panduan yang diberikan.

4.8 Guru kelas perlu mengemaskini data dalam Sistem Maklumat
Murid (SMM) dengan maklumat terkini.

4.9 Semua guru harus mematuhi Dasar HEM yang dirangka sebagai
panduan bagi melancarkan perjalanan aktiviti yang
dirancang.Setiap program atau aktiviti yang dijalankan perlu
didokumentasikan. Salinan dokumentasi perlu dihantar dan
difailkan dalam fail induk HEM dan fail unit masing-masing.







Makluman

Guru Kelas


Guru Kelas
5

5. Hal-hal Lain
5.1 Guru Besar memaklumkan Program Transisi Tahun 1 perlu
diteruskan selagi belum ada surat pemberitahuan program
tersebut dimansuhkan.

5.2 Guru Besar turut memaklumkan bahawa PdP pada hari pertama
persekolahan perlu dijalankan mengikut jadual.

5.3 Buku Rekod Mengajar pula perlu dilengkapkan dan dihantar
untuk semakan Guru Besar pada hari pertama persekolahan.



Guru
Tahun 1




makluman
6
6. Penangguhan Mesyuarat
6.1 Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan
mengharapkan kerjasama yang baik daripada semua guru dalam
menjayakan semua program yang dirancang.

6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.30 tengah hari.




Disediakanoleh, Disemakoleh,

............................................. ..............................................
(SYARIFATUL LAILI BINTI JUMAIN) (EN ABDULLAH ZAINI BIN ABDUL RAZAK)
Guru Kanan HEM Guru BesarSK UluRibu




SEKOLAH KEBANGSAAN ULU RIBU
33600 ENGGOR
PERAK DARUL RIDZUAN
ABA 4044

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA BADAN DISIPLIN & LEMBAGA PENGAWAS SEKOLAH
BIL 1/2014

Tarikh : 30.12.2013
Hari : Isnin
Tempat : Kantin
Masa : 11.30am

Kehadiran :

16. En. Abdullah Zaini Bin Abdul Razak
17. En. MohdFahrurRozi Bin Ismail
18. Pn.SyarifatulLaili Binti Jumain
19. En. MohdYazid Bin Abdul Hamid
20. En. Ahmad Ridzuan Bin Kamaruddin
21. En Amirruddin Bin MohdLazim
22. En ShahrulAzmi Bin Jamalludin
23. Pn. ZahidahBintiMohdZarkasi
24. Pn. SitiAjirBt Abdul Rahman
25. Pn. Syahrul Ain Bt Abdul Wahab
26. Pn Rosy MaizatulakmalBtYahaya
27. PnRohanaBtMohdMokhtar
28. Pn Noor ShuhadahBtKassim
29. En Mohd Amin Bin Hasan
30. En Megat MohdKhir Bin Megat Ibrahim

Bil Perkara Tindakan
1
1. Ucapan Pengerusi (Guru Besar)
1.1 Mengucapkan selamat datang dan kembali ke sekolah selepas
bercuti.
1.2 Mengingatkan semua guru agar mematuhi semua dasar,visi,misi
KPM,JPN,PPD dan sekolah.
1.3 Mengharapkan agar semua mesyuarat dapat diminitkan supaya
tindakan lanjut dapat diambil.
1.4 Mengumumkan pelantikan Pn.SyarifatulLailiBtJumain sebagai
Makluman
Guru Kanan HEM menggantikan Cik AmalfarhaniBt Ahmad
Nasaruddin yang bertukar ke SK Padang Asam.
1.5 Memaklumkan kepada semua guru bahawa minit mesyuarat
mesti dikeluarkan dalam tempoh 7 hari selepas mesyuarat
dijalankan.

2
2. Membentangkan Minit Mesyuarat Yang Lalu Bil 3/2013
2.1 Pn Rosy Maizatulakmal mencadangkan agar minit mesyuarat kali
ketiga/2013 diterima dan disahkan.
2.2 Cadangan disokong oleh En.Mohd Amin Bin Hasan



makluman
3
3. Perkara Berbangkit
Tiada

4

4. Ucapan GK HEM
4.1 GK HEM mengucapkan tahniah dan syabas atas lantikan sebagai
AJK Disiplin 2014.

4.2 Beliau memohon agar semua guru meneruskan prestasi
cemerlang dalam membentuk disiplin dah sahsiah murid bagi
mengekalkan prestasi Kesalahan Sifar semua murid-murid
sekolah ini.

4.3 Beliau memaklumkan bagi tahun 2013, tiada salah laku serius
yang dilaporkan/dikenalpasti. Kesalahan murid yang diambil
tindakan bagi tahun lepas hanya melibatkan kes hadir lewat dan
ketidakhadiran murid tanpa sebab dan surat penjaga. Setiausaha
memaklumkan bahawa 12 keluarga telah menerima surat tunjuk
sebab yang mana melibatkan 14 orang murid. Ibubapa juga telah
maklum tentang prosedur sekolah dan telah berubah sikap
dengan menyediakan surat makluman / sijil cuti sakit.

4.4 Beliau turut menegaskan semua AJK Disiplin agar berhemah
dalam menangani sebarang isu salah laku murid. Semua AJK perlu
memaklumkan kepada Guru Disiplin dan sebarang tindakan akan
diambil dengan kelulusan dan pengetahuan Guru Besar.

4.5 Beliau seterusnya berharap agar semua guru kelas menampal
peraturan dan undang-undang sekolah di dalam setiap kelas. Ia
sebagai peringatan kepada murid agar lebih peka terhadap
peraturan sekolah.

4.6 Beliau turut meminta agar Lembaga Pengawas sekolah sentiasa
dipantau dan dibimbing sesuai dengan kredebiliti mereka sebagai
tokoh pemimpin dikalangan rakan sebaya di sekolah.




AJK







Makluman







Semua Guru



Guru Kelas




En Amir


5

5. Perancangan Aktiviti Tahunan
5.1 GK HEM menegaskan agar semua JK HEM mengadakan
mesyuarat AJK setiap kali selepas mesyuarat Induk HEM. Ia
bertujuan supaya perlaksanaan penambah baikan / hasil dapatan
mesyuarat Induk dapat dilaksanakan dengan segera dan teratur.

5.2 En Amirruddin memaklumkan Perjumpaan Lembaga Pengawas
akan dilaksanakan secara mingguan iaitu pada setiap hari Isnin
selepas Majlis Perhimpunan Rasmi.

5.3 En Amirruddin turut membentangkan cadangan Program Utama
JK Disiplin 2014 adalah seperti yang berikut:

5.3.1. Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Pengawas
(dicadangkan pada 27/01/2014)
5.3.2. Kursus Kepempinan Pengawas dan Peningkatan Sahsiah
(dicadangkan pada 22/02/2014)
Kedua-dua tarikh telah diterima sebulat suara.

5.4 GK HEM meminta agar data APDM diselia secara berterusan dan
Laporan Bulanan perlu difailkan.





Setiausaha



Guru Disiplin




Makluman
dan tindakan
semua guru




Setiausaha
6

6. Hal-hal Lain

6.1 Pn Rosy mencadangkan agar murid-murid dibekalkan buku
beraturan sekolah dalam saiz kecil (pocket size).
GK HEM bersetuju membincangkan dengan lebih lanjut perkara
tersebut dengan pihak pentadbiran bagi menganalisa
keperluaannya dan pertimbangan dari segi kos.

6.2 GK HEM berpesan agar semua guru tidak hanya memerhatikan
disiplin murid tetapi lebih kepada pembentukan sahsiah,
kekemasan diri dan ketokohan murid.





Pentadbir



makluman
7
7. Penangguhan Mesyuarat
7.1 GK HEM meminta kerjasama semua guru agar dapat memastikan
pelaksanaan perkara-perkara yang dirancang.

7.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.30 tengah hari.




Disediakan oleh, Disemak oleh,


___________________________ ___________________________
(AMIRRUDDIN MOHD LAZIM) (SYARIFATUL LAILI BINTI JUMAIN)
Setiausaha Guru Kanan HEM
SK Ulu Ribu SK Ulu Ribu

You might also like