You are on page 1of 16

Kata Nama Am

Manusia , orang ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar


binatang ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan
tumbuh-
tumbuhan
pokok, betik, rumput, lalang
benda pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku
tempat pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri

Kata Nama Khas
Nama Khas Contoh Ayat contoh
orang
Pak Cik Amin, Ahmad,
Pengarah Maktab Perguruan
Rajang, Mutusamy
1. Pak Cik Amin suka berkebun sayur.
2. Ahmad jarang-jarang keluar rumah.

binatang
Si Comel, Si Belang,
Sang Kura-kura, Sang Buaya,
Sang Kancil, Si Jalak, Raja
Singa, Si Tompok
1. Raja Singa itu kelihatan tangkas dan ganas.
2. Si Tompok sedang bermain-main dengan seutas tali.

benda
Kamus Dewan, Proton Wira,
Honda, Sony, Sanyo, Dettol,
Luna, Casio, Camy,Aiwa,
Malay Mail
1. Pak Abu menunggang motosikalHonda.
2. Datuk menyuruh saya membeli sebuku sabun Dettol.

tempat
Zoo Negara, India, Kuching,
Kuala Lumpur, Pulang Pinang
1. Abangnya menetap di Pulau Pinang.
2. Mereka pergi melawat ke Zoo Negara.
tumbuh-
tumbuhan
Bunga Raya, Tongkat Ali,
Durian Belanda, Carambola,
Guajava,
1. Bunga Raya ialah bunga rasmi negara kita.
2. Datuk saya suka minum air Tongkat Ali.










Sila teliti contoh-contoh imbuhan :

di awal kata pe- , pem-, pen-, peng-, penge-, per-, dan ke-
di akhir kata -ita, -man, -wati, -an, dan -wan
di awal dan di akhir kata per- -an, penge- -an, peng- -an, pen- -an, pem- -an, pe- -an, dan ke-
-an

Kata dasar yang diberi imbuhan untuk dijadikan kata nama terbitan terdiri daripada beberapa kelas
iaitu :-

kelas kata kata dasar kata terbitan
kata kerja peraga
latih
bawa
lawan
peragawati
latihan
pembawaan
perlawanan
kata sendi oleh
untuk
perolehan
peruntukan
kata nama lombong
rumah
guru
perlonbongan
perumahan
perguruan
kata adjektif cantik
besar
tinggi
kecantikan
pembesar
ketinggian


1. Abang Angkat - Maksud: Lelaki yang telah di akui sebagai abang, tetapi tidak mempunyai pertalian
darah dengan orang yang mengakuinya.
Contoh Ayat: Hamidah mempunyai seorang abang angkat bernama Hamzah.

2. Abang Ipar - Maksud: Suami kepada kakak sendiri; abang kepada isteri atau suami.
Contoh Ayat: Hafiz ialah abang ipar Umar.

3. Abang Kandung - Maksud: Abang yang seibu sebapa.
Contoh Ayat: Liza tinggal bersama abang kandungnya setelah kedua-dua ibu bapa mereka meninggal
dunia.


4. Abu Angin - Maksud: Telah musnah sama sekali.
ContohAyat: Kota yang melambangkan ketamadunan bangsa itu telah menjadi abu angin kerana
diserang oleh tentera Tatar.

5. Abu Jahal - Maksud: Orang yang jahat dan tidak suka akan kebaikan.
Contoh Ayat: Abu Jahal kampung ini telah diberkas polis awal pagi tadi kerana disyaki terlibat dalam
beberapa kes rompakan.

6. Abu Nawas - Maksud: Orang yang suka berhelah.
Contoh Ayat: Kami memanggilnya Abu Nawas kerana dia pandai berhelah apabila ditanya tentang
sesuatu.

7. Ada Akal - Maksud: Cara menyelesaikan sesuatu masalah.
Contoh Ayat: Syeila ada akal untuk menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi oleh ayahnya.

8. Ada Angin - Maksud: Orang yang berperangai luar biasa pada masa tertentu.
Contoh Ayat: Alin ada angin, ada kalanya dia peramah dan ada kalanya pula dia marah-marah.

9. Ada Bakat - Maksud: Berkebolehan dalam sesuatu lapangan seperti melukis, mengarang dan
sebagainya.
Contoh Ayat: Izzah ada bakat menjadi penulis novel.

10. Ada Can - Maksud: Ada peluang.
Contoh Ayat: Nampaknya ada can kita jadi orang kaya kalau perniagaan kita ini berjaya, kata Amin
kepada Umair.

11. Ada Gaya - Maksud: Ada ciri-ciri yang memperlihatkan kebolehannya.
Contoh Ayat: Osman ada gaya menjadi pelakon filem kerana dia tinggi dan tampan.


12. Ada Hati - Maksud: Keinginan.
Contoh Ayat: Walaupun berpendapatan kecil Jaya ada hati hendak membuka perniagaannya sendiri
suatu hari nanti.

13. Ada Jalan - Maksud: Ada cara untuk menyelesaikan sesuatu perkara.
Contoh Ayat: Hamdan ada jalan untuk membiayai perbelanjaan anaknya di institusi pengajian tinggi iaitu
dengan membuat pinjaman di bank.

14. Ada-Ada - Maksud: Ada sesuatu.
Contoh Ayat: Ada-ada sahaja yang diceritakan oleh Abu sekembalinya dia dari bandar.

15. Adik Angkat - Maksud: Seseorang yang telah diakui sebagai adik sendiri tetapi tidak mempunyai
pertalian darah.
Contoh Ayat: Jamilah adik angkat saya, ibunya menyerahkan dia kepada keluarga kami untuk dipelihara.

16. Adik Ipar - Maksud: Adik kepada isteri atau suami.
Contoh Ayat: Adik ipar saya seorang doktor.

17. Adik Kandung - Maksud: Adik daripada ibu bapa yang sama; seibu sebapa.
Contoh Ayat: Sulaiman sedang mencari adik kandungnya, Hasnah yang telah terpisah sejak sepuluh
tahun lalu.

18. Adu Kening = Beradu Kening
Maksud: Berhadap-hadapan muka.
Contoh Ayat: Walaupun kami duduk beradu kening di majlis itu tetapi kami tidak dapat berbual-bual.


22. Adu Lengan = Beradu Lengan
Maksud: Beradu kekuatan.
Contoh Ayat: Wira dan Jaka beradu lengan di hadapan gadis itu.

23. Adu Nasib = Mengadu Nasib
Maksud: Mencari rezeki.
Contoh Ayat: Kamal datang dari seberang dan cuba mengadu nasib di negara ini kerana di sini banyak
peluang pekerjaan.

24. Adu Untung
Maksud: Mencari rezeki.

25. Air Mandi
Maksud: Sudah menjadi kebiasaan.
Contoh Ayat: Bekerja mengangkat bata di bawah panas matahari sudah menjadi air mandi kepada Jeha
kerana itulah tugas yang perlu dilakukannya setiap hari.

26. Air Muka
Maksud: a) Wajah b) Maruah
Contoh Ayat:
a) Air muka Munirah menjadi muram apabila ibunya melarang dia bermain-main di padang.
b) "Tidak baik mencemuh dan menjatuhkan air muka orang di khalayak ramai," kata Imad kepada Husin.

27. Air Pasang
Maksud: Paras air laut yang meningkat.
Contoh Ayat: Apabila air pasang, kawasan pantai itu akan ditenggelami air.


28. Air Sembilan
Maksud: Air yang digunakan untuk memandikan mayat.
Contoh Ayat: Air sembilan disediakan sambil menunggu mayat tiba dari hospital.


29. Air Setaman
Maksud: Air yang bercampur bunga-bungaan dan limau untuk dibuat mandi.
Contoh Ayat: Ibu yang mengandung tujuh bulan itu dimandikan dengan air setaman.

31. Air Surut
Maksud: Paras air laut yang turun.
Contoh Ayat: Kami berjalan-jalan di pantai sewaktu air surut.

32. Ajak-Ajak ayam
Maksud: Mempelawa secara tidak bersungguh-sungguh.
Contoh Ayat: Mujur dia tidak mahu mengikut saya kerana saya hanya ajak-ajak ayam.

33. Akal Belut
Maksud: Orang yang pandai tipu muslihat.
Contoh Ayat: Dengan akal belutnya dia dapat membeli tanah di kawasan ini dengan harga yang murah.

34. Akal Kancil
Maksud: Orang yang pandai tipu muslihat.

35. Akal Sejengkal
Maksud: Orang yang berasa dirinya lebih daripada orang lain.
Contoh Ayat: Dalam perbincangan itu dia selalu menggunakan akal sejengkalnya untuk menarik
perhatian orang lain.

36. Alas Cakap
Maksud: Kata pendahuluan sebelum persoalan utama diperkatakan.
Contoh Ayat: Alas cakap yang disampaikan oleh pengerusi majlis forum itu menjadi pencetus kepada
persoalan yang akan diperkatakan.

37. Alas Kata
Maksud: Kata pendahuluan sebelum persoalan utama diperkatakan.

38. Alas Perut
Maksud: Makan sedikit.
Contoh Ayat: Lina makan sekeping roti sebagai alas perut sebelum ke sekolah.

39. Alih Akal = Beralih Akal
Maksud: Berubah pendapat atau fikiran.
Contoh Ayat: Dia beralih akal dan tidak jadi berpindah ke Sarawak.

40. Alih Angin = Beralih Angin
Maksud: Berpindah tempat tinggal.
Contoh Ayat: Setelah beralih angin ke Sarawak, penyakitnya beransur pulih.

41. Alih Muka = Beralih Muka
Maksud: Menyamar.
Contoh Ayat: Dia beralih muka ketika menghadiri majlis itu supaya tidak dikenali.

42. Alim Kucing
Maksud: Pura-pura baik.
Contoh Ayat: Si Dayan alim kucing di hadapan orang kampung sedangkan dialah yang menjadi dalang
dalam kes-kes kecurian di kampungnya.

43. Aliran Masa
Maksud: Perubahan masa.
Contoh Ayat: Kita hendaklah melengkapkan diri dengan kemahiran teknologi maklumat sesuai dengan
aliran masa kini.

44. Aliran Masyarakat
Maksud: Kehendak masyarakat.
Contoh Ayat: Aliran masyarakat masa kini lebih mencabar dan rumit.

45. Ambil Abu
Maksud: Maksud yang tidak kesampaian.
Contoh Ayat: Persidangan itu tidak berhasil, masing-masing pulang ambil abu sahaja.

46. Ambil Ada
Maksud: Berpuas hati dengan apa yang ada.
Contoh Ayat: Buat rujukan lanjut tentang projek kamu itu di perpustakaan, jangan ambil ada sahaja, kata
Cikgu Ahmad kepada murid-muridnya.

47. Ambil Angin
Maksud: Bersiar-siar mengambil udara bersih.
Contoh Ayat: Keluarga Arsyad ambil angin di tepi pantai pada setiap petang.

48. Ambil Bahagian
Maksud: Menyertai.
Contoh Ayat: Asnida ambil bahagian dalam pertandingan pidato peringkat daerah.

49. Ambil Berat
Maksud: Beri perhatian.
Contoh Ayat: Ibu dan ayah sangat ambil berat terhadap prestasi pelajaran kami.

50. Ambil Haluan = Mengambil Haluan
Maksud: Membuat keputusan dalam sesuatu perkara.
Contoh Ayat: Berhati-hati ketika ambil haluan supaya rancangan kita nanti akan memberikan hasil yang
lumayan.

51. Ambil Hati
Maksud: Berasa tersinggung.
Contoh Ayat: Jangan ambil hati akan kata-katanya kerana dia menasihati untuk kebaikan.

52. Ambil Ibarat
Maksud: Menjadikan sesuatu sebagai teladan.
Contoh Ayat: Kita patut ambil ibarat daripada kejadian yang berlaku pada tahun lepas.

53. Ambil Ingatan
Maksud: Dimasukkan ke dalam ingatan; memberi perhatian.
Contoh Ayat: Para pelajar perlu ambil ingatan akan nasihat guru besar dalam perhimpunan pagi tadi.

54. Ambil Muka = Mengambil Muka
Maksud: Membuat sesuatu supaya disukai.
Contoh Ayat: Syarif pandai ambil muka apabila berada bersama-sama kaum keluarganya, sebab itulah
dia disukai.

55. Ambil Sumpah = Mengambil Sumpah
Maksud: Disuruh bersumpah; melakukan sumpah.
Contoh Ayat: Azhar ambil sumpah bahawa dia menyaksikan kejadian itu.

56. Ambil Tahu = Mengambil Tahu
Maksud: Memberi perhatian tentang sesuatu perkara.
Contoh Ayat: Dia sentiasa ambil tahu tentang aktiviti surau di kawasannya.

57. Anak Adam
Maksud: Umat manusia.
Contoh Ayat: Penyakit AIDS akan memusnahkan semua anak Adam jika langkah-langkah pencegahannya
tidak diambil.

58. Anak Air
Maksud: Sungai kecil.
Contoh Ayat: Di dalam kebun ayah saya ada sebatang anak air yang digunakan untuk mengairi tanaman.

59. Anak Angkat
Maksud: Anak orang yang dipelihara seperti anak sendiri.
Contoh Ayat: Raju merupakan anak angkat kepada Encik Muthu dan Puan Selvi.

60. Anak Baju
Maksud: Baju dalam.
Contoh Ayat: Ibu sering menasihati saya supaya sentiasa memakai anak baju.

61. Anak Buah
Maksud: a)Anak saudara. b) Pekerja di bawah jagaan kita.
Contoh Ayat: a) Halim memikul tanggungjawab menjaga anak buahnya semasa kakaknya pergi
menunaikan haji ke Makkah.
Contoh Ayat: b) Kerja-kerja itu telah disiapkan oleh anak buah saya siang tadi.

62. Anak bukit
Maksud: Bukit kecil.
Contoh Ayat: Rumah Asma terletak berhampiran anak bukit itu.

63. Anak Didik
Maksud: Orang di bawah jagaan kita.
Contoh Ayat: Guru besar sedang memberikan taklimat kepada anak didiknya.

64. Anak Emas
Maksud: Orang yang sangat disayangi.
Contoh Ayat: Encik Karupan menjadi anak emas syarikat itu kerana kejujuran dan kesetiaannya.

65. Anak Gahara
Maksud: Anak raja yang berbondakan keturunan bangsawan.
Contoh Ayat: Tengku Ahmad ialah anak gahara Sultan Sulaiman dengan Tengku Puteri Halijah.

66. Anak Haram
Maksud: Anak yang lahir di luar perkahwinan yang sah dari segi hukum agama.
Contoh Ayat: Nadia melahirkan anak haram hasil hubungan sulitnya dengan Karim.

67. Anak Jantan
Maksud: Lelaki yang berani.
Contoh Ayat: Anwar memang anak jantan kerana sanggup berjuang menegakkan kebenaran demi
maruah keluarganya.

68. Anak Kandung
Maksud: Anak sendiri.
Contoh Ayat: Zainab merupakan anak kandung Pak Ali dengan isteri pertamanya.

69. Anak Kapal
Maksud: Orang yang bekerja dalam sesebuah kapal.
Contoh Ayat: Ketika bekerja sebagai anak kapal, saya berpeluang menjejakkan kaki di benua Eropah.

70. Anak Negeri
Maksud: Penduduk di sesebuah negeri.
Contoh Ayat: Anak negeri Selangor digalakkan menceburkan diri dalam perusahaan desa.

71. Anak Perahu
Maksud: Orang yang bekerja dalam sesebuah kapal.

72. Anak Piatu
Maksud: Anak yang telah kematian ayah dan ibu.
Contoh Ayat: Setelah menjadi anak piatu Husin terpaksa tinggal di Asrama Bakti.

73. Anak Pungut
Maksud: Anak orang yang dipelihara seperti anak sendiri.

74. Anak Tunggal
Maksud: Anak yang tidak mempunyai adik beradik lain.
Contoh Ayat: Esah merupakan anak tunggal dan menjadi kesayangan ibu bapanya.

75. Anak Tut
Maksud: Anak orang yang dipelihara seperti anak sendiri.

76. Angkat Alis = Mengangkat Alis
Maksud: Kehairanan.
Contoh Ayat: Era mengangkat alis apabila melihat hadiah misteri yang dimenanginya.

77. Angkat Bahu
Maksud: Tidak tahu atau tidak bertanggungjawab.
Contoh Ayat: Mei Lan hanya angkat bahu apabila ditanya tentang kucing yang mati itu.

78. Angkat Diri
Maksud: Sombong.
Contoh Ayat: Jangan suka angkat diri, nanti orang lain tidak mahu berkawan dengan kamu, kata Cikgu
Karim kepada Khalid.

79. Angkat Kaki
Maksud: Pergi meninggalkan.
Contoh Ayat: Syamsul angkat kaki apabila Ali mengusiknya.

80. Angkat Kening
Maksud: Kehairanan.

81. Angkat Mata
Maksud: Menentang sesuatu tindakan.
Contoh Ayat: Zaleha tidak berani angkat mata ketika dileter ibunya.

82. Angkat Muka
Maksud: Dimanja-manjakan.
Contoh Ayat: Apabila ibunya pulang, barulah dia berani angkat muka.

83. Angkat Nama
Maksud: Terkenal.
Contoh Ayat: Awie sudah angkat nama dalam bidang nyanyian.

84.Angkat Senjata
Maksud: Berperang.
Contoh Ayat: Apabila tiba masanya kerajaan Daha pun angkat senjata menyerang musuh.

85. Angkat Suara
Maksud: Meninggikan suara.
Contoh Ayat: Hormatilah orang tua-tua, jangan angkat suara apabila bercakap dengan mereka.

86. Angkat Sumpah
Maksud: Disuruh bersumpah; melakukan sumpah.

87. Anjing Hitam
Maksud: Orang jahat yang selalu menunjuk-nunjukkan keburukannya.
Contoh Ayat: Seng Hai telah lama menjadi anjing hitam yang sering memeras ugut masyarakat
pelombong di situ.

88. Anjing Kurap
Maksud: Orang yang dipandang hina kerana kemiskinannya.
Contoh Ayat: Hidup Rama seperti anjing kurap yang melarat ke sana ke mari.

89. Api Peperangan
Maksud: Perselisihan antara negara yang biasanya boleh memulakan peperangan.
Contoh Ayat: Pulau yang menjadi rebutan kedua-dua buah negara itu boleh menyebabkan tercetusnya
api peperangan.

90. Api Percintaan
Maksud: Perasaan cinta yang meluap-luap.
Contoh Ayat: Api percintaan sedang membara dijiwa Syakila dan Farid.

91. Arang Di Dahi
Maksud: Mendapat malu.
Contoh Ayat: Terhapuslah arang di dahi Encik Roslan setelah pihak mahkamah membuktikan dia tidak
bersalah.

92. Arang Di Kening
Maksud: Mendapat malu.

93. Maksud: Arang di muka
Mendapat malu.

94. Asam Garam
Maksud: Pengalaman.
Contoh Ayat: Terlalu banyak asam garam kehidupan yang telah dilalui oleh Pak Dollah.

95. Atas Angin
Maksud: Negeri-negeri di Timur Tengah dan Eropah.
Contoh Ayat: Pada musim cuti ini, kami sekeluarga bercadang untuk melawat negara-negara atas angin.

96. Atas Nama
Maksud: Menjadi wakil seseorang atau pertubuhan.
Contoh Ayat: Saya menghadiri mesyuarat ini atas nama Tuk Penghulu Kampung Jenerak.

97. Atas Pagar:
Maksud: Tidak menyebelahi mana-mana pihak.
Contoh Ayat: Dalam pertandingan ini, saya hanya penonton atas pagar kerana meminati kedua-dua
pasukan itu.

98. Ayam Jalak:
Maksud: Orang yang berani.
Contoh Ayat: Sudin digelar ayam jalak Kampung Pegaga kerana telah berjaya menangkap buaya yang
telah membaham dua orang penduduk kampung tersebut.

99. Ayam Tambatan:
Maksud: Orang yang banyak pengalaman dan menjadi harapan (biasanya dalam pasukan permainan).
Contoh Ayat: Abdullah menjadi ayam tambatan pasukan bola sepak negeri Johor kerana kehandalannya
menjaringkan gol.

You might also like