You are on page 1of 3

Aktiviti 1 - RANTAI NAMA Objektif : Melatih pelajar mengingat nama ahli dalam kumpulan dengan pantas. Langkah-langkah : 1.

Peserta-peserta diarahkan untuk duduk dalam bulatan. 2. Arahkan peserta pertama menyebutkan namanya sekali dengan kuat dan jelas. 3. Peserta kedua, kemudiannya menyebut namanya sekali, menyebut nama peserta pertama sekali dan menyebut namanya semula sekali. 4. Peserta ketiga menyebut namanya sekali, menyebut nama peserta pertama sekali, menyebut nama peserta kedua sekali dan menyebut namanya semula sekali. 5. Proses ini diteruskan hinggalah kepada peserta yang terakhir. Perbincangan : 1. Apakah perasaan anda apabila orang lain menyebut dan memanggil nama anda? 2. Mengapakah peserta terakhir boleh mengingat semua nama? 3. Cuba anda sebutkan semua nama peserta mengikut arah pusingan yang berlawanan.

Pengajaran : 1. Mengingat nama adalah penting dalam proses berkenalan dan hubungan persahabatan. 2. Seseorang itu berasa dirinya dihormati apabila namanya diketahui dan diingati. 3. Semakin tinggi tumpuan kita, semakin tinggi daya ingatan kita.

Aktiviti 3 : DUDUK SERUMPUN( selepas icebreaking) Langkah-langkah : 1. Peserta bergerak secara bebas. Fasilitator menyebut sesuatu angka dan para peserta dikehendaki Mewujudkan kelompok dengan bilangan ahli mengikut angka yang disebutkan. Ulangi dengan menyebut angka lain. Mana yang tidak dapat memasuki mana-mana kelompok kecil tidak dikeluarkan malah boleh memasuki kelompok lain apabila angka lain dinyatakan.

2.

Proses Apakah perasaan anda apabila anda diterima, ditolak dan diterima semula? Bagaimanakah anda boleh diterima dalam sesuatu kelompok?

Pengajaran Untuk diterima dalam sesuatu kelompok, seseorang itu perlu akur kepada beberapa syarat kelompok yang tidak bertulis. Penerimaan dalam kelompok melahirkan rasa yakin, disukai, diperlukan, disayangi dan dihargai di samping mempunyai identiti. Kadang-kadang kita terpaksa mengadaikan nilai-nilai keluarga/ peribadi demi diterima dalam sesuatu kelompok dan menyerap secara bulat-bulat nilai kelompok sama ada nilainilai itu positif atau negatif. Penolakan sesuatu kelompok tidaklah bermaksud penolakan selama-lamanya, mesti ada orang/ kelompok yang akan menerima kita pada masa lain.

You might also like