You are on page 1of 12

(b)

Pergerakan

(i)

Bergerak ke arah bola.

(ii)

Melangkah dengan kaki kiri untuk pemain yang menggunakan tangan kanan.

(iii)

Bergerak sambil melihat kelajuan dan sudut lontaran bola.

(iv)

Turunkan badan secara beransur-ansur dalam persediaan untuk melakukan lompatan

(v)

Lengan bergerak ke belakang dan ke atas.

(vi)

Melangkah

dengan

kaki

kanan

dan

hayunkan

lengan

ke

bawah

ke

sisi

badan.

(c)

Lompatan

(i)

Lompatan bermula dari tumit ke jari kaki (heel-toe rock).

(ii)

Apabila kaki mula menolak badan ke atas, lengan dihayunkan ke atas.

(iii)

Tangan merejam dan ikut lajak.

(iv)

Lompatan haruslah tegak (vertical) dan bertenaga (explosive).

Teknik-teknik merejam

(a)

Dekatkan badan ke jaring dengan jarak dua hingga tiga meter.

(b)

Pada langkah yang terakhir, badan diturunkan sedikit dan lengan bersedia untuk memukul.

(c)

Lonjakkan badan dengan menolak kedua-dua belah kaki.

(d)

Hayunkan kedua-dua lengan ke atas dengan kuat pada masa lonjakan.

(e)

Pastikan kedua-dua bahu menghadap ke arah jaring.

(f)

Tarik lengan yang akan melakukan rejaman ke belakang dengan siku ke depan.

(g)

Pergelangan tangan haruslah terkunci (locked) dan tapak tangan terbuka.

(h)

Bola dipukul dengan setinggi-tingginya di hadapan bahu tangan yang merejam.

(j)

Tangan merejam meliputi bola dengan ikut lajak (a follow through) oleh pergelangan tangan.

(k)

Jangan menyentuh jaring

Dalam satu sesi pengajaran permainan hoki terdapat beberapa orang pelajar gagal membuat kemahiran memukul bola dengan tepat.Analisis pelakuan yang betul untuk membaiki kesilapan tersebut.

Fasa Perlakuan Bagi Kemahiran Memukul

Letakkan kepala kayu hoki diatas tanah dengan jari kayu menghala ke hadapan. Kemudian tangan kiri diletakkan dihujung kayu dan kayu tersebut hendaklah digenggam dengan kuat. Tangan kanan pula diletakkan di bawah tangan kiri dengan jari-jemari memegang batang kayu. Bentuk V akan terbentuk dengan ibu jari dan jari telunjuk kedua-dua tangan selari dengan kayu hoki. Kira-kira empat hingga lapan inci kayu hoki pada bahagian pemegang sebelah atas tidak digenggam. Berdiri dengan bahu kiri menghadap sasaran atau pemain yang hendak menerima bola. Kedudukan badan hendaklah seimbang, dengan keluasan bukaan kaki ialah seluas bahu. Kedudukan bola pula hendaklah selari dengan hujung kaki kiri dan jauh sedikit dari hujung kaki untuk mendapatkan keselesaan semasa memukul. Apabila hendak memulakan pukulan, hayunan kayu hoki hedaklah dari belakang badan. Berdiri ke sisi bola dengan memegang kuat kayu hoki. Seterusnya kayu hoki hendaklah dihayun kebawah ke arah bola. Pada masa kayu hoki di hayunkan, pinggul hendaklah berputar dan berat badan dipindahkan dari kaki belakang ke kai hadapan. Bahagian tengah kayu hoki hendaklah mengenai pada bahagian tengah bola. Pukulan diteruskan dengan ayunan mengikut lajak ke arah bola ditujukan.

Kesalahan yang kerap dilakukan

Terdapat pelbagai kesalahan yang sering dilakukan oleh pemaian semasa menggunakan kemahiran memukul ini. Apabila kesalahan dilakukan semasa kemahiran memukul digunakan, maka boleh menyebabkan kesan yang negatif dan tidak diingini. Seperti contoh bola tidak sampai ke penerima, arah bola berlainan, dan bola boleh keluar dari kawasan permainan atau jatuh ke pihak lawan. Antara kesalahan yang sering dilakukan ialah:

i. Pegangan pada pemegang kayu hoki tidak kuat. Pegangan yang longgar menyebabkan kontek bola dengan kayu hoki tidak kuat dan bola tidak pergi jauh.

ii. Pegangan tangan yang terlalu dekat dengan hujung kayu hoki. Pegangan yang terlalu dekat menjadikan ayunan kayu hoki tidak terlalu kuat.

iii. Lajaran diberhentikan semasa memukul bola. Ini menyebabkan kuasa ayunan tersebut sedikit berkurangan. iv. Bukaan kaki yang tidak sesuai menyebabkan kehilangan keseimbangna ketika hendak memukul bola.

v.Bahu tidak menunjukan ke arah sasaran bola yang hendak dipukul.

Cadangan Latihan Ansur Maju Untuk Mengatasi Kesalahan

Latihan ansur maju dilakukan untuk memberikan tunjuk cara yang tepat bedasrkan terasa lepada prinsip mekanik secara berterusan. Dengan latihan ini juga dapat membantu pemain menguasai teknik pukulan dengan betul seterusnya melahirkan pemain yang berkemahiran tinggi. Untuk kesalahan pegangan kayu hoki yang terlalu dekat dengan hujung kayu dan tidak digenggam dengan kuat, terdapat beberapa latihan yang boleh dijalankan. Perlama sekali, pemain hendaklah didedahkan kepada kemahiran yang hendak diajar berdasrkan objektif latihan. Pemain hendaklah diberi peluang untuk melihat dan diberi tunjuk ajar dengan jelas dan tepat.Untuk memastikan pegangan pada kayu hoki kuat, pemain boleh menggunakan buluh atau kayu biasa untuk belajar pegangan. Dengan menggunakan buluh atau kayu tersebut, pemain boleh menghayunkanhayunkannya. Seterusnya, untuk menguatkan genggaman, pemaian boleh menggenggam dan melepaskan genggaman tangan. Aktiviti ini dilakukan dengan kadar yang banyak setiap hari. Seperti contoh, seratus kali genggaman dan melepaskan genggaman dilakukan semasa awal sesi latihan.Dengan kayu hoki, pemian memegang pada hujung pemengan dengan keduadua tangan. Seterusnya, tangan diluruskan ke hadapan, dan keadaan ini dikekalkan selama dua minit. Selepas itu, rehat selama seminit. Ulang lakuaan tersebut sebanyak tiga set. Dengan tangan yang lurus kehadapan, pegang kayu hoki dengan kedua-dua tangan. Jarak antara dua-dua tangan hendaklah kira-kira besar sedikit daripada luas bahu. Kemudian dengan jari jemari, cuba pusingkan kayu hoki mengikut arah jam sebanyak 50 pusingan. Ini diikuti dengan pusingan lawan arah jam juga sebanyak 50

pisingan. Selepas itu, dengan kayu hoki, pengang dengan kedua-dua belah tangan dengan cara yang betul. Berdiri seperti seakan-akan mahu memukul bola, dan hayunkan dari belakang hingga ikut lajak. Ulang lakuan aktiviti ini sebanyak 10 set. la dengan tepat. Analisis pelakuan yang betul untuk membaiki kesilapan tersebut.

Nyatakan 5 prinsip yang betul perlu anda amalkan untuk menjaga dan memeliharan alam sekitar.

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Prinsip Rendah Diri Prinsip Bekerjasama Prinsip Menghormati Alam Sekitar Prinsip Kehidupan Seimbang Prinsip Kemampanan Ekosistem Prinsip Mengekalkan Kehidupan Liar dan Kepelbagaian Hidup Prinsip Kerosakan Minimum Prinsip Perubahan Berterusan Prinsip Tanggungjawab Setiap Individu

10. Prinsip Kesedaran 11. Prinsip Perlindungan Dan Pemulihan Ekosistem

Huraikan tugas-tugas pengarah projek dalam peringkat pra-perlaksanaan sesuatu program pendidikan luar
1. Pengarah/ Pengerusi

Bertanggungjawab dalam menguruskan pentadbiran, kewangan dan aktiviti. Memastikan arahan daripada penasihat program dapat dijalankan. Memberi arahan yang tepat dan jelas kepada jawatan kuasa dalam melaksanakan tugas atau aktiviti. Menjadi orang tengah dalam mengemukakan cadangan atau usul ahli kepada pihak yang berkenaan. Bertanggung jawab menentukan hala tuju program

2. Timbalan Pengarah/ Timb Pengerusi

Membantu pengarah dalam melicinkan perlaksanaan aktiviti. Memangku tugas pengarah semasa ketiadaannya.

3. Setiausaha

Bertanggungjawab kepada pengarah dalam bidang pengurusan dan pentadbiran. Mengumpul semua maklumat seperti merekodkan semua fail-fail untuk rujukan. Bertanggungjawab untuk hadir setiap mesyuarat dalam perlaksanaan program. Menguruskan urusan surat menyurat kepada pihak yang berkenaan. Memanggil ahli jawatan kuasa untuk bermesyuarat. Menyedia dan mengedarkan catatan minit mesyuarat dan surat pekeliling kepada yang berkenaan. Bersama pengerusi menentukan tempat, masa, tarikh dan agenda mesyuarat. Mewujudkan rasa kekitaan dan kerja berkelompok di kalangan ahli jawatan kuasa. Menyediakan kertas kerja yang diperlukan oleh program. Menyusun dan menyediakan tempat dan kemudahan mesyuarat.

4. Bendahari

Bertanggungjawab kepada pengarah dalam bidang pengurusan pentadbiran kewangan. Menyedia dan menyimpan buku akaun untuk kejohanan. Menerima dan menyimpan cek-cek dan wang tunai milik kejohanan. Menyimpan semua resit-resit, baucar-baucar, buku rekod wang keluar masuk dan lain-lain yang berkaitan dengan pengurusan kewangan. Menjaga dan menguruskan harta benda bagi kejohanan dengan baik. Menyediakan laporan wang masuk dan keluar setiap kali mesyuarat. Memberi pandangan dalam usaha untuk menyelesaikan masalah kewangan bagi perlaksanaan kejohanan. Menandatangani cek-cek bersama pengarah atau setiausaha atau keduaduanya sekali.

Permainan kecil menggunakan peralatan hoki


KATEGORI SERANGAN DAN PERTAHANAN

NAMA PERMAINAN ALATAN BILANGAN PEMAIN

: Jaring Pundi Kacang : Kayu hoki, jaring gol, kon dan pundi kacang. : 3 orang setiap kumpulan.

OBJEKTIF:

Melatih kemahiran dalam menyerang dengan menggunakan kayu hoki. Melatih kemahiran dalam pertahanan sepertimana posisi penjaga gol di tempat gol. Kedua-dua kemahiran menjadikan sesorang tersebut peka dan juga cekap dalam sesuatu permainan.

ORGANISASI :

a. b. c. d. e. f.

Bahagikan dua kumpulan. Setiap kumpulan sekurang-kurangnya tiga orang. Salah seorang ahli dari kumpulan lawan menjaga tempat gol. Meletakkan dua kon dengan jarak 2 meter. Jarak antara kon tersebut pula 1 meter. Tempat memukul bola hoki adalah 1.5 meter daripada kon tersebut.

CARA BERMAIN: 1. Kumpulan telah dibahagikan kepada dua: Kumpulan A dan Kumpulan B. 2. Kumpulan A akan memulakan permainan manakala salah seorang daripada Kumpulan B akan menjaga tempat gol.

3. Ahli Kumpulan A akan bergilir-gilir memukul pundi kacang dengan menggunakan kayu hoki. 4. Mereka hendaklah memukul pundi kacang melalui laluan daripada kon tersebut untuk sampai kepada tempat gol.

5. Jika pundi kacang berjaya dimasukkan, kumpulan B akan mengambil pundi kacang tersebut dan mengejar ahli kumpulan B. 6. Jika kumpulan A berjaya membaling pundi kacang tersebut kepada ketiga-tiga ahli kumpulan A, maka kumpulan A dikira kalah. 7. Kemudian, permainan akan diteruskan dengan giliran kumpulan B untuk memukul pundi kacang tersebut. 8. Permainan akan dimainkan dengan tiga kai pusingan untuk menentukan pemenang.

Kriteria pemilihan tapak yang sesuai untuk perkhemahan Pemilihan kawasan tapak perkhemahan adalah merupakan satu perkara yang membuat penilaian boleh mendatangkan bencana dan kecelakaan kepada peserta. Pemilihan kawasan ini sebenarnya tidak boleh ditetapkan jika tdak mengambil kira beberapa faktor penting seperti di bawah:

Tanah atau tapak yang rata

Tapak khemah yang rata adalah bertujuan untuk memudahkan pemasangan khemah dan selesa sebagai tempat tidur atau berehat. Sebaik-baiknya walaupun tempat yang rata, cuba elakkan daripada terdapat akar-akar pokok atau batu yang menjadi tapak khemah tersebut.Tapak yang rata juga akan mengelakkan daripada berlakunya air bertakung jika hujan atau bukan sebagai laluan air ketika hujan turun.

Corak tapak perkhemahan

Pilihlah tapak yang sesuai dari segi lapang,tiada pohon-pohon besar yang mudah rekah atau berdahan kering, permukaan tidak berselut atau lembab, dan permukaan yang curam juga haruslah dielakkan. Selain itu juga sila elakkan daripada membina khemah di kawasan sebelah dalam selekoh sungai. Tempat yang sebegini akan berlaku banjir atau dihanyutkan air yang deras sekiranya berlaku hujan yang lebat dan sebagainya.

Berhampiran punca air

Di antara perkara penting semasa memilih tapak perkhemahan ialah punca air yang bersih. Tapak perkhemahan yang di pilih mestilah berdekatan dengan punca air yang bersih. Air yang besih boleh digunakan untuk memasak, membersihkan diri dan sebagainya. Tapak khemah mestilah berhampiran dengan air sama ada sungai, anak air, telaga, kolam atau sebagainya.Walau bagaimanapun punca air tersebut mestilah dipastikan kebersihannya supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini seperti cirit-birit atau sebarang penyakit lain yang boleh berjangkit malalui air yang tidak bersih. Punca air juga haruslah diketahui dari mana datangnya dan melalui kawasan yang bagaimana.

Tapak yang lebih tinggi dari punca air

Pemilihan tapak yang lebih tinggi dan rata ini adalah penting untuk mengelakkan daripada dihanyutkan air. Contohnya membina khemah di tepi pantai, di tepi sungai dan air pasang dan sebagainya.

Mudah untuk mendapat bantuan

Tapak perkhemahan yang dipilih juga berdasarkan kepada keadaan tempat yang mudah untuk mendapatkan bantuan jika berlaku sebarang kecemasan. Tapak perkhemahan itu haruslah berdekatan kampung dan laluan orang ramai. Selain itu juga setiap kali sebelum melakukan aktiviti perkhemahan haruslah melaporkan terlebih dahulu kepada pihak berwajib seperti Polis, Jabatan Hutan, pihak yang bertanggungjawab yang lain.

Mudah untuk mendapat bahan bakar

Apabila melakukan aktiviti perkhemahan, bahan bakar juga merupakan faktor yang penting. Bahan bakar penting bagi menggunakan untuk memasak, membuat unggun api bagi beraktiviti, menjauhi gangguan binatang, menghalau gigitan serangga seperti nyamuk dan sebagainya. Bahan-bahan tersebut ialah seperti kayu atau ranting-ranting kering, daun-daun kering, rumput-rumput kering dan sebagainya.

Keselamatan kawasan perkhemahan

Keselamatan kawasan perkhemahan sangat perlu di ambil kira. Kawasan tersebut perlu dipastikan bahawa bukan kawasan laluan binatang liar seperti gajah, babi dan sebagainya.

Jangka masa perkhemahan

Tapak perkhemahan yang dipilih mestilah seasuai dengan jangkamasa perkhemahan. Sekiranya berkhemah untuk satu jangkamasa yang lama maka perlulah memastikan bekalan air yang mencukupi, bagi kegunaan memasak, minuman, mandi dan juga untuk kegunaan lain.

Bilangan peserta perkhemahan

Perancangan awal adalah diperlukan sebelum memulakan sebarang aktiviti. Sebagai contoh jumlah bilangan peserta yang akan menyertai. Penetapan ini akan mengelakan daripada berlakunya lebihan bilangan peserta dan berlakunya ketidakcukupan bahan makanan dan juga khemah sebagai tempat tidur.. bukan itu saja, malah ianya akan menimbulkan banyak lagi masalah lain.

Alam Persekitaran

Alam persekitaran akan menentukan sejauh manakah kejayaan sesuatu aktiviti perkhemahan. Jadi peninjauan perlu

dilakukan sebelum keluar berkhemah. Peninjauan tersebut boleh dilakukan samada dengan keluar melihat tempat tapak perkhemahan tersebut dan juga boleh dilakukan dengan memahami keadan tersebut melalui peta topo atau maklumat penduduk setempat yang tahu dan pernah ke kawasan tersebut.

PEMILIHAN TEMPAT UNTUK MENDIRIKAN KHEMAH Adalah dinasihatkan bahawa tidak dibenarkan mendirikan khemah kecuali setelah mendapat arahan dari anggota penunjuk jalan atau ketua pasukan. Di samping itu semasa memilih tapak untuk mendirikan khemah, perkara-perkara tersebut perlu diberi perhatian dan penekaan:

Tanah yang rata ( selesa untuk berbaring ) Terlindung dari angin

Tidak terlalu hampir dari punca air seperti sungai

Mempuyai pandangan persekitaran yang mernrik ( soronok, lapang,dan terhibur apabila melihatnya ).

Boleh mendapatkan sinaran cahaya matahari bagi mengeringkan keadaan sekitar yang lembap, menjemur pakaian, khemah dan alatan yang basah.

Mempunyai hubungan dengan trek atau denai supaya memudahkan kita bergerak semula bagi tujuan kecemasan.

DISIPLIN DIRI / PERATURAN KESELAMATAN PERKHEMAHAN Bagi menjaga keselamatan di kawasan perkhemahan , pastikan peraturan-peraturan berikut dipatuhi dan dipertimbangkan: Tentukan khemah sentiasa ditutup apabila meninggalkannya. Kedudukan tempat yang berbahaya seperti di lereng bukit yang curam, Tanah licin, tunggul kayu, dahan reput, pokok berduri, tempat-tempat tersebut perlu ditanda untuk memberitahu kepada semua orang. Mana-mana rintangan atau halangan yang perlu dihapuskan hendaklah dihapuskan segera. Tidak dibenarkan memasang ubat nyamuk di dalam atau terlalu hampir dengan khemah. Khemah bukan sebagai tempat menjemur atau menyidai pakaian. Tidak dibenarka memasak di dalam khemah (khemah moden). Digalakkan makan dan minumdi luar khemah untuk mengelakkan semut atau atau binatang merayap daripada memasuki khemah. Pastikan di luar atau di dalam khemah sentiasa berkeadaan bersih dan kemas. Pastikan khemah yang dipasang itu kukuh dan selamat untuk digunakan. Hendaklah mengadakan system kawalan waktu malam. Hendaklah menaburkan bahan kimia seperti belerang kuning atau kapur di sekeliling khemah bagi mengelakkan gangguan binatang merayap, menjalar dan mana-mana yang boleh mengganggu peserta. Jangan membuat bising di kawasan perkhemahan seperti melaung,bertempik, ketawa yang keterlaluan dan gembira yang amat sangat. Patuhi semua arahan keselamatan, kawalan, penerangan perkhemahan dari masa ke semasa dan segala pantang larang. Mengutamakan faktor kesihatan dari aspek m akanan, minuman, pakaian dan tapak perkhemahan. Berhati-hai melakukan segala aktiviti dan senantiasa merhormati serta menghargai kawasan sekitar. Mengamalkan semangat kerjasama, tolak ansur dan kekitaan dalam menghadapi sebarang gangguan keselamatan. Merokok,berjudi, minuman keras adalah dilarang. Mengutamakan aspek keselamatan semasa melakukan segala aktiviti. Memaklumkan kepada pensyarah, ketua perkhemahan, penunjuk cara atau kepada pengerusi jawatankuasa perkhemahan sekiranya terdapat sebarang kesulitan seperti masalah kesihatan dan keselamatan. Tiupkan wisel atau membunyikan sesuatu dengan kuat tanpa henti sehingga rakan datang membantu jika berlaku sebarang kecemasan. Peserta dilarang berenang di masa yang ditentukan jika berkhemah di kawasan berhampiran sungai, laut atau tasik. Dilarang memiliki senjata, senjati api, dadah dan apa-apa alatan yang dilarang dan menyalahi undang-undang. Tidak dibenarkan merosakkan atau memusnahkan tanaman dan tumbuhan yang terdapat di sekita r kawasan perkhemahan. Segala alatan janganlah dibiarkan bersepah. Ia mestilah diletakkan setempat supaya mudah untuk dimuatkan semula ke dalam beg. Pilihlah suatu tempat atau arah tertentu yang akan dituju sekiranya berlaku sebarang kecemasan dan terpaksa meniggalkan khemah

You might also like