You are on page 1of 2

Al-Biruni

Ahli falsafah yang serba boleh.


Pada zaman awal kedatangan Islam, masyarakat Islam tidak begitu terdedah kepada ilmu falsafah. Walau bagaimanapun menjelang abad ke-3, para sarjana Islam mulai memberikan perhatian kepada persoalan dan pemikiran yang berkaitan dengan falsafah. Asas kepada falsafah yang dipelopori oleh para ilmuwan Islam, berpaksikan ajaran Islam dan kalimah syahadah bertujuan untuk meningkatkan keyakinan dan ketakwaan umat Islam. Berbeza dengan falsafah Yunani yang lebih tertumpu kepada pencarian kebenaran berlandaskan pemikiran dan logik semata-mata sehingga menimbulkan kekeliruan serta kecelaruan yang tidak berpanjangan. Aliran falsafah pada zaman Islam tidak sekadar membataskan perbicaraan kepada persoalan yang berkaitan dengan metafizika ketuhanan dan kejadian alam. etapi juga meliputi perbincangan yang berkaitan dengan nilai-nilai akhlak, masyarakat, dan kemanusiaan. !alaupun ahli falsafah pernah dicap oleh Imam Al-"hazali sebagai golongan yang sesat lagi menyesatkan, tetapi perkembangan ilmu falsafah itu telah berjaya membantu menyelesaikan pelbagai persoalan keagamaan, ekonomi, politik, sosial, budaya, dan bidang-bidang lain. !ahyu sebenarnya tidak bercanggah dengan akal. #enerusi paduan wahyu dan akal seperti yang dicernakan oleh para ilmuwan Islam telah berjaya membantu meletakkan batu asas yang kukuh kepada pembinaan peradaban Islam. $erana itu, umat Islam digalakkan mencari dan menimba ilmu hatta sampai ke negara %hina. &orongan yang diberikan oleh Islam itu telah memberikan semacam moti'asi kepada para sarjana Islam untuk terus menggali dan mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan sama ada di timur ataupun barat. (alah seorang ilmuwan tersebut ialah Al Biruni atau nama asalnya Abu al-)aihan #uhammad ibn Ahmad al-Biruni. Beliau dilahirkan pada tahun *+, - ./0* #1 diBirun, ibu negara $hawarizm atau lebih dikenali sebagai urkistan. "urunya yang terawal ialah Abu 2asr #ansur ibn Alt ibn Ira3in yang juga merupakan seorang pakar ilmu matematik dan alam. #inat dan kecenderungannya untuk mempelajari serta meluaskan dimensi ilmu pengetahuannya telah mendorong Al-Biruni merantau sehingga ke negara India. etapi semasa berada di India, Al-Biruni telah ditawan oleh (ultan #ahmood al-"haznawi. (etelah menyedari keilmuwannya beliau ditugaskan di istana sebagai salah seorang ulama. $esempatan itu digunakan sepenuhnya oleh Al-Biruni untuk mempelajari bahasa (anskrit dan bahasa lain di India. &i sana beliau mengambil kesempatan untuk mengenali agama -indu dan falsafah India. -asilnya beliau telah menulis beberapa buah buku yang mempunyai hubungan dengan masyarakat India dan kebudayaan -indu. &alam satu tulisannya, beliau menyatakan bahawa ajaran -indu berasaskan konsep penjelmaan yang mempunyai persamaan dengan syahadah auhid dalam Islam dan triniti dalam agama $ristian. embok penjara tidak menjadi penghalang kepada Al-Biruni untuk terus menuntut dan menghasilkan karya-karya yang besar dalam pelbagai bidang. (umbangannya kepada ilmu dan peradaban India amat besar. (umbangannya yang paling penting ialah dalam penciptaan

kaedah penggunaan angka-angka India dan kajiannya mencari ukuran bumi menggunakan kiraan matematik. Beliau juga telah berjaya menghasilkan satu daftar yang mengandungi peta dan kedudukan ibu-ibu negara di dunia. (emasa berada dalam tawanan itu, Al-Biruni juga menggunakan seluruh ruang dan peluang yang ada untuk menjalinkan hubungan antara para ilmuwan sekolah tinggi Baghdad dan para sarjana Islam India yang tinggal dalam istana #ahmud al "haznawi. (elepas dibebaskan, beliau telah menulis sebuah buku yang berjudul $itab ahdid al 2ih-ayat al Amakin 4ita5shih al #asafat al #asakin. &i samping itu, beliau turut mendirikan sebuah pusat kajian astronomi mengenai sistem solar yang telah membantu perkembangan pengajian ilmu falak pada tahun-tahun yang mendatang. $ajiannya dalam bidang sains, matematik, dan geometrik telah menyelesaikan banyak masalah yang tidak dapat diselesaikan sebelum ini. 6enguasaannya terhadap pelbagai ilmu pengetahuan dan bidang telah menyebabkan beliau digelar sebagai 78staz fil 8lum7 atau guru segala ilmu. 6enulisannya tentang sejarah Islam telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul 7%hronology of Ancient 2ation7. Banyak lagi buku tulisan Al-Biruni diterbitkan di 9ropah dan tersimpan dengan baiknya di #useum 9scorial, (epanyol. &alam sepanjang hidupnya Al-Biruni telah menghasilkan lebih :;< buah buku termasuk satu senarai kajian yang mengandungi :*= tajuk. Antara buku itu ialah Al->amahir fi al->awahir yakni mengenai batu-batu permata? Al-Athar alBa3iah berkaitan kesan-kesan lama tinggalan sejarah dan Al-(aidalah fi al- ibb, tentang ubatubatan. $arya ini dikatakan karyanya yang terakhir sebelum meninggal dunia pada :<@=#. Al-Biruni bukan sahaja dapat menguasai bahasa (anskrit dengan baik tetapi juga bahasabahasa Ibrani dan (yria. Beliau yang memiliki ilmu pengetahuan yang luas tentang falsafah Yunani menjadikannya seorang sarjana agung yang pernah dilahirkan oleh dunia Islam. AlBiruni berjaya membuktikan bahawa gandingan falsafah dan ilmu pengetahuan telah membolehkan agama terus hidup subur dan berkembang serta membantu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh umat. 6emikiran falsafahnya tidak semata-mata bersandarkan kepada imaginasi dan permainan logik tetapi berdasarkan kepada kajian yang dilakukannya secara empirikal. $epakarannya dalam ilmu Islam tidak boleh dipertikaikan kerana dalam umur yang masih muda lagi beliau telah menghasilkan sebuah karya besar yang berjudul $itabul Asar al ba3iya 5Anil Auran al $haliya. (ebelum ke India, Al-Biruni sering menjalinkan hubungan dengan Ibnu (ina. $eadaan ini menjadi bukti pengiktirafan ilmuwan Islam lain terhadap ketokohan dan kesarjanaannya. (ekali gus menjadikan beliau seorang ahli falsafah Islam yang serba boleh dengan sumbangan yang telah memberikan manfaat yang besar kepada manusia seluruhnya. &alam masa yang sama, Al-Biruni juga membuktikan bahawa golongan ahli falsafah bukan merupakan golongan yang sesat dan hidup di awang-awangan. (ebaliknya mereka merupakan golongan ilmuwan yang perlu diberi pengiktirafan. 6eranan dan kedudukan mereka amat besar dalam pembinaan tamadun Islam serta peradaban manusia. (esungguhnya kemunculan Al-Biruni sebagai tokoh ilmuwan tersohor telah mengangkat martabat ahli falsafah daripada terus diberikan pelbagai stigma dan label yang berbentuk negatif serta merubah peranan yang sepatutnya dimainkan oleh ahli falsafah itu sendiri.

You might also like