You are on page 1of 4

MESYUARAT JAWATANKUASA ETeMS KALI PERTAMA

SK (L) JALAN PASAR 1


2007
TARIKH

: 8.01.2007 (Isnin)

MASA

: 1.00 P.M

TEMPAT

: BILIK GURU

KEHADIRAN : CIK LEE CHU LAN (GURU BESAR)


: EN. ABD. HALIM BIN ABU SAMAH (GPK1)
: EN. FAUZUKI BIN ISMAIL (GPK HEM/PENGERUSI)
: PN. ROSMINI BINTI ABD. SANI (GPK KO-KURIKULUM)
: PN. BIBI SALMAH BINTI MOHD SAHID (SETIAUSAHA)
: PN. MARY ANN
: PN. TEO MEI CHOO
: CIK NORMIRAH GANI
AGENDA
1. Ucapan Pengerusi
1.1 En. Fauzuki memberikan ucapan aluan kepada semua guru yang hadir dan beliau
berharap agar Sains dan Matematik disampaikan dalam Bahasa Inggeris kepada
murid-murid.Semua guru diharap dapat memberikan kerjasama bagi menjayakan
segala aktiviti yang dirancangkan oleh Jawatankuasa ETeMS.
2. Ucapan Guru Besar
2.1 Beliau meminta semua guru ETeMS agar menerapkan penggunaan ICT di dalam
P & P.
2.2 Beliau meminta semua guru ETeMS agar sentiasa menggunakan Bahasa Inggeris
di dalam sesi P & P bagi meningkatkan penguasaan BI di kalangan murid dan
guru itu sendiri.

2.3 Beliau juga memberi peringatan

kepada guru-guru yang memiliki notebook

sekolah agar menjaganya dengan baik. Beliau menjelaskan bahawa guru akan
dikenakan bayaran gantirugi sekiranya menghilangkan notebook sekolah.
2. Perbincangan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Rancangan Tahunan
2.1 GPK1 meminta agar Jawatankuasa ETeMS dapat membuat salinan semua
rancangan tahunan tahun 1-5 (Sains dan Matematik) sebagai simpanan
Jawatankuasa ETeMS dan diletakkan di bilik Multimedia.
2.2 Pengerusi meminta semua guru ETeMS yang mengajar di tahap 1 menggunakan
buku teks dan buku aktiviti yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia.
3. Perlantikan AJK
3.1 AJK ETeMS bagi tahun 2007 adalah seperti berikut :
Penasihat

: Cik Lee Chu Lan (Guru Besar)

Pengerusi

: En. Fauzuki Bin Ismail (GPK HEM)

Setiausaha

: Pn .Bibi Salmah Binti M Sahid

AJK

: Pn. Rosmini Binti Abd. Sani (GPK Ko-Kurikulum)


: Pn. Mary Ann A/P Napolean
: Pn. Teo Mei Choo
: Cik Normirah Binti Gani

4. Aktiviti ETeMS
4.1 GPK1 dan semua guru ETeMS bersetuju bahawa kerja membersihkan bilik
Multimedia dibuat pada sepanjang minggu ini.
4.2 Sistem Pemantauan Rakan Taulan (Buddy System)
4.2.1

Sistem ini dijalankan bagi membantu guru-guru ETeMS memperbaiki


penggunaan BI di dalam P & P. Guru-guru Bahasa Inggeris akan menyelia
guru-guru ETeMS semasa mereka menjalankan P & P tahun 1 hingga 5.

4.2.2

Bagi memastikan sistem berjalan dengan berkesan, Jawatankuasa Buddy


System telah ditubuhkan :

Penasihat : Cik Lee Chu Lan (Guru Besar)


Pengerusi : Pn. Rosmini Binti Abd. Sani (Ketua Panitia Bahasa Inggeris)
Setiausaha : Pn. Mary Ann A/P Napolean
AJK

: En. Fauzuki Bin Ismail (GPK HEM)


: Pn .Bibi Salmah Binti Mohd Sahid
: Pn. Teo Mei Choo
: Cik Normirah Binti Gani

4.3 Guru Besar mencadangkan agar guru-guru ETeMS mengadakan ruangan buletin
ETeMS. Guru-guru ETeMS boleh menggunakan mana-mana papan kenyataan
kosong yang terdapat diluar bilik guru.
5. Hal-hal lain
5.1 GPK1 meminta semua guru ETeMS agar menggunakan bilik Multimedia
sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk sesi pengajaran bagi subjek ETeMS.
Jadual menggunakan bilik ETeMS akan diedarkan dan guru-guru ETeMS
diminta mengisi jadual tersebut bagi mengetahui masa penggunaan mereka. Ini
adalah bagi memastikan tidak berlakunya pertindihan penggunaan bilik
Multimedia di kalangan guru-guru ETeMS.
5.2 GPK1 meminta semua guru ETeMS memberikan maklumat serta menyerahkan
salinan sijil ETeMS mereka untuk tujuan penfailan.
5.3 GPK1 meminta semua guru ETeMS agar peka terhadap takwim tahunan.
5.4 Pn. Teo mancadangkan agar murid menggunakan buku latihan Matematik
menggunakan saiz kotak yang lebih besar untuk semua murid kerana buku latihan
Matematik yang digunakan pada masa sekarang ini kurang sesuai (saiz kotak
terlalu kecil).

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.00 petang.


Disediakan oleh,

Disemak oleh,

(PN BIBI SALMAH M SAHID)

(CIK LEE CHU LAN)

S/u ETeMS

Guru Besar

SK(L) JLN PASAR 1

SK(L) JLN PASAR 1

You might also like