You are on page 1of 16

Pengenalan

Malaysia merupakan sebuah negara yang memiliki pelbagai kaum dan etnik dan salah satunya adalah orang Siam Malaysia. Masyarakat Siam Malaysia kebanyakannya menetap di kawasan utara Semenanjung Malaysia iaitu di Kedah, Perlis, Perak, Kelantan dan sebahagian kecilnya di negeri Terengganu. Masyarakat Siam dianggarkan berjumlah 60,000 (Bernama, 16 Disember 2008) masih belum mempunyai sebuah parti politik. Sebahagian besar daripada jumlah masyarakat Siam Kedah menetap di kedah iaitu berjumlah 30,000 orang (The Star, 25 April 2008) ,13000 orang di Kelantan ( Harakah, 4 Mei 2008), 6000 di Perlis dan 2000( Utusan Malaysia, 2 Disember 2008) di Perak. Umumnya masyarakat Siam menetap di Daerah Pendang, Baling, Padang Terap, Kubang Pasu dan Sik (Kedah), Padang Jelutong dan Wang Kelian (Perlis), Tumpat dan Pasir Mas di Kelantan serta Pengkalan Hulu (Perak). Pada 30 mac 2014 para pelajar guru Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Januari 2013 Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pendang Kedah untuk melakukan satu kajian mengenai etnik Siam yang terdapat di sini. Kedah ialah salah sebuah negeri di utara Semenanjung Malaysia yang bersempadan dengan Thailand. Pada satu masa dahulu hubungan Kedah dengan Thailand (seterusnya disebut Siam) tidak dibatasi oleh sempadan politik seperti hari ini. Pada masa lalu hubungan Kedah dengan Siam boleh dilihat daripada beberapa sisi seperti politik, budaya dan ekonomi. Penghantaran bunga emas dan perak ke Bangkok oleh kerajaan Kedah dan serangan Siam ke atas Kedah memperlihatkan hubungan politik di antara Kedah dan Siam. Pengaruh Siam juga terdapat di dalam seni dan budaya seperti seni wayang gedek di Kedah. Kaum Siam juga wujud di kampung-kampung Siam di Kedah dan mereka telah mendirikan wat-wat Siam untuk upacara-upacara agama Buddha serta beberapa perayaan agama yang berkaitan. Semua ini mengkonkritkan hubungan di antara Siam khususnya wilayah-wilayah di selatan Siam seperti Satun, Songkhla, Chenak dan Yala dengan daerah-daerah di utara Kedah seperti Padang Terap dan Kubang Pasu. Pada satu masa dahulu, Pattani merupakan salah satu wilayah di selatan Siam. Pattani ialah sebahagian daripada sebuah wilayah besar di tanah besar Asia Tenggara yang terangkum di dalam satu ruang geografi yang dikenali sebagai

Kepulauan Melayu (Malay Archipelago) atau lebih dikenali sebagai Nusantara. Negara-negara di dalam Kepulauan Melayu ialah negara-negara di Tanah Besar Asia Tenggara (Indocina), Indonesia, Filipina, Malaysia, Brunei, Singapura dan Papua New Guinea. Dari segi demografinya, penduduk Kepulauan Melayu ini adalah penduduk Austronesia (rumpun Melayu) dan bahasanya pula ialah MalayoPolinesia.

Wilayah Pattani merangkumi Pattani, Yala dan Narathiwat dan di wilayah ini telah wujud sebuah Kerajaan Melayu Pattani di antara abad ke-14 dan 15. Wilayah Pattani telah menjadi pusat perdagangan Timur-Barat semenjak abad ke 8 Masihi. Sebelum itu, dipercayai telah wujud kerajaan Melayu Langkasuka dari abad ke-2 Masihi. Di antara abad ke 9 dan 10 Masihi, wilayah Pattani pernah berada di bawah penguasaan empayar Sriwijaya yang bertapak di Sumatera dan kerajaan MelayuHindu ini mula wujud di Sumatera pada abad ke-7 Masihi.

Islam lebih awal bertapak di Pattani berbanding di Melaka. Kaum Melayu di selatan Siam telah beragama Islam sebelum Raja Melaka iaitu Parameswara memeluk Islam pada tahun 1403. Islam mula bertapak di Pattani pada abad ke 11 atau lebih awal lagi. Mengikut sumber sejarah seperti catatan perjalanan Ibu Batuttah dan Portugis, sebelum abad ke - 11 sudah ada kaum Islam di Pattani. Dipercayai bahawa sudah ada pedagang dari Pasai yang berniaga di sana. Pasai adalah negeri yang pertama memeluk Islam di Kepulauan Melayu. Mengikut Hikayat Patani (Siti Hawa Hj. Salleh 1992: 7), Raja Pattani yang pertama memeluk Islam ialah Phya Tu Antara (Siam asli) dan baginda diIslamkan oleh seorang ulama Pasai bernama Syeikh Said dan kemudian dikenali sebagai Sultan Ismail Syah Zillullah FilAlam. Islam berkembang di wilayah Pattani melalui hubungan perdagangan dengan saudagar-saudagar Islam yang berdagang di Cina. Sebenarnya, kaum Melayu telah berada di Siam Selatan semenjak kerajaan Melayu Langkasuka lagi tetapi mereka bertumpu di wilayah Pattani seperti di Pattani, Yala dan Narathiwat Kaum Melayu di daerah-daerah di selatan Siam juga dikenali dengan beberapa panggilan lain seperti Jawi, Melayu-Islam dan Melayu-PattaniDengan kata lain kaum yang menduduki Pattani adalah masyarakat Melayu yang beragama Islam

. Selain di Wilayah Pattani, wilayah-wilayah lain di Siam Selatan juga didiami oleh kaum Melayu yang beragama Islam. Walau bagaimanapun, jika dibandingkan dengan Wilayah Pattani (Rajah 1), kawasan-kawasan lain seperti di Satun, Songkla dan Chenak, kaum Melayu di situ tidak seramai di Wilayah Pattani. Dengan kata lain, kaum Melayu telah lama menduduki wilayah -wilayah di selatan Siam dan mereka adalah sebahagian daripada dunia Melayu seperti yang ditegaskan oleh Surin Pitsuwan (1982: 28): Culturally, the Malay-Muslims of Southern Thailand belong to the Malay world. Politically they are part of the thai nation-state whose

Rajah 1. Wilayah-wilayah Siam Selatan: Setul, Songkla (termasuk Chenak), Yala, Pattani dan Narathiwat

Bermula pada abad ke-18, wilayah-wilayah yang dikawal oleh kaum Melayu seperti di Pattani mula dikuasai oleh kaum Siam yang berpusat di Bangkok. Keadaan ini mula berlaku semenjak Siam dapat mengalah Burma di Ayuthia pada tahun 1776. Semenjak itu, kerajaan Siam telah memberi perhatian semula kepada wilayahwilayah di selatan Siam dan beberapa tahun kemudian menyerang Kerajaan Melayu

Pattani hingga meruntuhkannya. Serangan dan penguasaan Siam ini menyebabkan ramai kaum Melayu-Islam itu menyeberang ke negeri-negeri Melayu yang bersepadan dengan Siam Selatan seperti Kedah, Perlis, Perak dan Kelantan.

Pernyataan Masalah
Mengkaji masalah-masalah dan kehidupan sosial masyarakat Siam yang terdapat di Pendang Kedah

Kajian Perpustakaan
Kaum minoriti Siam ini wujud di Malaysia terutamanya di Kedah sejak zaman pemerintahan kerajaan "Kedah Tua" lagi dan ia tercatat dalam sejarah negeri Kedah. Dalam undang2 tanah Rizab Melayu di negeri Kedah juga tercatat bahawa kaum Siam juga boleh memiliki Tanah Rizab Melayu di negeri Kedah. Ini bermakna kerajaan negeri Kedah mengiktiraf kaum minoriti Siam mempunyai hak sama rata dengan kaum Melayu. Pada mulanya kaum Siam ini mempunyai 2 puak iaitu Siam Buddha dan Siam Islam. Siam Islam telah diserapkan sebagai Melayu Islam di negeri Kedah oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj semasa beliau bertugas sebagai Pegawai Kerajaan Negeri Kedah. Golongan ini dikenali sebagai 'Sam-sam' dan mereka diiktiraf sebagai kaum Bumiputera seperti kaum Melayu.

Sementara kaum Siam Buddha masih kekal dengan mengamalkan cara hidup, adat resam, kebudayaan dan agama asal mereka. Tidak sukar untuk mencari

perkampungan Siam di sekitar daerah Pokok Sena, Padang Terap, Baling dan Pendang di Kedah. Jika terserempak dengan binaan rumah ibadat Buddha yang dikenali sebagai wat, sudah pasti ada kelompok masyarakat Siam yang tinggal di kawasan tersebut. Apa yang sukar adalah untuk mencari identiti fizikal orang Siam. Warna kulit, iras wajah mahupun cara bertutur dalam loghat Utara menyebabkan mereka sama seperti orang Melayu. Menurut Ahli Jawatankuasa Persatuan Siam Malaysia, Boon Soom Inong, cara bercakap, makan, pakaian tabiat orang Siam adalah sama seperti orang Melayu sehingga mereka mempuyai kesukaran untuk

membezakan antara orang Melayu dan orang Siam. Menurutnya, penempatan Siam terbesar di Malaysia adalah di Kedah iaitu membabitkan 35,000 orang manakala daerah Pendang merupakan kawasan yang paling ramai orang Siam di negeri tersebut. Mereka juga masih mengamalkan cara hidup seperti generasi terdahulu yang sampai ke Kedah lebih 200 tahun dahulu. Apabila orang Siam bertemu sesama mereka, sawadee iaitu amalan hormat-menghormati masih teguh diamalkan. Hampir kesemua masyarakat Siam Malaysia menganuti ajaran Buddha dan merayakan hari-hari kebesaran sama seperti masyarakat Thai di Thailand.Kami juga masih berpegang kuat kepada pantang larang nenek moyang, kata Pengerusi Jawatan Kuasa Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Padang, Choo Endin Prat, 64, yang paling lama menjadi ketua masyarakat Siam di Naka, Padang Terap. (KASIMAN, n.d.)

Tujuan Kajian
Antara objektif kajian ini adalah: i. Untuk mendedahkan kepada para pelajar guru tentang etnik Siam yang wujud di negeri Kedah. ii. Untuk memberi peluang kepada para pelajar guru dan pensyarah menjalankan kajian mengenai hubungan etnik yang wujud di negeri Kedah. iii. Untuk lebih memahami budaya-budaya berbeza yang terdapat di Malaysia.

Kepentingan Kajian
Kepentingan menjalankan kajian ini adalah untuk memenuhi dan

melengkapkan kerja kursus bagi subjek WAJ 3106 Hubungan Etnik. Selain itu, dengan menjalankan kajian ini juga diharapkan dapat mengenali dan mengetahui serba sedikit mengenai Masyarak Siam di Pendang Kedah ini. Kajian ini juga adalah selaras dengan cogan kata 1 Malaysia yang melibatkan semua kaum dalam negara Malaysia. Selain itu, kajian ini telah mendedahkan dengan lebih mendalam kepada pelajar guru IPG tentang etnik kecil masyarakat Siam di Malaysia.

Batasan Kajian
Oleh kerana kajian lapangan ini dijalankan hanya di daerah pendang, kedah maka ianya tidak boleh menggambarkan keseluruhan Masyarakat Siam yang terdapat di Malaysia. Selain itu, keadaan kampung-kampung yang terlalu besar membataskan perjalan responden untuk mendapatkan keputusan secara menyeluruh.

Metodologi Kajian
Kajian ini telah dijalankan berdasarkan kajian kuantitatif. Seramai 114 responden telah terlibat dalam kajian ini. Responden-responden yang terlibat dalam kajian ini adalah daripa pelajar Pengajian Ijazah Sarjana Muda (PISMP) ambilan 2013 Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang (IPGKPP)

(Soalan 45 mengekalkan tradisi 48 masykt siam masih ketinggalan 49 selesa ttgl di kg utk mnyara keluarga 50 perlu brhijrah ke bndar besar utk mengktkan trf ekonomi ) Yg ats nie nota jakot nak kaitkan dengan sosioekonomi

CADANGAN TAJUK KAJIAN


Taburan pekerjaan ATAU taraf pendidikan ATAU latar belakang keluarga/ terhadap perkembangan Sosioekonomi Msyarakat Siam di pendang

Tahap ekonomi penduduk Kampung Titi Akar boleh dikatakan masih berada di aras rendah. Namun, terdapat peningkatan dari segi taraf hidup mereka. Ini berlaku akibat proses asimilisasi antara budaya hidup dan perkembangan teknologi yang semakin pesat. Sebagai contoh, penggunaan telefon pintar agak meluas di kawasan perkampungan ini. Kebanyakan remaja dan golongan belia mempunyai akaun laman sosial tersendiri yang boleh diakses melalui telefon pintar mereka. Faktor peningkatan penggunaan gajet canggih sebegini merupakan kesan daripada langkah murni kerajaan memperkenalkan rebat rm200 untuk golongan belia memiliki telefon pintar.

Menurut data yang telah dikumpulkan, majoriti penduduk Kampung Titi Akar masih mengekalkan kegiatan ekonomi tradisional mereka iaitu dengan melibatkan diri dengan bidang pertanian. Hasil selidikan mendapati bahawa peratusan yang tinggi dicatatkan iaitu 40.4% penduduk kampung masih lagi bergantung kepada bidang pertanian untuk menyara hidup mereka. Petani dan penoreh getah merupakan dua pekerjaan utama yang mendominasi pilihan pekerjaan penduduk di kampung ini.

DAPATAN KAJIAN

Peratusan Jenis Pekerjaan Penduduk Kg Titi Akar


4.4, 5% 14.9, 17%
Kerajaan Swasta Pertanian

28.1, 32%

40.4, 46%

Perniagaan

Tahap Pendidikan Penduduk Kg Titi Akar

8% 1% 43% 48%
Sekolah Rendah Sekolah Menengah Kolej/Diploma Ijazah dan keatas

Soalan 1 Adakah anda selesa menjemput kaum Melayu ke majlis masyarakat Siam? AMAT TIDAK SETUJU TIDAK SETUJU KURANG SETUJU SETUJU AMAT AMAT SETUJU SETUJU

Frekuensi

22

39

48

Soalan 2

Adakah anda selesa menjemput kaum Siam ke majlis masyarakat Siam? Frekuensi

AMAT TIDAK SETUJU

TIDAK SETUJU

KURANG SETUJU

SETUJU

AMAT SETUJU

28

80

Soalan 3 Adakah anda selesa menjemput kaum Cina Melayu ke ke majlis majlis masyarakat Siam? Frekuensi 9 8 12 51 34 AMAT TIDAK SETUJU TIDAK SETUJU KURANG SETUJU SETUJU AMAT SETUJU

Soalan 4

Adakah anda selesa menjemput kaum India ke majlis masyarakat Siam? Frekuensi

AMAT TIDAK SETUJU

TIDAK SETUJU

KURANG SETUJU

SETUJU

AMAT SETUJU

16

26

31

32

Soalan 5-8

Amat Tidak Bersetuju Pergaulan dengan Kawan-kawan


15% 27%

31%

27%

Melayu

Siam

Cina

India

Soalan 13-24 (Perkahwinan)

Amat Tidak Setuju Perkahwinan Dengan Kaum

31%
Melayu

53% 11% 5%

Siam Cina India

Soalan 33-36 (masakan)

S33

Frequenc y Valid Amat Tidak Setuju Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Amat Setuju Total 5 Percent 4.4

Valid Percent 4.4

Cumulative Percent 4.4

.9

.9

5.3

6 29 73 114

5.3 25.4 64.0 100.0

5.3 25.4 64.0 100.0

10.5 36.0 100.0

S34 Valid Frequency Percent Valid Amat Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju 1 .9 Percent .9 Cumulative Percent .9

7 25

6.1 21.9 71.1 100.0

6.1 21.9 71.1 100.0

7.0 28.9 100.0

Amat Setuju 81 Total 114

S35 Valid Frequency Percent Valid Amat Tidak Setuju Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Amat Setuju Total 9 7.9 Percent 7.9 Cumulative Percent 7.9

.9

.9

8.8

6 47 51 114

5.3 41.2 44.7 100.0

5.3 41.2 44.7 100.0

14.0 55.3 100.0

S36

Valid Frequency Percent Valid Amat Tidak Setuju Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju 17 14.9 Percent 14.9

Cumulative Percent 14.9

12

10.5

10.5

25.4

21 36

18.4 31.6 24.6 100.0

18.4 31.6 24.6 100.0

43.9 75.4 100.0

Amat Setuju 28 Total 114

Analisis Keseluruhan Dapatan Kajian

Daripada segi pergaulan, masyarakat Siam lebih terbuka. Mereka lebih gemar mengamalkan sikap bebas dalam pemilihan kawan. Antara faktor yang menjadi penyumbang adalah mereka sememangnya masyarakat yang peramah dan mempunyai gaya bahasa yang sopan.

Etnik Siam tidak mempunyai masalah untuk perkahwinan dengan Siam dan juga daripada kaum Cina. Ini kerana terdapat sedikit persamaan daripada segi agama antara kedua kaum itu. Namun, rata-rata kurang bersetuju untuk melangsungkan perkahwinan dengan kaum Melayu dan India. Ini terjadi kerana masalah yang bakal terjadi ekoran perbezaan fahaman agama. Walaubagaimanapun, terdapat juga masyarakat Siam yang tidak kisah akan pilihan pasangan hidup kerana percaya akan pilihan anak-anak atau keluarga masing-masing.

Majoriti penduduk etnik Siam tidak mempunyai masalah dengan masakan daripada berlainan kaum seperti Melayu, Cina dan India. Faktor ini berikutan Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan makanan yang pelbagai. Rata-rata masyarakat berbilang kaum sudah pasti biasa dengan pelbagai jenis masakan. Senario ini mewujudkan masyarakat yang harmonis dan saling bertukar budaya lebih-lebih lagi dalam aspek pemakanan.

Kesimpulan
Melalui kajian yang telah dilaksanakan, masyarakat Siam Pendang Kedah dapat menerima kebudayaan masyarakat lain dengan sifat terbuka. Selain itu, kebanyakan masyarakat Siam Pendang amat terbuka dalam menerima cara hidup masyarakat Melayu, Cina dan India dalam kehidupan seharian mereka. Hal ini dapat dibuktikan dalam hasil kaji selidik mengenai penerimaan masakan dan hubungan perkahwinan etnik lain dalam kalangan masyarakat mereka Namun begitu, mereka tetap menjaga tradisi dan kebudayaan masyarakat mereka.Hal ini dapat dilihat dari segi pembinaan Wat dan majlis-majlis tarian dan kebudayaan di perkampungan mereka. Tambahan pula pembinaan Sekolah Siam yang dibina berdekatan Wat-wat dapat mengekalkan tradisi kepada golongangolongan muda Masyarakat mereka Akhir sekali, sifat keterbukaan sama ada masyarakat Siam di Pendang ini dapat mengekalkan keharmonian masyarakat setempat. Tambahan pula, ini memudahkan mereka menjaga kebudayaan mereka di kalangan keterbilangan etnik dalam masyarakat setempat