You are on page 1of 2

i) Tujuan Tujuan utama ujian ini ialah untuk menentukan kemudahan kerja (degree of workability) bagi sesuatu campuran

konkrit. Nisbah bahan-bahan konkrit sudah ditentukan seperti yang dikehendaki. Kekuatannya bergantung kepada cara konkrit itu dituangkan. Oleh itu, konkrit yang hendak digunakan mestilah mudah dituang dan berkeadaan padat. Faktor-faktor yang mempengaruhi kemudahan kerja adalah seperti berikut: i. ii. iii. Kandungan air Sifat batu baur - saiz, kekerasan, bentuk dan corak permukaan Nisbah air/simen

ii) Cara membuat Ujian Acuan digunakan ialah berbentuk kun di mana tingginya ialah 305mm.Lihat gambar rajah 1 di bawah. untuk gambar acuan berbentuk kun.

a. Ambil contoh konkrit dan penuhkan acuan dalam masa 2 minit dalam 4 lapisan yang sama. b. Padatkan tiap-tiap lapisan 25 kali menggunakan rod keluli. Lihat gambar di bawah untuk gambar rod keluli.

c. Permukaan di atas diparaskan dan segala kebocoran di tapak acuan dibersihkan. d. Dengan tidak membuang masa, acuan diangkat dengan perlahan-lahan dalam keadaan tegak. e. Ukurlah pemendapan 6 mm yang terdekat. Jika pemendapan riceh atau roboh berlaku, ujian hendaklah diulangi menggunakan contoh yang lain. Lihat gambar rajah dibawah untuk gambar ujian pemendapan.

f. Catatkan segala keputusan g. Bersih acuan dan biarkan kering. Jangan sekali-kali acuan itu disapu minyak. iii. Jenis Pemendapan. Lihat gambar rajah dibawah untuk gambar ujian pemendapan.

Pemendapan Sebenar - telah mencapai kemudahan kerja (degree of workability) sesuatu campuran konkrit. Pemendapan Riceh (Shear Slump) - jika ini terjadi, ujian hendaklah diulangi. Sekiranya pemendapan riceh berlaku pada tiap-tiap kali ujian ini berlaku bila campuran-campuran itu kekurangan air, ini menunjukkan bahawa campuran itu mempunyai kurang lekatan. Pemendapan Roboh (Collapse Slump) - campuran-campuran yang tegar pada keseluruhannya akan mendapat pemendapan kosong. Sebaliknya, jika sesuatu campuran itu basah (terlalu banyak kandungan air) pemendapan roboh akan terjadi. Langkah-langkah yang perlu untuk mengurangkan kandungan air dalam campuran itu perlulah diambil.

You might also like