You are on page 1of 15

RINGKASAN Pengurusan Sisa Jurnal Pengurusan Sisa Bersepadu , Sains dan Teknologi Pengurusan Sisa ialah jurnal antarabangsa

dikhaskan untuk pembentangan dan perbincangan maklumat mengenai penjanaan, pencegahan, pencirian, pemantauan, rawatan , pengendalian , penggunaan semula dan pelupusan muktamad sisa sisa pepejal , kedua-dua dalam perindustrian dan di negara-negara membangun dari segi ekonomi. Jurnal ini menangani pelbagai jenis sisa pepejal termasuk perbandaran (contohnya , kediaman, institusi , perdagangan, cahaya industri) , pertanian, dan khas (contohnya , C dan D , penjagaan kesihatan, sisa berbahaya rumah, enapcemar kumbahan) . Pengurusan Sisa direka untuk ahli-ahli sains , jurutera, dan pengurus , tidak kira disiplin mereka , yang terlibat dalam bidang sains, teknikal dan lain-lain isu-isu yang berkaitan dengan pengurusan sisa pepejal. Penekanan diberi kepada pendekatan bersepadu. Pendekatan memerlukan pengadunan faktor-faktor teknikal dan bukan teknikal. Walaupun penyebaran dan penggunaan maklumat teknikal yang inovatif adalah sangat penting , pelaksanaan amalan pengurusan sisa mapan juga memerlukan pemahaman yang mendalam tentang isu-isu undang-undang, sosial, ekonomi, dan kawal selia yang berkaitan yang terlibat.

Pengurusan Sisa Pepejal

Pengurusan sisa pepejal bersepadu merupakan sistem yang menggabungkan 6 elemen penting yang sejajar dengan konsep pembangunan mapan dari segi kesihatan awam, ekonomi, kejuruteraan, pemuliharaan, nilai artistik, kesedaran awam serta persekitaran. Elemen yang dimaksudkan adalah seperti di bawah: 1) Penjanaan 2) Penstoran 3) Kutipan 4) Pengangkutan 5) Rawatan Perantaraan

Penjanaan Sisa Pepejal

Mengikut laporan Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010, jumlah sisa pepejal yang dijana di Semenanjung Malaysia meningkat daripada 16,200 tan metrik sehari pada tahun 2001 kepada 19,100 tan metrik sehari pada 2005. Jumlah ini dianggarkan akan meningkat kepada 30,000 tan sehari pada tahun 2020. Secara puratanya, pada masa ini seorang warga Malaysia menjanakan sebanyak 0.8 kilogram sisa pepejal sehari. (Sumber : Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, 2008). Komposisi sisa pepejal Kadar komposisi sisa pepejal adalah berbeza di antara kawasan kerana ia dipengaruhi oleh beberapa faktor, di antaranya sosio ekonomi dan gaya hidup seseorang. Secara puratanya komposisi sisa pepejal isi rumah di Malaysia adalah seperti berikut:

( Sumber : Rancangan Malaysia Ke - 9)

Penstoran

Penstoran sisa pepejal yang sistematik adalah penting bagi mengelakkan gangguan dari binatang seperti anjing dan kucing serta mengelakkan pembiakan lalat, tikus atau serangga-serangga yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada manusia dan persekitaran. Selain itu, ianya juga bertujuan memudahkan kutipan sisa pepejal tersebut.
Kutipan Kutipan merupakan proses mengutip atau mengumpul sisa pepejal domestik, sisa pukal atau bahan kitar semula di tong setiap premis atau punca janaan sisa pepejal dan dimasukkan ke dalam kutipan.Kenderaan kutipan kemudiannya akan membawa sisa pepejal ini samada ke stesen pemindahan, insinerator, Kemudahan Bahan Api Terbitan (Refuse Derived Fuel (RDF), Kemudahan Perolehan Semula Sumber (Material Recovery Facilities (MRF) atau terus ke Tapak Pelupusan.

Kaedah Kutipan Kaedah kutipan terdiri daripada pelbagai jenis iaitu:


i.

Kutipan di bebendul jalan Kutipan yang dilakukan ke atas tong yang diletakkan di tepi jalan sebagai contoh tong sampah di perhentian bas dan tempat awam. Kutipan berpusat Kutipan dilakukan di kawasan yang dikhaskan untuk pengumpulan sisa contohnya rumah sampah dan tong komunal. Pengguna perlu membawa sisa ke rumah sampah atau tong komunal. Kaedah ini digunakan di pangsapuri, kondominium, pasar, premis komersial dan seumpamanya. Kutipan Dari Premis Ke Premis Pekerja akan mengutip sisa dari premis ke premis dan dibuang ke dalam kenderaan kutipan. Ini merupakan cara yang paling banyak diamalkan di Malaysia.

ii.

iii.

Pengangkutan Bagi Kutipan Sisa Pepejal Pengangkutan merupakan satu aktiviti mengangkut sisa pepejal dari tempat penstoran untuk dihantar ke pusat rawatan perantaraan atau terus ke tapak pelupusan dengan menggunakan kenderaan kutipan yang dikhaskan.

Berikut adalah jenis -jenis lori yang biasa digunakan untuk kutipan sisa di Malaysia: 1. 2. 3. 4. 5. Lori Kompaktor Lori Terbuka (Open Lorry) Lori RORO(Roll On Roll Off Lorry) Long Haulage Vehicle Motorsikal beroda tiga (Tricycle)

1. Lori Kompaktor Lori Kompaktor digunakan untuk mengutip sisa pepejal di kawasan perumahan, komersial, institusi dan industri kecil dan sederhana. Ia terdiri daripada pelbagai saiz mengikut kapasiti yang mampu dibawa oleh lori tersebut sebagai contoh kompaktor 4 tan, 7 tan dan 12 tan. Lori ini mempunyai sistem pemampatan yang membolehkan lebih banyak sisa dapat dimuatkan ke dalam lori tersebut. Selain itu ia juga mempunyai tangki leachate bagi mengelakkan tumpahan ketika aktiviti pengutipan dan pengangkutan.

2. Lori Terbuka (Open Lorry) Lori terbuka sesuai digunakan mengangkat bahan kitar semula, sisa kebun dan sisa pukal (bulky waste). Ia terdiri daripada pelbagai saiz mengikut kemampuan sisa yang dapat dimuatkan ke dalam lori tersebut sebagai contoh lori 3 tan, 5 tan dan 10 tan. Lori ini mempunyai pintu pada bahagian belakang yang memudahkan proses mengutip dan membuang sisa. Ia perlu ditutup dengan kanvas selepas pengutipan agar tiada sisa yang tercicir.

3. Lori RORO(Roll-On Roll -Off) Lori RORO digunakan untuk mengangkat tong RORO yang biasanya digunakan di pangsapuri, kondominium, pasar, industri dan kawasan pembinaan. Ia menggunakan sistem hidraulik bagi mengangkat tong RORO dan membuang sisa. Ia perlu ditutup dengan kanvas selepas pengutipan agar tiada sisa yang tercicir.

4. Motor beroda tiga (Tricycle) Motor beroda tiga sesuai digunakan untuk mengutip sisa di kawasan yang mempunyai laluan yang sempit di mana kenderaan pengangkutan lain tidak boleh melaluinya, sebagai contoh di kawasan kampung. Kenderaan ini akan mengutip sisa dari premis ke premis dan membawanya ke pusat pengumpulan yang kebiasaannya terletak di tepi jalan utama.

5. Long Haulage Vehicle Long Haulage Vehicle digunakan untuk mengangkat sisa yang telah dimampatkan daripada stesen pemindahan ke tapak pelupusan seperti yang digunakan oleh Stesen Pemindahan Taman Beringin yang bermuatan bersih 20 tan dapat memuatkan sisa daripada 5 buah lori kompaktor 4 tan. Ia dapat menjimatkan kos pengangkutan sisa bagi kawasan yang terletak jauh daripada tapak pelupusan. Selain daripada itu masa yang dijimatkan oleh kompaktor untuk menghantar sisa secara terus ke tapak pelupusan boleh dimanfaatkan untuk membuat kutipan di kawasan lain.

Rawatan Perantaraan

PENGKOMPOSAN
MEMANTAU PROSES PENGKOMPOSAN| MENGENALPASTI MASALAH PENGKOMPOSAN |

Pengkomposan merupakan salah satu cara untuk mengitar semula sisa organik (dari tumbuh-tumbuhan dan haiwan) bagi mengurangkan kuantiti sisa yang perlu dilupuskan di tapak pelupusan, oleh itu jangkahayat tapak pelupusan dapat dipanjangkan. Ia adalah proses penguraian semulajadi oleh mikrob ke atas bahanbahan organik (dari tumbuh-tumbuhan dan haiwan) menjadi bahan yang menyuburkan tanah dipanggil kompos. FAEDAH PENGKOMPOSAN 1 Mengubah bahan organik yang boleh reput menjadi bahan yang stabil 2 Membunuh mikrob pathogen, telur serangga dan organisma lain 3 Menyediakan nutrien yang boleh menyuburkan tanah ASAS PENGKOMPOSAN Pengkomposan yang baik dapat menyediakan persekitaran yang sesuai untuk perkembangan mikrob seperti bakteria dan fungus. Semasa proses pengkomposan mikrob memerlukan air, udara danmakanan. Perkembangan sains membolehkan kita mengawal ramuan bahan yang hendak dikompos, memantau perubahan suhu, nilai pH, kandungan kelembapan serta keperluan udara semasa proses pengkomposan bagi menjamin kualiti kompos yang terhasil. Air Kelembapan bahan-bahan organik yang hendak dikompos mestilah sesuai supaya

mikrob-mikrob tersebut dapat hidup dan melakukan proses pengkomposan. Walaubagaimanapun kandungan air yang terlalu tinggi, akan menyebabkan partikel kompos berkenaan menjadi lembap dan akan mengurangkan kandungan udara. Oleh itu, proses pengkomposan menjadi perlahan. Pekara yang sama akan berlaku jika tahap kelembapan terlalu rendah. Kelembapan optima biasanya adalah pada kadar 50%- 60% daripada berat bahan yang dikompos. Udara Kandungan air dan udara yang seimbang adalah penting untuk proses pengkomposan. Udara diperlukan oleh mikrob untuk melakukan penguraian. Bahanbahan yang dikompos perlu mempunyai banyak rongga (tidak mampat) untuk membolehkan udara meresap ke dalamnya. Pada peringkat permulaan, kandungan oksigen yang diperlukan pada kadar 15% - 20% daripada rongga udara ( pore spaces ). Sekiranya kandungan purata oksigen kurang daripada 5%, bakteria anerobik akan membiak dan ia akan membebaskan gas berbau busuk. Untuk proses pengkomposan aerobik, kandungan udara optima yang diperlukan adalah melebihi 10% .

Makanan Mikrob memerlukan bahan-bahan yang mengandungi karbon (C) dan nitrogen (N) sebagai makanannya. Bahan organik mengandungi C yang tinggi dinamakan sebagai bahan perang (brown) dan N sebagai bahan hijau (green). Bahan perang membekalkan tenaga kepada mikrob manakala bahan hijau membekalkan nutrien. Untuk menghasilkan kompos, nisbah di antara C dan N adalah penting, iaitu pada kadar 30:1. Apabila bahan-bahan organik berkenaan menjadi kompos C:N berubah menjadi 10:1 hingga 20:1.
Kesan Pengurusan Sisa Pepejal Yang Tidak Sistematik

Kebanyakan sisa pepejal mempunyai kesan yang negatif kepada alam sekitar. Pencemaran dari sisa pepejal terjadi daripada pengurusan yang tidak cekap. Tanpa pengurusan yang sistematik, kita akan berdepan dengan masalah yang memberi kesan buruk kepada alam sekitar, kesihatan manusia dan sosial(komuniti). Kesan Pengurusan Sisa Pepejal Yang Tidak Sistematik:
1. 2. 3.

Impak kepada alam sekitar Impak terhadap sosial Impak kepada kesihatan manusia

Impak Kepada Alam Sekitar

1. Pencemaran udara

Pembakaran sampah secara terbuka mengakibatkan pencemaran udara. Pembakaran terbuka melepaskan gas dioxin yang merbahaya ke persekitaran. Gas dari tapak pelupusan (hasil daripada proses pereputan sampah) boleh meletup jika dibiarkan berkumpul dalam permukaan tertutup.

Metana (salah satu daripada gas tapak pelupusan) lebih efektif dari karbon dioksida sebagai gas rumah hijau yang boleh membawa kepada peningkatan suhu dunia. Pembakaran di tapak pelupusan boleh mengakibatkan pencemaran udara dan pengurangan jarak penglihatan semakin berkurangan. Letupan dan kebakaran boleh merebak ke kawasan berdekatan.

2. Pencemaran air bawah tanah atau permukaan air

Air tercemar (leachate) yang mengalir dari tapak pelupusan sampah mengakibatkan pencemaran sumber air yang serius. Sisa kimia (terutamanya organik yang tidak terurai) boleh membawa maut dan mempunyai kesan yang serius jika disentuh atau dihidu.

3. Pencemaran tanah

Pencemaran tanah terjadi apabila bahan kimia atau bahan bahan lain yang mangubah komposisi semulajadi tanah. Jenis pencemaran ini terjadi apabila air tercemar daripada tapak pelupusan atau membebaskan secara terus sisa industri seperti petroleum hidrokarbon, cecair, racun serangga, plumbum dan logam berat yang lain ke dalam tanah.

Impak Kepada Sosial

Penimbusan secara terbuka atau pembuangan sampah secara haram di tempat yang tidak dibenarkan boleh menyebabkan ketidakselesaan kepada komuniti setempat dan seterusnya mengundang penyakit. Sisa atau sampah yang tidak dibuang atau diuruskan dengan sempurna akan meninggalkan kesan yang kurang selesa seperti bau yang busuk dan keadaan persekitaran yang kotor. Sisa atau sampah yang tidak dikutip selalunya akan tersumbat di longkang longkang lalu mengakibatkan banjir. Meningkatkan kos penyelenggaraan. Tapak pelupusan yang tidak mencukupi.

Impak Kepada Kesihatan Manusia

Kumpulan yang berisiko tinggi untuk mengalami gangguan kesihatan terdiri daripada populasi yang tidak mempunyai pengurusan sisa yang sistematik. Terutama sekali kanak kanak, pekerja, pengangkut sampah dan pekerja kilang bahan toksik dan bahan mudah berjangkit. Kumpulan berisiko tinggi yang lain adalah populasi yang menetap berhampiran kawasan tapak pembuangan sampah serta sumber air yang telah tercemar akibat pembuangan sampah sarap atau tapak pelupusan yang bocor. Jangkitan penyakit

Jangkitan penyakit kulit dan darah terjadi akibat daripada sentuhan secara langsung dengan sisa (sampah). Jangkitan mata dan pernafasan terjadi apabila terdedah kepada debu terutama sekali ketika operasi tapak pelupusan. Vektor pembawa penyakit yang mengakibatkan wabak penyakit : a. Lalat yang membiak di kawasan ini merupakan vektor yang efektif dalam penyebaran penyakit b. Nyamuk yang membiak di air takungan bekas-bekas sampah menyebarkan penyakit malaria dan denggi c. Tikus yang tinggal dan mencari makanan di tapak pelupusan menyebarkan penyakit dan merosakkan kabel elektrik

Penyakit kronik

Terdapat gas-gas yang dilepaskan semasa proses penguraian sisa pepejal di tapak pelulusan sampah seperti SO2 , NOX , Dioxin ,Sulfur ,CO ,Amonia dan lain-lain.Gas ini apabila masuk ke dalam tubuh manusia akan bertindakbalas dengan kimia yang terdapat dalam organ manusia dan mengghasilkan toksin yang merbahaya kepada manusia.

Peranan dan Tanggungjawab

Tanggungjawab Anda Sebagai Pengguna


-Asingkan sisa -Jaga tong anda daripada kerosakan dan kecurian -Pastikan tong anda ditutup dengan sempurna -Mengeluarkan tong anda pada waktu kutipan Tanggungjawab PPSPPA -Memantau kutipan sisa pepejal -Memastikan konsesi mematuhi KPI kutipan dan pembersihan awam yang ditetapkan -Kemudahan penyaluran aduan Tanggungjawab Syarikat Konsesi -Kutipan sisa pepejal mengikut jadual -Penyediaan maklumat jadual tarikh dan masa kutipan -Pematuhan KPI yang ditetapkan oleh PPSPPA -Kenderaan dan peralatan yang lebih sempurna -Pemberian tong sisa pepejal percuma secara berperingkat

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI SISA PEPEJAL PENDAHULUAN


-Masalah pembuangan sisa pepejal semakin meruncing kerana bertoksid dan tidak reput.Ini juga menimbulkan pelbagai masalah pencemaran yang serius. -Akibat daripada tiada kesedaran sivik di kalangan masyarakat. -Oleh itu,langkah-langkah untuk mengatasi harus dipraktikkan agar dapat mengurangkan kadar statistik masalah sisa pepejal ini.

1.PENGURUSAN YANG BERSEPADU -Merangkumi proses kitar semula,penggunaan semula,pengkomposan,loji rawatan termahal dan tapak pelupusan. -Contohnya,loji rawatan terma di Beroga,Selangor yang menggunakan teknologi gas. -Loji rawatan terma ini menggunakan tenaga daripada sisa pepejal itu sendiri untuk berfungsi dan mengurangkan dioksin serta volum gas eksos. -Selain itu,proses kitar semula bahan-bahan dan memproses baki sisa untuk dijadikan blok penurapan jalan atau atap getting. 2.KITAR SEMULA SISA PEPEJAL -Mengembangkan teknologi kitar semula untuk menghasilkan kegunaan alternative. -Barang-barang seperti botol kaca,plastic dan tin aluminium mengambil masa 15 tahun untuk reput,oleh itu barang-barang tersebut harus dikitar semula. -Contohnya,plastik dihancurkan menjadi fiber halus. -Fiber halus pula digunakan untuk menghasilkan kain,beg,dan baju hujan.Manakala tayar buruk dijadikan tukun tiruan dilaut.

3.BINA LOJI LUPUS SISA PEPEJAL -Bahan bertoksid seperti minyak kotor dan plumbun boleh mencemarkan alam sekitar dan pembuangan racun serangga boleh mencemarkan air. -Setiap kilang wajib membina loji pelupusan sisa bertoksid kerana menyahaktifkan bahan bertoksid kepada bahan yang tidak berbahaya dan mesra alam. -Bahan yang tidak mudah reput dibuang di tapak pelupusan yang jauh dari tempat kediaman dan sumber air.

4.R&D UNTUK HASILKAN BARANGAN YANG MESRA ALAM

-Contohnya,mencipta bekas plastik yang mudah reput dan pinggan mangkuk dibuat daripada sekam padi yang tidak mencemarkan alam. -Barangan ini bukan sahaja mesra alam malah menyuburkannya. -Jentera dicipta bagi membolehkan plastik dan tayar dihancurkan menjadi fiber halus. -Justeru itu,bahan pencemar harus diproses semula menjadi barangan yang berguna dan dapat mengurangkan kuantiti sisa pepejal.

KESIMPULAN -Semua pihak harus bekerjasama untuk mengurangkan masalah sisa pepejal di negara ini agar dapat mewujudkan negara yang bersih dan selamat. -Oleh yang demikian,pembuangan sisa pepejal yang bertoksid dan tidak reput harus diselenggarakan dengan baik agar tidak mengancam kesihatan kita.

SUMBER

Waste - Wikipedia, the free encyclopedia.htm Health impacts of solid waste.mht Solid waste management.mht (SKAT) Integrated Solid Waste Management (Engineering Principles And Management Issues), McGraw-Hill, Inc. (1993)

You might also like