You are on page 1of 25

PERKONGSIAN DALAM PENDIDIKAN EDU 5077

Kepentingan Perkongsian Pihak Sekolah, Ibu Bapa dan Murid


DURASNITA BINTI ABDULLAH (GS39111) MASTER SAINS SOSIOLOGI PENDIDIKAN

1. KEIBUBAPAAN
Sekolah membantu ibu bapa dengan kemahiran keibubapaan dan menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran dirumah. Ibu bapa pula membantu sekolah mendapatkan maklumat berkaitan keluarga untuk lebih memahami pelajar dan keluarga. Aktiviti; bengkel keibubapaan mengenai perkembangan kanak-kanak dan remaja, program sokongan keluarga seperti mengadakan kedai jualan pertukaran baju dan kumpulan ibu bapa dengan ibu bapa lain, atau program lawatan ke rumah pelajar oleh guru.

Cabaran Keibubapaan
Tidak semua ibu bapa boleh mengikuti program yang dianjurkan Cara penyelesaian :
Dapatkan maklumat berkaitan keluarga yang tidak dapat hadir, sekolah akan merakamkan aktviti perbengkelan dan meminjamkan kepada keluarga yang tidak dapat hadir untuk ditonton di rumah Tayangan juga dilakukan di Pusat Media Sekolah Artikel berkaitan bengkel diringkaskan dalam buletin sekolah Salinan risalah dan pamplet semasa bengkel keibubapaan diedarkan oleh Pusat Sumber Keluarga sekolah. Sekolah yang mempunyai lama web boleh meringkaskan butiran bengkel keibubapaan dan pautan ke mana-mana laman web berkaitan.

Kepentingan keibubapaan
Pelajar mempunyai kesedaran tentang ibu bapa mereka yang mengambil berat pencapaian akademik sekaligus kepentingan pendidikan untuk mereka Ibu bapa lebih berkeyakinan kerana mereka lebih berpengetahuan mengenai perkembangan kanak-kanak dan remaja menjadikan ibu bapa tahu menyediakan persekitaran pembelajaran yang bersesuaian mengikut umur kanak-kanak dan remaja Masa pembelajaran untuk pelajar juga dapat diseimbangkan dengan bimbingan ibu bapa untuk mereka melakukan kerjarumah, kokurikulum, membantu ibu bapa dengan kerjakerja rumah dan membuat kerja selepas habis sekolah.

2. KOMUNIKASI
Komunikasi berkesan dari sekolah ke rumah dan dari rumah ke sekolah mengenai program sekolah dan perkembangan pelajar Perjumpaan dengan ibu bapa sekurang-kurangnya sekali setahun Folder hasil kerja pelajar dihantar ke rumah secara kerap untuk disemak dan dikomen oleh ibu bapa Risalah edaran yang berkesan dengan maklumat berkaitan aktivti sekolah, aktiviti pelajar serta soal jawab dan cadangan ibu bapa disediakan Memberi penjelasan tentang polisi sekolah, program akademik dan peralihan pelajar ke tahap seterusnya

Cabaran Komunikasi
Tidak semua ibu bapa menerima dan memahami maklumat yang dihantar ke rumah melalui pelajar Sebagai contoh, hanya satu pertiga surat edaran sekolah sampai ke rumah ( Epstein & Herrick, 1991) Cara penyelesaian :
Menyediakan ruang tandatangan di bahagian bawah surat edaran menunjukkan penerimaan ibu bapa untuk dihantar kembali ke sekolah Laman Web sekolah membolehkan ibu bapa menghantar soalan atau sebarang komen kepada pentadbir sekolah bila-bila masa Sekolah juga boleh menggunakan buku nota atau kerjarumah yang memerlukan tandatangan ibubapa yang memerlukan pelajar menghantar hasil kerja mereka pada tarikh-tarikh yang ditetapkan.

Kepentingan komunikasi
Pelajar dan ibu bapa jelas tentang aktiviti dan program sekolah Ibu bapa lebih cepat bertindakbalas dan membantu menangani masalah anak mereka Ibu bapa dapat membantu anak-anak mereka membuat pilihan untuk aktiviti dan program sekolah Ibu bapa dapat meraikan kejayaan anak-anak mereka setelah berkomunikasi dengan guru Pelajar juga sentiasa peka dengan perkembangan mereka dan kesediaan memperbaiki sikap, meningkatkan pencapaian akademik dan kehadiran Guru pula dapat menigkatkan kemahiran berkomunikasi kerana perlu berhadapan dengan ibu bapa.

3. KHIDMAT SUKARELA
Sekolah mengelolakan khidmat sukarela daripada ibu bapa untuk membantu sekolah dan pelajar. Menyediakan peluang sukarelawan untuk membantu pada bila-bila masa dan manamana tempat. Tinjauan dibuat untuk mengenalpasti ibu bapa yang berminat Sekolah menubuhkan Pusat Keluarga atau Bilik Ibu Bapa untuk khidmat sukarela Membantu guru dalam bilik darjah, sebagai tutor atau mentor pelajar, mengikuti lawatan pelajar, menyediakan makanan atau membantu kerja pentadbiran seperti makluman ketidakhadiran pelajar juga membantu mengawasi keselamatan sekolah

Cabaran Khidmat Sukarela


Ibu bapa yang bekerja tidak dapat hadir membantu sekolah semasa persekolahan Ada juga keluarga yang tidak selesa untuk khidmat sukarela disekolah atau di dalam kelas. Cara penyelesaian :
Ibu bapa diberi kebebasan melakukan khidmat sukarela pada bila-bila masa dan tempat mengikut kesesuaian Ibu bapa yang bekerja dengan komputer boleh membantu menaip surat edaran atau menterjemah surat edaran ke bahasa lain sewaktu makan tengahari Ibu bapa dari rumah juga boleh membantu dengan menyiapkan hiasan dari rumah untuk kelas atau menjaga haiwan peliharaan kelas dihujung minggu atau pun merekod bacaan buku membolehkan pelajar samasama mengikut membaca di sekolah.

Kepentingan khidmat sukarela


Dapat membantu pelajar dengan kemahiran tertentu juga kemahiran berkomunikasi pelajar ditingkatkan untuk berhadapan dengan ibu bapa pelajar lain yang berkhidmat secara sukarela di sekolah Ibu bapa lebih memahami bahawa mereka dialu-alukan ke sekolah dan meningkatkan keyakinan untuk bekerjasama dengan guru dan pelajar Ibu bapa lebih memahami tugas guru dan guru juga mendapat pengetahuan lebih mendalam berkaitan dengan kebolehan ibu bapa Ibu bapa juga kadang-kadang dapat membantu guru memberikan tumpuan yang lebih kepada seseorang pelajar.

4. PEMBELAJARAN DI RUMAH
Melibatkan keluarga untuk membantu menyiapkan kerja rumah dan membuat keputusan untuk lain-lain aktiviti kurikulum dan kokurikulum Sekolah membekalkan idea kepada ibu bapa untuk membantu dan memantau pembelajaran anak-anak mereka di rumah Kerja rumah yang interaktif serta pakej pembelajaran menarik sewaktu cuti sekolah yang melibatkan ibu bapa Sekolah menganjurkan hari keluarga untuk guru dan ibu bapa sama-sama menjalankan aktiviti membaca, menjalankan eksperimen. Melibatkan ibu bapa untuk perancangan akademik anak-anak mereka selepas tamat persekolahan

Cabaran pembelajaran di rumah


Sekolah perlu membina hubungan diantara keluarga dan pelajar yang positif tanpa ibu bapa perlu mengajar kemahiran yang ada disekolah. Berlaku kecenderungan pelajar dan ibu bapa bergaduh kerana kerja rumah yang tidak dapat disiapkan Cara penyelesaian :
Guru perlu menyediakan kerja rumah yang interaktif iaitu memerlukan penglibatan ibu bapa untuk menyiapkannya tetapi tetap terikat kepada sukatan matapelajaran pelajar Kerja rumah interaktif yang paling berkesan, tidak langsung membabitkan ibu bapa untuk mengajar anak mereka sebaliknya pelajar hanya menemuramah ibu bapa mereka, menjalankan eksperimen sains mudah di mana ibu bapa sebagai pembantu, atau membacakan sesuatu untuk ibu bapa mereka

Kepentingan pembelajaran di rumah


Pelajar menyiapkan kerja rumah dengan baik, keputusan peperiksaan lebih baik dan meningkatkan pencapaian gred Pelajar juga bersikap positif terhadap kerja rumah apabila ibu bapa terlibat dalam perbincangan dan membuat keputusan bagi penglibatan program di sekolah Pelajar berkeyakinan dengan kebolehan akademik mereka Ibu bapa lebih memahami cara terbaik menyokong kanakkanak atau remaja membimbing masa hadapan mereka Ibu bapa mengetahui perkembangan matapelajaran pelajar Melalui kerja rumah interaktif, guru juga lebih memahami bagaimana untuk membantu pelajar mencapai gred yang baik dan ibu bapa dengan pekerjaan mereka.

5. MEMBUAT KEPUTUSAN
Melibatkan keluarga untuk membuat keputusan bagi pihak sekolah dan melantik pemimpin bagi perwakilan ibu bapa Ibu bapa bergiat aktif melalui Persatuan Ibu Bapa, Majlis Penasihat atau Jawatankuasa Penganjur bagi kepimpinan dan penglibatan untuk membantu sekolah dalam aktiviti kokurikulum atau keselamatan sekolah Jawatankuasa bertindak ditubuhkan melalui kerjasama ibu bapa, guru, komuniti merangka program mengikut 6 jenis penglibatan. Ibu bapa menyebarkan maklumat berkaitan sekolah dan pilihanraya bagi mewakili sekolah dalam membuat keputusan

Cabaran membuat keputusan


Tidak semua ibu bapa dapat hadir ke perjumpaan persatuan dan ada juga yang tidak berminat dengan kepimpinan Sekolah perlu berhadapan dengan ibu bapa yang berlainan latarbelakang seperti kaum, etnik, sosio ekonomi dan kawasan kejiranan Sekolah juga perlu melatih pemimpin di kalangan ibu bapa yang berbeza agar adil juga kepada keluarga lain yang berbeza kaum, budaya dan sebagainya Cara penyelesaian :
Sekolah mencadangkan wakil setiap kawasan kejiranan Sekolah memberi peluang terbuka untuk meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam membuat keputusan

Kepentingan membuat keputusan


Pelajar menyedari kepentingan mereka diawasi dan dilindungi Pelajar menerima maklumat yang bertepatan berkaitan perkembangan hala tuju akademik mereka Ibu bapa mempunyai rasa kepunyaan terhadap sekolah kerana mereka menyumbang idea dan tindakbalas terhadap polisi sekolah yang memberi kesan terhadap pembelajaran anak-anak mereka Ibu bapa membina hubungan dengan ibu bapa lain yang terlibat, AJK persatuan dan juga staf sekolah Guru menyedari kesahihan pendapat ibu bapa atas dasar saling bekerjasama membuat keputusan Guru dan pentadbir mempunyai pilihan yang lebih baik dalam membuat keputusan berdasarkan perspektif dan pandangan ibu bapa

6. KERJASAMA DENGAN KOMUNITI


Koordinasi sumber dan perkhidmatan daripada komuniti untuk keluarga, pelajar dan sekolah, begitu sebaliknya berkhidmat untuk komuniti Maklumat untuk pelajar dan keluarga disediakan oleh komuniti seperti kesihatan, budaya, rekreasi, sokongan sosial dan perkhidmatan lain yang disediakan oleh agensi tempatan atau swasta. Sekolah menganjurkan perkhidmatan komuniti untuk kaunseling, latihan pekerjaan atau maklumat keibubapaan Keluarga, pelajar dan sekolah menyumbang untuk komuniti contohnya program kitar semula, atau menderma untuk program-program komuniti lain. Mengadakan hubungan sekolah-swasta

Cabaran kerjasama dengan komuniti


Sekolah perlu memastikan semua keluarga dan semua pelajar mempunyai pengetahuan dan sumber daripada komuniti yang berkongsi Cara penyelesaian :
Sekolah menghebahkan perkongsian komuniti melalui laman web, surat edaran, telefon dan sebarang acara yang diadakan di sekolah yang boleh menghubungkan keluarga dengan sumber-sumber organisasi komuniti yang berkongsi dengan sekolah Sekolah menekankan sumbangan dua hala ( kesamarataan ) program komuniti , dengan itu dapat menghubungkan keluarga dengan sumber komuniti yang dapat menyokong kejayaan anak-anak mereka semasa di sekolah atau setelah tamat persekolahan.

Kepentingan kerjasama dengan komuniti


Pelajar terdedah kepada komuniti luar dan berhubung dengan dunia yang lebih luas selain sekolah dan keluarga Pelajar menerima keuntungan daripada hubungan positif dengan pelbagai dewasa dalam komuniti Pelajar dapat meningkatkan kemahiran tertentu dan memperolehi kemahiran baru melalui sumbangan kokurikulum luar bersama komuniti Ibu bapa memperoleh keuntungan melalui sumber-sumber komuniti dan hubungan terjalin dengan keluarga lain dalam komuniti yang sama Pelajar dan ibu bapa membuat pelbagai sumbangan untuk komuniti Guru lebih mengetahui mengenai komuniti sekitar dan dapat merancang pelbagai aktiviti luar bersama komuniti

KESIMPULAN

A key aspect for partnership is to help schools involve all parents in their childrens education (O.C.Moles Jr: 2001)

The development of Family centers is a promising practice because these special places in schools promote families involvement in childrens learning ( Johnson 1993, 1994b: Johnstone, 1997)

You might also like