You are on page 1of 4

PENGENALAN Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang pada

zaman mereka. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Antara permainan itu termasuklah Konda - Kondi. SEJARAH Permainan ini bermula di Negeri Melaka dan berkembang ke negeri-negeri lain di seluruh Malaysia, permainan ini menjadi popular di kalangan kanak-kanak lelaki berbangsa melayu sahaja. Pemain memerlukan kekuatan mental dan fizikal semasa bermain. Permainan Konda-kondi juga dikenali sebagai perik mata . PERALATAN Peralatan yang diperlukan dalam permainan ini terdiri daripada dua batang kayu hanya sebesar ibu jari sahaja. 1. 2. Kayu Ibu (kayu panjang) Digunakan sebagai pemukul / penyungkit. Panjang kayu 30cm. Berbentuk lurus, bulat dan dari kayu yang keras. Kayu Anak (kayu pendek) Kayu ini dikuis oleh pemain ke udara. Panjang kayu ini 15cm. Berbentuk lurus, bulat dan jenis kayu yang keras.

TEMPAT BERMAIN Permainan ini tidak perlu ada ruang yang luas, sebaik-baiknya dijalankan di tengah padang untuk memudahkan permainan dimainkan. Di tengah-tengah padang di korek sebuah lubang sedalam 15cm dengan panjangnya 15cm dan lebarnya 10cm. Tujuan lubang ini dibuat adalah memudahkan pemain menyungkit kayu anak melambung ke udara. CARA BERMAIN Permainan Konda-Kondi dimainkan oleh dua pasukan. Setiap pasukan terdiri daripada dua orang. Lebih meriah permainan dimainkan lebih dari enam orang satu pasukan. Cara memulakan permainan undian cara wan to som akan dilakukan untuk menentukan pasukan yang harus memulakan permainan terlebih dahulu. CARA PERTAMA 1. Pemain pertama memulakan permainan dengan meletakkan kayu pendek melintang lubang, manakala kayu panjang digunakan untuk menguis kayu pendek itu supaya melambung ke udara. 2. Selepas itu, kayu panjang diletakkan semula melintang lubang itu. 3. Sementara itu, ahli pasukan lawan hendaklah cuba menyambut kayu pendek yang dikuis oleh pemain sebelum jatuh ke tanah. 4. Jika pasukan lawan berjaya berbuat demikian, semua pemain daripada kumpulan yang sedang bermain dikira mati. Permainan akan diambil alih oleh pasukan lawan. 5. Tetapi jika pasukan lawan gagal menyambutnya, mana-mana ahli hendaklah membalingkan kayu pendek masuk ke dalam lubang ataupun mengenai kayu panjang. 6. Sekiranya kayu pendek itu masuk ke dalam lubang ataupun terkena kayu panjang yang di letakkan secara melintang, hanya pemain itu sahaja dikira mati. 7. Sebaliknya, jika kayu yang di balingkan oleh pemain lawan itu tidak mengenai lubang atau kayu ibu tersebut, pemain tersebut boleh mendapatkan mata dengan mengira jarak kayu itu jatuh dari lubang. Satu jarak kayu ibu dikira satu mata.

CARA KEDUA 1. Pemain tadi akan mengambil kayu pendek dan melambungkan ke udara, kemudian memukul kuat dengan kayu panjang. 2. Pemain akan diberi peluang sebanyak tiga kali jika pukulan pertama atau kedua tidak kuat. 3. Sekali lagi pemain lawan cuba menyambut, jika tidak berjaya pemain tadi boleh mendapat mata dengan kiraan yang sama. Mata yang diperoleh dicampur dengan mata dari langkah pertama. CARA KETIGA 1. Seterusnya, pemain beralih kepada langkah ketiga yang disebut patuk ular. 2. Pemain menyandarkan kayu pendek di tepi lubang, kemudian mengetuk hujung kayu pendek dengan kayu panjang. 3. Jika pukulan dibuat dengan baik, kayu pendek akan melambung ke udara. Pemain itu hendaklah bersedia untuk memukul kayu anak itu sebelum jatuh ke tanah dengan menggunakan kayu panjang. 4. Kiraan mata tetap sama seperti sebelumnya. Pasukan yang mempunyai mata tertinggi memenangi perlawanan ini. PERATURAN PERMAINAN Antara peraturan yang perlu dikenakan kepada pemain atau pasukan dalam permainan ini ialah: 1. Permainan hanya boleh dimainkan secara kumpulan sahaja. Sebaik-baiknya dimainkan dua kumpulan yang masing-masing mempunyai dua atau tiga orang pemain. 2. Setiap pasukan harus mempunyai satu set alat permainan konda-kondi. 3. Hanya dua batang kayu yang berlainan saiz diperlukan. 4. Setiap pemain termasuk pihak lawan tidak boleh mengacah ketika pemain pertama memulakan permainan. 5. Sekiranya pemain telah terbatal permainannya, kayu yang digunakan harus diberi kepada pihak lawan dengan baik.

PERKARA YANG MEMBATALKAN PERMAINAN 1. Jika kayu pendek dapat disambut oleh penjaga, semua pemain dikira mati dan permainan terpaksa diberhentikan. 2. Jika kayu pendek yang dilempar oleh penjaga mengenai kayu panjang atau termasuk lubang, pemain itu sahaja dikira mati 3. Pemain akan dikira mati apabila kayu pendek jatuh di suatu tempat yang jaraknya dengan lubang tidak sampai satu ukuran kayu panjang. 4. Pada peringkat ketiga, pemain tidak dapat memukul kayu pendek sebanyak tiga kali, pemain seterusnya akan melakukan pukulan. 5. Jika kayu pendek terkena badan pemain, satu mata kiraan akan ditolak. 6. Kumpulan penjaga dapat bermain selepas pemain akhir mati. KIRAAN MATA Terdapat dua cara mengira mata kemenagan: 1. Mengukur menggunakan panjang kayu panjang. Cara ini adalah cara yang paling banyak digunakan oleh para pemain. 2. Mengira padang atau mengira satu-satu pusingan dengan menentukan masanya. Misalnya selama satu jam. Sekiranya salah satu kumpulan mempunyai mata yang lebih tinggi berbanding pihak lawan, bermakna pusingan tersebut dimenangi oleh kumpulan yang mengutip mata yang banyak.

KESIMPULAN Sebagai satu permainan tradisional, adalah diharapkan lebih baik permainan ini sebagai permainan yang dimainkan oleh murid-murid sekolah. Oleh demikian semua pihak sama ada pihak sekolah atau pihak berwajib harus mengenengahkan permainan ini sebagai salah satu aktiviti sukan yang penting.

You might also like