You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN HANG TUAH (2)

JALAN HANG TUAH


55200 KUALA LUMPUR.
TEL:03-92214770

FAX:03-92214770

Kepada:

Tarikh : 6 Februari 2014

Semua Ibu bapa /penjaga


SK Jalan Hang Tuah 2,
Kuala Lumpur

Tuan/Puan,
KEM BESTARI SOLAT SIRI PERTAMA /2014
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.
Sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Jalan Hang Tuah 2 akan mengadakan Kem Bestari Solat
Siri Pertama /2014 pada :
Tarikh

8 Februari 2014

Tempat

SK Jalan Hang Tuah 2

Masa

8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari

Kehadiran

Semua murid tahun 1 hingga tahun 6

Pakaian

Baju kurung dan bertudung (bawa telekung/perempuan )


Baju melayu dan bersongkok ( lelaki )

Peralatan

Alat tulis , warna pensel dan buku Bestari Solat

3.
Sehubungan itu, pihak sekolah berharap agar anak tuan/puan dapat menghadirkan diri ke kem Bestari Solat
seperti yang telah ditetapkan dan tuan/puan dapat menguruskan pengangkutan pergi dan balik mengikut masa yang
telah ditetapkan.
4.

Kerjasama daripada tuan/puan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.


BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,

........................................................
(Pn Nor Laili Muhammad)
Guru Penolong Kanan Kokurikulum
SK Jalan Hang Tuah 2
Kuala Lumpur

You might also like