You are on page 1of 6

Refleksi MOHD DRAMANTI SANTRI BIN ROHANI 790505 04 5239 2011142360080

PENDAHULUAN Pada 3 April 2014 saya telah menjalankan pengajaran untuk mata pelajaran matematik tahun 5. Tajuk yang saya pilih ialah masa dan waktu. Saya telah menggunakan teknologi komputer persembahan powerpoint, benda maujud dan kad perkataan sebagai alat bantu mengajar dalam pengajaran tersebut. Dengan bantuan rakan sekerja iaitu cikgu Ton mengambil rakaman sepanjang aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Daripada rakaman saya dan makmum balas daripada rakan sekerja saya telah mendapat kekuatan dan kelemahan pengajaran makro tersebut. KEKUATAN Penyampaian pelajaran yang menggunakan teknologi komputer iaitu persembahan powerpoint dalam pengajaran dan pembelajaran telah menarik perhatian murid-murid. Dengan menggunakan ICT murid lebih memahami isi lebih nampak gambaran sebenar. Murid yang boleh menarik minat

pelajaran yang diajarkan kerana murid

lebih berminat untuk belajar kerana banyak animasi

murid. Melalui penggunaan komputer dan LCD, guru dapat mengaitkan pengajaran dan pembelajaran Matematik dengan kehidupan seharian. Murid lebih bersemangat dan akan memberikan sepenuh tumpuan semasa sesi pengajaran dan

pembelajaran.

Selain itu, set induksi yang menggunakan jam loceng yang telah disetkan telah menarik perhatian murid-murid. Seterusnya menyediakan murid-murid untuk mengikuti pelajaran hari tersebut. Ini bermakna semua memahami isi kandungan yang disampaikan. .

Pengajaran yang digunakan oleh saya adalah berpusat kepada murid-murid. Murid cergas mengambil bahagian dalam pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti-

aktiviti yang dikelolakan melibatkan semua murid dan murid diminta memberi pendapat dan cadangan dalam aktiviti tersebut. Pengajaran seperti ini bukan sahaja lebih efektif tetapi lebih bemakna dan menyeronokkan murid-murid kerana murid memperolehi jawapan dengan pemerhatian dan sentuhan sendiri terhadap bahan bantu berbentuk TMK. Apabila murid dapat menonjolkan tingkah laku yang positif dalam bilik darjah dan dapat menjawab soalan yang ditujukan dengan tepat maka saya memberikan pujian yang membina. Pujian yang digunakan telah mendorongkan murid untuk berusaha dengan lebih tekun lagi. Selain itu saya juga memberikan ganjaran kepada murid yang dapat menjawab soalan dengan tepat. Dengan ini murid lebih bersemangat untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran seterusnya. Interaksi mesra semasa melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran juga telah memberi galakkan. Murid berasa selesa, tidak tertekan, dan merangsang

pemikiran untuk melahirkan idea yang lebih bernas dan tersusun. Dalam pengajaran konsep disampaikan secara berperingkat. Perkembangan konsep-konsep berlaku secara berperingkat-peringkat, iaitu dari senang ke susah, dari konkrit ke abstrak dan dari yang sudah diketahui kepada yang belum diketahui. Contohnya dari menyatakan masa sehingga menukar masa menggunakan sistem 24 jam atau sebaliknya. Selain itu, Isi, bahan pelajaran dan alat bantu mengajar adalah berkaitan dengan pengalaman murid atau benda yang di sekeliling mereka.Di samping itu, alat bantu mengajar adalah sesuai, pelbagai jenis, berbentuk benda maujud, diketahui oleh murid seperti jam dan komputer yang ada kaitan dengan kehidupan murid. Alat bantu mengajar tersebut telah menarik perhatian murid. Guru juga dapat menunjukkan ekspresi muka yang bersungguh-sungguh semasa menyampaikan pelajaran atau semasa menggambarkan sesuatu situasi. Kontak mata yang baik walaupun masih memberi tumpuan utama kepada murid yang hanya di bahagian hadapan kelas. Komunikasi bukan lisan yang diutarakan oleh Egan (1994) merujuk kepada tingkah laku badan, ekspresi wajah dan kualiti suara. Berkomunikasi secara lisan atau bukan lisan dengan berkesan amat penting untuk memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan banyak aktiviti komunikasi di antara pelajar dengan guru serta pelajar dengan pelajar. Guru misalnya akan

mengangguk kepala tanda bersetuju dengan pandangan pelajar dan menggeleng sebagai tanda tidak menerima. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran saya telah menggunakan unsur jenaka. Menurut Habibah,Zaidatol & Rahil, 1995 unsur jenaka yang diselitkan dalam pengajaran akan membantu menimbulkan suasana tiada tekanan dan murid berasa lebih tenang dalam proses pengajaran. Keadaan ini adalah berbeza jika guru

menunjukkan ekspresi muka yang garang, cemas, kaku, tidak tersenyum atau tidak yakin. Guru yang sentiasa tersenyum juga akan menyebabkan murid melihatnya sebagai seorang yang tidak tegas dan kurang keyakinan diri. KELEMAHAN Kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti dalam pelaksanaan tugasan ini ialah pengurusan masa guru atau ketepatan mengikut masa yang ditetapkan. Ketepatan masa penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik dan lancar. Berdasarkan perbandingan rakaman dan rancangan pengajaran harian (RPH) yang telah dibuat, didapati masa yang digunakan untuk menjalankan sesuatu langkah pengajaran tidak seiring. Hal ini disebabkan terdapatnya gangguan-gangguan dan hal-hal lain yang menyebabkan masa yang lebih diambil untuk melakukan sesuatu langkah. Selain itu, saya juga tidak sempat membuat penutup kerana tidak cukup masa. Semasa murid bergerak ke makmal komputer telah mengambil masa 5 minit untuk mengatur tempat duduk mereka. Dalam aktiviti kumpulan telah menggunakan lebih daripada 10 minit. Terdapat beberapa orang murid bermain semasa aktiviti kumpulan bergerak dalam kelas. Mereka tidak mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut dan biarkan ketua dan ahli kumpulan lain yang menjalankan aktiviti. Mereka adalah terdiri murid yang lemah dalam pelajaran Matematik. Aktiviti tersebut tidak menarik minat mereka untuk mengikutinya. Ini adalah kerana mereka tidak faham konsep tersebut. Saya cuba menganalisis kepercayaan dan andaian saya berkaitan dengan masalah ini. Pada dasarnya saya percaya murid-murid dari kumpulan lemah kurang minat belajar kerana mereka tidak mempunyai motivasi untuk berbuat demikian. Selepas membuat refleksi, saya rasa andaian ini tidak berasas kerana guru sebagai pendidik perlu memikul tanggungjawab untuk membolehkan murid-murid ini belajar. Kemampuan saya sebagai guru telah dicabar.

Kawalan kelas juga tidak terkawal ketika saya mengarahkan mereka untuk bekerja secara berkumpulan. Apabila saya suruh mereka balik ke tempat duduk dan duduk dalam kumpulan dengan senyap. Namun murid-murid tidak melakukan sedemikian. Terdapat beberapa murid bermain alatan komputer sedangkan murid lain menjalankan aktiviti yang disuruh oleh saya. Murid tersebut berasa ingin tahu dan hendak cuba menggunakan alatan komputer yang jarang dilihat oleh mereka. Kawalan kelas adalah penting walaupun hanya berapa orang berbuat bising namun ia akan mengganggu kawan lain yang mengikut pembelajaran. Terdapat satu kumpulan menggunakan masa yang lebih untuk menyiapkan hasil aktiviti kumpulan. Ini kerana murid kurang memahami cara menulis jawapan. Oleh itu, terpaksa mengambil masa untuk membimbing mereka mengajar mereka menulis jawapan dengan cara yang betul. Selain itu, arahan yang diberikan oleh guru murid cepat lupa kerana guru tidak memberikan arahan berbentuk kertas supaya murid senang merujuk jika terlupa. Dengan ini masa juga tidak akan terbuang. PENAMBAHBAIKAN Daripada kelemahan yang dikesan saya telah memikirkan beberapa cara untuk menambahbaik untuk sesi pengajaran dan pembelajaran yang akan datang. Guru perlu mengikuti kursus ataupun memperbanyak baca buku yang berkaitan dengan teknologi untuk menambah ilmu dan kemahiran menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Gangguan akan timbul jika guru tidak mahir dan murid akan jadi tidak terkawal dan proses pengajaran dan pengajaran akan menjadi tidak menarik. Menurut Harry K. Wong (1998), kebanyakan masalah tingkah laku murid adalah disebabkan oleh guru sendiri. Maka guru harus sentiasa

menambah ilmu dan bersedia untuk setiap sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, saya berpendapat untuk mengumpulkan mereka mengikut senarai nama yang telah saya sediakan terlebih dahulu bagi mengelak mereka untuk berbuat bising. Saya ingin membawa perubahan dalam keadaan kelas ini. Saya ingin murid-murid mendengar pengajaran saya kerana percakapan dua hala boleh menjejaskan pembelajaran. Kebisingan yang disebabkan oleh pembelajaran tidaklah menjadi masalah tetapi kebisingan yang mengganggu pembelajaran perlu dielakkan.

Murid-murid yang bising bukan sahaja tidak dapat menguasai kemahiran yang diajar tetapi murid-murid lain juga terjejas dan ini berlaku tidak adil kepada semua muridmurid yang lain. Saya akan menyusunkan semula kedudukan murid-murid di dalam kelas. Membahagikan kepada empat kumpulan mengikut tahap kebolehan yang berbeza membuat ujian diagnostik untuk tahap pencapaian kemahiran atau topik yang dikuasai murid tersebut. Untuk mengatasi murid yang membuat bising saya akan menggunakan pelbagai kaedah / atau teknik yang sesuai dengan tahap kebolehan mereka semasa pengajaran dan pembelajaran. Mereka diberikan latihan-latihan yang mudah dan berbeza dengan murid-murid lain. Selain itu, memberi perhatian yang lebih kepada kumpulan ini dengan selalu berdamping dan memberi bimbingan secara berterusan memberi motivasi dengan memberi pujian dan penghargaan bagi setiap usaha atau aktiviti yang berjaya dilakukan. Berdasarkan prosedur yang diyatakan dalam California Standards for the Teaching Profession masa yang digunakan dalam kelas perlu berkesan dan dioptimumkan sepenuhnya. Apabila masa pengajaran dirancang sesuai untuk memenuhi keperluan pelajar, maka masa pembelajaran dapat menghabiskan isi kandungan yang ingin disampaikan. Masalah kebisingan kelas adalah disebabkan oleh ketidakselarasan masa pengajaran dengan isi kandungan yang ingin disampaikan. Dengan ini pelajar akan hilang minat belajar dan keinginan untuk belajar berkurang. Oleh itu saya akan mengurus masa dengan lebih baik dengan membuat persediaan perancangan dan mengenal pasti alat bantu mengajar dalam keadaan baik. Di samping itu, saya bercadang untuk menangani masalah yang dihadapi oleh saya berasaskan Canter model of Assertive Discipline (2002). Model ini adalah suatu pendekatan yang positif yang membenarkan guru mengajar dan murid belajar. Daripada pengalaman menggunakan model Canter assertive discipline guru yang asertif adalah lebih berkesan daripada seseorang guru yang tidak asertif atau garang. Kegarangan dan ketidakkonsistenan arahan guru yang menyebabkan kekeliruan dan trauma psikologi. Seorang guru asertif dapat mewujudkan iklim bilik darjah yang positif, penyayang dan produktif.

Perhatian dan bimbingan guru yang prihatin dan berterusan telah membantu murid-murid menjadi lebih yakin untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan. Keadaan bilik darjah akan dapat dikawal kerana murid-murid telah menunjukkan minat untuk belajar. Saya akan merancang satu sistem peneguhan. Jika murid telah menunjukkan tingkah laku positif yang dijangkakan atau pencapaian akademiknya cemerlang, mereka akan diberi peneguhan seperti masa tambahan rehat dan lainlain. Jika peraturan tidak dipatuhi, saya telah mencatatkan pelanggaran peraturan ini di atas jadual yang dipaparkan di dinding bilik darjah. Saya akan menanda tanda salah (X) pada papan notis. Tingkah laku negatif hasil daripada pelanggaran peraturan yang ditanda (X) akan menerima hukuman-hukuman. Dengan sistem peneguhan ini, murid akan mematuhi peraturan dan bertingkah laku baik supaya mereka mendapat ganjaran dan bukannya hukuman. Setiap orang akan suka ganjaran daripada hukuman. Maka semua minat akan tumpu perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Akhir kata, penugasan RPH dan pengajaran mikro ini sedikit sebanyak menguji kredibiliti saya sebagai guru Matematik yang berpengalaman selama 10 tahun supaya mengikut secara telus dan konsisten apa yang dirancang untuk pengajaran. Penugasan KKP ini banyak menyedarkan saya akan kepentingan memahami keadaan murid dari psikologi dan keperluan pembelajaran mereka sebelum mendedahkan mereka dengan teknologi ICT. Perancangan yang baik di bantu dengan bahan bantu mengajar yang baik dan berkesan, akan memudahkan murid menyerap pengetahuan dengan mudah dan ingatan mereka terhadap apa yang dipelajari akan lebih tekal tersimpan di dalam ingatan.

You might also like