You are on page 1of 2

Bercerita Aktiviti brcerita merupakan satu lagi kemahiran generik iaitu suatu cara yang boleh digunakan oleh

guru. Aktiviti ini boleh mempromosikan minat dalam mana-mana bahagian kurikulum.Selain itu ia dapat mengembangkan penghargaan dan keseronokan untuk menikmati kesusasteraan, pengayaan bahasa, pelbagai

pengalaman, mengembang

kemahiran mendengar dan memotivasi murid-murid dengan

membaca. Guru seharusnya berinovatif dalam mencari cerita yang sesuai

objektif pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru juga berperananuntuk memastikan cerita yang dipilh sesuai dengan peringkat umur murid-murid dan dapat menarik minat mereka. Secara tambahan pula, guru boleh menggunakan bahan-bahan sampingan yang dapat menarik lagi minat murid-murid terhadap cerita yang hendak disampaikan seperti boneka, tali, binatang mainan, kertas dan sebagainya. Pada masa yang sama, guru perlulah mempelbagaikan suara dan nada supaya

cerita yang ingin disampaikan kepada murid-murid menjadi lebih menarik. Kebaikan teknik bercerita ialah ia dapat melengkapi murid dengan pelbagai kemahiran dan kecekapan bahan terutamanya kecekapan lisan. Kaedah ini menggalakkan murid untuk berfikir secarakritis dan kreatif khasnya apabila guru beranyakan soalan tentang moral sesuatu cerita. Kemahiran-kemahiran yang guru perlu menggunakan dalam teknik bercerita ialah : a) Kemahiran verbal seperti projeksi suara, penekanan fasa atau bunyidan penggunaan ayat-ayat yang mudah. b) Nada suara yang sesuai untuk menggambarkan siuasi tertentu danmemiliki kebolehan memanipulsi mimik muka untuk menunjukkanemosi yang berlainan. Kemahiran bukan verbal yang perlu dikuasia oleh guru dalam teknikbercerita ialah gerak mata dan mimik muka yang sangat eksperesif. Aktiviti yangpaling penting dalm teknik becerita ialah hasil perbincangan yang menyusuli guru selepas tamat guru bercerita. Dalam proses perbincangan, guru mestilah memastikan yang dia perlu menguji kefahaman murid tentang cerita yang telah disampaikan olehnya. Guru juga dapat membina pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran selepas satu sesi cerita iaitu seperti kefahaman, latihan tatabahasa dan merumuskan isi-isi

penting dalam cerita. Dalam teknik bercerita terdapat beberapa langkah yang telah ditetapkan. Berikut merupakan langkah-langkah yang telah dicadangkan untuk aktiviti bercerita : a) Sebelum bercerita Persekitaran yang selesa adalah penting. Jika boleh, suatu tempat duduk itu perlulah dikemas supaya murid-murid boleh duduk ditempat tersebut dan

mengelilingi pencerita. Jika waktu tersebut guru ialah pencerita, guru tersebut perlu menimbangkan perkara-perkara seperti memastikan cerita yang diperdengarkan boleh didengari oleh semua murid. Kemudian pastikan bahawa semua murid dapat melihat pencerita, terutama muka dan tangan.Guru tersebut juga perlu bercerita

dengan kuat dan jelas dengan intonasi suara dan eksperesi muka yang bersesuain dengan cerita. Sekiranya pencerita tidak mahu diganggu, guru perlu memberitahu murid supaya tidak bertanyakan soalan sehingga penghabisan cerita. Perkara yang paling utama ialah memastikan semua murid memberi perhatian sebelum cerita itu dimulakan. Walaubagaimanapun, guru juga boleh menggunakan kaeadah memberi peluang

kepada murid untuk bercerita bersama-sama. Langkah yang harus di ambil oleh guru tersebut ialah memberimaklumat tentang bahagian-bahagian dan urutan cerita yang berkaitan. Guru juga harus memberi peluang murid untuk berkongsi cerita, peristiwa dalam satu keadaan tidak formal sebagai permulaan kepada pengalaman bercerita lebih mendalam.b)Semasa berceritaKaedah ini memberi peluang kepada murid-murid untuk menctat nota daripada cerita yang diperolehi untuk perbincangan lanjut. Selainitu,ia juga bertujuan untul memastikan agar murid-murid memberi

perhatian terhadap cerita yang diperdengarkan. Pencerita pula perlumengambil langkah supaya bertentangan mata ( eye contact )Dengan pendengar dan bertutur secara terus menerus kepada pendengarnya.

You might also like