You are on page 1of 11

PEMARKAHAN 1.

LAPORAN ANALISIS 1 LAPORAN ANALISIS 2 FORUM JUMLAH

2. 3.

PPGPJJ SEMESTER 2 SESI 2012/2013

KRP 3013: KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH


TUGASAN 1:

LAPORAN ANALISIS 1

DISEDIAKAN OLEH: NAMA NO. ID

AZIZAN BIN MANAP

D 20112052846

KUMPULAN: EL-N01 ( A122PJJ)

NAMA TUTOR E-LEARNING: DR. ABD KADIR B. ARIFIN

TARIKH SERAH: 25 APRIL 2013

ISI KANDUNGAN

PERKARA 1 2 3 4 5 6 Isi kandungan Laporan Analisis 1 Gambar 1 Gambar 2 Gambar 3 Gambar 4 .......... .......... .......... .......... .......... ..........

M/S 1 2 2-3 4-5 6-7 8-10

LAPORAN ANALISIS 1 ( Kurikulum & Pengajaran Bersifat Konstektual) Nama Nama Tutor : AZIZAN BIN MANAP : DR. ABD KADIR B. ARIFIN No. ID : D20112052846 Kump : UPSI 13 ( A122PJJ)

GAMBAR 1 1. Gambar dan huraian keadaan/situasi/ fenomena/ senario yang terdapat dalam masyarakat/ persekitaran. a. Gambar:

a. Huraian tentang keadaan/ situasi/ fenomena/ senario yang terdapat dalam gambar:

Gambar di atas menggambarkan sikap kerjasama yang ditunjukkan oleh Persatuan Ibubapa dan Guru SK Ulu Beranang dalam membaik pulih pondok bacaan pada hari Gotong Royong Perdana peringkat sekolah. Amalan pemuafakatan ini dapat

menghasilkan persekitaran sekolah yang cantik dan ceria.

2. Disiplin/ Mata pelajaran: a. Nama Disiplin/ Mata pelajaran : PENDIDIKAN MORAL b. Tahun : TAHUN 4 c. i) Unit 4 : DIRI DAN ALAM SEKIATAR : KEBERSIHAN DAN KEINDAHAN PERSEKITARAN

ii) Topik

iii) Subtopik : KEBERSIHAN DAN KEINDAHAN PERSEKITARAN SEKOLAH d. Huraian bagaimana keadaan/ situasi/ fenomena/ senario dalam gambar dapat dikaitkan dengan pengetahuan / kemahiran/ nilai yang terdapat dalam topik/ subtopik:

Objektif pengetahuan: i. Memupuk kesedaran tentang kebersihan dan keindahan alam sekitar. ii. Menghayati amalan dan nilai-nilai murni masyarakat. Objektif kemahiran: i. ii. Menyedari dan menerima kepentingan tanggungjawab moral dan sosial bagi Mengekalkan kesejahteraan hidup dalam perhubungan diri dengan keluarga, masyarakat, negara serta alam sekitar. iii. Berperanan sebagai warga sekolah yang bertanggungjawab dalam menceriakan kawasan sekolah. iv. Menerima dan menghormati perbezaan kebolehan dan pendapat di kalanga komuniti sekolah v. Nilai: Amalan gotong- royong merupakan amalan mulia yang memberi banyak manfaatnya. Memberi sumbangan dalam membina sekolah yang kondusif.

e. Cadangan tindakan/ aktiviti yang boleh dilakukan dalam pengajaran dan pembelajaran topik/subtopik tersebut ke arah menambah baik keadaan/ situasi/ fenomena/ senario yang terdapat dalam gambar: Semasa pengajaran dan pembelajaran: i. ii. Menulis karangan tentang kepentingan bergotong royong dikalangan warga sekolah. Mengadakan pertandingan melukis bertemakanKebersihan

Bagi aktiviti lain: i. ii. Menemu bual guru / pekerja sekolah untuk mendapatkan maklumat tentang tugas dan tanggung jawab. Mengadakan gotong royong dan kerja amal melalui aktiviti kokurikulum
3

GAMBAR 2 1. Gambar dan huraian keadaan/situasi/ fenomena/ senario yang terdapat dalam masyarakat/ persekitaran. a. Gambar:

b. Huraian tentang keadaan/ situasi/ fenomena/ senario yang terdapat dalam gambar: Foto di atas menunjukkan aktiviti Program Jom Gosok Gigi yang dikendalikan oleh jururawat daripada Klinik Pergigian Lenggeng. Murid-murid daripada Tahun Satu diajar cara menjaga kebersihan mulut dan teknik memberus gigi dengan betul.

Kesedaran tentang penjagaan kebersihan gigi dengan betul ditekankan supaya muridmurid memiliki gigi yang sihat.

2. Disiplin/ Mata pelajaran: a. Nama Disiplin/ Mata pelajaran : PENDIDIKAN KESIHATAN b. Tahun : TAHUN 5 c. i) Unit 1 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA : KESIHATAN DIRI

ii) Topik

iii) Subtopik : KARIES GIGI d. Huraian bagaimana keadaan/ situasi/ fenomena/ senario dalam gambar dapat dikaitkan dengan pengetahuan / kemahiran/ nilai yang terdapat dalam topik/ subtopik:

Objektif pengetahuan: i. Mempertingkatkan pengetahuan kesihatan diri, keluarga, masyarakat dan persekitaran. ii. Menjadikan gaya hidup sihat sebagai rutin harian. Objektif kemahiran: i. Meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan gigi, dan mengamalkan gaya hidup sihat. ii. Mengenal pasti penyakit-penyakit tidak berjangkit seperti karies gigi. Nilai: i. Menjaga kebersihan gigi. ii. Menghargai kesihatan yang dianugerahkan oleh Allah. e. Cadangan tindakan/ aktiviti yang boleh dilakukan dalam pengajaran dan pembelajaran topik/subtopik tersebut ke arah menambah baik keadaan/ situasi/ fenomena/ senario yang terdapat dalam gambar:

Semasa pengajaran dan pembelajaran: - Memeriksa kebersihan gigi murid. - Tunjuk cara menjaga kebersihan mulut dan gigi. Bagi aktiviti lain: - Mengadakan pameran kesihatan daripada agensi kesihatan lain. - Rawatan berkala daripada klinik kesihatan.

GAMBAR 3 1. Gambar dan huraian keadaan/situasi/ fenomena/ senario yang terdapat dalam masyarakat/ persekitaran. a. Gambar:

b. Huraian tentang keadaan/ situasi/ fenomena/ senario yang terdapat dalam gambar:

Gambar di atas di ambil sempena program Hari Keusahawanan peringkat sekolah. Beberapa orang murid terlibat dalam menyedia dan menjual makanan. Aktiviti seperti ini dapat memupuk minat di dalam bidang keusahawanan.

2. Disiplin/ Mata pelajaran: a. Nama Disiplin/ Mata pelajaran : KEMAHIRAN HIDUP b. Tahun : TAHUN 4 c. i) Unit 2 : Perniagaan dan Keusahawanan : Mengurus Jualan

ii) Topik

iii) Subtopik : Melayan Pelanggan d. Huraian bagaimana keadaan/ situasi/ fenomena/ senario dalam gambar dapat dikaitkan dengan pengetahuan / kemahiran/ nilai yang terdapat dalam topik/ subtopik:

Objektif pengetahuan: Memberikan murid ruang untuk mengembangkan imaginasi dan daya kreativiti di samping mendedahkan dan menggalakkan mereka ke arah keusahawanan. Objektif kemahiran: i. Merancang dan mengurus jualan secara teratur serta mengamalkan etika perniagaan.

ii. Mengurus kerja, wang dan perbelanjaan dengan berkesan. iii. Mengamalkan sikap pengguna yang bijak dan bertanggungjawab. iv. Meminati bidang perniagaan. Nilai: Mengamalkan budaya kerja yang baik seperti mengutamakan keselamatan, bekerja secara bersistematik, bekerjasama, bertanggungjawab dan berdisiplin.

e. Cadangan tindakan/ aktiviti yang boleh dilakukan dalam pengajaran dan pembelajaran topik/subtopik tersebut ke arah menambah baik keadaan/ situasi/ fenomena/ senario yang terdapat dalam gambar:

Semasa pengajaran dan pembelajaran: - Aktiviti lakonan jualbeli. - Mencipta poster untuk promosi jualan. Bagi aktiviti lain: - Melibatkan murid dalam aktiviti/ program Hari Kantin, Hari Keusahawanan bagi memupuk minat dalam bidang keusahawanan. - Mencipta iklan dengan menggunakan kaedah teknologi ICT.

GAMBAR 4 1. Gambar dan huraian keadaan/situasi/ fenomena/ senario yang terdapat dalam masyarakat/ persekitaran. a. Gambar:

b. Huraian tentang keadaan/ situasi/ fenomena/ senario yang terdapat dalam gambar:

Gambar di atas adalah suasana yang dirakam semasa Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan yang ke 55 tahun peringkat sekolah. Murid-murid daripada Tahun 2 dengan penuh semangat patriotiknya membuat persembahan dengan menyanyikan rangkaian lagu-lagu bertemakan semangat cintakan negara Malaysia.

2. Disiplin/ Mata pelajaran: a. Nama Disiplin/ Mata pelajaran : PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN b. Tahun : TAHUN 4 c. i) Unit 8 : MALAYSIA NEGARAKU : BERBANGGA DENGAN IDENTITI NEGARA

ii) Topik

iii) Subtopik : KERANAMU MALAYSIA

d. Huraian bagaimana keadaan/ situasi/ fenomena/ senario dalam gambar dapat dikaitkan dengan pengetahuan / kemahiran/ nilai yang terdapat dalam topik/ subtopik:

Objektif pengetahuan: Sambutan Bulan Kemerdekaan merupakan kemuncak kepada sesuatu pertandingan, perancangan atau kegiatan yang menjurus kepada pengekalan semangat patriotisme di kalangan murid-murid sekolah. Murid-murid perlu menghargai keperibadian bangsa dan mempunyai semangat patriotik. Objektif kemahiran: - Dapat menjelaskan kepentingan identiti negara. - Sebagai rakyat Malaysia tahu tentang Rukunegara, Jalur Gemilang, Lagu Negaraku, Jata Negara, Bahasa Kebangsaan, Bunga Kebangsaan dan lain-lain lagi. Nilai: - Menunjukkan perasaan bangga dan taat setia pada Malaysia. - Menghargai dan bersyukur hidup dalam negara yang aman dan makmur.

e. Cadangan tindakan/ aktiviti yang boleh dilakukan dalam pengajaran dan pembelajaran topik/subtopik tersebut ke arah menambah baik keadaan/ situasi/ fenomena/ senario yang terdapat dalam gambar:

Semasa pengajaran dan pembelajaran: - Menyediakan laporan secara berkumpulan tentang negeri-negeri di Malaysia daripada aspek: a. i. kedudukan geografi b. ii. pemimpin negeri

c. iii. lambang identiti negeri d. iv. taburan penduduk e. v. tempat tarikan pelancong Bagi aktiviti lain: - Mengambil bahagian dalam Sambutan Kemerdekaan di peringkat daerah/ negeri seperti: i. Penyertaan Larian Kemerdekaan Kebangsaan. ii. Penyertaan dalam perarakan kontinjen yang mewakili badan induk/unit gabungan.

10

You might also like