You are on page 1of 22

CAHAYA

Cahaya adalah satu bentuk tenaga Bahan-bahan yang menyala menghasilkan cahaya Cahaya bergerak amat pantas iaitu selaju 300000 kilometer sesaat Objek-objek yang mengeluarkan cahaya digelar punca cahaya

Punca cahaya yang utama bagi hidupan di Bumi ialah Matahari

Contoh punca-punca cahaya ialah:


Lampu suluh Lampu pendafluor Mentol Mancis Lilin Kayu api Arang

Kegunaan Cahaya
Bumi mengalami siang apabila menrima cahaya matahari Cahaya dari Matahri membekalkan haba kepada bendabenda hidup di Bumi Tumbuhan hijau menggunakan cahaya dari Matahari untuk proses fotosintesis Cahaya membolehkan kita melihat Pada waktu siang, kita dapat melihat kerana Matahari memancarkan cahaya Pada waktu malam, punca cahaya lain seperti mentol, lampu pendaflour, lampu suluh, lampu jalan raya dan lampu kereta menolong kita melihat.

Sifat-sifat Cahaya
Cahaya bergerak lurus
Cahaya boleh dipantulkan

Cahaya boleh dibiaskan

Cahaya Bergerak Lurus

Pantulan Cahaya
Cahaya boleh diserap dan dipantulkan

Cahaya yang dipantulkan mengubah arah pergerakannya Pemantul yang baik ialah permukaan yang rata, licin dan berkilat Objek berwarna putih adalah pemantul cahaya yang baik daripada objek berwarna hitam

Sinar pantulan

Sinar tuju

Pembiasan Cahaya
Apabila cahaya bergerak melalui medium yang

berlainan, ia bergerak dengan kelajuan yang berbeza dan arah pergerakan cahaya berubah atau terpesong sedikit.

Cahaya dibiaskan apabila ia bergerak melalui udara ke air dan juga melalui kaca.

Apabila alur cahaya ditujukan kepada kaca jernih cahaya akan dibiaskan dan arah cahaya akan terpesong

Antara peralatan menggunakan prinsip pembiasan cahaya:

Penyebaran Cahaya Putih


Cahaya daripada Matahari kelihatan putih.

Akan tetapi cahaya daripada Matahari terdiri daripada tujuh warna iaitu:

merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu


Jalur warna ini dikenali spektrum

Isaac Newton ialah ahli sains yang berjaya

memisahkan cahaya Matahari kepada spektrum dengan menggunakan prisma kaca


Cahaya putih

Prisma kaca

Proses pemisahan cahaya putih kepada spektrum disebut penyebaran cahaya.

Penembusan Cahaya Melalui Bahan


Cahaya dapat menembusi beberapa jenis

bahan. Contohnya cahaya dapat menembusi kaca dan plastik jernih. Ada juga bahan yang tidak dapat ditembusi cahaya. Contohnya papan.

Bahan Lut Sinar


Cahaya dapat menembusi bahan sepenuhnya

seperti kaca.

Jika alur cahaya dihalakan kepada kaca alur cahaya itu akan kelihatan melaluinya. Bahan yang dapat membenarkan keseluruhan cahaya menembusinya disebut bahan lut sinar.

Bahan Lut Sinar

Bekas yang terdiri daripada bahan lut sinar

Bahan Lut Cahaya


Hanya sebahagian cahaya dapat menembusi

bahan seperti kertas surih.

Jika alur cahaya dihalakan kepada kertas surih hanya kecerahan cahaya yang dapat dilihat dan bukan alur cahayanya. Bahan yang membenarkan sebahagian daripada cahaya menembusinya disebut bahan lut cahaya.

Bahan Lut Cahaya

Bekas yang terdiri daripada bahan lut cahaya

Bahan Legap
Ada bahan seperti papan tidak membenarkan

cahaya menembusinya.

Jika cahaya dihalakan ke arahnya, bayangbayang akan terbentuk. Bahan yang tidak dapat ditembusi langsung oleh cahaya disebut bahan legap

Bahan Legap

Bekas yang terdiri daripada bahan legap

Pembentukan bayang-bayang
Apabila sinar cahaya yang bergerak lurus dihalang oleh sesuatu objek legap, bayang-bayang akan terbentuk

Bayang-bayang terbentuk kerana cahaya bergerak lurus dan cahaya tidak dapat menembusi objek legap

You might also like