You are on page 1of 36

1.

STRUKTUR ATOM
2. FORMULA DAN PERSAMAAN KIMIA
3. JADUAL BERKALA UNSUR
4. IKATAN KIMIA
5. ASID BES DAN GARAM
6. BAHAN BUATAN DALAM INDUSTRI

7. KADAR TINDAK BALAS


8. SEBATIAN KARBON
9. PENGOKSIDAAN DAN PENURUNAN
10. TERMOKIMIA
11. BAHAN KIMIA UNTUK PENGGUNA
BAB 1: STRUKTUR ATOM

1. Jirim ialah sebarang bahan yang mempunyai jisim dan memenuhi ruang.

2. Unsur ialah bahan kimia yang paling ringkas yang tidak boleh diuraikan kepada bahan
yang lebih ringkas secara kimia. Unsur terdiri daripada sejenis atom sahaja dan zarahnya
mungkin ialah atom atau molekul.

3. Sebatian ialah bahan yang terdiri daripada dua atau lebih jenis unsur yang berpadu
secara kimia. Zarahnya mungkin ialah molekul atau ion.

4. Atom ialah zarah neutral yang paling kecil bagi sesuatu unsur yang mengambil
bahagian dalam sesuatu tindak balas kimia.

5. Molekul ialah zarah nuetral yang terdiri daripada dua atau lebih atom sama ada
daripada unsur yang sama atau unsur yang berlainan yang berpadu secara kimia.

6. Ion ialah zarah-zarah yang sama ada terdiri daripada satu / beberapa atom yang bercas.

7. Teori zarah jirim menyatakan bahawa jirim terdiri daripada zarah-zarah yang halus dan
diskrit iaitu zarah yang sangat kecil dan wujud secara berasingan.

8. Teori kenetik jirim menyatakan bahawa jirim terdiri daripada zarah-zarah yang diskrit
dan sentiasa bergerak. Zarah-zarah ini sentiasa berlanggaran antara satu sama lain.

9. Saiz satu zarah minyak adalah lebih kurang 10^-9m atau 10^-7m. Beberapa anggapan
perlu dibuat iaitu:
• Minyak yang tesebar pada permukaan air berbentuk silinder
• Molekul minyak tersebar seluas-luasnya sehingga satu molekul tebal di
permukaan air
• Satu molekul minyak berbentuk sfera.

10. Gerakan Brown ialah gerakan rawak yang ditunjukkan oleh zarah-zarah yang dapat
dilihat apabila berlanggaran dengan zarah-zarah yang tidak dapat dilihat.

11. Resapan gas ialah pergerakan zarah-zarah gas melalui ruang antara zarah-zarah udara.
Zarah-zarah gas ini bergerak secara rawak.

12. (Perubahan keadaan jirim) ialah proses perubahan(keadaan jirim) kepada (keadaan
jirim) pada suhu dan tekanan tertentu.

13. Takat lebur ialah suhu tetap di mana pepejal berubah manjadi cecair pada tekanan
tetap.

14. Takat didih ialah suhu tetap di mana cecair berubah menjadi gas pada tekanan
tertentu.
15. Semasa peleburan dan pendidihan, suhu menjadi tetap kerana tenaga haba yang
dibekalkan digunakan untuk mengatasi / memutuskan ikatan antara zarah-zarah.

16. semasa pembekuan dan kondensasi, suhu menjadi tetap kerana tenaga telah
dibebaskan apabila ikatan antara zarah-zarah terbentuk untuk mengantikan tenaga yang
hilang ke sekeliling.

17. D --- dalton → menemui atom


r --- rutherford → menemui proton
Can --- chadwick → menemui neutron
Tik --- thompson → menemui elektron
Baik ---bohrs → menemui petala

18. No. atom / no. proton ialah bilangan proton yang terdapat dalam nukleus sesuatu
atom.

19. No. jisim / no. nukleon ialah jumlah bilangan proton dan neutron dalan nukleus
sesuatu atom.

20. Isotop ialah atom-atom berbeza bagi sesuatu unsur yang sama yang mempunyai
nombor proton yang sama ttp no nukleon yang berbeza.

21. Isotop mempunyai sifat kimia yang sama tetapi sifat fizik yang berlainan kerana
mempunyai bilangan elektron valens yang sama.

22. Kegunaan isotop :


• Kobalt-60 --- membunuh sel-sel kanser
• Iodin-131 ---merawat penyakit tiroid
• Plutonium-238 --- bateri nuklear
• Fosforus-32 dan strotium-90 --- merawat kanser kulit
• Natrium-24 ---mengesan kebocaran paip bawah tanah dan pengealiran darah.

23. Elektron valens ialah elektron yang terletak pada petala terluar sesuatu atom unsur
itu.

24. Kala mewakil petala manakala bilangan elektron valens mewakili kedudukan
kumpulan.
* cara untuk menghafal 20 unsur pertama:
H He --- He Na --- Naza
Li --- Like Mg --- Magnufacturers
Be --- Become Al --- All
B --- Big Si --- Simply
C --- Car P --- Pick
N --- Not S --- Some
O --- Of Cl --- Classic
F --- Ferrari Ar --- Artistic
Ne --- Neon Ca --- Cars
BAB 2: FORMULA DAN PERSAMAAN KIMIA

1. Jisim atom relatif sesuatu unsur (berdasarkan skala hidrogen) ialah bilangan kali jisim
satu atom unsur berkenaan lebih besar daripada jisim satu atom unsur Hidrogen. Jisim
satu atom unsur Hidrogen dianggap sebagai satu dan digunakan sebagai piawai.

2. Keburukan penggunaan skala Hidrogen ialah :


• Bukan semua bahan dapat berpadu dgn Hidrogen atau menyesarkan Hidrogen
• Jisim beberapa unsur tidak tepat
• Jisim atom Hidrogen sukar untuk diukur kerana berada dalam bentuk gas.

3. Jisim atom relatif sesuatu unsur (berdasarkan skala Karbon-12) ialah bilangan kali
jisim satu atom unsur berkenaan lebih besar daripada 1/12 kali jisim satu atom Karbon-
12. Jisim satu atom Karbon-12 dianggap sebagai 12.000 dan digunakan sebagai piawai.

4. 1 mol bersamaan dengan 6.02 x 10^23 bilangan zarah. No avagrado ialah 6.02 x
10^23.

5.
÷ JAR x no. Avogrado
Bilangan mol

X JAR ÷ nombor
Jisim Avogrado Bil. zarah

÷ isipadu X isipadu
molar gas molar gas

Isipadu.

6. Formula empirik ialah formula kimia yang menunjukkan nisbah palng ringkas bagi
bilangan atom setiap jenis unsur yang terdapat dalam satu sebatian.

7. Formula mlekul ialah formula kimia yang menunjukkan bilangan sebenar atom-atom
setiap jenis unsur yang terdapat dalam satu molekul bahan itu.

8. Penentuan formula kimia melalui jadual. Jadual itu harus mengandungi unsur, jisim
bilangan mol atom dan nisbah mol paling ringkas.
BAB 3: JADUAL BERKALA UNSUR

1. Gas adi ialah unsur-unsur yang terdapat dalam kumpulan 18 Jadual Berkala Unsur
yang terdiri daripada Helium, Neon. Argon, Kripton, Xenon, Radon.

2. Logam alkali ialah unsur-unsur yang terdapat dalam kumpulan 1 Jadual Berkala Unsur
yang terdiri daripada Hidrogen, Litium, Natrium, Kalium, Rubidium, Cessium, Fransium.

3. Halogen ialah unsur-unsur yang terdapat dalam kumpulan 17 Jadual Berkala Unsur
yang terdiri daripada Fluorin, Clorin, Bromin, Iodin, Astatin.

MENURUNI KUMPULAN
KUMPULAN 1(LOGAM
ALKALI) KUMPULAN 18(GAS ADI) KUMPULAN 17(HALOGEN)
saiz atom semakin besar saiz atom semakin besar saiz atom semakin besar
daya tarikan antara zarah daya tarikan antara zarah daya tarikan antara zarah
semakin lemah semakin kuat semakin kuat
wujud ikatan logam antara wujud ikatan van der waals wujud ikatan van der waals
zarah antara zarah antara zarah
takat lebur dan takat didih takat lebur dan takat didih takat lebur dan takat didih
semakin rendah semakin tinggi semakin tinggi
semakin kurang tenaga lebih banyak tenaga lebih banyak tenaga
diperlukan untuk mengatasi diperlukan untuk mengatasi diperlukan untuk mengatasi
daya tarikan antara zarah daya tarikan antara zarah daya tarikan antara zarah
mengkonduksikan arus tidak mengkunduksikan arus tidak mengkunduksikan arus
elektrik elektrik elektrik
konduktor haba yang baik tidak mengkonduksikan haba pengalir haba yang lemah
ketumpatan semakin ketumpatan semakin ketumpatan semakin
meningkat meningkat meningkat
semakin kurang reaktif /
semakin reaktif / elektropositif lengai secara kimia elektronegetif
agen penurunan yang baik lengai secara kimia agen pengoksidaan yang baik
mengalami pengoksidaan mengalami penurunan
dengan membuang elektron lengai secara kimia dengan menerima elektron
4.
5. Keelektronegetifan ialah satu ukuran kekuatan atom unsur itu menarik elektron ke
arah atom untuk menjadi anion.

6. Keelektropositifan ialah satu ukuran kesenagan atom unsur itu melepaskan elektron
untuk menjadi kation.

7. Apabila merentasi kala dalan Jadual Berkala Unsur :


• Saiz atom semakin berkurangan kerana bilangan proton bertambah –
menambahkan kekuatan tarikan nukleus atom.
• Semakin elektronegetif tetapi semakin kurang elektropositif.
• Berubah dari pepejal kepada gas
• Daripada bersifat logam kepada separuh logam dan akhirnya kepada bukan logam
8. Sifat-sifat rasmi unsur-unsur peralihan:
• Kebanyakan bersifat logam
• Dapat membentuk sebatian / ion kompleks
• Mempunyai nombor pengoksidaan yang berbeza
• Dapat membentuk sebatian yang berwarna-warni
• Dapat berfungsi sebagai mangkin

BAB 4: IKATAN KIMIA

1. Ikatan ion ialah ikatan kimia yang terbentuk hasil daripada pemindahan elektron
daripada atom logam kepada atom bukan logam.

2. Ikatan kovaken ialah ikatan kimia yang terbentuk daripada perkongsian elektron
antara dua / lebih atom bukan logam.

3. Huraian pembentukan ikatan ion:


• Merupakan sejenis ikatan kimia yang melibatkan pemindahan elektron
• Atom logam akan menyingkirkan elektron
• Atom bukan logam akan menerima elektron
• Ion(positif dan negetif) telah mencapai susunan oktet
• Wujud daya tarikan elektrostatic yang kuat antara ion-ion.
IKATAN ION IKATAN KOVALEN
terbentuk ant atom logam dengan atom bukan
logam terbentuk antara atom bukan logam
berlaku pemindahan elektron berlaku perkongsian elektron
atom logam akan membuang elektron menjadi
kation manakala atom bukan logam akan kedua-dua atom bukan logam akan
menerima elektron menjadi anion menyumbangkan elektron untuk perkongsian
atom-atom akan mencapai susunan oktet dgn
ion-ion akan mencapai susunan oktet(gas adi) berkongsi elektron
wujud daya elektrostatik wujud daya van der waals
SIFAT-SIFAT
mempunyai takat didih dan takat lebur yang mempunyai takat didih dan takat lebur yang
tinggi rendah
daya tarikan ant ion-ion yang kuat daya tarikan ant atom-atom yang lemah
kemeruapan yang rendah kemeruapan yang tinggi
sangat larut dalam air tidak larut dalam air
tidak larut dalam pelarut organik sangat larut dalam pelarut organik
mengkonduksikan arus elektrik tidak mengkonduksikan arus elektrik
4.

BAB 5: ELEKTROLISIS

1. Bahan elektrolit ialah bahan yang dapat mengkonduksikan arus elektrik dalam
keadaan leburan atau dalam keadaan larutan akueus dan mengalami perubahan kimia.
2. Bahan bukan elektrolit ialah bahan yang tidak mengkonduksikan arus elektrik
walaupun dalam keadaan leburan ataupun larutan akueus.

3. Bahan elektrolit dapat mengkonduksikan arus elektrik kerana kehadiran ion-ion yang
bebas bergerak dalam elektrolit.

4. Elektrolisis ialah proses penguraian elektrolit kepada unsur juzuknya apabila arus
elektrik mengalir melaluinya.

5. Elektrod terbahagi kepada 2 jenis iaitu elektrod yang lengai dan elektrod tidak lengai.
Elektrod lengai ialah elektrod yang tidak bertindak balas dengan elektrolit manakala
elektrod tak lengai ialah elektrod yang bertindak balas dengan elektrolit.

6. Kation ialah ion positif yang bergerak ke arah elektrod katod manakala anion ialah ion
negetif yang bergerak ke arah elektrod anod.

7. Penerangan elektrolisis haruslah mgd penerangan:


• Ion-ion yang hadir
• Pergerakan ion-ion ke anod atau ke katod
• Proses nyahcas yang berlaku di anod atau katod.

8. Bagi proses elektrolisis bahan leburan, unsur juzuk logam akan terbentuk di katod
manakala unsur juzuk bukan logam akan terbentuk di anod.

9. Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan ion untuk dinyahcaskan ialah:


• Kedudukan ion dalam siri elektrokimia : ion yang berada semakin bawah di dalam
SEK akan dipilih untuk dinyahcaskan
• Kepekatan ion dalam suatu larutan : ion yang lebih pekat akan dipilih untuk
dinyahcaskan kecuali ion 5 ahli kation teratas dan 3 ahli anion teratas.
• Jenis elektrod yang digunakan : elektrod selain daripada platinium, karbon dan
grafit akan bertindak balas dengan elektrolit.

10. Proses pengekstrakan logam ialah proses mengekstrakan logam-logam reaktif


melalui proses elektrolisis sebatian leburannya.

11. Pengekstrakkan logam aluminium adalah daripada proses elektrolisis bijih bauksit.
Kriolit(NaAlF6) akan ditambahkan untuk menurunkan takat lebur aluminium oksida.

12. Pengekstrakan logam Natrium adalah daripada proses elektrolisis leburan natrium
klorida. Kalsium klorida ditambah untuk merendahkan takat lebur Natrium Klorida.
Anod terdiri daripada grafit manakala katod terdiri daripada ferum.
13. Penulenan logam ialah proses menulenkan logam yang tidak tulen melalui proses
elektrolisis. Logam tulen akan dijadikan katod manakala logam tidak tulen akan dijadikan
anod.
14. Penyaduran logam ialah proses menyadurkan sesuatu bahan dengan suatu logam
melalui proses elektrolisis. Tujuan penyaduran logam ialah untuk mengelakkan kakisan
logam reaktif dan memperbaiki rupa logam tertentu.

15. Syarat yang diperlukan ialah :


• Logam penyadur dijadikan anod
• Bahan yang ingin disadur dijadikan katod
• Elektrolit harus mempunyai ion logam penyadur.

16. Sel kimia ialah sel yang menghasilkan tenaga elektrik melalui tindak balas kimia
yang berlaku di dalamnya. Syarat yang perlu dipenuhi oleh sel kimia ialah:
• Mencelupkan dua keping logam yang berlainan dalam suatu elektrolit
• Menyambungkan dua keping logam itu melalui luar pada sebuah
mentol,voltmeter / galvonometer.

17. Sel Daniell mempunyai titian garam(kalium klorida / kalium nitrat) atau pasu
berliang yang berfungsi untuk membenarkan anion-anion sahaja mengalir melaluinya
untuk melengkapkan litar dan mengelakkan kedua-dua elektrolit bercampur.

SEL ELEKTROLISIS PERSAMAAN SEL KIMIA


Mengandungi elektrolit
Terdiri daripada dua elektrod
Melibatkan tindak balas kehilangan dan penerimaan elektron
mempunyai elektrod positif dan negatif
PERBEZAAN
tenaga elektrik kpd tenaga PERUBAHAN BENTUK tenaga kimia kpd tenaga
kimia TENAGA elektrik
dari terminal positif ke terminal dari terminal negatif ke terminal
negatif ALIRAN ELEKTRON positif
kehilangan elektron TERMINAL POSITIF penerimaan elektron
penerimaan elektron TERMINAL NEGATIF kehilangan elektron
grafit atau dua jenis logam
yang sama JENIS ELEKTROD dua jenis logam yang berlainan
18.
19. Siri elektrokimia ialah satu siri susunan logam-logam mengikut tertib kecenderungan
logam mengion. Dapat dibina melalui perbezaan voltan dan kebolehan logam
menyesarkan logam yang lain.

20. Pembinaan SEK melalui perbezaan voltan:


• Semakin jauh kedudukan dua logam dalam SEK semakin besar nilai voltan
• Logam yg lebih cenderung mengion menjadi terminal (-) manakala satu lagi
manjadi terminal(+)
21. Pembinaan SEK melalui kebolehan menyesarkan logam yang lain:
• Logam yang berada lebih atas adalah lebih cenderung untuk menyesarkan logam
lain di bawahnya daripada larutan garam logam itu.
• Tindak balas yang berlaku juga dikenali sebagai tindak balas penyesaran.

22. Siri elektrokimia ini penting untuk menentukan terminal sel, voltan sel dan
kebolehan logam menyesarkan logam lain daripada larutan garamnya.

BAB 6: ASID BES DAN GARAM

1. Asid ialah bahan kimia yang menghasikan ion Hidrogen / ion Hidroksonium yang
bebas bergerak apabila dilarutkan dalam air.

2. Bes ialah bahan kimia yang dapat bertindak balas dengan asid untuk menghasilkan
garam dan air.

3. Alkali ialah bahan kimia yang menghasilkan ion hidroksida yang bebas bergerak
apabila dilarutkan dalam air. Semua alkali ialah bes ttp bukan semua bes merupakan
alkali kerana kebanyakan bes tidak larut dalam air.

4. Asid dan alkali hanya akan menunjukkan sifat kimianya apabila dilarutkan dalam air
kerana asid dan alkali hanya akan terion untuk menghasilkan ion Hidrogen dan ion
hidroksida yang bebas bergerak.

5. Sekiranya asid dan alkali dalam keadaan pepejal ataupun dilarutkan dalam pelarut
organik, asid dan alkali tidak menunjukkan sebarang sifat kimianya kerana asid dan alkali
berada dalam bentuk molekul.

6. Kebesan asid:
• Asid monobes ialah asid yang memerlukan 1 molnya utk secukup-cukup
bertindak balas dengan satu mol bes.
• Asid dwibes ialah asid yang memerlukan 1 molnya untuk secukup-cukup
bertindak balas dengan 2 mol bes.
• Asid tribes ialah asid yang memerlukan 1 molnya untuk secukup-cukup
bertindakbalas dengan 3 mol bes.
7. Asid kuat ialah asid yang bercerai dengan lengkap dalam air, mempunyai darjah
penceraian yang tinggi dan menghasilkan kepekatan ion Hidrogen yang tinggi apabila
dilarutkan dalam air.

8. Asid lemah ialah asid yang bercerai separa dalam air, mempunyai darjah penceraian
yang rendah dan menghasilkan kepekatan ion Hidrogen yang rendah apabila dilarutkan
dalam air.

9. Alkali kuat ialah alkali yang bercerai dengan lengkap dalam air , mempunyai darjah
penceraian yang tinggi dan menghasilkan kepekatan ion Hidroksida yang tinggi apabila
dilarutkan dalam air.

10. Alkali lemah ialah alkali yang bercerai separa dalam air, mempunyai darjah
penceraian yang rendah dan menghasilkan kepekatan ion hidroksida yang rendah apabila
dilarutkan dalam air.

11.
WARNA DALAM WARNA DALAM
NAMA PENUNJUK ASID WARNA PD NEUTRAL ALKALI
LITMUS Merah Ungu Biru
FENOLFTALEIN Tidak berwarna Hampir tidak berwarna Merah jambu
METIL JINGGA Merah jambu Jingga Kuning
METIL MERAH Merah jambu Jingga Kuning
BROMOTIMOL BIRU Kuning Hijau Biru
KRESOL UNGU Kuning Hijau Ungu

12. Larutan ialah satu campuran yang terbentuk apabila satu zat terlarut dilarutkan dalam
satu pelarut.

13. Kepekatan susuatu zat terlarut ialah satu ukuran tentang kuantiti zat terlarut yang
terlarut dalam satu kuantit pelarut tertentu.

14. Kemolaran ialah satu unit kepekatan yang menunjukkan bilangan mol zat terlarut
dalam 1 dm(-3) larutan.

15.
÷ Jisim molar zat terlarut
Kepekatan dalam Kepekatan dalam
g dm(-3) mol dm(-3)
X Jisim molar zat terlarut

16. Peneutralan ialah suatu tindak balas antara asid dan bes untuk menghasilkan garam
dan air. Peneutralan antara asid kuat dengan alkali kuat merupakan satu tindak balas
antara yang melibatkan perpaduan antara ion H(+) daripada asid dan ion OH(-) daripada
alkali untuk menghasilkan satu mol molekul air.

17. Pentitratan asid-bes ialah satu kaedah analisis kualitatif untuk menentukan isipadu
asid yang diperlukan dgn tepat untuk meneutralkan satu alkali yang mempunyai isipadu
tertentu dengan bantuan satu penunjuk yang sesuai.

18. Garam merupakan sebatian ion yang terhasil apabila ion Hidrogen di dalam sesuatu
asid diganti oleh ion logam atau ion ammonium.

LARUT GARAM TAK LARUT


NATRIUM,KALIUM,
SEMUA AMMONIUM TIADA
SEMUA NITRAT TIADA
SEMUA KLORIDA Ag, Hg dan Pb
SEMUA SULFAT Ba, Ca, Pb
Na, K, NH KARBONAT SEMUA
Na, K, Ca, NH OKSIDA SEMUA
Na, K, Ca, NH HIDROKSIDA SEMUA
19.

20. Garam terlarutkan dapat disediakan melalui tindak balas:


• Ant asid dgn alkali → garam dan air
• Ant asid dgn oksida bes → garam dan air
• Ant asid dgn logam → garam dan gas hidrogen
• Ant asid dgn logam karbonat → garam, gas karbon dioksida dan air.

21. Garam tak terlarutkan dapat disediakan dengan kaedah pemendakan melalui tindak
balas penguraian ganda dua. Tindak balas penguraian ganda dua ialah tindak balas yang
dapat diwakili oleh XY + AB → XB + AY di mana X dan A ialah radikal logam
manakala Y dan B ialah radikal asid. Tindak balas ini berlaku secara saling menukarkan
radikalnya untuk membentuk dua sebatian baru.

22. Sifat fizik hablur ialah:


• Mempunyai bentuk geometri tertentu
• Mempunyai permukaan rata, sisi lurus dan bucu tajam
• Sudut antara dua permukaan bersebelahan adalah tetap
• Rupa bentuk hablur sesuatu bahan adalah sentiasa tetap

UNSUR UJIAN PEMERHATIAN


Kayu uji berbara akan menyala
OKSIGEN Kayu uji berbara semula
HIDROGEN Kayu uji menyala Bunyi pop akan kedengaran
KARBON DIOKSIDA Air kapur Air kapur menjadi keruh
Kertas Litmus(Hijau
KLORIN Muda) Biru kpd merah kpd terluntur
HCl pekat Wasap putih terhasil
AMMONIA
Kertas Litmus Merah kpd biru
HIDROGEN
KLORIDA Ammonia akueus Wasap putih terhasil
SULFUR DIOKSIDA Kalium Manganat IV Warna ungu terlumtur
Kalium Dikromat IV Jingga kpd hijau
NITROGEN OKSIDA Kertas Litmus(Perang) Biru kpd merah
23.

GARAM KARBONAT KESAN HABA


KALIUM DAN
Tidak diuraikan oleh haba
NATRIUM
Terurai menhasilkan gas oksigen, gas karbon dioksida dan
Hg, Ag dan Au
logamnya
AMMONIA Terurai membentuk gas ammonia, gas karbon dioksida dan air
LAIN-LAIN terurai membentuk gas karbon dioksida dan oksida logam
24.
GARAM NITRAT KESAN HABA
AMMONIUM terurai membentuk nitrus oksida dan air
KALIUM DAN
Terurai membentuk nitrit logam dan oksigen
NATRIUM
Hg, Ag dan Au Terurai membentuk nitrogen oksida, oksigen dan logamnya
Terurai membentuk oksida logam, nitrogen oksida dan gas
LAIN-LAIN
oksigen
25.

26. Semua garam sulfat tidak dapat diuraikan oleh haba kecuali Ferum(II)Sulfat, Zink
Sulfat, Kuprum(II)Sulfat dan Ferum (III)Sulfat. Masing-masing akan membebaskan gas
sulfur trioksida dan oksida logamnya.

27 Semua garam klorida tidak terurai oleh haba kecuali ammonia klorida. Hasilnya ialah
gas ammonia dan gas HCl.

28. Pengesahan anion klorida :


• Menggunakan bahan HNO3 cair, AgNO3
• Hasilnya ialah mendakan putih yang larut dlm NH3 berlebihan

29. Pengesahan anion sulfat:


• Menggunakan bahan HNO3, BaNO3
• Hasilnya ialah mendakan putih yg tdk larut dalam asid yg berlebihan

30. Pengesahan anion nitrat:


• Ujian cincin perang digunakan
• Bahan yang digunakan ialah H2SO4 cair, FeSO4 dan H2SO4 pekat
• Cincin yang berwarna perang akan terhasil.

31. Pengesahan kation dengan menggunakan larutan NaOH


• ZAP larut dalam berlebihan
• Ca dan Mg tidak larut dalam berlebihan

32. Pengesahan kation dengan menggunakan laruan ammonia akueus:


• MAP tidak larut dalam berlebihan
• Zn sangat larut dlm berlebihan
• Ca tiada tindak balas.
33. Pengesahan ferum(II):
• Kalium Heksasianoferat(II)→ mendakan biru muda
• Kalium Heksasianoferat (III)→ mendakan biru tua
• Kalium tiosionat→mendakan merah pudar
• Kalium manganat(VII)→warna ungu turluntur

34. Pengesahan ferum(III):


• Kalium Heksasianoferat(II)→ mendakan biru tua
• Kalium Heksasianoferat (III)→ mendakan perang kehijauan
• Kalium tiosionat→mendakan merah darah

35. Pengesahan ion Plumbum:


• Dengan larutan ion Cl: mendakan putih larut dalam air panas
• Dengan larutan ion Iodida: mendakan kuning larut dalam air panas

36. Pengesahan Ammonium:


• Sebarang ujian yang menghasilkan gas ammonia
• Dengan ujian Nessler iaitu merkuri(II)iodida, mendakan perang akan terbentuk.

37. Pengesahan dengan Natrium Sulfat:


• Mendakan putih terbentuk dengan cepat→ion Plumbum
• Mendakan putih terbentuk dengan lama→ ion kalsium

BAB 7: BAHAN BUATAN DALAM INDURTRI

1. Proses Sentuh ialah proses yang digunakan untuk menghasilkan asid sulfurik.
• Keadaan yang diperlukan ialah suhu(400→500°C), tekanan(1 atm)dan mangkin
Vanadium(V)oksida / Platinium.
Proses:
1. S + O2 → SO2
2. SO2 + O2 ←→ SO3
3. SO3 + H2SO4 → H2S2O7(oleum)
4. H2S2O7 + H2O → H2SO4 + banyak haba

2. Proses Ostwald ialah proses yang menghasilkan asid nitrik.


• Keadaan yang diperlukan ialah mangkin platinium.
• Proses:
1. 4NH3 + 5O2 ←→ 4NO + 6H2O
2. 2NO + O2 ←→ 2NO2
3. 4NO2 + O2 + 2H2O → 4HNO3

3. Proses Haber ialah proses yang menghasilkan ammonia:


• Keadaan yang diperlukan ialah suhu(450°C), tekanan(200atm)dan mangkin(besi)
• Proses: N2 + 3H2 ←→ 2NH3
4. Aloi ialah satu campuran dua atau lebih unsur mengikut peratusan yang tertentu di
mana unsur utamanya ialah logam.

5. kehadiran atom asing pd aloi mengganggu susunan teratur bagi atom logam tulen dan
mengelakkan atom-atom logamtulen daripada bergelongsor.

6. Tujuan pengaloian ialah:


→ menambahkan kekuatan dan kekerasan logan tulen
→ mencegah kakisan logam
→ membaiki rupa logam

7.
ALOI PENGGUNAAN KOMPOSISI
DURALUMIN Badan kapal terbang dan kabel elektrik Al + Cu
GANGSA Piala dan patung Cu + timah
KELULI Landasan kereta api,jambatan,badan keretadan kapal Besi + Karbon
Fe + Cr + Ni +
KELULI NIRKARAT Sudu,gerpu dan pisau
C
LOYANG Barang hiasan dan alat elektrik Cu + Zn
Cu + antimoni
PIUTER barangan hiasan dan puiter.
+ timah

8. Polimer ialah molekul berantai panjang yang terbina daripada gabungan beberapa unit
kesil yg dikenali sebagai monomer.

9. Polimer semula jadi ialah polimer yang terdapat dalam benda hidupspt kanji dan
protein. Plomer sintetik ialah polimer buatan manusia spt plastik dan getah sintetik.

10.
POLIMER PENGGUNAAN
PLASTIK
POLIPROPENA membuat paip dan bekas
POLIVINIL KLORIDA membuat baju hujan, batang paip dan pembalut kabel elktrik
membuat bahagian dalam peti sejuk, radio alat permainan kanak-
POLISTIRENA
kanak
PERSPEKS penganti kaca
TEFLON alas alat memasak dan bebola
GETAH SINTETIK
NEOPRENA salur getah
STIRENA-BUTADIENA tayar dan kasut
LAIN-LAIN
NILON kain baju,berus gigi,benang kail,gentian bulu,sikat dan payung
POLIESTER kain baju,payung terjun,stoking dan jala ikan
*Nilon ialah polimer sintetik dgn poliamida yang dihasilkan daripada diamina dan diasid.
*Poliester→polimer sintetil dgn kump polimer yg dihasikan drpd diol dan diasid
*Getah Sintetik→kump polimer sintetik yg menyerupai getah asli
11. Kaca Fotokromik juga dikenali sbg kaca berbalik. Merupakan kaca yang
menunjukkan perubahan warna apabila dikenakan cahaya.

12. Kaca Mengkonduksikan ialah kaca yang dapat mengalirkan arus elektrik. Terhasil
dgn menambahkan ITO(Indium Stanum Oxide)

13. Penggunaan seramik ialah untuk membuat:


• Bahan binaan krn sifatnya yang keras, tahan haba dan tahan tekanan.
• Barangan hiasan krn sifatnya yang lengai, tahan karat dan tahan lama
• Penebat elektrik
• Semi konduktor dan dapat menyimpan cas
• Bidang perubatan iaitu membuat anggota badan yang palsu.

14. Super konduktor ialah bahan konduktor elektrik yang hampir tidak mempunyai
ringtangan elektrik. Seramik ini dikenali sebagai perovskite dan hanya berfungsi sebagai
super konduktor pd suhu -196.

15. Bahan komposit ialah bahan yang terdiri daripada satu jenis bahan yang digabungkan
dengan bahan lainuntuk menghasilkan bahan baru yang menyatukan kelebihan kedua-dua
bahan asal.

BAB 8: KADAR TINDAK BALAS

1. Kadar tindak balas ialah sukatan perubahan sesuatu kuantiti semasa tindak balas dalam
satu unit masa.

2. Kadar tindak balas berkadar songsang dengan masa tindak balas.

3. Kadar tindak balas yang tinggi mengambil masa yang singkat untuk selesai bertindak
balas. Begitu juga sebaliknya.

4. Kadar tindak balas purata ialah purata kadar tindak balas yang berlaku dalam satu
tempoh masa tertentu.

5. Kadar tindak balas pada masa tertentu ialah kadar tindak balas sebenar yang berlaku
pada masa tersebut.

6. Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas:


• Jumlah luas permukaan bahan tindak balas : semakin besar JLP semakin tinggi
kadar tindak balas.
→bahan yang lebih kecil mempunyai JLP yang terdedah kpd tindak balas yg lebih
besar. Jadi peluang utk pelanggaran bertambah iaitu frekuensi pelanggaran
bertambah. Hal ini juga akan menambahkan bilangan perlanggaran dengan orientasi
yang betul. Lantas, frekuensi pelanggaran berkesan juga akan turut bertambah dan
kadar tindak balas pun bertambah.

• Kepekatan : semakin tinggi kepekatan semakin tinggi kadar tindak balas.


→pertambahan kepekatan bahan tindak balas bermakna bilangan zarah bahan tindak
balas dalam satu unit isipadu campuran akan bertambah. Oleh itu, zarah bahan tindak
balas akan berlanggaran dengan lebih kerap. Frekuensi pelanggaran bertambah.
Orientasi pelanggaran yang betul juga bertambah. Maka,frekuensi pelanggaran
berkesan juga bertambah. Hal ini meninggikan kadar tindak balas.

• Suhu → semakin tinggi suhu semakin tinggi kadar tindak balas


→suhu yang tinggi akan menambahkan tenaga kinetik zarah bahan tindak balas. Oleh
itu, zarah bahan tindak balas bergerak dengan lebih pantas dan frekuensi perlanggaran
bertambah. Maka, frekuensi perlanggaran berkesan juga bertambah. Tenaga yang
dipunyai zarah oleh zarah bahan tindak balas juga bertambah apabila suhu meningkat.
Oleh itu, lebih banyak zarah yang mempunyai tenaga pengaktifan untuk
menghasilkan perlanggaran berkesan. Pertambahan frekuensi perlanggaran berkesan
meninggikan kadar tndak balas.

• Mangkin → kehadiran mangkin positif akan meningkatkan kadar tindak balas.


→kehadiran mangkin positif membekalkan suatu lintasa alternatif bagi tindak balas
berlaku. Lintasan alternatif ini mempunyai tenaga pengaktifan yang lebih rendah.
Oleh itu, bilangan zarah yang mempunyaibahan tindak balas yang mempunyai tanaga
pengaktifan yang lebih rendah ini adalah lebih banyak. Maka,frekuensi perlanggaran
berkesan bertambah. Hal ini meninggikan kadar tindak balas.

• Tekanan → tekanan yang semakin tinggi akan meningkatkan kadar tindak balas.
→pertambahan tekanan campuran bahan tindak balas bermakna pertambahan
bilangan zarah bahan tindak balas per unit isipadu campuran tindak balas.
Pertambahan tekanan bahan tindak dalas dalam bentuk gas adalah sama seperti
pertambahan kepekatan bahan tindak balas. Hal ini menambahkan bilangan zarah
bahan tindak balas dalam satu unit isipadu campuran tindak balas. Zarah bahan
tindak balas akan berlanggaran dengan lebih kerap. Oleh itu, frekuensi perlanggaran
berkesan akan bertambah. Hal ini akan meninggikan kadar tindak balas.

7. Mangkin ialah bahan yang mengubah kadar sesuatu tindak balas dan tmangkin tidak
akan mengalami sebarang perubahan kimia pada akhir tindak balas.

8. Mangkin bersifat:
→tidak berubah dari segi kuantiti dan komposis kimia
→tindakan mangkin adalah khusus
→mangkin hanya diperlukan dalam kuantiti yang kecil
→tidak mengubah kuanti hasil tindak balas.
→menyediakan satu jalan alternatif yang mempunyai tenaga pengaktifan yang rendah.
9. Perlanggaran berkesan ialah perlanggaran yang menghasilkan tindak balas dengan
mencapai tenaga minimum yang mencukupi dan orientasi pelanggaran yang betul

10. Tenaga pengaktifan ialah tenaga yang mesti dipunyai oleh zarah-zarah bahan tindak
balas yang berlanggar. Tenaga ini mesti diatasi oleh bahan-bahan tindak balas yang
berlanggar supaya tindak balas dapat berlaku untuk memberikan hasil tindak balas.

11. Frekuensi pelanggaran berkesan ialah bilangan perlanggaran berkesan yang berlaku
dalam sesaat.

BAB 9: SEBATIAN KARBON

1. Sebatian karbon ialah sebatian yang mengandungi juzuk unsur karbon.

2. Sebatian organik ialah sebatian yang sumber aslinya ialah organisma dan mempunyai
satu atau lebih atom karbon sebagai juzuk utamanya.

3. Sebatian tak organik ialah sebatian yang tidak tergolong dalam kumpulan sebatian
organik.

4. Sebatian tak organik yang mgd karbon ialah sebatian karbonat, sebatian hidrogen
karbonat, sebatian sianida, sebatian karbida gas karbon dioksida dan gas karbon
monoksida.

5. Pembakaran sebatian organik dengan bekalan oksigen yang berlebihan atau mencukupi
akan menghasilkan gas karbon dioksida dan air. Pembakaran lengkap berlaku.

6. Pembakaran sebatian organik dgn bekalan oksigen yang tidak mencukupi atau
berkurangan akan menghasilkan campuran gas karbon dioksida dan gas karbon
monoksida, air dan jelaga. Pembakaran tidak lengkap berlaku.

7. Hidrokarbon ialah sebatian kimia yang hanya terdiri daripada unsur Hidrogen dan
unsur Karbon.

8. Satu atom H hanya akan membentuk satu ikatan tunggal. Setiap atom C pula akan
mempunyai 4 ikatan sahaja.

9. Hidrokarbon tepu ialah hidrokarbon yang semua atom karbonnya terikat ant satu sama
lain melalui ikatan kovalen tunggal sahaja. →alkana

10. hidrokarbon tidak tepu ialah hidrokarbon yang mempunyai sekurang-kurangnya satu
ikatan kovalen berganda antara atom karbonnya.
11. Alkana ialah satu siri homolog hidrokarbon yang hanya terdiri daripada unsur
hidrogen dan unsur karbon.sahaja dan diwakili dengan formula am C(n)H(2n+2). Ahli
pertamanya ialah Metana.

12. Alkena ialah satu siri homolog hidrokarbon yang hanya terdiri daripada unsur karbon
dan hidrogen sahaja dan diwakili dengan formula am C(n)H(2n).

13. Alkohol ialah satu sebatian organik yang mempunyai kumpulan berfungsi
–OH dan diwakili dengan formula am C(n)H(2N+1)OH.

14. Asid Karbosilik ialah satu sebatian organik yang mempunyai kumpulan berfungsi
–COOH dan diwakili dengan formula am C(n)H(2n+1)COOH.

15. Ester ialah satu sebatian organik yang mempunyai kumpulan berfungsi –COO– dan
diwakili dengan formula am C(n)H(2n+1)C(m)H(2m+1).

15. Sifat fizik kumpulan homolog hidrokarbon.


ASID
ALKANA ALKENA ALKOHOL
SIFAT FIZIK KARBOKSILIT
SAIZ MOLEKUL Bertambah Bertambah Bertambah Bertambah
TAKAT DIDIH
DAN TAKAT Bertambah Bertambah Bertambah Bertambah
LEBUR
4 gas 5 cecair dan 3 gas 5 cecair dan 12 cecair dan 9 cecair dan
KEADAAN FIZIK seterusnya pepejal seterusnya pepejal seterusnya pepejal seterusnya pepejal
KETUMPATAN Bertambah Bertambah Bertambah Bertambah
KETERLARUTAN HC yg berantai
Tidak Tidak 3 ahli pertama
AIR pendek
KETERLARUTAN
HC yg berantai
PELARUT Larut Larut Larut
panjang
ORGANIK
KEKONDUKSIAN
Tidak Tidak Tidak Tidak
ELEKTRIK

16. Takat lebur dan takat didih semakin bertambah kerana saiz molekul semakin
bertambah. Jadi daya tarikan van der waals antara molekul semakin bertambah kuat.
Oleh itu lebih banyak tenaga diperlukan untuk mengatasi daya tarikan tersebut.

17. Ketumpatan juga bertambah kerana jisim molekul bertambah. Semakin bertambah
jisim molekul semakin kuat daya tarikan antara molekul maka semakin padat molekul
HC tersebut.

18. Semua alkana dan alkena tidak larut dalan air kerana rantai hidrokarbon adalah
hidrofobik tetapi dapat larut dalam pelarut organik. Hanya rantai hirdrkarbon alkohol dan
asid karbosilik yang pendek sahaja larut dalam air kerana dipengaruhi oleh kumpulan
berfungsinya.
19. Formula struktur sesuatu bahan ialah formula kimia yang menunjukkan cara atom-
atom diikat melalui ikatan kovalen antara satu sama lain dalam satu molekul bahan
tersebut.

20. Sifat kimia alkana:


• Alkana adalah tidak reaktif secara kimia dan bersifat neutral.
• Tidak menunjukkan sebarang perubahan apabila ditindak balas dengan asid HCl,
NaOH, KMnO(4) berasid dan air bromin.
• Pembakaran alkana terbahagi kepada pembakaran lengkap dan pembakaran tidak
lengkap.
• Mengalami tindak balas penukargantian dengan syarat kehadiran UV dan hanya
akan bertindak balas dgn Cl, Br dan I.

21. Sifat kimia alkena:


• Bersifat neutral. Lebih reaktif daripada alkana
• Dapat mengalami pembakaran lengkap dan pembakaran tidak lengkap\
• Mengalami penghidrogenan dgn syarat adanya mangkin platinium / nikel yang
panas. Hasilnya alkena→alkana.
• Mengalami penghalogenan dgn air klorin dan bromin untuk menghasilkan
dibromoalkana / dikloroalkana.
• Mengalami penghalidaan dgn HCl, HBr dan HI untuk menghasilkan
halogenoalkana
• Mengalami penghidratan dgn penambahan stim(air) pada suhu dan tekanan yang
tinggi di makmal manakala secara industri adalah dgn menggunakan mangkin
asid fosforik pd suhu 300°C dan tekanan 60atm. Alkohol akan dihasilkan.
• Mengalami pengoksidaan[KMnO(4)] untuk menghasilkan alkana-diol.
*alkana dan alkena dapat dibezakan melalui tindak balas pengoksidaan oleh air bromin
dan Kalium mannganat(VII)

22. Proses penyediaan alkohol:


• Alkohol dapat disedikan di makmal melalui proses penapaian karbohidrat danjuga
melalui industri secara besar-besaran.
• Proses penapaian ialah proses penguraian molekul organik yang besar kepada
molekul-molekul yang lebih kecil dgn bantuan enzim yang dihasilkan oleh
mikroorganisma.
• Secara industri alkohol dapat disediakan dengan mangalirkan campuran etana dgn
stim melalui mangkin asid fosforik pd suhu 300°C dan tekanan 60atm.

23. Sifat kimia alkohol:


• Bersifat neutral.
• Boleh terbakar dengan lengkap atau tidak lengkap
• Mengalami pengoksidaan oleh agen pengoksidaan[KMnO(4)] atau [K(2)CrO(7)]
untuk menghasikan asid karboksilik
• Mengalami pengdehidratan dengan membuangkan molekul air untuk
menghasilkan alkena. Memerlukan mangkin serpihan porselin panas.
24. Penyediaan asid karbosilik:
• Dalam makmal malalui proses pengoksidaan
• Dalam industri melalui proses peretakan petroleum dan pemanasan gas asli.

25. Sifat kimia asid karbosilik:


• Merupakan sejenis asid dan menunujukkan sifat asid.
• Bertindak balas dgn bes, logam, karbonat logam seperti t/b asid dan alkali.
• Bertindak balas dgn alkohol dan kehadiran mangkin asid sulfurik utk
menghasilkan ester.
s
26. Penghasilan ester:
• Melalui proses pengesteran ant asid karbosilik dan alkohol di dalam makmal
secarqa refluks dan asid sulfurik bertindak sebagai mangkin.
• Air akan disingkirkan. Jadi proses ini juga dikenali sebagai tindak balas
kondensasi.

* isomerisme ialah satu fenomena di mana dua atau lebih molekul mempunyai atom-atom
yang sama tetapi susunan mereka berlainan.
*isomer merupakan molekul-molekul yang mempunyai formula molekul yang sama
tetapi formula struktur yang berlainan

27. Lemak ialah sekumpulan sebatian organik semula jadi yang terdiri daripada ester.

30. Terbahagi kepada dua jenis iaitu lemak dan minyak.


LEMAK PERSAMAAN MINYAK
Terdiri drpd hidrogen karbon dan oksigen.
Merupakan molekul ester yang besar.
PERBEZAAN
Haiwan SUMBER Tumbuhan
Pepejal KEADAAN FIZIK Cecair

31. Lemak dihasilkan daripada proses pengesteran ant satu molekul gliserol dengan tiga
molekul asid lemak. Lemak merupakan propan-1,2,3-triol

32. Asid lemak tepu ialah asid lemak yang hanya mempunyai ikatan tunggal sahaja.
Lemak yang mgd asid lemak tepu dikenali sebagai lemak tepu.

33. Asid lemak tak tepu ialah asid lemak yang mgd sekurang-kurangnya satu ikatan
dubel. Lemak yang mengandungi asid lemak tak tepu dikenali sebagai lemak tak tepu.
34. Perbezaan ant lemak tepu dan lemak tak tepu
LEMAK TEPU ASPEK LEMAK TAK TEPU
Asid lemak tepu JENIS ASID LEMAK Asid lemak tak tepu
Sekurang-kurangnya satu ikatan
Ikatan tunggal shj JENIS IKATAN
dubel
KANDUNGAN ATOM
Maksimum Masih boleh menerima Hidrogen
HIDROGEN
Tinggi TAKAT LEBUR Rendah
Pepejal KEADAAN FIZIK Cecair
Haiwan SUMBER Tumbuhan
Tinggi KANDUNGAN KOLESTEROL Rendah

35. Penghidrogenan merupakan tindak balas penambahan hidrogen yang menukarkan


lemak tak tepu kepada lemak tepu dengan syarat kehadiran mangkin nikel.

36. Pengekstrakan minyak sawit secara industri


1. pensterilan→buah sawit dikukus pd suhu 140°C selama 75→90minit
2. pengasingan→mengasingkan buah daripada tandan
3. pencernaan→diputar dgn kuat dlm stim utk menanggalkan sabut
4. pemerahan minyak→buah ditekan dan minyak yg terhasil akan diasingkan drpd
gentian sabut &biji sawit
5. penulenan→campuran dibiarkan terenap dan minyak pd lapisan atas dikeluarkan
6. pengeringan→minyak tersebut diemparkan dgn laju dan dihantar ke kebuk
pengeringan vakum utk dikeringkan.
7. penapisan→menyingkirkan warna,gam dan bau. Hasil yg diperoleh berwarna
keemasan.
8. pemeringkatan→mengasingkan trigliserida yg bertakat didih↑ daripada
trigliserida yang bertakat didih↓.

37. Kebaikan minyak sawit ialah:


• selamat untuk kesihatan
• kaya dgn beta-karotena
• dapat meningkatkan aras kolesterol yang berfaedah dan menurunkan aras
kolesterol yang berbahaya
• mengurangkan kecenderungan darah membeku
• daya tahan yang tinggi terhadap pengoksidaan
• tidak mempengaruhi rasa dan bau masakan

38. Pempolimeran ialah proses penghasilan polimer . Terdapat dua jenis polimer iaitu
polimer semula jadi dan polimer sintetik. Polimer semula jadi → getah asli.

39. Getah asli merupakan polimer penambahan yang dihasilkan daripada gabungan
monomer-monomer isoprena(2-metil-1,3-diena) untuk membentuk poliisoprena.

40. Penggumpalan lateks:


• molekul-molekul polimer getah diselaputi oleh membran protein yg membawa
cas negatif.
• Jadi semua zarah getah adalah bercas negetif. Maka wujud daya tolakan antara
zarah getah dan menghalang penggumpalan.
• Apabila asid ditambah, cas negatif membran protein dinyahcaskan dan daya
tolakan zarah koloid dihapuskan,
• Pelanggaran berlaku ant zarah getah dan ini akan memecahkan membran protein.
• Polier-polimer getah terbebas dan bergabung menghasilkan gumpalan.
*cara mengelakkan gumpalan ialah dgn menambahkan ammonia ke dalan lateks untuk
meneutralkan asid drpd bakteria dan kulat(asid laktik).

41. Getah tervulkan ialah getah yang telah ditindakan dengan sulfur. Dapat dihasilkan
dengan memanaskan getah asli dengan serbuk sulfur.

42. Barangan getah ini dapat divulkan dengan mendedahkannya kepada wasap disulfur
diklorida(dalam larutan metilbenzena) untuk jangka masa tertentu.

43. Sulfur akan bertindak balas dgn ikatan dubel pada rantai polimer polimer getah untuk
membentuk ikatan –C–S–S–C– antara rantai polimer. Ini dapat menghalang polimer-
polimer getah daripada bergelongsor.

44. Kehadiran rangkai silang sulfur menyebabkan getah tervulkan mempunyai lebih
banyak kelebihan. Antaranya :
• lebih kuat : daya tahan regangan yang tinggi dan tidak mudah putus.
• Lebih tahan haba
• Lebih tahan kepada pengoksidaan

BAB 10: PENGOKSIDAAN DAN PENURUNAN

1. Tindak balas redoks ialah tindak balas yang melibatkan proses pengoksidaan dan
proses penurunan yang berlaku secara serentak.

2. Pengoksidaan ialah tindak balas yang berlaku apabila suatu bahan mengalami
penambahan oksigen. Penurunan pula ialah tindak balas yang berlaku apabila suatu bahan
mengalami pengurangan oksigen.

3. Pengoksidaan ialah tindak balas yang berlaku apabila sesuatu bahan mengalami
kehilangan hidrogen. Penurunan pula ialah tindak balas yang berlaku apabila suatu bahan
mengalami penambahan hidrogen.

4. Pengoksidaan ialah tindak balas yang berlaku apabila suatu bahan tindak balas
mengalami kehilangan elektron. Penurunan ialah tindak balas yang berlaku apabila suatu
bahan tindak balas mengalami pertambahan elektron.
5. Pengoksidaan ialah tindak balas yang berlaku apabila sesuatu bahan tindak balas
mengalami pertambahan nombor pengoksidaan. Penurunan ialah suatu tindak balas yang
berlaku apabila sesuatu bahan tindak balas mengalami pengurangan nombor
pengoksidaaan.

6. Bahan yang mengalami proses pengoksidaan merupakan agen penurunan manakala


bahan yang mengalami proses penurunan merupakan agen pengoksidaan.

7. Nombor pengoksidaan sesuatu unsur dalam suatu sebatian ialah cas yang diperoleh
oleh unsur itu apabila unsur itu wujud sebagai ion dalam sebatian tersebut dengan
membuat anggapan bahawa semua ikatan yang wujud dalam sebatian tersebut tidak kira
sebatian ion atau sebatian kovalen merupakan ikatan ion.

8. Ion ferum(II) akan doksidakan kepada ion ferum(III) apabila dicampurkan dengan
air(Br,Cl atau I). Ion ferum(III) pula akan ditukarkan kepada ion ferum(II) oleh logam
zink dan logam magnesium.

9. Air (Cl, Br dan I) bertindak sebagai agen pengoksidaan dan mengalami penurunan. Ion
ferum(II) pula akan mengalami pengoksidaan dan merupakan agen penurunan.

10. Logam Zink dan Magnesium pula mengalami pengoksidaan dan bertindak sebagai
agen penurunan. Ion ferum(III) pula akan mengalami penurunan dan bertindak sebagai
agen pengoksidaan.

11. Agen pengoksidaan : Kalium Manganat(VII), Kalium Dikromat(VI), Hidrogen


Peroksida dan Asid Nitrik Pekat.

12. Tindak balas penyesaran juga merupakan salah satu tindak balas redoks. Logam yang
berada lebih tinggi dalam SEK akan menyesarkan logam yang berada di bawahnya.
Logam yang lebih tinggi akan mengalami pengoksidaan dan bertindak sebagai agen
penurunan. Halogen yang lebih tinggi akan menyesarkan halogen yang berada di
bawahnya daripada larutan halidanya.

13. Warna halogen dalam:


WARNA DALAM LARUTAN
HALOGEN WARNA DALAM LARUTAN AK
CCl(4)
Kuning pucat / hampir tdk Kuning pucat / hampir tdk
KLORIN
berwarna berwarna
BROMIN Perang / kuning keperangan Perang / jingga
IODIN Perang / kuning keperangan Ungu

14. Apabila sesuatu bahan mengalami pengoksidaan, bahan itu bertindak sebagai agen
penurunan, merupakan anod dan merupakan terminal negatif sel.

15. Apabila sesuatu bahan mengalami penurunan, bahan itu bertindak sebagai agen
pengoksidaan, merupakan katod dan merupakan terminal positif sel..
16. Tindak balas redoks juga melibatkan pemindahan elektron pada satu jarak jauh
haruslah menggunakan elektrolit yang berupa asid sulfurik cair. Asid sulfurik cair
berfungsi untuk memisahkan dua larutan dan membenarkan ion-ion mengalir untuk
melengkapkan litar.

17. Tindak balas redoks dapat berlaku dalam keadaan agen pengoksidaan bersentuhan
atau tidak bersentuhan.

18. Kakisan logam ialah satu tindak balas redoks di mana logam itu dioksidakan secara
spontan melalui kehilangan elektron untuk membentuk ion-ion logam.

19. Logam kalium dan natrium mudah terkakis. Logam yang berada lebih atas dalam
SEK lebih mudah terkakisan daripada logam di bawahnya. Bermula daripada logam
kuprum dan seterusnya adalah tahan kakis.

20. Logam aluminium, zink, kromium dan nikel tidak akan trkakis kerana lapisan oksida
pada permukaan logam ini yang bersifat keras, sukar retak dan tidak telap air dapat
melindunginya daripada kakisan yang berterusan.

21. Pengaratan besi merupakan satu tindak balas redoks yang akan mengalami
→proses pengoksidaan di permukaan besi yang bersentuhan dengan air
Logam ferum akan dioksidakan kpd ion ferum(II)+
→proses penurunan berlaku di sisi titisan air
Oksigen berpadu dengan air untukmenghasilkan ion OH(-)
→ion OH dan Ferum(II) akan berpadu utk menghasilkan ferum(II)hidroksida[Fe(OH)(2)]
→Ferum(II)hidrksida pula akan teroksida kepada Ferum(III)oksida
terhidrat[Fe(2)O(3).2H2O]. benda ini berwarna perang dan merupakan karat.

22. Pengaratan besi akan dipercepatkan dengan kehadiran elektrolit seperti asid dan
larutan garam. Pengaratan juga akan bertambah cepat apabila bersama-sama dgn logam
yang kurang elektropositif.

23. Pengaratan besi dapat diperlahankan apabila bersentuhan dengan logam yang lebih
elektropositif, disadur atau disalut dengan selapisan logam yang lebih elektropositif
daripada besi.

24. Pengaratan juga dapat dihalang sekiranya lapisan permukaan besi dapat dihalang
daripada bersentuhan dengan air dan oksigen. Oleh itu, besi dapat dicegah daripada
berkarat dengan menyapu cat, gris/minyak dan disalut dengan plastik.

25. Pengaratan besi akan menghasilkan ion OH yang menunjukkan sifat alkali. Jadi
penunjuk fenolfalein digunakan untuk mengesan kehadiran ion OH.

26. Selain itu, kalium heksasianoferat(II) dan kalium heksasianoferat(III) juga digunakan
untuk mengesan kehadiran ion Ferum(II). Bagi Kalium heksasianoferat(II), mendakan
biru muda akan terbentuk dan bagi kalium heksasianoferat(III), mendakan biru tua akan
terhasil sekiranya ion ferum(II) hadir.

27. Apabila logam bertindak balas dengan oksigen utk membentuk oksida logam, tindak
balas redoks berlaku.

28. Semakin reaktif sesuatu logam terhadap oksigen semakin terang dan cepat
pembakaran logam yang berlaku.

29. Pemanasan kalium manganat(VII), campuran kalium klorat(V) dengan mangan(IV)


oksida, dan pemanasan kalium nitrat akan menghasilkan oksigen untuk tindak balas
pembakaran logam.

30. Sekiranya logam dapat menyingkirkan oksigen daripada karbon dioksida untuk
membentuk oksida logam dan karbon , logam itu lebih reaktif daripada karbon.
Sebaliknya logam itu adalah kurang reaktif daripada karbon.

31. Sekiranya karbon dapat menyingkirkan oksigen daripada oksida logam untuk
membentuk karbon dioksida dan logam maka karbon lebih reaktif daripada logam itu.
Sebaliknya karbon adalah kurang reaktif daripada logam itu.

32. Sekiranya hidrogen dapat menyingkirkan oksigen daripada oksida logam untuk
membentuk logam dan air, hidrogen adalah lebih reaktif daripada logam itu. Sebaliknya
hidrogen adalah kurang reaktif daripada logam itu.

33. Gas hidrogen dapat dihasilkan melalui tindak balas antara asid HCl dengan logam Zn
dan dimangkinkan oleh Kuprum(II) Sulfat. Gas hidrogen dikeringkan dengan
mengalirkan Hidrogen melalui Kalsium Klorida kontang.

34. Susunan siri kereaktifan logam:


K, Na, Ca, Mg, Al, C, Zn, H, Fe, Sn, Pb, Cu, Hg, Ag, Au

35. Pengekstrakan besi daripada bijihnya:


• Bijihnya ialah hematit(Fe2O3) dan magnetit(Fe3O4)
• Bijih besi + arang kok + Kalsium karbonat dimasukkan ke dalam relau bagas
• Kalsium karbonat akan diuraikan oleh haba kpd kalsium oksida dan CO2
• Arang kok juga akan terbakar menghasilkan CO2
• Arang kok dan karbon monoksida akan menurunkan bijih besi kepada leburan
besi yang tenggelam di bawah relau
• Kalsium oksida akan terapung di atas leburan besi dan bergabung dgn pasir
untukmenjadi sanga.
• Lebuaran besi pula akan disejukkan menjadi besi tuangan.
• Leburan besi ini juga akan dimasukkan ke dalam relau oksigen untuk
manghasilkan besi tulen, keluli atau besi tuangan.
36. Pengekstrakan timah daripada bijihnya:
• Bijihnya ialah kasiterit(SnO2)
• Bijih kasiterit terlebih dahulu akan melalui cara apungan
• Di sini bijih timah akan dihancurkan dan digoncang dgn air berminyak.
• Timah akan melekat pada minyak dan terapung pada permukaan air
• Bijih timah kemudian akan dipanggang untuk mengeluarkan benda asing spt
sulfur,minyak dan karbon.
• Akhirnya bijih timah akan dicampur dgn arang kok dan dimasukkan ke dalam
relau bagas.
• Bijih timah akan diturunkan kepada timah oleh agen penurunan CO dan karbon.
• Jongkong timah akan dihasilkan.

BAB 11: TERMOKIMIA

1. Tindak balas eksotermik ialah tindak balas yang membebaskan haba ke persekitaran.

2. Tindak balas endotermik ialah tindak balas yang menyerap haba daripada persekitaran.

3. Kebanyakan tindak balas ialah tindak balas eksotermik. Hanya sebilangan tindak balas
yang merupakan tindak balas endotermik iaitu:
• Penguraian terma garam karbonat
• Penguraian terma garam nitrat
• Pemanasan garam terhidrat
• Tindak balas ant asid dgn hidrogen karbonat
• Pemelarutan pepejal garam dan t / b perubahan keadaan fizik yang berkaitan.

4. Perubahan tenaga haba dalam t / b eksotermik ialah negetif manakala t / b endotermik


pula ialah positif.

5. Gambar rajah aras tenaga ialah graf yang menunjukkan aras kandungan tenaga bahan
tindak balas dan hasil tindak balas. Nilai delta H adalah dalam unit KJ mol(-1).

6. Keadaan piawai untuk tindak balas ialah:


• Suhu=25°C / 298 K
• Tekanan=1atm
• Kepekatan larutan=1 mol dm(-3)
• Bahan t / b mesti berada pada keadaan fizik yg biasa pd suhu dan tekanan bilik

7. Perubahan haba = mcӨ. Hada tindak balas ialah (mcӨ / bilangan mol bahan yang
digunakan.)
8. Haba pemendakan ialah perubahan haba yang berlaku apabila 1 mol bahan mendakan
terbentuk daripada tindak balas ionnya pada keadaan piawai.

9. Langkah-langkah untuk eksp utk haba pemendakan argentum nitrat:


• Suhu awal larutan diambil selepas beberapa minit.
• Larutan haruslah dituang dgn seberapa cepat dan cermat yang boleh umtuk
mengelakkan kehilangan haba ke sekeliling dan elakkan tumpahan
• Campuran dalam larutan haruslah sentiasa dikacau spy suhu larutan sekata
• Bacaan termometer diperhatikan sepanjang masa supaya suhu tertinggi yang
dicapai dicatatkan.

10. Haba penyesaran ialah perubahan haba yang berlaku apabila 1 mol bahan disesarkan
daripada larutan garamnya pada keadaan piawai oleh logam yang lebih reaktif.

11. Langkah berjaga-jaga untuk eksp utk haba penyesaran kuprum:


• Suhu awal larutan diambil selepas beberapa minit.
• Suhu akhir yang dicatatkan mestilah suhu yang tertinggi yang dicapai oleh larutan
campuran
• Serbuk logam digunakan dan bukan ketulan logam digunakan unutk mengelakkan
haba hilang ke sekeliling.

12. Haba peneutralan ialah perubahan yang berlaku apabila 1 mol ion H(+) daripada asid
bergabung dengan 1 mol ion hidroksida untuk membentuk 1 mol air pada keadaan
piawai.

13. Haba yang dibebaskan akan dipengaruhi oleh kepekatan asid dan alkali, kuantiti asid
dan alkali yang digunakan dan kekuatan asid dan alkali.

14. Haba peneutralan antara asid kuat dgn alkali kuat ialah -57Kjmol(-1) tetapi haba
peneutralan ant asid lemah dgn alkali kuat adalah kurang drpd -57Kjmol(-1) kerana
sebahagian haba peneutralan yang dibebaskan telah diserap semula unutk memutuskan
ikatan ant molekul asid lemah yang tdk terion itu.

15. Langkah berjaga-jaga untuk eksp haba peneutralan ialah:


• Suhu awal larutan diambil selepas beberapa minit
• Larutan dituang dgn seberapa cepat dan cermat yang boleh untuk mengelakkan
kehilangan haba ke sekeliling dan mengelakkan tumpahan
• Campuran larutan haruslah sentiasa dikacau spy suhu adalah sekata
• Bacaan termometer diperhatikan sepanjang masa spy suhu tertinggi yang tercapai
dicatatkan.

16. Hanya perubahan kepekatan sahaja akan mengubah perubahan suhu. Perubahan
isipadu tidak akan mengubah perubahan suhu.

17. Asid dwibes akan membebaskan 2(57kJmol) haba manala asid tribes pula akan
membebaskan 3(57kJmol)haba.
18. Haba pembakaran ialah perubahan haba yang berlaku apabila 1 mol bahan dibakar
dengan lengkap dalam oksigen pada keadaan piawai.

19. Pembakaran alkohol : nilai haba pembakaran akan bertambah apabila bilangan karbon
dan hidrogen bertambah dalam alkohol yang dibakar.

20. Langkah berjaga-jaga utk eksp haba pembakaran:


• Bekas logam yang berdinding nipis digunakan krn merupakan konduktor haba
yang baik.
• Bekas logam tidak dialaskan dengan kasa dawai utk mengelakkan penyerapan
haba oleh kasa dawai
• Kedudukan pelita diselaraskan supaya nyalaan dapat sampai ke dasar bekas
kuprum
• Jangan mendedahkan alkohol pada api krn alkohol mudah meruap.
• Pelita dan kandungannya ditimbang secepat mungkin untuk mengelakkan
pengurangan jisim melalui penyejatan
• Air dalam bekas logam sentiasa dikacau untuk memastikan pemanasan air adalah
sekata.
• Pengadang angin digunakan utk melindungi myalaan daripada tiupan angin.

21. Bahan api ialah bahan yang dapat dibakar untuk menghasilkan tenaga haba.

22. Nilai bahan api ialah kuantiti haba yang dibebaskan daripada pembakaran lengkap 1g
bahan api.

BAB 11: BAHAN KIMIA UNTUK PENGGUNA

1. Sabun ialah garam natrium atau garam kalium bagi asid lemak

2. Asid lemak merupakan asid karboksilik berantai panjang yang mempunyai 12–18 atom
carbon per molekul.

3. Formula am bagi sabun ialah RCOO(-)Na(+) / RCOO(-)K(+).

4. Proses saponifikasi ialah proses menyediaan sabun.

5. Sabun dapat dihasilkan dgn mendidihkan satu campuran lemak / minyak sayuran
dengan larutan alkali pekat(Na / K)

6. Dalam proses ini, ester asid lemak akan dihidrolisiskan dalam larutan beralkali kepada
asid lemak dan gliserol.(natrium klorida juga ditambah untuk utk mengurangkan
keterlarutan sabun dalam air)

7. Asid lemak akan berpadu dengan ion Na / ion K untuk membentuk garam asid lemak
iaitu sabun dan gliserol ialah bahan sampingan.
8. Apabila sabun dilarutkan dalam air, sabun akan terion untuk membentuk ion natrium
dan ion sabun.

9. Ion palmitat(sabun) mempunyai bahagian hidrokarbon berantai panjang yang bersifat


hidrofobik dan bahagian berion yang hidrofilik.

10. Sabun juga berfungsi untuk mengurangkan tegangan permukaan air bagi membantu
membasahi permukaan

11. Gris yang ditanggalkan oleh sabun bercas negatif dan saling menolak. Jadi, titisan
gris tdk dapat bergabung dan diapungkan oleh buih yang dibentuk oleh sabun.

12. Detergen ialah garam natrium bagi asid organik yang dinamakan asid sulfonik yang
mempunyai 12–18 atom karbon.

13. Terdapat dua jenis detergen iaitu garam natrium alkil sulfat dan garam natrium alkil
benzena sulfonat.

14. Penghasilan garam natrium alkilbenzena sulfonat:


• Pengalkilan : alkena + benzena → alkilbenzena
• Pensulfonan : alkilbenzena + asid sulfurik pekat → asid alkilbenzena sulfonik.
• Peneutralan : asid alkilbenzena sulfonik + natrium hidroksida → garam natrium
alkilbenzena sulfonat

15. Penghasilan garam natrium alkil sulfat:


• Pensulfonan : alkohol alifatik + asid sulfurik pekat → asid alkil sulfonik
• Peneutralan : asid alkil sulfonik + NaOH → garam natrium alkil sulfat

16. Tindakan pencucian detergen sama dengan sabun. Detergen akan terion kpd ion
dedokanil sulfat / ion 4–dedokanilbenzena sulfonat dan ion Natrium.

17. Bahan tambah detergen :


BAHAN TAMBAH DETERGEN FUNGSI
Natrium perborat Agen pemutih
Bahan berpendaflour Menjadikan kain kelihatan lebih bersinar
Enzim biologi Menanggalkan kotoron yg bersifat organik
Natrium tripolifosfat(bahan
Menyingkirkan kotoran berlumpur
fosfat)
Natrium sulfat dan Natrium
Bahan pengering dan mengurangkan keasidan air
silikat
Bahan Penstabil yg mengurangkan pembentukan
Alkil monoetanolamida
buih
Natrium karboksimetil selulosa Menghalang kotoran melekat pada kain semula
Bahan pewangi Memberikan bau wangi pada pakaian.
18. Kelebihan dan kelemahan sabun dan detergen:
SABUN DETERGEN
KELEBIHAN
pencuci yg berkesan dlm air lembut dan air
bahan terbiodegradasi
liat
tdk menimbulkan masalah pencemaran alam
tidak akan membentuk kekat dgn air liat
sekitar
tidak beracun terhadap hidupan akuatik berkesan dalam air berasid juga
KELEMAHAN
tidak berkesan dalam air liat tidak terbiodegradasi
menunjukkan sifat asal apabila dialirkan ke
akan membentuk kekat dgn air liat
laut
tidak berkesan dalam air liat menghalang keterlarutan oksigen

19. Bahan yang terbiodegradasi ialah sebatian kompleks yg dpt diurai dan direputkan
kepada bahan yang lebih ringkas oleh bakteria di alam sekitar.

22. Air liat mengandungi ion Kalsium dan ion Magnesium yang akan bergabung dgn ion
sabun utk membentuk kekat iaitu pepejal putih. Kekat akan melekat pada kain dan sukar
utk ditanggalkan. Dalam detergen, Ca dan Mg juga akan berpadu dgn ion detergen ttp
sebatian ion ini adalah larut dalam air.

23. Pengawet merupakan bahan kimia yang dicampurkan ke dalam makanan untuk
menghalang pertumbuhan dan pembiakan mikroorganisma seperti bakteria dan kulat
dalam makanan dan membuat makanan tahan lebih lama..

BAHAN PENGAWET FUNGSI


memberi rasa masin dan mengeluarkan air daripada
GARAM BIASA
makanan
memberi rasa manis dan mengeluarkan air daripada
GULA
makanan
REMPAH menghalang pembiakan mikrooganisma
NATRIUM NITRAT pengawet dalam daging beku
NATRIUM
pengawet dalam pelb jenis jus dan sos
BENZOAT
CUKA bakteria tdk dpt hidup dlm keadaan berasid
SULFUR DIOKSIDA pengawet minuman bergas.
TEKNIK FUNGSI
PENGERINGAN mikroorganisma tidak dapat hidup dalam keadaan kering
PENGETINAN haba yang tinggi membunuh mikroorganisma
PEMBEKUAN melambatkan perubahan biokimia dalam makanan
24.
25. Antipengoksidaan ialah bahan kimia yang dicampurkan ke dalam makanan
berminyak utk mencegah minyak dalam makanan dioksidakana oleh oksigen di udara.
Contoh antipengoksidaan ialah asid (askorbik,sitrik) & askobil palmitat & isopropil sitrat.
26. Perisa ialah bahan kimia yang dicampurkan pada makanan untuk memberi atau
meningkatkan rasa makanan.

PERISA FUNGSI
MONONATRIUM
meningkatkan rasa makanan
GLUTAMAT
perisa sintetik yg memberi rasa
ASPARTAME
manis
ASESULFAME-K memberi rasa 200 kali lebih manis
ESTER memberikan rasa buah-buahan
27.

28. Penstabil ialah bahan kimia yang dicampurkan kepada makanan utk membantu air
dan minyak dalam makanan bercampur dgn sebati dan kekal dalam keadaan emulsi
sepanjang masa.
*gam acacia dan agar-agar

29. Pemekat ialah bahan kimia yang dicampurkan pada makanan untuk mengubah
struktur asal bahan makanan kepada sesuatu yang mempunyai tekstur yang halus dan
licin
*pektin

30. Pewarna ialah bahan kimia yang dicampurkan kepada makanan utk memberikan
warna tertentu kepada makanan.
*tartrazina–kuning ; brilliant blue FCF–biru ; sebatian azo–kuning merah perang hitam;
sebatian trifenil–hijau biru lembayung

31. Kesan bahan tambah makanan terhadap kesihatan:


BAHAN TAMBAH
KESAN
MAKANAN
NARTIUM NITRAT menyebabkan penyakit kenser
NATRIUM
gangguan urat saraf dan alergi
BENZOAT
sesak nafas,sakit dada,pitam,pening,lemah
MSG
badan,muntah
TARTRAZINA keaktifan lampau,asma,ruam

32. Ubat tradisional ialah ubat yang diperoleh daripada bahan semula jadi dan tidak
diproses melalui tindak balas kimia.

33. kegunaan ubat tradisional:


UBAT TRADISIONAL KEGUNAAN
pundi hempedu ular & daging penyu lemah jantung dan asma
rumput serani merawat gigitan binatang berbisa
ginseng menguatkan badan
lidah buaya(aleo vera) merawat kegatalan kulit,lecur luka
pudina meningkatkan suhu badan

UBAT TRADISIONAL KEGUNAAN


kuinina merawat malaria
kokaina ubat bius
bawang putih antibiotik yg menghalang jangkitan bakteria
halia melegakan sakit sengal
membersihkan sistembadan,menghapuskan bisul dan merawat
limau
penyakit kulit

34. Ubat moden dapat disediakan menyediakan sebatian kimia yang mempunyai struktur
yang hampir sama atau sama dgn struktur molekul bahan aktif dalam ubat tradisional
tertentu.

35. Analgesik ialah ubat yang dapat menghilangkan kesakitan walaupun pesakit masih
berada dalam keadaan sedar.
• Aspirin(asid asetil salisilik) disediakan daripada asid salisilik. Dpt meredakan
sakit, demam, artritis dan mencegah sakit jantung. Merupakan kump asid dan
tidak boleh dimbil oleh pesakit gastrik.
• Parasetamol untuk meredakan sakit kepala dan demam. Dapat menggantikan
aspirin.
• Kodeina untuk ubat sakit kepala dan ubat batuk.
36. Antibiotik ialah satu kumpulan ubat yang digunakan utk membunuh atau menghalang
pertumbuhan bakteria dan dapat diperoleh daripada mikroorganisma.
• Penisilin diperoleh daripada penisilium notatum dan digunakan untuk merawat
penyakit gonorea,sifilis,antraks,pneumonia dan meningtis.
• Streptomisin digunakan unutk merawat penyakit batuk kering, jangkitan urinari,
penyakit tibi, pneumonia dan disentri.

47. Ubat psikoteraputik ialah ubat yang digunakan utk merawat penyakit psikoteraputik.
Terbahagi kpd stimulant, antidepresan dan antipsikotik.

48. Stimulant ialah ubat yang digunakan untuk menambahkan kegiatan otakdan badan
pesakit psikiatrik utk menambahkan keyakinan dan kecergasan pesakit.

49. Antidepersan ialah ubat yang digunakan utk mengawal keadaan kemasygulan
(depresen) pasakit.
• Barbiturat–ubat tidur ; bersifat sedatif / hipnotik
• Trankuilizer –ubat penenang ; menghilangkan rasa resah,cemas dan menenangkan
fikiran

49. Antipsikotik merupakan ubat yang digunakan utk merawat gejala-gejala penyakit
skizofrenia.

50. Skizofrenia ialah penyakit mental yang mengganggu kebolehan seseorang utk
menginterpretasikan realiti dgn betul.
51. Hormon ialah sejenis bahan kimia yang dihasilkan oleh kelenjar endokrin manusia
untuk mengawal proses fisiologi dan homeostasis. Hormon berfungsi utk mengarahkan
sel-sel di organ menjalankan fungsinya.
• Hormon insulin diambil oleh pesakit diabetes melitus.

52. Steroid ialah sebatian lipid semula jadi


• Steroid anabolik : berfungsi membantu pertumbuhan dan pembinaan tisu,
mencegah kehilangan otot pesakit.
• Kortikosteroid : cth ialah kortison dan predison ; bersifat antiinflamasi utk
merawat penyakit spt asma, artritis reumatoid, kebengkakan,kesakitan dan
kekejangan sendi-sendi tulang.

53. Kesan sampingan ubat:


UBAT KESAN
perut berlubang / gastrik yang teruk / pendarahan dalam
ASPIRIN
perut
PENISILIN alahan
AMFETAMIN ketagihan, penyakit mental
BARBITURAT ketagihan
ANTIPSIKOTIK(haloperidol) berasa sedatif, pening kadar denyutan jantung yang tinggi
STEROID berat badan bertambah, tekanan darah tinggi,lemah jantung
*HAK CIPTA TERPELIHARA
*KELUARAN STANLEY 2006

................................
(STANLEY)
TARIKH: / /

You might also like