You are on page 1of 24

KONSERTO TERAKHIR S i n o p s i sB a b1h i n g g a1 4 Sinopsis Bab demi Bab Sinopsis Bab 1 Keluarga Hayati tidak ada mood ( keinginan

n ) untuk belajar piano pada hari itu kerana sering membuat kesalahan. Keadaan ini menimbulkan salah faham antara Hayati dengan guru pianonya. Tiba-tiba muncul Hilmi di saat-saat getir tersebut. Hilmi memperkenalkan dirinya sebagai dua pupu Hayati iaitu anak Pak Karim dari Kedah. Hayati berasa gusar melihat gerak-geri Hilmi yang serba canggung. Dia tidak pernah mengetahui bahawa bapanya masih mempunyai saudara di kampung. Datin Salmah juga tidak menyenangi kehadiran Hilmi di rumahnya. Sementara menunggu kepulangan Datuk Johari, Hilmi ditempatkan di sebuah bilik berhampiran dengan bilik Pak Amat, drebar mereka. Kehadiran Hilmi telah mengingatkan Datuk Johari tentang kampung halamannya yang telah ditinggalkan selama tujuh belas tahun lalu. Hilmi menyatakan hasratnya untuk mencari pekerjaan. Walau bagaimanapun, kelulusannya yang hanya setakat darjah empat sekolah Melayu menyukarkan usaha Datuk Johari mencari pekerjaan untuknya. Akhirnya Hilmi disuruh menjadi tukang kebun di rumahnya. Hilmi bekerja dengan tekun membersihkan kebun itu. Dalam masa yang sama, perasaannya cemburu melihat kemesraan antara Hayati dengan Mohsin. Sinopsis Bab 2 Kuli Hilmi gembira dengan pekerjaannya sebagai tukang kebun. Dia telah melakukan perubahan yang besar di pekarangan rumah itu sehinggakan mendapat pujian daripada Datuk Johari dan juga Dr. Nathan iaitu jiran Datuk Johari. Hilmi berkawan baik dengan Pak Amat. Pak Amat pernah menjadi penyelam mutiara di Darwin, Australia. Datuk Johari gelisah apabila Dr. Nathan bertanyakan tentang tukang kebun barunya itu kerana dia tidak sampai hati menganggap Hilmi sebagai tukang kebunnya. Hilmi amat tertarik dengan mainan piano Hayati. Rumah Datuk Johari juga sering didatangi oleh saudara mara Datin Salmah yang berpangkat. Dalam pada itu, Datin Salmah teringat akan kata-kata kakaknya Siti Hajar tentang Hilmi kerana lambat laun orang akan mengetahui bahawa Hilmi itu anak saudara Datuk Johari. Hasutan Siti Hajar itu menimbulkan rasa gelisah di hati Datin Salmah dan dia berusaha mencari jalan untuk mengusir Hilmi dari rumahnya. Sinopsis Bab 3 Piano Hilmi kecewa apabila dia mendapati tanamannya dirosakkannya oleh kumbang. Dia telah melepaskan geramnya dengan memijak-mijak kumbang-kumbang itu dengan tumitnya. Tindakan Hilmi itu ditegur oleh Hayati dan menganggap dia seorang yang kejam. Akhirnya Hayati faham kenapa Hilmi memusnahkan kumbang yang mengancam keselamatan tanamannya. Kadangkala Hayati ikut bersama-samanya mencari kumbang dan ulat. Dua kali dalam seminggu iaitu hari Sabtu dan Khamis, Hayati belajar bermain piano di rumahnya. Pada hari-bari tersebut Hilmi akan mencari kerja yang dapat dibuatnya di depan rumah berhampiran dengan ruang tamu. Pada kedua-dua hari tersebut keletihannya terasa hilang, dan dia menunggu kedua-dua hari itu dengan
1

penuh harapan kerana dia dapat mendengar lagu-lagu merdu yang keluar dari hujunghujung jari Hayati yang diletakkan di atas pianonya. Lagu-lagu itu menjadi makanan rohaninya. Pada suatu hari Khamis, Hilmi gelisah kerana Hayati belum pulang lagi. Rupa-rupanya Hayati dan Mohsin pergi menonton wayang. Hati Datin Salmah mulai berubah terhadap Hilmi. Dia tidak lagi menyebutnya sebagai tukang kebun tetapi sebagai kaum keluarganya. Datuk Johari juga mulai bangga kerana tiap-tiap orang yang datang memuji-muji tanaman bunga di rumahnya. Malah hasil tanaman seperti terung, kacang, timun, dan petola telah berbuah dengan lebatnya dan menjadi satu kebanggaan pula kepada Datin Salmah. Dia menghadiahkan hasil tanaman itu kepada teman-temannya apabila pergi ke morning coffee dan juga ketika ada antara kawannya yang datang berkunjung ke rumahnya, mereka pulang dengan membawa buah tangan. Datin Salmah gembira mendengar pujian daripada kawan-kawannya. Sinopsis Bab 4 Hukuman Leha, penolong pembantu rumah telah pulang ke kampung. Hilmi telah ditugaskan oleh Datin Salmah untuk membersihkan ruang tamu. Hilmi amat senang hati menerimanya kerana dapat datang berhampiran dengan piano. Suatu hari Hilmi keseorangan di rumah kerana Datin tidak ada di rumah, manakala Hayati belum pulang dari sekolah, sementara Mak Minah keluar ke rumah seorang kenalannya. Hilmi telah mencuba memainkan piano tersebut sehingga tidak menyedari kepulangan Mak Minah. Perbuatan Hilmi itu ditegur oleh Mak Minah kerana takut dimarahi oleh Datin Salmah. Kebimbangan Hilmi jelas terlihat apabila Datin Salmah memanggilnya. Ruparupanya Datin Salmah menyuruhnya mengambil bunga yang dibawa dari rumah kawannya. Hilmi juga berasa lega kerana Mak Minah tidak memberitahu mak ciknya tentang perlakuannya tadi. Ketika Hayati pulang dan hendak menghiburkan tetamunya iaitu pak cik dan mak ciknya, dia menyedari pianonya telah rosak. Apabila dia meletakkan jari-jarinya pada mata-mata piano dan membuat "intro"-nya dengan C minor, tiba-tiba pada mata yang mengeluarkan nada fa nadanya begitu melenting. Peristiwa itu telah menimbulkan kegemparan kecil. Datin Salmah mula mencari siapa yang mengganggu piano itu. Ketika dipanggil oleh Datin Salmah, Mak Minah terpaksa memberitahu yang Hilmi telah memainkan piano itu. Datin Salmah ingin mengambil kesempatan dari peristiwa itu untuk mengusir Hilmi. Atas kebijaksanaan Datuk Johari, Hilmi dimaafkan dan dipotong gajinya. Datin Salmah juga menyuruh Hilmi memujuk Hayati dan memohon maaf daripadanya. Sementara itu, Datin Salmah sekeluarga akan bercuti selama satu bulan. Mak Minah dan Pak Amat juga diberi cuti balik ke kampung. Hilmi diminta untuk menjaga rumah tersebut sepanjang peninggalan mereka. Hilmi amat kesunyian sepanjang ketiadaan mereka terutamanya rasa kehilangan terhadap Hayati kerana sebulan lamanya dia tidak akan mendengar lagu-lagu yang dimainkan oleh Hayati. Kehidupan Hilmi sepanjang waktu hanya bertemankan bunga-bunga dan tanamannya sahaja. Sinopsis Bab 5 Penunggu Hilmi tidak ikut menghantar Datuk Johari dan keluarganya berangkat ke luar negeri. Dia memuatkan barang-barang yang mahu dibawa ke dalam motokar. Datuk Johari
2

berpesan supaya menjaga rumah dengan baik. Datin Salmah pula tidak bercakap sepatah pun dengannya. Dia sibuk bercakap dengan orang lain. Sepeninggalan mereka, Hilmi mendapat simpati jiran Datuk Johari, iaitu Dr. Nathan. Mamat kawan baiknya iaitu drebar Dr. Nathan juga balik ke kampung. Hilmi sibuk mengemaskan rumah Datuk Johari. Hidupnya terasa bebas. Dia menjadi tuan rumah dan dia juga menjadi raja. Setelah selesai mengemas, Hilmi masuk ke bilik mak ciknya. Dia amat terkejut kerana bilik itu seperti sebuah syurga. Dari bilik mak ciknya, dia pergi pula ke bilik Hayati. Seolah-olah perasaannya amat dekat dengan Hayati. Dia amat merindui Hayati. Hilmi masuk pula ke bilik tamu. Di ruangan tamu, matanya tertumpu pada piano. Keinginannya untuk bermain piano begitu kuat dan meronta-ronta di dalam dirinya tetapi dia tidak berani menyentuhnya. Akhirnya dia menuju ke biliknya. Tibatiba Hilmi teringat kucing Siam kesayangan Hayati. Dia masuk ke dalam rumah mencari kucing itu. Dia membawa kucing itu ke dapur dan diberi makan ikan. Dalam pada itu, Mamat, drebar Dr. Nathan telah balik dari kampung dan membawa bersama isterinya Esah. Esah telah diperkenalkan oleh Mamat kepada Hilmi. Mamat mengajak Hilmi makan bersama-samanya. Esah juga telah bekerja sebagai tukang masak di rumah D. Nathan. Hilmi berasa kecewa. Dia mengharapkan bila Mamat balik dari Kelantan dia mahu mengajak Mamat tidur bersama-sama menemaninya. Mamat telah memperkenalkan Hilmi dengan Encik Bakar, seorang ketua sebuah quartet. Encik Bakar menyuruh Hilmi bermain organ dan Hilmi telah mendapat pujian daripada Encik Bakar. Encik Bakar mengajar Hilmi muzik secara percuma. Hilmi amat gembira mendengar kata-kata Encik Bakar kerana pada sangkaannya Encik Bakar akan mengenakan bayaran kepadanya. Justeru, Hilmi pada mulanya kurang senang kerana setiap kali dia pergi ke rumah Encik Bakar, dia akan meninggalkan rumah pak ciknya. Dia berasa bersalah kerana telah melanggar janji-janjinya pada pak ciknya. Walau bagaimanapun kerana minat yang amat mendalam terhadap muzik, Hilmi terpaksa melakukannya. Hilmi telah belajar dengan tekun dan Encik Bakar juga telah mengajarnya tentang not-not muzik. Sinopsis Bab 6 - Muzik Hilmi berasa bertuah kerana dapat belajar muzik dengan Encik Bakar. Sebaik sahaja pulang dari rumah Encik Bakar, Hilmi menjalankan tugas biasanya seperti menyiram pokok-pokok bunga. Hilmi juga mendapat sokongan dan galakan yang kuat daripada Mamat dan isterinya. Setelah kembali dari bilik Mamat kerana berbual-bual dengan mereka, Hilmi balik ke rumah. Hilmi terus ke sudut di mana terletaknya piano dan memainkannya. Tanpa disedari Datuk Johari dan keluarganya telah kembali dari luar negeri. Hayati terpesona melihat Hilmi bermain piano. Datin Salmah terpegun. Datuk Johari tegak tidak bergerak. Akhirnya dia menyedari seperti diperhatikan. Lantas terperanjat kerana tidak menyedari kepulangan pak ciknya sekeluarga. Hilmi bergegas membawa masuk beg-beg yang banyak dan terus kembali ke dalam biliknya. Hilmi dikejutkan dengan kedatangan Hayati yang membawa oleh-oleh untuknya yang berupa sebuah patung wanita dengan pakaian gaun kembang zaman kuno. Patung itu juga boleh mengeluarkan bunyi lagu Blue Danube. Hubungan mesra Hilmi dan Hayati tidak disenangi oleh Datin Salmah. Lebih-lebih lagi apabila Hayati membeli oleh-oleh kepada Hilmi. Sedangkan selama perjalanan mengelilingi England itu, tidak pernah sekalipun disebutnya nama Hilmi. Hayati Cuma menyebut nama Mohsin sahaja. Naluri keperempuanan Datin Salmah merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada Hayati.
3

Sinopsis Bab 7 Oleh-oleh Mohsin terperanjat apabila mendengar kepulangan Hayati dan kesal kerana dia tidak dapat menjemput Hayati di lapangan terbang. Sebelum ke pejabatnya Mohsin singgah dahulu ke rumah Hayati. Ketika Datin pergi memanggil Hayati dia terlihat Hayati sedang berdiri amat dekat dengan Hilmi memerhatikan sesuatu di pokok ros. Hayati tidak menghiraukan panggilan ibunya kerana asyik bercerita kepada Hilmi tentang perjalanan mereka di England, tentang konsert muzik yang disaksikannya di Vienna, tentang pemandangan yang indah di kebun tulip di negara Belanda. Hayati juga senang mendengar cerita Hilmi tentang bunga-bunganya. Apabila diberitahu tentang kedatangan Mohsin, Hayati tidak berminat untuk mengetahuinya. Hayati hanya mencecah dengan hujung jarinya sahaja apabila Mohsin menghulurkan tangannya. Hayati telah menghadiahkan neck tie ( tali leher ). Mohsin juga terasa ada sesuatu yang aneh pada gerak-geri Hayati tetapi dia tidak berapa pasti. Hayati selalunya gembira menyambut kedatangannya tetapi tidak sekarang ini. Sebaik sahaja Mohsin keluar dari rumah itu, Hayati terus masuk berkurung di dalam biliknya. Datin Salmah semakin gelisah dan hatinya mulai percaya bahawa perubahan perangai anaknya itu mesti ada sangkut paut dengan dukun. Mesti ada anasir-anasir jahat memainkan peranannya. Suaminya tidak mudah percaya dengan cerita karut serupa itu, lebih-lebih lagi apabila membabitkan anak penakannya sendiri. Datin Salmah memanggil Hayati untuk mendapat penjelasan daripadanya tetapi anaknya itu telah menjawab dengan kasar menyebabkan Datin Salmah memberi amaran dan Hayati tidak dibenarkan bercakap lagi dengan Hilmi. Datin Salmah juga sudah nekad untuk mencari jalan supaya Hilmi keluar dari rumahnya. Dalam pada itu, Mak Minah datang pada petang itu dari kampung setelah Datin Salmah menelefon kepadanya melalui Balai Polis Lenggeng. Dia membawa oleh-oleh dari kampung yang Hayati gemari. Hayati pula menghadiahkan Mak Minah jam tangan kecil buatan Swiss. Mak Minah amat gugup mendapat jam baru. Dia teringat setiap kali Hayati pulang dari tempat-tempat yang jauh setiap kali itu pula ada oleh-oleh untuknya. Sinopsis Bab 8 - Sengketa Hilmi ke rumah Encik Bakar. Kedatangannya itu disambut oleh Azizah, anak Encik Bakar. Sebaik sahaja Hilmi melangkah masuk, Azizah menutup pintu. Azizah cuba menggoda Hilmi. Mula-mula Hilmi agak kekok tetapi lama-kelamaan sudah tidak terasa apa-apa baginya duduk satu bangku dengan Azizah dan bersentuhan badan. Tiba-tiba Azizah tersentak apabila mengetahui yang Hilmi hanya tukang kebun bapa saudaranya sahaja. Pada sangkaannya Hilmi itu paling tidak seorang kerani kecil atau seorang guru. Hilmi kemudian terus meminta izin untuk pulang. Apabila menghampiri rumah bapa saudaranya, perasaan Hilmi gementar kerana terdapat tiga motokar asing di depan pekarangan rumah itu. Hilmi masuk dari pintu kecil di sebelah belakang. Mak Minah datang memberitahunya bahawa Datin Salmah heboh mencarinya. Ketika Hilmi sedang menyiram bunga-bunga yang terletak di bahagian anjung depan rumah itu, Datin Salmah datang dengan marah bertanyakan ke manakah dia pergi. Hilmi meminta maaf daripada mak ciknya dan berlalu pergi. Setelah selesai semuanya, Hilmi pun mandi dan terus masuk ke dalam biliknya. Dia teringatkan peristiwa yang berlaku antara dia dengan Azizah. Dalam pada itu, ketika Encik Bakar pulang, Azizah memberitahu kedatangan Hilmi.
4

Encik Bakar berpesan kepada Mamat supaya memberitahu Hilmi yang dia akan pergi ke rumah adik iparnya di Klang. Dia meminta Mamat menyampaikan pesan supaya Hilmi datang besok. Azizah juga cuba memberitahu bapanya tentang pekerjaan Hilmi sebagai tukang kebun tetapi bapanya tidak mengendahkan berita itu. Dia tahu Azizah kecewa kerana pada anggapannya Hilmi tidak setaraf dengannya. Azizah lulusan MCE dan sedang mencari kerja. Paling rendah pasangan yang ingin dicarinya ialah kerani. Bagi Encik Bakar untuk menjadi ahli muzik bukan perlu persekolahan tinggi. Ilmunya jika tidak diajarkan kepada orang, habislah reput dengan tulang-belulang di dalam kubur nanti. Azizah terdiam dan berasa kesal akan sikapnya itu terhadap Hilmi. Namun begitu, perkara lain berlaku di rumah Datuk Johari. Hilmi tidak mahu makan makanan yang dibawa oleh Mak Minah kerana kecewa apabila diberitahu bahawa mak ciknya tidak membenarkan Mak Minah memanggilnya makan. Mak Minah meletakkan makanan itu di atas meja kecil dan balik ke dapur mengambil tudung saji dan air minum. Hayati muncul bersama-sama Mak Minah untuk memujuk Hilmi makan. Hayati bangun dan duduk di sebelah Hilmi. Hilmi memandang Hayati dengan perasaan pilu. Dia bingung dengan sikap yang diperlihatkan oleh Hayati. Selama ini dia menyangka Hayati tidak pernah mempedulikannya, Hilmi akhirnya menyuruh Hayati keluar. Mak Minah cuba menenangkan Hilmi dan menasihatinya supaya jangan terlalu ambil hati terhadap sikap mak ciknya. Hilmi kemudiannya keluar untuk berjumpa Mamat dan meminta pertolongannya mencari tempat untuknya berpindah dari rumah Datuk Johari. Sinopsis Bab 9 Pertemuan Setelah dua hari Hilmi tiada di rumah barulah Datin Salmah menyedari bahawa kehadiran Hilmi selama ini mempunyai erti besar kerana adanya Hilmi di rumah itu, dia tidak perlu memikirkan sedikit pun tentang tanaman bunganya. Sami yang dihubungi oleh Datuk Johari tidak dapat datang bekerja, paling cepat akhir bulan. Dalam tempoh 12 hari itu, Datin Salmah mengerahkan Mak Minah, Pak Amat, dan Hayati sendiri untuk menolongnya menyiram bunga-bunga itu pada waktu petang. Hayati kini tidak mahu bercakap dengan ibunya sejak diketahui Hilmi telah pergi. Dia asyik berkurung di dalam bilik sahaja. Hayati kecewa kerana pada hari itu setelah pulang dari sekolah, dia mahu memberikan Hilmi tiket untuk menonton permainan piano seorang pianist dunia yang terkemuka yang akan diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka. Hayati amat kecewa apabila diberitahu oleh Mak Minah bahawa Hilmi telah pulang ke kampung. Tetapi Hayati tahu itu merupakan helah ibunya yang sememangnya tidak suka Hilmi tinggal di situ. Datin Salmah kemudian memujuk Hayati dan menyatakan bahawa Hilmi akan datang lagi selepas itu. Datin Salmah juga mulai risau tentang perubahan yang berlaku pada Hayati. Matanya sudah mulai cengkung, makannya sudah tidak banyak lagi. Dia bercadang untuk menyatukan Hayati dan Mohsin seberapa segera. Hayati boleh melanjutkan pelajarannya di England dan Mohsin pula boleh menyambung pelajaran tetapi Hayati menolak. Apabila ditanya oleh Mohsin tentang perubahan Hayati mereka membuat alasan keadaan Hayati yang murung dan susut tubuhnya itu kerana teringatkan Mohsin. Dalam pada itu, Mamat menghantar Hilmi ke tempat bas. Hilmi amat gelisah. Bapanya sebenarnya tidak sakit. Surat yang diperlihatkan kepada pak ciknya itu ialah surat yang ditulis oleh Mamat. Dia amat risaukan Hayati. Hilmi teragak-agak mahu naik atau tidak. Akhirnya dia ikut naik. Waktu bas itu meninggalkan Tanjung Malim setelah berhenti rehat selama 30 minit, salah satu kerusi bas itu telah kosong. Hilmi tidak
5

dapat menahan tekanan perasaannya. Dengan sebuah teksi dia pulang semula ke Kuala Lumpur. Hilmi terus berjalan mencari kerja. Dia menuju ke kios tempat jualan minyak. Dia tahu sekurang-kurangnya dia dapat menjadi pekerja sementara dengan gaji harian sebanyak dua ringgit setengah. Hilmi juga diberikan sebuah kanvas dan dibenarkan tidur bersama-sama dengan seorang penjaga malam. Hilmi bekerja dengan rajin dan berdoa supaya pak cik atau mak ciknya jangan datang mengisi minyak di situ. Walau bagaimanapun, Hilmi telah terserempak dengan Mohsin. Mohsin telah menghasut tauke kedai minyak itu supaya membuang Hilmi tetapi tauke itu tidak mempedulikannya. Minggu pertama di bulan kedua bekerja di situ, Hilmi bertekad berjumpa semula dengan Encik Bakar. Dalam perjalanannya dia telah bertemu Pak Amat di kedai kopi. Kesempatan itu digunakan oleh Hilmi untuk bertanya khabar tentang Hayati. Dia amat sedih kerana Hayati kini sudah banyak berubah perangai dan dia tidak segembira dan senang dahulu lagi. Sesampai Hilmi di rumah Encik Bakar, rumah itu seperti tiada penghuni. Tingkap dan pintunya tertutup rapat. Ketika di mahu berpatah balik, tiba-tiba sebuah jendelanya terbuka dan Azizah telah muncul dan terkejut dengan kehadiran Hilmi. Kedatangannya itu disambut dengan Hilmi. Hilmi menceritakan kisahnya kepada Encik Bakar dan hasratnya ingin menyambung belajar muzik dengannya. Encik Bakar tidak keberatan. Hilmi meminta izin pulang awal kerana telah berjanji dengan Ah Kong akan kembali sebelum pukul 7.00 malam untuk menggantikannya bekerja. Hilmi diajar oleh Encik Bakar peringkat demi peringkat. Dia tidak sahaja belajar berbagai-bagai alat muzik tetapi juga diajar untuk mengenal lebih dekat tiap-tiap jenis alat itu. Hilmi sering diingatkan oleh Encik Bakar bahawa dia akan berjaya kerana mempunyai bakat. Hubungan Azizah dengan Hilmi juga semakin rapat. Setiap kali dia ke rumah Encik Bakar, Azizah selalu menyambutnya dengan mesra. Hilmi juga sudah mula kenal dengan not kerana menurut Encik Bakar untuk menjadi pemain muzik yang baik seseorang itu mesti tahu membaca not. Selain itu Hilmi telah belajar bermain trompet, seksofon, klarinet, dan biola. Sinopsis Bab 10 - Bebas Sejak Hilmi meninggalkan rumah pak ciknya, pokok-pokok bunga di taman Jepunnya yang dulunya menjadi kebanggaan kepada Datin Salmah dan Datuk Johari telah mulai musnah sedikit demi sedikit. Hayati pula seolah-olah ikut meratapi kehancuran taman bunga itu. Keadaan itu menyebabkan atin Salmah mendesak suaminya menulis surat ke kampung bertanyakan Hilmi, kalau benar Hilmi menggunakan sesuatu kuasa ghaib ke atas Hayati tetapi Datuk Johari menolak. Dia tahu isterinya itu telah terpengaruh dengan cakap-cakap morning coffee. Datin Salmah serba salah dengan keadaan Hayati. Hayati bukan lagi anak kecil yang dapat dipujuk dengan hadiah atau janji apabila dia menangis. Hayati sekarang sudah menjadi gadis remaja malah sudah bertunang. Ketika masuk ke bilik Hayati, dia terkejut kerana terjumpa buku agama dan lebih memeranjatkan lagi ialah sejadah dan telekung yang terlipat dengan baik di sudut biliknya. Anaknya itu sudah mula sembahyang. Dia keluar dari bilik itu dan menelefon suaminya. Perasaan ngeri mulai menguasai dirinya apabila dia mengetahui anaknya sembahyang setiap waktu sementara dia dan suaminya tidak sembahyang. Dia mula menyiasat dengan siapakah Hayati berkawan. Ketika suaminya pulang makan tengah hari dia terburu-buru menunjukkan buku-buku agama di bilik Hayati, tikar, dan telekung. Hayati menyambut kepulangan Mohsin di lapangan terbang. Mohsin turut hairan
6

melihat perubahan diri Hayati. Mohsin mengumumkan berita gembira iaitu dia hanya pulang sebentar sahaja dan akan berangkat lagi ke London kerana telah dilantik menjadi penolong pengurus di cawangan banknya yang baru sahaja dibuka di kota metropolitan Inggeris itu. Datin Salmah mencadangkan supaya perkahwinan antara Hayati dan Mohsin disegerakan. Cadangan itu tidak dibantah oleh Hayati, malah Hayati kelihatan terlalu gembira. Berita perkahwinan Hayati dan Mohsin tersiar dalam semua surat khabar Melayu dan Inggeris. Hilmi terpegun ketika Azizah menunjukkan kepadanya berita perkahwinan itu. Hilmi memohon untuk beredar dan tidak ada mood untuk belajar muzik pada hari itu. Mamat pula datang ke biliknya membawa berita bahawa Hayati dan Mohsin akan berangkat ke England sebaik sahaja mereka pulang dan berbulan madu di Cameron Highland. Seminggu lamanya Hilmi berkurung di rumah. Habis kerja dia terus balik ke biliknya dan tidak keluar-keluar lagi. Penghuni di sebelah menyebelah biliknya itu hanya sering mendengar gesekan biola ataupun petikan gitar. Hari kelapan Hilmi pergi semula ke rumah Encik Bakar dengan memperlihatkan sebuah lagu yang telah dikarangkannya. Encik Bakar mencuba lagu itu di piano sambil dipindanya sedikitsedikit. Hilmi memberi judul lagu itu Sebuah Intermeso. Hilmi berasa gembira kerana dia telah mengetahui bahawa dia mempunyai bakat bukan sahaja sebagai pemain muzik, tetapi juga sebagai penggubah lagu. Sinopsis Bab 11 Intermeso Hilmi telah berhenti dari kios minyak petrol kerana akan menjadi anggota salah sebuah quartet yang terkenal di ibu kota. Encik Bakar telah mengambil Hilmi bermain di dalam quartetnya sebagai menggantikan tempat pemain biolanya yang kebetulan telah berpindah ke Pulau Pinang. Pertama kali berlatih Hilmi berasa gugup. Dia berasa mahu menarik diri sahaja daripada quartet tersebut tetapi atas dorongan Encik Bakar semangatnya pulih kembali. Hilmi memainkan lagu gubahannya Sebuah Intermeso. Seluruh hadirin terpesona dan terpegun. Hilmi telah diinterview ( ditemu ramah ) oleh pemberita hiburan dari sebuah surat khabar Inggeris yang terkemuka. Hasil interview itu telah disiarkan di dalam ruangan hiburan akbarnya pada hari yang berikutnya. Datuk Johari juga terpegun ketika melihat gambar Hilmi terpampang di ruangan hiburan surat khabar bertajuk Penemuan Baru Abad ini Pemain Biola Hikmat Malaysia. Hayati tidur di rumah mak ciknya bersama Maimun. Maimun hairan dengan perubahan Hayati yang sudah sembahyang. Perbualan mereka berdua berkisar kepada Hilmi. Maimun tidak menyangka tukang kebun Hayati ada bakat muzik. Hati Hayati bergelodak kerana dia ingin menceritakan perkara sebenar bahawa Hilmi bukan tukang kebun. Daripada akhbar itu Hayati mendapat tahu Hilmi masih berada di Kuala Lumpur dan telah menjadi seorang pemain muzik dalam quartet tetap di Hotel Titiwangsa. Cuma Hayati kesal kerana Mamat sering berdalih apabila ditanya tentang Hilmi. Pada malam kedua, Encik Bakar mendesak Hilmi memainkan lagunya Sebuah Intermeso tanpa nyanyian. Seluruh hadirin terpesona. K isah Hilmi mendapat perhatian Setiausaha Persatuan Pemain-pemain Muzik Nasional. Encik Bakar telah melanggar peraturan perlembagaan persatuannya. Semua pemain muzik di hotel dan kelab-kelab malam hendaklah terdiri daripada anggota-anggota persatuan itu yang sah. Encik Bakar telah menerima surat daripada Setiausaha Persatuan Pemain-pemain Muzik Nasional. Encik Bakar menganggap itulah masa yang paling malang sekali dalam
7

hidupnya. Dia bukan tidak sedar tentang hal ini, tetapi keadaan terdesak. Pemain biolanya tiba-tiba berhenti. Encik Bakar mengumpul semua ahli kumpulannya kecuali Hilmi untuk berbincang. Akhirnya mereka sebulat suara menyokong kemasukan Hilmi dalam kumpulan mereka. Hilmi kemudian diberitahu tentang krisis yang terjadi dan tentang keputusan mesyuarat itu. Walaupun keputusan itu dicapai sebulat suara, tetapi meninggalkan kesan yang parah dalam hati Hilmi. Dia berasa kesal kerana menjadi sebab Encik Bakar diancam oleh persatuannya. Walau bagaimanapun pada malam itu mereka bermain seperti biasa. Seminggu sesudah itu, Encik Bakar telah dipanggil oleh Jawatankuasa Persatuan Pemain-pemain Muzik Nasional untuk menghadapi tuduhan melanggar tatatertib persatuan dan melanggar arahan setiausaha. Tiga jam lamanya ahli jawatankuasa persatuan itu membuat persidangan tertutup. Encik Bakar disuruh menunggu di luar bilik persidangan. Keputusan mesyuarat akhirnya memaafkan Encik Bakar kerana mengenangkan jasa-jasanya terhadap persatuan tersebut dan menerima keahlian Hilmi. Sinopsis Bab 12 - Krisis Hilmi gelisah kerana Encik Bakar belum pulang dan Persatuan Pemain-pemain Muzik Nasional dan dia tidak dibenarkan hadir sama dalam mesyuarat tersebut. Keyakinan Hilmi pulih setelah ibu Azizah menasihatinya supaya bertenang kerana dia percaya suaminya tidak akan diapa-apakan. Encik Bakar seorang yang jujur dan dia tidak akan dipecat. Kepulangan Azizah membawa berita tentang Hayati mendapat biasiswa dari British Council untuk belajar muzik di Conservatory of Music selama dua tahun dan akan berangkat esoknya. Hilmi tergesa-gesa pulang. Semasa Hilmi keluar, Encik Bakar pun sampai bersama-sama dengan Rahmat dan Harry Lam. Melihat Hilmi tidak ada di situ, Rahmat dan Harry Lam pun meminta diri pulang ke rumah. Pada malam itu, ada dua penerbangan ke London. Satu kapal terbang British Airways dan satu lagi Qantas yang datang dari Sydney. Sekiranya Hilmi pergi ke lapangan terbang pada waktu itu bererti dia tidak dapat ikut bermain dalam orkestra Encik Bakar. Fikirannya terlalu runsing. Akhirnya dia pulang ke bilik. Di pintu biliknya ada sekeping surat yang ditinggalkan oleh Mamat menyatakan dia barangkali akan datang pada pukul tujuh malam dan ingin membawa Hilmi berjumpa Hayati. Di dalam pertemuan itu Hayati menyatakan bahawa dia amat mencintai Hilmi tetapi dia tidak mahu membantah kata orang tuanya dan terpaksa berkahwin dengan Mohsin. Mohsin juga tahu akan pertemuannya dengan Hilmi. Hayati juga menyatakan bahawa lagu Sebuah Intermeso itu menjadi ubat yang paling mujarab bila hatinya luka. Kaset lagu itu dibawanya di dalam beg ke mana sahaja dia pergi. Hayati juga meminta Hilmi memaafkan ibu dan bapanya kerana tindakan dan kelakuan mereka terhadapnya dahulu. Encik Bakar pula gelisah kerana Hilmi belum muncul-muncul. Setelah kemunculan Hilmi, Encik Bakar memberikan resit sebagai bukti dia telah menjadi pemain muzik profesional yang sah. Pada malam itu, permainan yang luar biasa telah diperlihatkan oleh Hilmi. Ketika jam berdeting pukul 12.40 malam jantungnya ikut berdetak kuat kerana pada saat itu pesawat yang dinaiki oleh Hayati terbang meninggalkannya. Pada malam perpisahan itu Hilmi telah berjaya menggubah sebuah lagu yang lahir dari perpisahan dengan Hayati dan diberi judul Perpisahan. Encik Bakar juga telah memberikan petua-petua bagaimana cara menggubah lagu yang baik dan menasihati
8

Hilmi supaya mengarang beberapa buah lagu lagi dan lagu-lagunya itu disimpan dahulu. Apabila telah banyak dan sudah cukup barulah dirakamkan menjadi rekod. Pengaruh gitar rancak dan Barat telah mulai melanda ke negara ini. Hilmi telah mendapat keizinan Encik Bakar untuk menubuhkan kugiran yang diberi nama Kugiran Dahlia ringkasan nama Daniel, Azizah, Hilmi, Tony Lim, Dan Arasu. Kugiran Dahlia dengan cepat mendapat popularitinya. Hilmi banyak menggubah lagu untuk dinyanyikan oleh Azizah dan nama Azizah mulai terkenal. Perhubungan mereka semakin erat. Apabila gelombang kugiran mulai merosot, Hilmi kembali bergiat dalam orkestra yang bermain di kelab-kelab malam. Walaupun rekod dan kaset yang mengandungi lagu-lagu gubahannya sudah banyak terjual tetapi sebagai penggubah lagu dia tidak pernah mendapat hasil yang lumayan malah berdepan pula dengan masalah cetak rompak. Setelah setahun lebih bergaul rapat, dia dan Azizah diijabkabulkan sebagai suami isteri. Pada mulanya kehidupan mereka sebagai suami isteri amat harmoni tetapi kirakira setahun setelah anak lelaki mereka yang pertama lahir, Azizah mulai berubah dan Hilmi juga ikut berubah. Rumah tangga mereka mula goyah. Kepedihan yang dirasai dari penghidupan itu menyebabkan Hilmi banyak berfikir dan telah mendatangkan ilham untuknya menggubah lagu. Sebahagian besar lagu-lagu yang digubahnya tidak ditunjukkan kepada orang lain, walaupun kepada Encik Bakar. Sinopsis Bab 13 Perpecahan Keretakan yang terjadi dalam rumah tangga Hilmi telah tidak dapat diselamatkan lagi. Encik Bakar dan isterinya, walaupun pada mulanya tidak mahu campur tangan kerana itu urusan rumah tangga mereka terpaksa memanggil kedua-duanya kerana keadaan semakin buruk. Tetapi pertemuan itu tidak membawa apa-apa hasil. Persengketaan antara mereka tidak boleh diatasi malah Azizah mengajar anaknya memanggil Hilmi dengan panggilan bapa jahat. Azizah cemburu kerana pada anggapannya beberapa buah lagu yang telah digubah khas oleh Hilmi adalah untuk Hayati. Sedangkan dia tidak mengetahui Hilmi juga pernah menggubah lagu tentang cinta dan sayangnya kepada isteri dan anaknya dalam lagu Balada Kasih.Lagu itu ialah curahan isi hatinya yang jujur. Kini hidupnya terasa kesunyian yang amat sangat. Dia sering menyembunyikan kesedihannya daripada kawan-kawannya. Dia terus menghiburkan orang-orang yang datang mencari hiburan di tempatnya bermain muzik. Dia juga tetap menggubah lagu. Sekali sekala dia teringatkan Hayati. Tragedi yang menimpanya menyebabkan dia mencipta sebuah lagu yang diberi tajuk Cinta dan Tangis. Lagu Cinta dan Tangis menjadi inspirasi kepadanya untuk menggubah lagu -lagu lain dan menulis sendiri sari katanya. Dia mulai terasa bahawa menggubah lagu-lagu itu sebagai satu misi yang telah ditugaskan oleh Tuhan kepadanya biarpun terpaksa bekerja keras siang dan malam tetapi hatinya senang dan tenteram. Harapan untuk kembali dengan Azizah telah pudar. Walau bagaimanapun dia belum berniat untuk menceraikan Azizah kerana Azizah sendiri tidak pernah memintanya. Setiap malam sebaik sahaja pulang dari tempatnya bekerja, Hilmi akan duduk di hadapan pianonya menggubah lagu-lagu baru. Kalau ilhamnya tidak ada dia akan memainkan rekod. Lagu-lagu yang telah digubahnya kini berjumlah ratusan buah. Orkes Hilmi telah mendapat undangan untuk bermain dalam pertunjukan Hari Keputeraan Sultan Kelantan di Kelantan. Hilmi mendapat sambutan yang luar biasa. Peminat-peminatnya telah menyerbunya. Kira-kira jam empat pagi, Hilmi dikejutkan dengan panggilan telefon dari Rahmat tentang kematian Encik Bakar. Hilmi menaiki
9

kapal terbang MAS pulang ke Kuala Lumpur. Dalam penerbangan tersebut dia telah selesai menyiapkan sebuah lagu yang diberi nama Seniman yang dicipta khas untuk Encik Bakar iaitu guru, kawan, dan bapa mertuanya. Tiga tahun berturut-turut Hilmi muncul sebagai pemenang dalam pesta muzik tahunan yang dianjurkan oleh RTM. Hilmi telah diberi penghormatan untuk memimpin satu pertunjukan Orkes Perdana yang dianjurkan oleh RTM. Pertunjukan itu sama tarafnya dengan Royal Performance ( persembahan di-Raja ) yang diadakan di England. Hilmi diminta untuk membuat arrangement (penyusunan) semua lagunya dan diberi nama Hilmi Potpouri. Publisiti (berita) tentang pertunjukan itu tersebar luas. Bukan sahaja melalui RTM, tetapi juga melalui media massa di seluruh negara. Datin Salmah juga telah mendesak Datuk Johari mencari kad jemputan pertunjukan Orkes Perdana itu kerana saudaranya iaitu Datin Mastura (kakak), dan Datuk Roslan (abang ipar), Datin Maniam (kakak), dan seluruh geng morning coffee telah bercadang untuk menontonnya. Sinopsis Bab 14 Seniman Dewan Tunku Canselor telah penuh sesak. Keadaan kalut mulai terasa apabila Hilmi belum kelihatan. Ketua Pengarah RTM mengarahkan Amat, seorang pengawal RTM pergi menjemput Hilmi tetapi Hilmi tidak ada di rumahnya. Ketua Pengarah itu tidak puas hati lalu mengajak Amat sekali lagi bersama-samanya pergi ke rumah Hilmi Dan akhirnya mereka mendapat tahu daripada seorang pemuda Cina bahawa Hilmi sakit dan dimasukkan ke hospital. Ketua Pengarah berkejar ke hospital dan dia mendapati keadaan Hilmi dalam bahaya dan telah dibawa ke unit rawatan rapi ( ICU ). Doktor juga telah memberitahu bahawa nyawa Hilmi terancam dan dia tidak mungkin dapat memimpin Orkes Perdana. Ketua Pengarah telah mengarahkan Borhan supaya mencari pengganti Hilmi dan kembali ke universiti. Kebimbangannya itu dikongsi bersama oleh Timbalan Menteri dan Ketua Setiausaha. Tiba-tiba muncul Hayati, wanita yang ingin menonton pertunjukan tersebut. Keadaan menjadi semakin kelam kabut. Berbagaibagai spekulasi telah dibuat kerana ketiadaan Hilmi itu. Hayati mendapat tahu tentang kesakitan yang dialami oleh Hilmi dan berminat untuk membantu Hilmi memimpin pertunjukan tersebut. Setelah menunjukkan bukti kelulusan dan pengalamannya serta hubungan rapat dengan Hilmi, akhirnya ketua pengarah membenarkan Hayati memimpin Orkes Perdana tersebut. Datuk Johari dan Datin Salmah menyesali perbuatan mereka terhadap Hilmi, lebihlebih lagi apabila mendengar puji-pujian yang diberikan kepada Hilmi oleh penonton. Mereka juga menyedari yang memimpin pertunjukan orkes itu ialah Hayati. Baginda Yang di-Pertuan Agong diiringi oleh Perdana Menteri amat terhibur dengan persembahan itu dan dukacita di atas kemalangan yang menimpa Hilmi. Setelah pertunjukan selesai Hayati bergegas ke hospital, begitu juga Datuk Johari dan Datin Salmah apabila mengetahui perkhabaran tersebut. Di hospital, Datuk Johari telah bertemu dengan abang sepupunya iaitu bapa Hilmi yang baru sampai dari kampung. Suasana menjadi bertambah pilu dengan kehadiran Azizah, ibunya serta Hakim, anak Hilmi. Abang sepupunya itu kemudian menceritakan kepada Datuk Johari dan Datin Salmah bahawa Hilmi selalu memuji kebaikan pak cik dan mak ciknya itu. Akhirnya abang sepupunya iaitu Karim akhirnya membongkar rahsia bahawa Hilmi sebenarnya anak kandung Datuk Johari. Dia sengaja menyimpan rahsia itu kerana tidak mahu merosakkan rumah tangga mereka. Datuk Johari dan Datin Salmah amat menyesal dan
10

akan menebus dosa mereka sekiranya Hilmi pulih. Setelah doktor yang merawat Hilmi membenarkan mereka melawat Hilmi, mereka pulang ke rumah Datuk Johari. Karim bersyukur kerana Allah memanjangkan usianya dan dapat membuka rahsia yang terpendam di hati selama ini. Sesampai sahaja di pekarangan rumah, mereka dikejutkan dengan panggilan telefon dari hospital. Datuk Johari telah menerima khabar tentang kematian Hilmi dan pada saat yang sama Datuk Johari jatuh terjelepok di atas lantai dan pergi buat selama-lamanya.

11

TEMA
Tema untuk novel Konserto Terakhir ialah perjuangan hidup seorang anak muda yang berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan dan akhirnya berjaya menjadi seorang seniman besar negara. Dalam meniti kejayaan itu, dia telah menghadapi berbagai dugaan hidup hingga ke akhir hayat. Helmi yang berasal dari kampung telah datang ke rumah bapa saudaranya untuk mencari pekerjaan. Semasa tinggal di rumah bapa saudaranya Datuk Johari, dia hanya menjadi tukang kebun dan telah menerima penghinaan daripada Datin Salmah. Penghinaan ini berlaku disebabkan beliau hanya seorang pemuda kampung dan berpendidikan rendah. Selain daripada itu dia juga dihalang daripada berhubung dengan Hayati sehingga akhirnya dia terpaksa keluar dari rumah itu. Walau bagaimanapun dia gigih mempelajari muzik daripada Encik Bakar. Hasilnya, dia berjaya menjadi seorang pemuzik yang terkenal. Dia gigih mencipta lagu pelbagai lagu sehingga lagu yang diciptanya terkenal di seluruh tanah air. Pada masa ini juga dia menghadapi masalah rumah tangganya dengan isterinya Azizah disebabkan sikap Azizah yang mementingkan kekayaan. Dia berasa amat kecewa dan tertekan walaupun dia mendapat pujian daripada peminat seni. Keadaan ini terterusan sehinggalah dia meninggal dunia.

PERSOALAN
Antara persoalan yang diselitkan oleh penulis dalam novel ini ialah persoalan kegigihan dalam berusaha untuk mengubah kehidupan dan masa depan. Persoalan ini dapat diperhatikan melalui watak utama iaitu Hilmi. Walaupun sering mendapat penghinaan khususnya daripada Datin Salmah, Hilmi dengan dorongan daripada Pak Amat dan Encik Bakar. Dia berusaha gigih dan akhirnya berjaya mencapai cita citanya iaitu menjadi seorang pemuzik yang terkenal.

Penulis juga mengungkapkan persoalan cinta dan kasih sayang sesama manusia. Pembaca mendapat gambaran peroslan ini melalui perhubungan atrana Helmi dengan Hayati dan hubungan antara Hilmi dan Azizah. Cinta dan kasih sayang dilihat pada awalnya lebih kepada simpati. Kasih sayang Hayati kepada Helmi bermula daripada perasaan simpati. Setelah berkahwin dengan Kohsin, hayati tetap cinta kepada Helmi. Pengarang juga menyentuh tentang persoalan pegangan agama dalam masyarakat bandar. Keluarga Datuk Johari tidak solat. Namun sejak kehadiran Helmi, sikap Hayati telah berubah. Dia telah mula solat dan dapat mengembalikan ketenangan hidupnya.
12

Hayati ialah seorang gadis yang penuh dengan kebebasan tetapi telah berubah dan berasa tenang setelah mula mendekati agama melalui ibadah solat dan mendalaminya melalui buku buku agama. Persoalan sikap segolongan masyarakat yang terlalu mementingkan pangkat dan darjat juga dapat diperhatikan oleh pembaca melalui novel ini. Contohnya Datin Salmah menghina Hilmi kerana menganggap Hilmi hanya seorang pemuda kampung dan tidak berpendidikan tinggi. Demikian juga dengan Azizah yang berasa tawar hati setelah mengetahui bahawa Helmi seorang tukang kebun di rumah Datuk Johari. Berdasarkan hubungan antara Datuk Johari dengan Helmi, penulis ingin mengungkapkan persoalan perpecahan keluarga sehingga membawa kepada penyesalan yang tidak berkesudahan. Helmi sebenarnya anak kandung Datuk Johari. Datuk Johari dan Datin Salmah amat menyesal dengan perbuatannya terhadap Helmi sebelum itu sehingga Helmi menderita setelah mengetahui perkara itu. Namun dia tidak sempat menebus kesalahannya kerana Helmi telah meninggal dunia. Selain daripada itu, novel ini juga memaparkan persoalan gayahidup segolongan masyarakat bandar yang bersifat kebaratan. Contohnya dapat diperhatikan melalui keluarga Datuk Johari sendiri. Datin Salmah sering menghadiri morning coffee bersama kawan-kawannya. Manakala di rumah Datuk Johari juga terdapat sebuah mini bar. Datin Salmah juga merancang agar Hayati melanjutkan pelajaran di London. Sikap Datin Salmah juga mencerminkan persoalan kepercayaan karut dan khurafat yang masih terdapat dalam kalangan masyarakat hari ini terutamanya masyarakat bandar. Contohnya Datin Salmah percaya bahawa Hilmi menggunakan ubat guna-guna terhadap Hayati apabila mendapati Hayati semakin rapat dengan Helmi. Datin Salmah juga menuduh Helmi berbuat demikian apabila melihat Hayati berubah sikap dan mula bersembahyang.

WATAK DAN PERWATAKAN

A) HELMI

Helmi merupakan seorang pemuda yang berasal dari kampung di negeri Kedah. Dia mempunyai taraf pendidikan yang rendah iaitu hanya berkelulusan darjah empat sekolah rendah. Tinggal di rumah Datuk Johari setelah berhijrah ke Kuala Lumpur. Suami kepada Azizah dan kawan baik kepada Mamat. Dia jga sebenarnya anak kandung kepada Datuk Johari. Dia berjaya menjadi seorang pemuzik yang terkenal. Dari segi perwatakan, Helmi digambarkan sebagai seorang yangrajin. Hilmi rajin 13

mengusahakan taman di rumah Datuk Johari sehingga taman itu menjadi cantik serta mendapat pujian daripada rakan-rakan Datin Salmah. Dia juga rajin mengusahakan kebun di rumah itu sehingga sayur-sayurannya berbuah lebat. Datin Salmah dapat bahagikan sayur itu kepada rakan-rakannya. Hilmi juga seorang yang gigih dan tabah. Hilmi gigih menghadapi cabaran hidup dalam usahanya untuk berjaya. Dia tabah menghadapi penghinaan daripada Datin Salmah yang tidak menyukainya. Kegigihan Hilmi juga dapat dilihat melalui usahanya yang bersungguh-sungguh untuk mempelajari muzik daripada Encik Bakar sehingga berjaya menjadi seorang pemuzik terkenal. Sesuai dengan sifatnya yang gigih, dia juga digambarkan seorang yang bercita-cita tinggi. Bermula daripada minat terhadap alat muzik iaitu piano, Helmi telah memasang cita-cita untuk menjadi seorang pemuzik yang berjaya. Hasil daripada dorongan dan galakan daripada Encik Bakar, Hilmi berusaha mengejar impiannya dan akhirnya dia berjaya dalam bidang muzik. Selain daripada itu, penulis menggambarkan Hilmi sebagai seorang yang kuat pegangan agama. Hilmi tidak pernah meninggalkan sembahyang lima waktu walau di mana sekalipun dia berada. Sifat ini telah mempengaruhi Hayati sehingga membuatkan Hayati berubah sikap dan mula bersembahyang. Hilmi amat berkebolehan dan kreatif dalam bidang muzik. Dia dapat memainkan piano dan mengenal kod piano walaupun hanya dengan mendengar Hayati memetik pianonya. Selain daripada itu, dia juga boleh bermain banyak alat muzik dan mencipta banyak lagu sendiri termasuk lagu yang dimainkan semasa persembahannya.

B) HAYATI

Hayati merupakan anak perempuan tunggal kepada Datuk Johari dan Datin Salmah. Sebenarnya dia juga merupakan adik kepada Hilmi. Telah berkahwin dengan Mohsin atas kehendak Datin Salmah. Dari segi perwatakan, Hayati digambarkan sebagai seorang yangpenyayang. Hayati amat menyayangi Hilmi selepas berasa simpati terhadap nasib Hilmi. Beliau juga amat sedih apabila Hilmi keluar dari rumah Datuk Johari sehingga menyebabkan beliau berubah sikap. Perubahan sikapnya membuatkan Datin Salmah menjadi resah. Selain daripada itu, hayati juga digambarkan oleh pengarang sebagai seorang yang patuh kepada arahan ibunya. Hayati sanggup berkahwin dengan Mohsin walaupun beliau tidak
14

mencintai Mohsin demi menjaga hati ibunya, Datin Salmah. Hal ini dijelaskannya kepada Hilmi semasa mereka bertemu sebelum berangkat ke London. Hayati juga telah berubah daripada hidup kebaratan kepada hidup berasaskan agama. Sebelum bertemu Hilmi, Hayati seorang yang periang dan lincah serta hidup seperti remaja lain. Apabila Hilmi keluar dari rumah Datuk Johari, beliau berubah menjadi seorang yang mula mendekatkan diri kepada Tuhan dan mula bersembahyang.

C) DATIN SALMAH

Datin Salmah ialah ibu saudara kepada Hilmi. Dia juga merupakan isteri Datuk Johari dan ibu kepada Hayati. Dari segi perwatakan, Datin Salmah digambarkan sebagai seorang yang sombong dan mementingkan darjat. Datin Salmah tidak dapat menerima Hilmi kerana Hilmi berasal dari kampung serta berpelajaran hanya setakat darjah empat di sekolah rendah. Beliau sering menghina Hilmi dan kerap mencari jalan agar Hilmi dapat keluar dari rumahnya. Dia juga menghalang Hayati daripada merapati Hilmi. Datin Salmah juga digambarkan oleh pengarang sebagai seorang yang mengamalkan budaya hidup secara kebaratan. Dia digambarkan selalu bertemu rakan yang setaraf di Morning Coffee. Rakan-rakannya juga mengamalkan gaya hidup yang sama. Ekoran daripada budaya hidup seumpama itu, dia menjadi seorang yang tidak beriman. Dia tidak mengerjakan solat. Malah dia terkejut dengan Hayati yang telah mula bersembahyang. Pengarang juga menggambarkan Datin Salmah sebagai seorang yang percaya kepada kepercayaan tahyul. Contohnya dia mempercayai bahawa Hilmi menggunakan ubat gunaguna kepada Hayati apabila Hayati semakin mesra dengan Hilmi dan telah berubah daripada sikap asalnya serta mula bersembahyang. Dalam hubungannya dengan Hayati, Datin Salmah digambarkan sebagai seorang yang suka mengongkong. Contohnya Datin Salmah ingin menentukan kehidupan anaknya Hayati. Dia mahu Hayati belajar di London. Dia juga mahukan Hayati berkahwin dengan Mohsin sedangkan Hayati tidak mencintai Mohsin.

D) DATUK JOHARI

Datuk Johari merupakan bapa kepada Hayati dan suami kepada Datin Salmah. Merupakan kakitangan kerajaan berjawatan tinggi. Beliau juga merupakan bapa saudara kepada Hilmi. Dia sebenarnya adalah bapa kandung Hilmi. Dari segi perwatakan, Datuk Johari digambarkan sebagai seorang yang baik hati. Datuk Johari sanggup membenarkan Hilmi tinggal di rumahnya. Pada masa yang sama, beliau turut member pekerjaan kepada Hilmi
15

sebagai

tukang

kebun

di

rumahnya.

Selain daripada itu, dia juga seorang yang bijaksana. Dia dapat mengelakkan Hilmi daripada dihalau dari rumah keluar dari rumahnya oleh Datin Salmah setelah merosakkan piano. Datuk Johari mencadangkan supaya Hilmi dipotong gaji sahaja. Datuk Johari juga seorang yang tiada pegangan agama. Dia hidup seperti masyarakat barat. Sikap ini dapat diperhatikan oleh pembaca kerana di rumahnya terdapat sebuah mini bar. Beliau seorang peminum minuman keras. Dia juga sudah terlalu lama meninggalkan sembahyang lima waktu. Penulis juga menggambarkan Datuk Johari sebagai seorang yangtidak bertanggungjawab. Dia meninggalkan isteri pertama sebaik dikahwininya iaitu ibu Hilmi. Beliau juga tidak pernah mengetahui bahawa Hilmi ialah anaknya sehingga diberitahu oleh pak karim. Datuk Johari telah melupakan tanggungjawabnya sebagai suami dan bapa.

PLOT
Secara umumnya plot novel Konserto Terakhir merupakan plot yang mudah kerana ia mengikut kronologi. Setiap peristiwa bergerk mengikut urutan masa dari bab ke bab. Perkembangan perintiwa itu memudahkan pembaca mengesan perkembangan plot bermula dari peringkat permulaan hinggalah peringkat peleraian.Peringkat permulaan plot novel ini bermula pada bab pertama. Pengarang memperkenalkan watak utama dalam novel iaitu Hilmi yang telah datang ke rumah Datuk Johari untuk menari kerja diKuala Lumpur. Datin Salmah dan Hayati tidak senang hati dengan kedatangan Hilmi ke rumah mereka. Namun Datuk Johari terpaksa menerimanya kerana Hilmi anak saudaranya. Datuk Johari sukar mendapatkan pekerjaan untuk Hilmi. Akhirnya Datuk Johari menjadikan Hilmi sebagai tukang kebun di rumah mereka. Plot bergerak ke peringkat perumitan dan perkembangan apabila terdapat konflik antara Hilmi dengan Datin Salmah. Hilmi telah menyentuh dan bermain piano itu menyebabkan piano itu rosak secara tidak sengaja. Hilmi dimarahi oleh Datin Salmah. Kemudian, Hilmi telah belajar muzik daripada Encik Bakar. Datin Salmah memarahi Hilmi kerana meninggalkan rumah dan dilarang makan. Hayati pula semakin rapat dengan Hilmi menyebabkan Datin Salmah menuduh Hilmi menggunakan ubat guna-guna. Datin Salmah mencari jalan untuk mengusir Hilmi dari rumahnya. Akhirnya, Hilmi meninggalkan rumah itu dan mendapat pekerjaan di sebuah kios menjual minyak. Hilmi terus belajar muzik daripada encik Bakar sehingga menjadi pemuzik terkenal. Hilmi telah berkahwin dengan Azizah. Rumah tangga mereka goyah kerana tidak sehaluan dan Hilmi 16

tinggal bersendirian. Azizah pula balik ke rumah ibu bapanya bersama-sama anak sulung mereka. Hilmi semakin kecewa dan tertekan. Namun dia tetap mengarang lagu. Peringkat kemuncak atau klimaks plot pada novel ini bermula apabila Hilmi telah diberi peluang un tuk memimpin pertunjukan di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya. Hilmi terpaksa bekerja keras untuk menjayakan persembahan itu. Malangnya, Hilmi telah jatuh sakit dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU). Keadaan Hilmi kritikal. Hayati yang baru pulang dari London untuk menyaksikan pertunjukan itu telah mengambil alih peranan Hilmi untuk memimpin Orkes Perdana. Setelah selesai persembahan, Hayati, Datuk Johari, Datin Salmah dan Ketua Pengarah RTM telah berkejar ke hospital untuk melihat Hilmi. Mereka bertemu dengan abang sepupu Datuk Johari, yang mendedahkan rahsia bahawa Hilmi ialah anak kandung Datuk Johari. Peringkat penyelesaian atau anti klimaks novel ini agak pendek. Ia dapat dikesan apabila Datuk Johari tiba di rumah. Dia dan Datin Salmah berjanji untuk menebus kesilapannya melayan Hilmi dengan buruk. Namun Datuk Johari telah menerima panggilan telefon yang mengatakan bahawa Hilmi meninggal dunia. Setelah menerima berita itu, Datuk Johari terjatuh lalu meninggal dunia.

LATAR
A) LATAR TEMPAT Peristiwa penting dalam novel ini berlaku di beberapa tempat utama di sekitar negeri Kuala Lumpur. Banyak peristiwa yang berlaku berpusat di rumah Datuk Johari. Banyak peristiwa yang berlaku di rumah ini. Antaranya termasuklah Hilmi bekerja sebagai tukang kebun. Dia telah menjadikan halaman rumah lebih cantik. Helmi juga dimarahi oleh Datin Salmah kerana menyebabkan piano rosak. Dia hampir dihalau keluar dari rumah itu. Di rumah itu juga Hilmi semakin rapat dengan Hayati sehingga menimbulkan rasa tidak senang hati Datin Salmah. Hilmi dimarahi sekali lagi oleh Datin Salmah kerana meninggalkan rumah. Akhirnya Hilmi meninggalkan rumah tersebut. Di rumah itu juga Datuk Johari menerima panggilan telefon yang memberitahu Hilmi meninggal dan dia juga jatuh dan meninggal. Beberapa peristiwa berlaku di Rumah Encik Bakar. Antara peristiwa penting ialah kedatangan Hilmi untuk belajar muzik semasa diamasih tinggal ri rumah Datuk Johari. Dia dimarahi kerana meninggalkan rumah. Selepas keluar dari rumah Datuk Johari, Hilmi meneruskan pelajaran muzik di rumah ini sehingga berjaya menjadi pemuzik terkenal. Di rumah ini juga Hilmi pernah digoda oleh Azizah. Azizah kecewa apabila mengetahui Hilmi hanya bekerja sebagai tukang kebun. 17

Satu lagi tempat penting dalam novel ini ialah Dewan Tunku Canselor. Ia menjadi tempat diadakan Konsert Perdana yang dipimpin oleh Hilmi. Hilmi telah dimasukkan ke hospital dan dalam keadaan kritikal. Keadaan kecoh terjadi. Namun Hayati telah menyelamatkan keadaan. Dia yang pulang dari London untuk menyaksikan persembahan itu telah menggantikan tempat Hilmi. Persembahan itu berjaya diteruskan dengan jayanta. Selain itu, peristiwa penting juga berlaku di hospital. Hilmi telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan keadaannya kritikal. Hayati, Datuk Johari, Datin Salmah dan Ketua Pengarah RTM datang selepas persembahan di Dewan Tunku Canselor. Di situ juga Datuk Johari diberitahu oleh saudara sepupunya bahawa Hilmi merupakan anak kandungnya.

B) LATAR MASYARAKAT

Secara umumnya pengarang novel ini menggambarkan kehidupanmasyarakat Melayu melalui keluarga Datuk Johari selain daripada Hilmi sendiri, Encil Bakar, Mamat dan juga Pak Amat. Selain daripada keluarga Datuk Dolhi, terdapat beberapa watak lain yang terdiri daripada orang India iaitu Dr. Nathan yang merupakan jiran kepada Datuk Johari. Terdapat juga masyarakat Cina iaitu Tony Lim yang mejadi salah seorang daripada ahli Kugiran Dahlia.

Dari aspek cirri kemasyarakatan,pengarang menggambarkanmasyarakat yang rajin dan tekun. Hilmi rajin mengusahakan taman di rumah Datuk Johari sehingga taman itu menjadi cantik serta mendapat pujian daripada rakan-rakan Datin Salmah. Dia juga rajin mengusahakan kebun di rumah itu sehingga sayur-sayurannya berbuah lebat. Hilmi juga tekun dalam usahanya mempelajari muzik daripada Encik Bakar sehingga berjaya menjadi seorang pemuzik terkenal. Penulis juga menggambarkan masyarakat yang tidak mengamalkan ajaran agama. Selain mengamalkan budaya hidup secara kebaratan, Datin Salmah juga digambarkan tidak mengerjakan solat. Malah dia terkejut dengan Hayati yang telah mula bersembahyang. Demikian juga dengan Datuk Johari. Dia sudah lama benar meninggalkan solat. Malah dia sering minum minuman keras. Hayati walau bagaimanapun telah berubah dan mula sembahyang setelah mengenali Hilmi. Watak Datin Salmah dan Azizah menggambarkan masyarakat yang sombong dan mementingkan darjat. Datin Salmah tidak dapat menerima Hilmi kerana Hilmi berasal dari kampung serta berpelajaran hanya setakat darjah empat di sekolah rendah. Beliau sering menghina Hilmi dan kerap mencari jalan agar Hilmi dapat keluar dari rumahnya. Dia juga menghalang Hayati daripada merapati Hilmi. Azizah juga tidak mahu menerima Hilmi pada awalnya kerana Hilmi hanya seorang tukang kebun.
18

Watak datin Salmah juga menggambarkan masyarakat yangpercaya kepada kepercayaan tahyul. Contohnya dia mempercayai bahawa Hilmi menggunakan ubat guna-guna kepada Hayati apabila Hayati semakin mesra dengan Hilmi. Sekali lagi Datin Salmah percaya kepada ubat guna-guna apabila melihat perubahan sikap Hayati. Hayati telah berubah daripada sikap asalnya serta mula bersembahyang. Datin Salmah sangsi dan terkejut dengan perubahan itu. Datuk Johari dan Encik Bakar menggambarkan masyarakat yangbaik hati. Datuk Johari sanggup membenarkan Hilmi tinggal di rumahnya. Pada masa yang sama, beliau turut member pekerjaan kepada Hilmi sebagai tukang kebun di rumahnya. Encik Bakar pula sanggup mengajar Hilmi bermain alat muzik dan memberi dorongan kepada Hilmi sehingga Hilmi berjaya menjadi seorang pemuzik yang terkenal.

TEKNIK
Pengarang menggunakan beberapa teknik dalam novel ini untuk menyampaikan cerita dan plotnya. Antara teknik utama dalam novel ini ialah teknik pemerian. Teknik ini digunakan dengan meluas termasuklah untuk menggambarkan perwatakan Hilmi. Kerjakerja Hilmi ri rumah Datuk Johari juga banyak menggunakan teknik pemerian. Demikian juga dengan peristiwa Hilmi belajar muzik di rumah Encik Bakar banyak menggunakan pemerian daripada pengarang. Perasaan Hilmi terhadap perbuatan Datin Salmah juga diceritakan oleh pengarang secara lansung. Selain daripada teknik pemerian, teknik dialog juga ketara digunakan digunakan oleh pengarang. Contoh dialog atau perbualan antara Hilmi dan Hayati. Hayati telah meluah perasaannya kepada Hilmi ketika mereka berjumpa. Dialog Hilmi dengan Encik Bakar juga penting kepada Hilmi. Melalui dialog, Encik Bakar telah memberikan dorongan kepada Hilmi untuk terus belajar dan akan berjaya menjadi seorang pemuzik terkenal. Dialog-dialog Datin Salmah juga menggambarkan sikap dan pandangan serongnya kepada Hilmi. Teknik imbas kembali juga terdapat dalam novel ini. Contoh teknik ini ialah apabila Datuk Johari teringat kembali apa yang telah berlaku ketika beliau berada di ampungnya. Datuk Johari imbas kembali peristiwa dia meninggalkan ibu Hilmi setelah berkahwin dan tidak mempedulikan mereka lagi. Peristiwa itu berlaku tujuh belas tahun yang lalu. Dia hanya pulang pada hari bapanya meninggal dunia selama beberapa jam saja dan kemudian setelah mayat bapanya dikuburkan, dia pun pulang ke Kuala Lumpur. Sedikit teknik monolog digunakan oleh pengarang dalam novel ini. Contohnya monolog Hilmi ketika hatinya sedih dan berhadapan dengan pokok-pokok bunga di taman. "Kalian saja yang akan menghiburkan aku nanti, wahai bunga-bungaku " katanya dalam hati. Teknik monolog dalaman digunakan untuk menceritakan emosi sesuatu watak. Selain daripada itu, monolog juga terdapat dalam diri Azizah tentang layanan mesra yang diberikannya kepada Hilmi. Teknik saspens terdapat juga dalam novel ini. Terdapat dua peristiwa yang mewujudkan suasana suspens. Peristiwa pertama ialah peristiwa yang berlaku di Dewan Tunku Canselor. 19

Suasana suspens dirasa apabila Hilmi telah dimasukkan ke hospital sedangkan pertunjukkan perlu diteruskan. Siapa yang akan memimpin orkestra itu telah menjadi tanda Tanya kepada pembaca dan pengelola. Manakala suasana suspens juga berlaku di hospital. Hayati, Datuk Johari, Datin Salmah dan juga Ketua Pengarah RTM tertanya-tanya tentang keadaan Hilmi. Manakala teknik terakhir ialah teknik kejutan. Kemunculan Hayati secara mengejut dari London pada malam Pertunjukan Orkes Perdana pula menunjukkan pengarang telah berjaya dalam menggunakan teknik kejutan. Hayati malah mengambil tempat Hilmi untuk memimpin orkestra pada malam itu. Datuk Johari juga telah menerima panggilan yang mengejutkan. Dia dimaklumkan tentang kematian Hilmi sehingga dia juga terkejut, jatuh dan meninggal dunia.

PENGAJARAN
Terdapat banyak pengajaran yang dapat dijadikan panduan dalam kehidupan seharian pembaca. Antara pengajaran awal yang dapat dikesan dalam novel ialah kita mestilah gigih berusaha untuk mencapai cita-cita yang diinginkan. Pengajaran ini dapat diperhatikan melalui watak Hilmi yang gigih mempelajari muzik sehingga berjaya menjadi pemuzik dan pencipta lagu yang terkenal. Dia juga gigih mencipta lagu walaupun menghadapi konflik dengan isterinya Azizah.

Selain dairpada itu, kita juga mestilah sentiasa mengamalkan kerjasama untuk menjayakan sesuatu rancangan. Contohnya Hayati menggantikan tempat Hilmi semasa beliau dibawa ke hospital. Kerjasama daripada hayati membolehkan konsert perdana tersebut dapat diteruskan dengan jayanya dan mendapat tepukan gemuruh daripada penonton. Kita juga mestilah menyayangi antara satu sama lain walaupun mereka tidak setaraf dengan kita. Pengajaran ini dapat ditunjukkan melalui kasih sayang yang ditunjukkan oleh Hayati dan Azizah kepada Hilmi. Kasih sayang itu pada bermula daripada rasa simpati terhadap Hilmi. Hayati dan Azizah bersimpati dengan nasib Hilmi. Kita harus kembali kepada ajaran agama untuk mendapat ketenangan hidup. Contoh yang paling baik ialah perubahan yang berlaku pada diri dan sikap Hayati. Pada mulanya dia seorang gadis yang hidup dengan kebebasan tetapi telah berubah dan berasa tenang setelah mula mendekati agama dan melakukan ibadah solat. Dia juga telah membaca buku buku agama seperti Hidup Sesudah Mati. Kita mestilah menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan baik. Contohnya Hilmi menjalankan tugas dan tanggungjawabnya sebagai tukang kebun dengan penuh dedikasi dan kreatif sehingga taman rumah Datuk Johari menjadi sangat
20

cantik. Demikian juga dengan Encik Bakar yang telah menjalankan tanggungjawabnya dengan baik mengajar Hilmi sehingga Hilmi mahir dalam bidang seni muzik. Pengajaran lain ialah kita hendaklah saling memaafkan dan tidak menyimpan dendam antara satu sama lain. Contohnya Hilmi tidak pernah memburukkan Datin Salmah dan Datuk Johari walaupun mereka telah memberikan layanan buruk kepadanya. Sebaliknya Hilmi memuji mereka dan memberitahu bapanya bahawa merekalah yang membiayainya belajar bermain piano. Kita mestilah membantu orang yang memerlukan bantuan dengan ikhlas . Pengajaran ini dapat diperhatikan melalui watak Encuk Bakar. Encik Bakar mengajar muzik kepada Hilmi tanpa sebarang bayaran kerana ingin membantu Hilmi menjadi pemuzik terkenal.

NILAI
Terdapat banyak nilai yang dapat dipetik oleh pembaca dalam novel ini. Antaranya ialah nilai kerajinnan. Hilmi rajin mengusahakan taman di rumah Datuk Johari sehingga taman itu menjadi cantik serta mendapat pujian daripada rakan-rakan Datin Salmah. Dia juga rajin mengusahakan kebun di rumah itu sehingga sayur-sayurannya berbuah lebat. Datin Salmah dapat bahagikan sayur itu kepada rakan-rakannya.

Pembaca juga dalam mengesan nilai kegigihan dan ketabahan. Hilmi tabah menghadapi cabaran hidup dalam usahanya untuk berjaya. Dia tabah menghadapi penghinaan daripada Datin Salmah yang tidak menyukainya. Kegigihan Hilmi juga dapat dilihat melalui usahanya yang bersungguh-sungguh untuk mempelajari muzik daripada Encik Bakar sehingga berjaya menjadi seorang pemuzik terkenal. Watak Hilmi juga menggambarkan nilai bercita-cita tinggi. Bermula daripada minat terhadap alat muzik iaitu piano, Helmi telah memasang cita-cita untuk menjadi seorang pemuzik yang berjaya. Hasil daripada dorongan dan galakan daripada Encik Bakar, Hilmi berusaha mengejar impiannya dan akhirnya dia berjaya dalam bidang muzik. Nilai penyayang pula dapat diperhatikan melalui watak Hayati. Hayati amat menyayangi Hilmi selepas berasa simpati terhadap nasib Hilmi. Beliau juga amat sedih apabila Hilmi keluar dari rumah Datuk Johari sehingga menyebabkan beliau berubah sikap. Perubahan sikapnya membuatkan Datin Salmah menjadi resah. Hayati juga menggambarkan nilai kepatuhan kepada arahan ibunya. Hayati sanggup berkahwin dengan Mohsin walaupun beliau tidak mencintai Mohsin demi menjaga hati ibunya, Datin Salmah. Hal ini dijelaskannya kepada Hilmi semasa mereka bertemu sebelum berangkat ke London.
21

Datuk Johari dan Encik Bakar dalam novel ini menggambarkan nilaibaik hati. Datuk Johari sanggup membenarkan Hilmi tinggal di rumahnya. Pada masa yang sama, beliau turut member pekerjaan kepada Hilmi sebagai tukang kebun di rumahnya. Encil Bakar pula memberikan pertolongan dnegan mengajar muzik kepada Hilmi tanpa bayaran. Selain daripada itu, nilai keinsafan juga diselitkan oleh pengarang pada bahagian akhir novel ini. Datin Salmah dan Azizah menyesal kerana telah memberikan layanan yang buruk kepada Hilmi. Datin Salmah berjanji untuk menebus kesalahnya terhadap Hilmi namun tidak kesampaian kerana Hilmi telah meninggal dunia.

22

Klon soalan SPM bahagian novel sepanjang 10 tahun yang lepas.


1 - Tema yang menarik merupakan pendorong kepada pembaca untuk membaca sesebuah novel. Nyatakan tema novel yang telah anda baca. - Pengarang menyelitkan beberapa persoalan dalam novel yang telah anda baca. Huraikan tiga persoalan utama dalam novel tersebut.

3 - Banyak peristiwa yang dipaparkan dalam novel mengandungi nilai murni. Berdasarkan novel yang telah anda baca, bincangkan tiga peristiwa yang membawa nilai murni yang berbeza. 4 - Cerita dalam novel sememangnya memaparkan latar masyarakat sezaman. Nyatakan tiga latar masyarakat yang terdapat dalam novel yang telah anda baca. - Latar tempat yang terdapat dalan sesebuah novel menjadikan cerita lebih realistik. Berdasarkan novel yang telah anda kaji, huraikan tiga latar tempat utama. - Pengakhiran sesebuah cerita dalam novel akan memberikan kepuasan kepada pembaca. Huraikan pendapat tersebut berdasarkan novel yang telah anda kaji.

7 - Klimaks merupakan unsur utama dalam plot sesebuah cerita. Daripada novel yang telah anda baca, jelaskan persitiwa yang menjadi klimaks dalam novel tersebut. 8 - Novel yang telah anda kaji mengandungi beberapa persoalan utama. Huraikan tiga peristiwa yang mendokong persoalan kegigihan dalam novel tersebut. 9 - Watak adalah unsur penting yang menghidupkan dan menggerakkan cerita. Huraikan tiga perwatakan watak utama dalam novel yang anda baca. 10 - Watak utama dalam sesebuah novel banyak menghadapai cabaran. Nyatakan cabaran watak utama dalam novel yang anda baca. 11 - Pembaca novel akan mendapat banyak pengajaran berguna yang boleh dijadikan panduan hidup. Jelaskan tiga pengajaran utama yang dapat anda petik daripada novel yang telah anda kaji. 12 - Nilai kasih sayang terdapat dalam kebanyakan novel yang bercorak kemasyarakatan. Huraikan tiga nilai tersebut berdasarkan novel kajian anda. 13 - Konflik yang timbul dalam cerita membuatkan cerita semakin berkembang. Berdasarkan novel kajian anda, nyatakan peranan watak utama dalam menyelesaikan konflik. 14 - Watak sampingan dalam sesebuah novel juga penting dalam menggerakkan cerita. Nyatakan peranan satu watak sampingan berdasarkan novel yang telah anda baca. 15 - Sesebuah novel banyak memaparkan peristiwa yang dapat dijadikan teladan. Berdasarkan novel kajian anda, jelaskan peristiwa yang memberi teladan kepada pembaca. 16 - Novel yang telah anda baca mengandungi banyak peristiwa menarik. Nyatakan tiga peristiwa menarik dalam novel tersebut. 23

17 - Watak-watak dalam sesebuah novel akan bertentangan dengan sebahagian watak yang lain. Berdasarkan novel yang telah anda baca, nyatakan tiga peristiwa menunjukkan penentangan watak. 18 - Latar masyarakat yang dipaparkan dalam sesebuah novel mempunyai nilai tersendiri. Huraikan tiga nilai kemasyarakatan dalam novel yang anda kaji. 19 - Cerita dalam novel menyelitkan banyak nilai murni. Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, huraikan tiga contoh yang menunjukkan nilai ketekunan. 20 - Banyak peristiwa yang digambarkan dalam sesebuah cerita mencerminkan persoalan

yang ingin disampaikan oleh pengarang. Berpandukan novel yang anda kaji, jelaskan tiga peristiwa yang mencerminkan persoalan maruah.
21 - Kebanyakan konflik dalam cerita sesebuah novel melibatkan watak utama. Jelaskan cara watak utama menyelesaikan konflik yang dihadapi berdasarkan novel yang telah anda baca. 22 - Tajuk sesebuah novel amat berkaitan dengan cerita dalam novel tersebut. Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan kesesuaian tajuk novel dengan isinya. 23 - Permulaan yang menarik dalam sesebuah novel akan mempengaruhi pembaca untuk meneruskan pembacaan hingga akhir. Huraikan pernyataan tersebut berdasarkan novel kajian anda. 24 - Cerita yang menarik dalam sesebuah novel akan meninggalkan kesan perasaan kepada pembaca. Nyatakan tiga peristiwa yang meninggalkan kesan kepada anda berpandukan novel yang anda baca. 25 - Setiap peristiwa dalam novel berlaku dalam latar masa tertentu. Berdasarkan novel kajian anda, jelaskan tiga latar masa yang penting. 26 - Watak utama mencerminkan banyak nilai murni. Huraikan tiga contoh nilai ketabahan watak utama dalam novel yang anda kaji. 27 - Cerita dalam novel memaparkan kisah yang berlaku dalam sesebuah masyarakat. Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan tiga peristiwa yang menggambarkan kepincangan dalam masyarakat. 28 - Plot dalam sesebuah cerita berkembang mengikut peringkat. Huraikan plot novel yang telah anda baca. 29 - Pengarang telah menggunakan beberapa teknik plot agar penyampaian cerita menjadi lebih menarik. Nyatakan tiga teknik plot yang terdapat dalam novel kajian anda. 30 - Novel yang telah anda baca adalah sebuah novel yang menarik. Tuliskan sinopsis cerita novel tersebut.

24

You might also like