You are on page 1of 1

Kamu sedang bersiar-siar di taman permainan.

Tiba-tiba kamu ternampak 2 orang remaja sedang bermain di taman permainan yang disediakan untuk kanak-kanak bermain. Apakah tindakan kamu? Kamu ternampak sebuah pili bomba yang telah bocor. Apakah tindakan yang kamu patut ambil?

Kamu dan rakan-rakan sedang menunggu ketibaan LRT. Setibanya LRT, rakan-rakan anda berebut-rebut untuk masuk ke dalam LRT tersebut tanpa memberi laluan kepada orang dari dalam LRT untuk keluar. Apakah tindakan kamu? Kamu dan keluarga kamu hendak membeli belah di sebuah pusat membeli belah. Setibanya di tempat parkir kereta, bapa kamu telah parkir kereta tidak mengikut petak yang disediakan. Apakah tindakan kamu?
Menggunakannya mengikut peraturan yang telah disediakan Bertimbang rasa dengan pengguna lain Melaporkan kerosakkan kepada pihak yang bertanggungjawab Gunakan mengikut keperluan tanpa pembaziran Bertanggungjawab terhadap keselamatan kemudahan awam

You might also like