You are on page 1of 2

Konsep Moral

Moral merupakan sesuatu yang berkait rapat dengan peraturan-peraturan masyarakat yang diwujudkan di luar kawalan individu itu. Dorothy Emmet (1979) mengatakan bahawa manusia bergantung kepada tatasusila, adat, kebiasaan masyarakat dan agama bagi membantu menilai tingkah laku seseorang. James Hemming (1980) mengatakan bahawa peraturan-peraturan masyarakat mestilah diterima sebagai fakta-fakta kehidupan sosial masyarakat. Perkara ini merupakan suatu garis panduan atau batasan dalam pergaulan dan hubungan antara satu sama lain.

Konsep Etika

Etika boleh ditakrifkan sebagai satu kajian sains tentang kelakuan manusia dalam msyarakat. Etika merupakan suatu bidang pentafsiran tingkah laku manusia sebagai benar atau salah, baik atau buruk dan patut atau sengaja. Kayu ukur yang digunakan oleh pengkaji ialah satu set peraturan tingkah laku atau undang-undang atau kod etika yang telah digubalkan bersama oleh ahli-ahli masyarakat tersebut. Tujuan utama garis panduan tingkah laku ini adalah mengawal, menjamin dan melindungi segal tingkah laku yang bermoral. Aya Rand berkata etika adalah suatu sains bagi mencari cara-cara yang paling sesuai untuk kehidupan seseorang individu. Tindakan manusia boleh dilihat secara tindakan yang sengaja iaitu tindakan yang dilakukan dengan niat atau tujuan yang tersirat. Contohnya seorang peniaga menyorok barang jualan hariannya kerana beliau tahu barang itu akan naik harga. Tindakan tidak sengaja pulalah tindakan yang dilakukan tanpa disedari atau dikawal oleh psikomotor. Contohnya seorang yang sentiasa mengelip-gelipkan matanya. Dalam bidang tingkah laku pula seseorang itu boleh bertindak secara khayalan mental atau arus separuh kesedaran. Ini termasuk motif, kebangkitan nafsu dan niatnya. Tindakan luaran pula termasuk gerak-gerik fizikal badannya dan perwatakannya. Tingkah laku yang dikaji termasuklah tingkah laku individu dan pengaruhnya dalam masyarakat. Oleh itu, perkataan etika dengan moral terdapat maksud yang berlainan. Etika menekankan suatu kajian tingkah laku moral manakala moral menyentuh tentang tingkah laku seseorang itu.

Konsep Akhlak

Perkataan akhlak bermaksud budi pekerti seorang individu. Budi pekerti ini pula dirujuk kepada kelakuan atau watak atau gerak-geri seseorang itu. Kelakuan ini boleh berubah mengikut masa dan situasi tertentu. Jika dikatakan seseorang pelajar itu sudah rosak akhlaknya bermakna kelakuan pelajar itu didapati buruk tingkah lakunya kerana pelajar itu melanggar peraturan sekolah, arahan guru, memukul pelajar lain dan merosakkan harta benda sekolah. Kelakuan ini tidak disukai oleh pihak sekolah, guru dan pelajar lain. Sebaliknya seseorang pelajar itu dianggap mempunyai akhlak yang baik dirujuk sebagai pelajar yang mematuhi peraturan sekolah, menurut kata-kata guru dan disukai pelajar-pelajar lain. Oleh itu. Perkataan akhlak dan moral mempunyai maksud yang sama iaitu membawa maksud kelakuan yang baik atau buruk. Jika dikatakan pelajar itu mempunyai akhlak yang tinggi, bermaksud pelajar itu mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi dan boleh menjadi teladan kepada pelajar yang lain.

You might also like