You are on page 1of 6

Pengucapan awam didefinisikan sebagai pelahiran bahasa dengan penuh makna melalui komunikasi lisan (Suara dan perkataan)

dan bukan lisan (anggota tubuh perucap). Lazimnya, pengucapan awam dapat dilakukan di majlis-majlis rasmi di sekolah, dewan dan di tempat-tempat umum. Pengucapan awam merupakan sejenis ucapan yang makna dan mesej yang ingin disampaikan dapat diterima dengan jelas. Pengucapan awam seharusnya dikuasai oleh masyarakat agar matlamat utama pelaksanaan pengucapan awam dapat disampaikan dengan berkesan. Pengucapan Awam ialah satu bidang yang perlu dikuasai bukan sahaja oleh pimpinan masyarakat, organisasi, agensi-agensi kerajaan dan swasta tetapi juga individu yang sentiasa berhadapan dengan orang ramai yang memerlukan ia berkomunikasi dengan lebih dari seorang Pengucapan awam dapat dikategorikan dalam pelbagai jenis. Umumnya, setiap jenis pengucapan awam memiliki gaya penyampaian serta cara penyampaian yang tesendiri. Kebanyakan pengucapan awam dilaksanakan sabagai salah satu medium bagi menyampaikan maklumat serta pendapat. Justeru, dalam penulisan ini, saya dapat menyenaraikan beberapa jenis pengucapan awam yang sering dilakukan. Antaranya, ucapan spontan (impromptu) .Biasanya ucapan ini dilaksanakan dalam majlis-maljis rasmi serta tidak rasmi. Pemberi ucapan lazimnya akan dijemput untik menampaikan ucapan bagi mengalu-alukan kedatangan tetamu. Selain itu, ucapan seperti ini juga lebih ringkas dan tidak bertulis. Pemberi ucapan akan naik ke pentas dan memulakan ucapan secara spontan. Ucapan spontan biasanya dilakukan secara ringkas dan itdak terlalu meleret . Ucapan yang disampaikna juga kebih berfokus dan mudah difahami. Pemberi ucapan lzimnya kana menyampaikan pendapatnya sendiri mengenai sesautu perkara yang sedang dibincangkan. Disamping itu, terdapat juga ucapan jenis nota ringkas atau dikenali sebagai ekstemporaneous . Ucapan sebegini disediakan dengan nota ringkas mengenai tipik ucapan atau pendapat yang bakal disampaikan oleh pemberi ucapan. Biasanya, ucapan yang disertakan nota ringkas sekadar memiliki poin-poin yang akan diperdengarkan kepada pendengar. Hal ini bertujuan agar isi kandungan ucapan yang penting dapat diberi penekanan dan dapat disampaikan dengan lebih jelas. Melalui

pengucapan seperti ini, penyampai ucapan juga akan lebih bersedia dan yakin untuk memberi ucapan. Disamping itu, nota yang ringkas juga memudahkan pemberi ucapan untuk mengenalpasti idea-idea yang perlu dikemukakan terlebih dahulu. Justeru, para pendengar tidak akan mudah terkeliru dan bosan untuk mendengar ucapan yang bakal disampaikan. Seterusnya, melalui penucapan jenis ini, pemberi ucapan juga dapat mengelakkan daripada memberi ucapan yang tidak sesuai dalam sesebuah majlis.

Selain itu, terdapat juga pengucapan awam yang dikenali sebagai ucapan manuskrip. Ucapan manuskrip atau nama lainnya, teks ucapan merupakan sejenis ucapan yang dibaca terus dari teks. Ucapan sebegini biasanya memilki informasi-infrosmasi yang berunsur fakta seperti belanjawan Negara, statistik ekonomi serta jadual pelaksanaan tugasan khas. Ucapan ini memerlukan teks yang telah disediakan dengan maklumat kerana ucapan yang bakal disampaikan berbentuk fakta dalam kuantiti yang banyak, serta mempunyai nilai angka. Justeru, bagi ucapan jenis manuskrip, teks akan disediakan terlebih dahulu dan bahan penyampain adalah berdasarkan teks tesebut. Jenis pengucapan awam seperi ini selalunya dijalankan di syarikat-syarikat serta majlis yang berkonsepkan formal serta melibatkan tetamu-tetamu penting. Isi kandungan ucapan juga lebih terperinci dan berinfromasi selain struktur ucapan yang tepat . Seterusnya, jenis pengucapan awam yang dapat dinyatakan dalam penulisan ini ialah ucapan hafalan. Ucapan yang berkonsepkan hafalan sebnernya memrlukan pemberi ucpanan untuk memahami isi kandungan ucapan yang bakal dismapaikan. Sememnagnya, ucapan sebegini lebih mencabar kerana jika maklumat yang ingin dismapaikan tidak dapat diingati dengan baik, majlis akan memakan masa yang lebih lama.Terdapat pelbagai jenis ucapan hafalan yang dapat diklasifikasikan iaitu syarahan, pidato serta forum. Ucapan-ucapan seperti ini, memerlukan para pemberi ucapan untuk menghafal informasi serta topik ucapan yang bakal mereka sampaikan. Ucapan hafalan lebih mencabar kerana pemberui ucapan haruslah bersedia dari awal serta mengingati seluruh isi maklumat yang bakal mereka sampaikan kepada umum. Ucapan seperti ini juga lebih berisiko kerana sebarang maklumat yang tidak dapat diingat dengan baik akan mengganggu kelancaran penyampaian ucapan. Pemberi ucapan juga akan

merasa gugup kerana tidak dapat mengingati isi kandungan ucapan dengan baik. Justeru, langakah terbaik dalam melaksanakan ucapan hafalan secara berkesan adalah dengan melakukan persiapan sejak awal serta mengigati dengan baik segala informasi yang bakal disampaikan. Seterusnya, terdapat juga beberapa perkara lain yang dapat dibincangkan dalam isu pengucapan awam iaitu contoh penggunaan pengucapan awam dalam masyarakat. Umumnya, masyarakat seringkali mendengar pengucapan awam. Pengucapan awam yang bertujuan menyampaikan serta berkongsi maklumat sememangnya menjadi suatu kebiasaan dalam masyarakat kerana melalui prosedur tersebut, maklumat dapat diperoleh dalam sesuatu tempoh. Antara penggunaan lain yang dapat dikaitkan dengan pengucapan awam ialah ceramah. Ceramah merupakan aktiviti yang melibatkan pengucapan awam bagi mensuarakan pendapat serta berkongsi pendapat. Ceramah biasanya dikendalikan oleh seorang pengacara majlis yang akan mengutrakan pelbagai soalan kepada tetamu undangan yang telah diberi amanah untuk menyampaikan ucapan. Pemberi ucapan pada ketika ini digelar sebagia penceramah. Penceramah akan menjawab soalan-soalan daripada pengerusi aatu pengacara majlis dan seterusnya berkongsi endapat dengan melaksanakan pengucapan awam . Pengucapan awam ynag disampaikan oleh penceramah diklasifikasikan sebgaai ucapan spontan. Hal ini kerana, penceramah tersebut akan memberikan pengucapan awam berdasakan pendapatnya serta kemahiran dan idea-idea yang dimilikinya. Maka, pendengar akan mendpatkan maklumat secara tidak langsung beryersakan penyampaain ucapan secara spontan tersebut. Di samping itu, penggunaan pengucapan awam juga dapat dilihat melalui aktiviti pelancaran syarikat, kompleks perniagaan serta perasmian sesebuah produk baru. Lazimnya, bagi aktiviti ynag berunsurkan pelancaran, jenis pengucapan awam ynag digunakan ialah jenis spontan atau jenis manuskrip. Kedua-dua jenis ucapan ini sesuai digunakan kerana pemberi ucapan akan lebih selesa dan maklumat yang ingin disampaikan juga dapat dinyatakan dengan jelas. Para pendengra juga kan lebih yakin apabila mendengar ucapan spontan kerana pemberi ucapan akan kelihatan lebih berkeyakinan serta berdedikaasi. Disamping itu, dengan adanya nota ringkas ketika

penyampaian ucapan, segala maklumat penting yang ingin disampaikan akan lenih jelas dan tidak mengelirukan para pendengar. Hal ini kerana, pengucapan awam yang digunakan sewaktu pelancaran lebih bertujuan untuk menarik minat pendengar serta mendapatkan keyakinan mereka terhadap sesuatu agensi. Selain itu, pengucapan awam juga digunakan dalam majlis-majlis formal ynag melibatkan tetamu khas seperti perdana menteri. Bagi majlis tersebut, jenis pengucapan yang diapliksaikan ialah ucapan manuskrip. Ucapan manuskrip lebih sesuai dalam majlis seperti ini kerana masa dapat dijimatkan daripada berlakunya pengucapan yang terlalu panjang atau terlalu ringkas. Hal ini kerana, bagi majlis-majlis penting yang melibatkan tetamu khas sangat menitik beratkan ketepatan masa. Oleh sebab itu, dengan memberi ucapan berdasarkan teks yang telah disediakan, kedua-dua pihak iaitu pemberi ucapan serta pendengar dapat menepati masa yang diperuntukkan bagi sesebuah majlis. Ucapan yang diberikan juga kaan lebih bersifat firmal dan menepati kehendak majlis disamping dapat menegelakkan daripada menyentuh isu-isu yang sensitif. Seterusnya, pengucpan awam juga dapat digunakan dalam mesyuarat sama ada di syarikat atau di institut awam yang lain. Pada kebiasaanya, jenis ucapan yang sering digunakan dalam majlis seperti ini ianlah ucapan spontan dan ucapan nota ringkas. Ucapan spontan sesuai digunakan kerana majlis yang dihadiri adalah tidak formal serta maklumat yang ingin disampaikan tidak terlau kompleks atau melibatkan data-data yang sukar. Oleh sebab itu, majlis lebih sesuai menggunakan ucapan secara spontan. Maklumat yang disampaikan pula sememangnya tidak melibatkan fakta-fakta yang penting. Kebaikan menggunakan ucapan spontan dalam majlis seperti ini adalah kerana pendengar merasakan lebih selesa untuk berkomunikasai atau bertanya seoalan mengenai ucapan yang disampaikan. Selain itu, pemberi ucapan juga akan lebih cepat menyampaikan maklumat. Ucapaan jenis nota ringkas juga seusai digunaakn dalam majlis tersebut kerana segala isu yang ingin disampaikan lebih jelas. Di samping itu, pengucapan awam juga digunakan dalam pertandingan. Antara jenis pengucapan awam yang digunakan dalam pertandingan termasuklah syarahan, pidato serta forum. Bagi ucapan- ucapan tersebut, ucapan yang diaplikasikan ialah ucapan

jenis hafalan. Dalam sesuatu pertandingan, peserta hendaklah menghafal terlebih dahulu bahan atau ucapan yang bakal disampaikan. Ucapan seperti ini dipilih untuk diaplikasikan di dalam pertandingan adalah kerana topic ucapan yang telah ditetapkan. Di samping itu, ucapan jennies hafalan juga digunakan agar peserta lebih bersedia untuk menyampaikan ucapan. Maklumat yang disampaikan juga akan lebih menepati topic yang dibincangkan. Selain itu, pengucapan awam juga digunakan ketika mempengerusikan majlis. Umumnya, jenis ucapan yang digunakan dalam pengacaraan majlis adalah ucapan bebentuk nota ringkas. Terlebih dahulu, pengurusi akan menyediakan nota ringkas yang mungkin mengenai tetamu jemputan beserta gelaran, tujuan majlis, serta ucapan ringkas bagi mengalu-alukan kedatangan para tetamu majlis, majlis juga lebih bersifat tidak formal. Namun begitu, bahasa ucapan yang digunakan perlulah sopan dan tidak mengandungi ucapan yang berunsur sindiran. Hal ini kerana, ucapan nota ringkas yang digunakan seharusnya memberikan beberapa maklumat dan kata sambutan kepada tetamu majlis. Melalui ucapan nota rigkas tersebut, tetamu akan mendapat gambaran dan informasi tentang perjalanan majlis. Ucapan nota ringkas juga turut digunakan secara meluas ketika perhimpunan di sekolah. Khususnya, untuk menyampaikan perkara atau agenda penting ynag bakal dianjurkan oleh sekolah. Oleh itu, ucapan nota ringkas yang disampaikan akan memberikan maklumat yang jelas kepada para pelajar mengenai perkara yang disampaikan. Justeru, ucapan nota ringkas tersebut akan meliputi atur cara majlis yang diadakan. Kesimpulannya, pengucapan awam umunya bertujuan untuk menyampaikan maklumat, meyampaikan idea serta informasi dan berkongsi pendapat serta ilmu. Dalam erti kata lain, pengucapan awam merupakan slaah satu medium yang dpat menyebrakan sesuatu infromasi dengan lebih mudah dan berkesan. Selain daripada memilik objektif yang jelas, pengucapan awma juga lebih bersifat menyeluruh kerana setiap isu yang disentuh dapat disampaikan dengan segera. Selain itu, teknik penyampaian pengucapan awam juga menjadikan proses penyamoaian maklumat dilaksanakan dengan efisein. Isi kandungan ynag terkandung dalam sesuatu pengucapan awam juga dapat dinyatakan dengan terperinci dengan pelbagai jenis pengucapan awam yang

tersedia. Setiap jenis pengucapan awam juga mempunyai fungsi yang tersendiri. Maka, pengucpan awam secara tidak langsung bertindak untuk menyampaikan maklumat secara menyeluruh dengan kuantiti pendengar yang ramai.

You might also like