You are on page 1of 36

1.

Definisi

1.1.1 Konsep Morfologi

Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji perkataan dari segi struktur, bentuk dan pergolongan kata (Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, 2009). Struktur kata bermaksud susunan bentuk bunyi ujaran yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata merupakan unit tatabahasa dalam bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata pula ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk atau fungsinya. Perkataan-perkataan yang mempunyai keserupaan yang demikian digolongkan ke dalam golongan kata yang sama. Unit-unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan disebut morfem. Morfem merupakan unit yang terkecil dalam bahasa yang mempunyai fungsi gramatis atau yang menjalankan tugas nahu. Perkataan juga merupakan bentuk bahasa yang terkecil tetapi mengandungi makna yang lengkap dan dapat berdiri sendiri dalam ayat. Terdapat perbezaan antara morfem dengan perkataan. Perkataan ialah bentuk bebas, yang bermakna dan dapat berdiri sendiri. Manakala morfem pula boleh bersifat bebas atau terikat. Morfem bebas ialah morfem yang dapat wujud bersendirian. Sebaliknya, morfem terikat ialah morfem yang hanya wujud bersama-sama morfem lain.

1.1.2 Konsep Sintaksis

Sintaksis dapat didefinisikan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji tentang bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat (Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, 2009). Sintaksis merupakan bidang ilmu bahasa yang amat penting dalam peringkat susunan binaan. Selain itu, sintaksis juga merupakan kajian tentang hokum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa. Setiap pembentukan ayat dalam sesuatu bahasa dikenali sebagai satu binaan atau konstruksi. Sesuatu binaan ayat bukan sekadar gabungan bentuk kata yang tidak tersusun, tetapi terbentuk daripada susunan beberapa unit kecil rangkai kata yang dalam ilmu bahasa dikenali sebagai unsur atau konstituen.

1.1.3 Penghantar 3K Konsep Kesusasteraan Melayu Kesusasteraan ialah bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Sastera dari segi makna umum bermaksud bahasa yang digunakan dalam kitab-kitab. Kesusasteraan pula, menurut makna kamus ialah hasil seni atau karya tulisan dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai cirri-ciri keistimewaan. Istilah kesusasteraan yang digunakan dalam bahasa Melayu berasal daripada bahasa Sanskrit, iaitu sastra.

Kata dasar sas- bermaksud mengarahkan, mengajar atau memberikan petunjuk, manakala tra merujuk kepada alat. Sastera bererti alat untuk mengajar. Awalan supula membawa maksud baik atau indah. Imbuhan ke- dan an membawa maksud menyeluruh, iaitu segala yang tertulis dan mempunyai nilai estetik serta seni dengan maksud memberikan panduan, petunjuk dan pengajar. Kesusasteraan Melayu merujuk kepada hasil karya dan ciptaan seni yang terdapat dalam kalangan masyarakat Melayu. Dalam masyarakat Melayu tradisional, sastera bersatu dan berintegrasi dalam kehidupan seharian mereka. Sebagai contoh, dalam upacara perkahwinan, ketika wakil keluarga pengantin perempuan berbicara dengan wakil keluarga pengantin lelaki, hadirin pada masa itu sebenarnya menyaksikan satu adegan dramatik dengan bahasa yang menarik dan indah.

Konsep Kebudayaan Melayu Secara umumnya, budaya membawa maksud cara hidup manusia. Budaya juga merupakan satu proses perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia dalam sesuatu kelompok. Dalam perkataan budaya, bu- bermaksud sesuatu yang asli, pertama, sejati, sempurna dan menyenangkan. daya pula mengandungi erti akal, jalan fikiran dan cipataan. Secara keseluruhannya, budaya dapat difahamkan sebagai segala sesuatu penghasilan masyarakat dalam pelbagai bentuk. Selain itu, budaya juga membawa maksud tamadun atau peradaban, kemajuan fikiran atau akal budi, dan bertingkah laku. Kebudayaan merupakan tamadun sesuatu masyarakat yang diwarisi daripada satu generasi kepada generasi yang berikutnya. Kebudayaan ini bersifat dinamik dan mempunyai cirri menerima dan menolak. Kebudayaan Melayu merujuk kepada keseluruhan system kehidupan yang dipraktikkan oleh masyarakat Melayu.

Kebudayaan Melayu dapat didefinisikan sebagai cara hidup kumpulan manusia atau masyarakat orang Melayu. Budaya dapat membezakan masyarakat Melayu dengan masyarakat yang lain. Budaya Melayu meliputi hal-hal tentang bahasa, agama, kesenian, adat, peraturan dan sebagainya.

Konsep Kesenian Melayu Kesenian merupakan suatu bentuk penciptaan dan ekspresif yang bersifat terbukadan boleh diungkapkan dan dihasilkan oleh sesiapa sahaja. Kesenian telah menjadi sebahagian daripada unsur dalam kehidupan manusia. Setiap masyarakat mempunyai bentuk kesenian tersendiri yang merupakan gambaran keseluruhan pengalaman dan cita-cita hidup masyarakat itu. Kesenian secara umumnya, diertikan sebagai bentuk-bentuk yang menyenangkan dan indah. Seni meliputi aspek-aspek gerak-geri, warna dalam catan dan karya seni lukis, bunyi dan muzik, liuk-lampai gerak dalam tarian dan sebagainya. Sesuatu itu dianggap seni jika berupaya untuk memenuhi tuntutan indera, dan bermanfaat kepada manusia dalam proses memperkaya pengelaman manusia dalam pengembangan dan pembinaannya. Seterusnya, kesenian juga merupakan usaha untuk mencipta bentuk-bentuk yang melahirkan rasa kesenangan hati. Perasaan yang menyenangkan ini merupakan perasaan yang mengalami keindahan. Barang kesenian yang kita pakai sehari-hari seperti pakaian dan rantai merupakan penciptaan seni daripada segala macam hal atau benda disebabkan oleh keindahan bentuknya.

2.0 2.1

Morfologi Golongan kata Kata nama, kata kerja, dan kata adjektif merupakan golongan kata utama. Hal ini

demikian kerana golongan kata tersebut menjadi inti bagi frasa utama ayat, iaitu frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif. Perkataan-perkataan selain daripada tiga golongan kata nama tersebut, boleh dikelompokkan ke dalam satu golongan kata secara kolektif yang bersifat heterogen dan disebut sebagai kata tugas. Secara umumnya, golongan kata dalam bahasa Melayu terbahagi kepada empat bahagian, iaitu: a) Kata nama. b) Kata kerja. c) Kata adjektif. d) Kata tugas.

2.1.1 Golongan Kata Nama Merangkumi sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti dalam binaan frasa nama dan kebiasaannya kata ini menamakan orang, haiwan, tempat, benda, atau konsep. Seluruh kata nama dapat dipecahkan kepada tiga subgolongan, iaitu kata nama khas, kata nama am, dan kata ganti nama.

Kata Nama Khas Merupakan kata nama yang merujuk kepada sesuatu benda yang khusus dan mempunyai ejaan yang berpangkalkan huruf besar. Kata nama khas terbahagi kepada dua kumpulan besar, iaitu kata nama khas hidup dan kata nama khas tak hidup. Kata nama khas hidup pula terpecah kepada dua bahagian kecil, iaitu kata nama khas hidup manusia dan kata nama khas hidup bukan manusia.

manusia hidup kata nama khas tak hidup bukan manusia

Rajah di atas merupakan pembahagian kata nama khas

i) Kata nama khas hidup a) Manusia

Nina Rubi Hani

Ahmad Hamid Jamil

Tun Abdul Razak P.Ramlee Sultan Mahmud Shah

b) Bukan manusia

Tompok Si Belang Sang Lamri

Ananas comosus (nanas hijau) Vanda Diana (sejenis orkid) Nymphaea stellata (teratai kecil)

ii) Kata nama khas tak hidup Kuala Lumpur Gunung Kinabalu Salak Selatan Planet Bumi Proton Saga Bukit Bintang

Kata Nama Am Kata nama am merujuk kepada benda atau perkara yang mempunyai sifat yang umum. Kata nama am dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu kata nama am konkrit dan kata nama am abstrak. konkrit kata nama am abstrak

i) Kata nama am konkrit Merupakan kata nama yang membawa konsep kebendaan. Sesuatu yang kita boleh sentuh. lautan kereta lembu jambatan rumah motosikal

ii) Kata nama am abstrak Merupakan kata nama yang membawa konsep mujarad atau bukan kebendaan. Sesuatu yang kita tidak boleh sentuh. Kehendak Impian perpaduan kemerdekaan demokrasi baik

Kata Ganti Nama Kata ganti nama dapat dibahagikan kepada dua pecahan yang kecil, iaitu kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri. Kata ganti nama tunjuk terbahagi kepada dua, iaitu kata ganti nama tunjuk umum dan kata ganti nama tunjuk tempat. Manakala, kata ganti nama diri pula boleh dipecahkan kepada dua, iaitu kata ganti nama diri tanya dan kata ganti nama diri orang.

Kata ganti nama diri orang terdiri daripada kata ganti nama diri pertama, kata ganti nama diri kedua, dan kata ganti nama diri ketiga.

kata ganti nama tunjuk kata ganti nama kata ganti nama diri kata ganti nama diri orang pertama kedua ketiga kata ganti nama diri tanya

Rajah di atas merupakan penggolongan kecil kata ganti nama

i) Kata ganti nama tunjuk Kata ganti nama tunjuk merupakan kata ganti nama yang berfungsi untuk mengarah sesuatu perkara, benda atau tempat. Kata ganti nama yang menunjuk pada sesuatu perkara atau benda dikenali sebagai kata ganti nama tunjuk umum, sebaliknya kata ganti nama yang menunjuk pada sesuatu tempat, dikenali sebagai kata ganti nama tunjuk tempat. 10

Terdapat dua kata ganti nama tunjuk umum, iaitu ini (menunjuk pada yang dekat) dan itu (menunjuk pada yang jauh). Kata ganti nama tunjuk tempat pula terdiri daripada sini (menunjuk pada arah dekat), situ (arah agak jauh), dan sana (arah jauh).

ii) Kata ganti nama diri Merupakan kata ganti nama yang menjadi pengganti kepada sesuatu benda, perkara atau manusia. Kata ganti nama diri terbahagi kepada dua kumpulan: a) Kata ganti nama diri tanya. b) Kata ganti nama diri orang. Kata ganti nama diri tanya ialah jenis kata nama yang berfungsi untuk menanyakan hal benda, perkara atau manusia. Terdapat tiga bentuk kata ganti nama diri tanya, iaitu siapa (merujuk kepada orang), apa (merujuk kepada benda atau perkara), dan mana (merujuk kepada benda dan orang). Kata ganti nama diri orang ialah jenis kata ganti nama yang merujuk kepada manusia dan terdiri daripada tiga kategori, iaitu orang pertama, orang kedua, dan orang ketiga. Kata ganti nama diri orang pertama: Kata ganti nama diri orang kedua: Kata ganti nama diri orang ketiga: saya, aku, beta, patik, kami, kita saudara, kamu, awak, engkau, anda ia, dia, beliau, mereka, -nya.

11

2.1.2 Golongan Kata Kerja Merangkumi perkataan-perkataan yang dapat menjadi unsur inti dalam binaan frasa kerja. Terbahagi kepada kata kerja tak transitif dan kata kerja transitif. Kata kerja tak transitif terbahagi kepada kata kerja tak transitif tak berpelengkap dan kata kerja tak transitif berpelengkap. Manakala, kata kerja transitif pula terbahagi kepada kata kerja transitif yang wujud dalam ayat aktif dan kata kerja transitif yang wujud dalam ayat pasif.

tak berpelengkap kata kerja tak transitif

kata kerja

berpelengkap aktif kata kerja transitif pasif

Kata Kerja Tak Transitif Merupakan kata kerja yang tidak memerlukan objek sesudahnya. Walaupun begitu, terdapat kata kerja tak transitif yang perlu diikuti oleh pelengkap, selebihnya tidak perlu diikuti oleh pelengkap.

12

i) Kata kerja tak transitif tak berpelengkap. menjerit berkibaran pulang terpegun menguning melancong

ii) Kata kerja tak transitif berpelengkap. berbuat baik beransur pulih berjalan kaki

Kata Kerja Transitif Merupakan kata kerja yang menerima objek sesudahnya. Kata kerja transitif juga dapat dibahagikan kepada dua, iaitu kata kerja dalam ayat aktif dan kata kerja dalam ayat pasif. Kata kerja transitif yang wujud dalam ayat aktif ialah kata kerja yang menerima awalan menN- dengan atau tanpa akhiran kan atau i. Kata kerja transitif yang wujud dalam ayat pasif pula ialah kata kerja hasil daripada proses transformasi atau perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif. a) Royland menendang bola. (aktif) b) Bola itu ditendang oleh Royland. (pasif)

13

Contoh-contoh lain:

Kata Kerja (aktif) Menjalankan Melaksanakan Meleburkan

Kata Kerja (pasif) Saya jalankan, kamu jalankan, dijalankan Saya laksanakan, kamu laksanakan, dilaksanakan Saya leburkan, kamu leburkan, dileburkan

2.1.3 Golongan Kata Adjektif Kata adjektif ialah sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsurinti dalam binaan frasa adjektif. Golongan kata adjektif tidak mempunyai subgolongan yang ketara. Namun kata adjektif dapat dibahagikan kepada sekurang-kurangnya sembilan kumpulan berdasarkan makna perkataan-perkataannya.

i) Kata adjektif sifatan: baik, jahat, sibuk, segar, hebat

ii) Kata adjektif warna: merah, biru, hijau, kuning.

iii) Kata adjektif ukuran: tinggi, panjang, rendah, pendek.

iv) Kata adjektif bentuk: segi empat tepat, segi empat sama, bulat, bucur.

14

v) Kata adjektif pancaindera: a) rasa : sedap, manis, lazat, tawar

b) pandang : hodoh, lawa, cantik, molek c) bau d) dengar e) sentuh : wangi, busuk, hanyir, hapak : bising, nyaring, merdu : kasar, licin, halus, lembut

vi) Kata adjektif waktu: awal, lewat, lambat, cepat

vii) Kata adjektif perasaan: geram, rindu, benci, ghairah

2.1.4 Golongan Kata Tugas Golongan kata tugas ialah golongan kata yang bersifat pelbagai jenis atau heterogen, iaitu mengandungi golongan-golongan kecil yang berbeza-beza namun mempunyai satu sifat yang sama, iaitu tidak boleh menjadi unsure inti bagi frasa-frasa endosentrik seperti frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif. Perkataan-perkataan dalam golongan kata tugas ini masuk ke dalam binaan ayat menerusi perhubungan dengan perkataan daripada golongan kata kerja, kata nama dan kata adjektif, ataupun melalui perhubungan secara langsung dengan binaan frasa atau klausa tertentu. Tujuan kata-kata tugas diterapkan ke dalam ayat, klausa atau frasa adalah untuk mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu, iaitu sebagai penghubung, penerang, pemeri, penguat dan tugas-tugas yang lain lagi.

15

i) ii)

kata hubung kata seru

: dan, atau, tetapi : amboi, aduh, cis : siapa, bagaimana, bila : tolong, sila, harus : pernah, sudah, akan : sungguh, sangat, amat : ialah, adalah : ke, dari, di : atas, bawah, kanan, kiri

iii) kata tanya iv) kata perintah v) kata bantu

vi) kata penguat vii) kata pemeri viii) kata sendi nama xi) kata arah

2.1.5 Petikan daripada majalah DBP Ada orang beranggapan bahawa bahasa kebangsaan tidak mempunyai peranan sebagai alat kemajuan atau pembangunan negara, tetapi hanya sebagai lambang negara atau sebagai alat perpaduan bangsa atau etnik. Anggapan ini tidak benar, kerana bahasa kebangsaan bererti bahasa komunikasi luas. Walaupun pun sesuatu bahasa itu diiktiraf oleh sebilangan kecil penduduk menerusi undang-undang atau dasar bahasa sebagai bahasa kebangsaan negara tersebut, nilainya nanti tidak lebih hanya sebagai bahasa simbolik tetapi tidak digunakan sebagai alat untuk memajukan bangsa dan negara. Misalnya, di Singapura bahasa Melayu masih diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan negara itu, tetapi peranannya hanya sebagai lambang yang tidak mempunyai apa-apa fungsi pembangunan, yakni, bahasa ini tidak digunakan sebagai alat untuk memajukan negara itu, misalnya dalam bidang ekonomi, pendidikan, teknologi dan sebagainya. Tetapi di Indonesia, bahasa Indonesia (bahasa Melayu) ialah bahasa pembangunan dan kemajuan bangsa dan negara Indonesia.

16

Fungsi bahasa Indonesia sebagai bahasa urusan kerajaan (bahasa rasmi) tidak dipisahkan daripada proses pembangunan negara itu seluruhnya. Kegunaan bahasa kebangsaan di Malaysia nampaknya terhad dalam bidang urusan rasmi kerajaan sahaja tetapi fungsi atau kegunaannya tidak tersebar luas dalam sektor pembangunan ekonomi, perniagaan, dan teknologi negara, terutama yang dikuasai sektor swasta. Dasar bahasa kebangsaan mengandaikan bahawa bahasa ini, di peringkat negara, dapat dimajukan sebagai alat untuk menyatupadukan penduduk berbilang kaum. Dikatakan matlamat itu lebih mudah dicapai kerana prosesnya tidak melibatkan sentiment dan emosi, tetapi semata-mata berdasarkan fungsi atau nilai instrumental bahasa Melayu untuk memainkan peranan sebagai bahasa perpaduan negara dan sebagai bahasa kemajuan atau pembangunan negara. Apakah alasan kita? Alasan yang paling kuat ialah, bahasa Melayu mempunyai nilai tambahan yang cukup banyak, yang tidak terdapat pada bahasa-bahasa lain yang digunakan di negara ini. Antaranya, pertama, bahasa ini merupakan bahasa perhubungan antara pelbagai entik di pelbagai peringkat dan bidang atau ranah komunikasi sosial, politik dan budaya, perdagangan dan lain-lain, tidak hanya di peringkat elitis atau dalam bidang-bidang yang terbatas.

17

Huraian golongan kata yang terdapat pada petikan Kata Nama Am Abstrak Kata nama yang umum, membawa maksud mujarad atau kebendaan yang tidak boleh disentuh. 1. Bahasa 2. Kebangsaan 3. Peranan 4. Kemajuan 5. Lambang 6. Perpaduan 7. Komunikasi 8. Undang-undang 9. Simbolik 10. Fungsi 11. Bidang 12. Ekonomi 13. Pendidikan 14. Teknologi 15. Nasional 16. Urusan 17. Rasmi 18. Proses 19. Terhad 20. Perniagaan 21. Tambahan 22. Sosial 23. Politik 24. Budaya 25. Elitis 26. Bererti 27. Alat 28. Etnik 29. Sesuatu 30. Oleh 31. Tersebut 32. Fungsi 33. Seluruhnya 34. Sentimen 35. Nilai 36. Perhubungan Konkrit Kata nama yang umum, membawa konsep kebendaan yang boleh disentuh. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Orang Negara Penduduk Dasar Rakyat Kerajaan Bangsa

Kata Ganti Nama Tunjuk Kata nama yang umum, iaitu menunjuk pada sesuatu perkara atau benda. Diri Kata nama yang menjadi pengganti kepada sesuatu benda yang merujuk kepada manusia. 1. Kita Kata Adjektif Ukuran Jenis perkataan yang membawa pengertian ukuran sebagai unsur keterangan. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Peringkat Luas Kecil Berbilang Lebih Dalam Cukup Banyak Sifatan Jenis perkataan yang memberi pengertian sifatan sebagai unsur keterangan nama.

1. Ini/itu

1. 2. 3. 4. 5. 6.

Instrumental Kuat Benar Mudah Emosi Lain

Kata Nama Khas Tak Hidup Kata nama yang merujuk kepada sesuatu benda yang khusus dan tidak hidup. 1. Singapura 2. Melayu 3. Indonesia

19

Kata Kerja Tak Transitif Tak Berpelengkap Kata kerja yang tidak memerlukan objek sebagai penyambut dan tidak mempunyai pelengkap. 1. Beranggapan 2. Pembangunan 3. Digunakan 4. Dipisahkan 5. Mengandaikan 6. Dicapai 7. Ada 8. Terhad 9. Berdasarkan 10. Terdapat 11. Terbatas Tak Transitif Berpelengkap Kata kerja yang tidak memerlukan objek sebagai penyambut tetapi mempunyai pelengkap. 1. Memainkan Peranan Kata Kerja Transitif

Merupakan kata kerja yang menerima objek sesudahnya.

1. Memajukan 2. Melibatkan 3. Diiktiraf

Kata Tugas Kata Sendi Nama Mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu, iaitu sebagai penerang. 1. Di 2. Daripada Kata Hubung Mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu, iaitu sebagai penghubung. 1. Atau 2. ialah 3. Bahawa 4. Sebagai 5. Tetapi 6. Hanya 7. Atau 8. Misalnya 9. Yang 10. Sahaja 11. Nampaknya 12. Untuk 13. Kerana 14. Dan 15. Semata-mata 16. Pada 17. Antaranya

Kata Tanya Perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoalkan sesuatu. 1. Apakah

Kata Nafi Perkataan yang menjadi unsur nafi frasafrasa predikat.

1. Tidak

3.0

Sintaksis

3.1

Frasa Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada sekurang-

kurangnya dua perkataan atau jika terdiri daripada satu perkataan, ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Frasa tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan predikat. Frasa juga dapat didefinisikan sebagai binaan yang boleh terdiri daripada satu patah kata atau rentetan beberapa patah kata yang berfungsi sebagai konstituen dalam ayat, sama ada sebagai subjek, predikat, objek atau keterangan. Frasa tidak membawa maksud yang lengkap yang boleh dikatakan sebagai satu ayat.

3.1.1 Jenis Frasa Terdapat empat jenis frasa dalam bahasa Melayu. Menurut binaannya, frasa dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu frasa endosentrik dan frasa eksosentrik. Antaranya ialah:

a) Frasa nama b) Frasa kerja c) Frasa adjektif d) Frasa sendi nama 21

Frasa endosentrik ialah frasa yang mengandungi satu unsur inti. Unsur inti ini mewakili seluruh frasa berkenaan. Frasa dinamakan mengikut unsur inti ini. Frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif ialah frasa endosentrik. Ini kerana kata nama, kata kerja, dan kata adjektif boleh menjadi unsur inti setiap frasa itu.

Contohnya: sepasang mata biru (FN. Inti frasa ini ialah mata, jenis kata nama)

Manakala, frasa eksosentrik ialah frasa sendi nama yang tidak mempunyai unsur inti contohnya ke tandas dan di sekolah . Kewujudan sendi nama di bergantung pada sekolah dan ke kepada tandas. Oleh itu, frasa jenis ini dikatakan frasa eksosentrik kerana pusatnya bergantung pada suatu unsur luaran.

3.1.2 Fungsi Frasa Frasa penting dalam menentukan sama ada sesuatu ayat itu gramatis ataupun tidak. Ayat yang gramatis perlu mempunyai binaan yang terdiri daripada subjek dan predikat. Ayat yang tidak mempunyai salah satu unsur ini dikatakan sebagai ayat tergantung, tidak sempurna dan mengelirukan. Subjek ialah frasa yang letaknyadi hadapan predikat dalam susunan ayat biasa. Dalam susunan biasa ini, bahagian subjek diisi oleh frasa nama. Manakala, predikat pula ialah frasa yang letaknya selepas subjek dalam susunan ayat biasa. Seterusnya, objek ialah bentuk kata nama atau sederetan kata nama yang menjadi penyambut kepada kata kerja transitif.

22

Frasa Nama Frasa nama ialah suatu binaan dari sudut nahu dan boleh terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang boleh berfungsi sebagai satu konstituen dalam binaan ayat. Unsur-unsur yang membentuk dua konstituen utama dalam ayatayat dasar bahasa Melayu ialah: i) FN + FN ii) FN + FK iii) FN + FA iv) FN + FS Selain konstituen dan konstituen predikat frasa nama, frasa nama boleh juga hadir dalam konstituen objek, iaitu konstituen yang hadir sesudah kata kerja transitif dalam frasa kerja. Konstituen atau unsur yang menjadi pengisi frasa nama terdiri daripada kata nama sebagai unsure intinya. Unsur inti ini boleh wujud secara bersendirian ataupun dengan penerang yang hadir sebelum frasa nama atau sesudahnya.

Frasa Kerja Frasa kerja ialah suatu binaan yang boleh terdiri daripada satu perkataan atau lebih yang menggunakan kata kerja sebagai kata intinya. Kata kerja tak transitif boleh hadir bersendirian atau diikuti oleh satu atau sederetan perkataan. Manakala, kata kerja transitif mesti diikuti oleh objek. Kata kerja ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan frasa kerja. Frasa kerja terdiri daripada kata kerja yang boleh disertai beberapa unsur lain seperti kata bantu, objek, pelengkap, ayat komplemen, dan keterangan. Kata kerja menyatakan makna perbuatan atau perlakuan, dan dapat disertai kata nafi 'tidak'. 23

Frasa Adjektif Frasa adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif atau kata sifat sebagai kata intinya. Frasa adjektif berfungsi sebagai predikat dan juga sebagai unsur keterangan dalam predikat. Sebagai unsur keterangan, kata adjektif hadir sesudah frasa kerja dan frasa sendi nama. Jika frasa adjektif bertugas sebagai unsur keterangan, kedudukannya dalam predikat ayat adalah selepas kata kerja. Sekiranya frasa adjektif bertugas sebagai unsur penerang pula, kedudukannya adalah selepas kata nama. Binaan frasa adjektif bukan sahaja mengandungi kata adjektif sebagai unsur inti, tetapi boleh juga disertai oleh kata bantu dan kata penguat, sama ada di hadapan atau di belakangnya.

Frasa Sendi Nama Frasa sendi nama ialah satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama dan satu frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu. Kata sendi nama ialah bentuk morfem atau kata yang letaknya di hadapan frasa nama. Antara kata sendi nama yang sering digunakan dalam bahasa Melayu ialah: a) Di b) Hingga c) Dengan f) Akan e) Dari g) Ke

24

3.2

Binaan Ayat

3.2.1 Ayat Dasar Ayat dasar merupakan ayat yang menjadi sumber untuk pembentukan semua ayat laindalam sesuatu bahasa. Apabila kajian di laksanakan ke atas asas binaannya, semua ayat itu boleh dikesan rangka dasarnya yang berasal daripada beberapa pola tertentu. Pola-pola rangka ayat itukah yang disebut pola ayat dasar bagi sesuatu bahasa. Dalam bahasa Melayu, pola ayat dasar boleh dibahagikan kepada empat jenis, iaitu jenis-jenis subjek dan predikatnya. Pada umumnya, konstituen subjek diisi oleh frasa nama. Manakala konstituen predikat pula diisi oleh empat jenis unsur yang berbeza, iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama. Empat pola ayat dasar dengan unsur-unsurnya adalah seperti berikut: Pola 1: Pola 2: Pola 3: Pola 4: Frasa Nama + Frasa Nama Frasa Nama + Frasa Kerja Frasa Nama + Frasa Adjektif Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FN) (FN + FK) (FN + FA) (FN + FS)

Walaupun konstituen-konstituen tersebut terbentuk daripada dua perkataan, namun setiap konstituen hanya boleh mengandungi satu perkataan. Kecuali pola Frasa Nama + Frasa Sendi Nama yang konstituen predikatnya mesti teridiri daripada kata sendi nama diikuti oleh kata nama atau frasa nama.

25

3.2.2 Ayat Tunggal Ayat tunggal merupakan ayat yang mengandungi satu klausa sahaja, yang terdiri daripada satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat. Binaan ayat dasar mempunyai konstituen subjek yang mendahului konstituen predikatnya. Begitu juga dengan binaan ayat tunggal yang mengandungi ssatu konstituen subjek dan satu konstituen predikat. Berikut ialah contoh binaan ayat tunggal: Subjek Fazrin Raul Predikat Berjalan kaki Bermain bola

Perbezaan antara ayat tunggal dengan ayat dasar ialah semua ayat dasar mempunyai ayat penyata, manakala ayat tunggal mempunyai ayat Tanya, ayat perintah, ayat seruan, dan banyak lagi. Apabila berlaku pertukaran pada kedudukan subjek dan predikatnya, maka ayat tunggal itu tidak lagi menjadi ayat dasar.

3.2.3 Ayat Majmuk Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua atau lebi ayat tunggal. Pencantuman ayat-ayat itu disusun mengikut kaedah tertentu hingga menjadi ayat baru. Di bawah merupakan beberapa contoh ayat majmuk hasil pencantuman ayat-ayat tunggal.

1. Ali berjalan sambil mendengar lagu a) Ali berjalan b) Ali mendengar lagu

26

2. Abu bercakap sambil makan nasi a) Abu bercakap b) Abu makan nasi

3. Azlan seorang yang baik hati dan peramah a) Azlan baik hati b) Azlan peramah

Ayat Majmuk Gabungan Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang mempunyai dua atau lebih ayat yang dijadikan satu melalui gabungan atau cantuman ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti dan, tetapi, atau dan sebagainya. 1. Budak sekolah itu rajin dan tekun ketika belajar. 2. Adiknya tinggi tetapi abangnya rendah. 3. Buku merupakan satu rujukan atau dikenali sebagai bahan ilmiah.

Hubungan antara satu ayat dengan yang lain wujud apabila ayat-ayat tersebut disusun secara berturut-turut. Ayat-ayat ini juga boleh disambung tanpa kata hubung. Apabila perkara ini berlaku, maka nada suara berfungsi sebagai penanda, iaitu disuarakan sebagai deretan penyataan.

27

Ayat Majmuk Pancangan Ayat majmuk pancangan mempunyai satu ayat utama dan beberapa ayat-ayat kecil lain yang dipancangkan ke dalam ayat utama dan seterusnya menjadi sebahagian ayat utama itu. Terdapat tiga jenis ayat pancangan dalam bahasa Melayu, yang ditentukan oleh cara pembentukan dan jenis ayat yang dipancangkan, iaitu: a) Ayat relatif. b) Ayat komplemen. c) Ayat keterangan. Ayat relatif ialah ayat yang ditandai dengan penggunaan perkataan yang. Manakala ayat komplemen pula berfungsi sebagai pelengkap, sebagai contoh: i) ii) Murid yang sakit itu telah pulang. Dia menerangkan bahawa murid itu sakit.

Ayat Murid itu sakit telah dipancangkan sebagai ayat relative ke dalam ayat Murid itu telah pulang. Ayat bahawa murid itu sakit merupakan objek kepada kata kerja transitif menerangkan. Ayat tersebut menunjukkan bahawa terdapat subjek dia dan kata kerja transitif menerangkan dan ayat bahawa murid itu sakit seolah-olah menjadi objek kepada kata kerja transitif itu.

Ayat Majmuk Campuran

Ayat majmuk campuran merupakan ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, seterusnya ayat majmuk campuran terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk sebagai contoh: i) Ahmad sedang membaca buku tetapi kawan-kawannya yang sudah letih lesu telah lama tidur. 28

Ayat ini terdiri daripada ayat majmuk gabungan yang disambungkan dengan kata hubung tetapi. Ayat pertama ialah Ahmad sedang membaca buku sementara ayat yang kedua ialah kawan-kawannya yang suda letih lesu telah lama tidur. Ayat kedua ini merupakan ayat majmuk juga kerana terdapat ayat relatif, iaitu yang sudah letih lesu, dipancangkan ke dalamnya.

3.3

Binaan Ayat Mengikut Jenis

Empat Ayat Dasar (FN + FN) a) Orang itu abang saya

(FN + FK) b) Burung itu membuat sarang

(FN + FA) c) Ibunya selalu sibuk

(FN + FS) d) Kucingnya di dalam rumah

Empat Ayat Tunggal a) Rumah mereka di atas bukit. b) Di atas bukit rumah mereka. c) Bajunya cantik. d) Cantik bajunya. 29

Tiga Ayat Majmuk Campuran a) Mereka membersihkan rumah ketika cuti sekolah untuk mengisi masa lapang. b) Daniel seorang yang tinggi tetapi adiknya rendah. c) Sazali ditegur oleh ayahnya kerana dia makan sambil bercakap ketika makan bersama keluarga.

Tiga Ayat Majmuk Gabungan a) Ali suka mata pelajaran Bahasa Melayu tetapi Abu suka Matematik. b) Budak-budak pra sekolah itu menari sambil menyanyi. c) Roshan suka minuman yang manis dan masam.

Tiga Ayat Majmuk Pancangan Relatif a) Sekumpulan lelaki yang merompak bank itu telah ditangkap. Komplemen b) Juggernaut memberitahu ayahnya bahawa dia telah mendapat tawaran belajar di luar Negara. Keterangan c) Kardel membaca buku sementara menunggu kereta api sampai.

30

3.4

Analisis Ayat

Ayat Majmuk Pancangan Dalam Bentuk Rajah Pohon Ayat : Sekumpulan lelaki yang merompak bank itu telah ditangkap.

FN

FK

FN

FK

KN

KRel

KK

KN

telah ditangkap

Sekumpulan lelaki yang

merompak

bank itu

31

Ayat : Juggernaut memberitahu ayahnya bahawa dia telah mendapat tawaran belajar di luar Negara.

FN

FK

FN

FK

FSN

KN

KK

KN

KKomp KGN KB KK

Juggernaut

memberitahu

ayahnya bahawa

dia

mendapat telah

tawaran belajar di luar negara

32

Ayat : Kardel membaca buku sementara menunggu kereta api sampai.

FN

FK

FN

FK

KN

KK

KN

KKet KK

KN

KB

Kardel

membaca

buku

sementara

kereta api sampai

menunggu

33

Ayat Majmuk Campuran Dalam Bentuk Rajah Pohon Ayat : Mereka membersihkan rumah apabila banjir surut kerana hujan telah berhenti.

A1

A2

S FN FK

untuk mengisi masa lapang

KN

KK

rumah ketika cuti sekolah

Mereka

membersihkan

34

Ayat : Daniel seorang yang tinggi tetapi adiknya rendah.

A1

A2

S tetapi adiknya rendah FN KN Daniel seorang yang tinggi P

35

4.0

Kesimpulan

Secara tuntasnya, morfologi merupakan satu bidang yang memfokuskan kajian terhadap perkataan dalam bahasa Melayu yang telah menunjukkan perubahan dan perkembangan yang pesat, terutama dalam bidang kosa kata dan yang melibatkan perubahan bentuk-bentuk kata. Bidang ini juga tela menjelaskan peraturan-peraturan penggabungan morfem. Dari segi golongan kata pula, telah dihuraikan tiga jenis golongan kata utama bahasa Melayu, iaitu kata nama, kata kerja, dan kata adjektif. Manakala, sintaksis pula merupakan suatu bidang yang mengkaji tentang jenisjenis ragam ayat. Sintaksis lebih menjurus kepada aspek-aspek tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat. Ayat-ayat akan menjadi sempurna hanya jika ayat terdiri daripada subjek dan predikat. Predikat bagi pola ayat biasa bahasa Melayu boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. Setiap frasa tersebut mempunyai unsur inti bagi frasa itu seperti kata nama, kata kerja, kata adjektif, atau kata sendi nama dengan frasa nama. Kesusasteraan, kebudayaan, dan kesenian Melayu secara umumnya telah dipengaruhi oleh beberapa unsur kepercayaan. Namun, agam Islam telah banyak mempengaruhi perkembangan dalam kesusasteraan, kebudayaan, dan kesenian Melayu. Sehingga pada hari ini, nilai Islam dalam kesusasteraan, kebudayaan, dan kesenian Melayu mempunyai hubungan yang sangat rapat seperti kata pepatah bagai isi dengan kuku.

36

5.0

Refleksi

Setelah menyiapkan tugasan yang telah diberikan kepada saya ini, saya sedar bahawa betapa pentingnya untuk mempelajari aspek-aspek yang terdapat dalam bahasa kebangsaan kita. Selain itu, saya telah memahami konsep-konsep dalam pembelajaran subjek Bahasa Melayu I Akademik dengan lebih terperinci lagi. Seterusnya, saya telah memperolehi beberapa kemahiran baru, iaitu membina ayat berdasarkan pola ayat dalam bahasa Melayu. Saya juga telah memperolehi ilmu pengetahuan tentang kaedah-kaedah dalam menganalisis ayat. Tugasan ini juga telah mengajar saya tentang sesuatu yang istimewa, iaitu keunikan dalam pembentukan ayat bahasa Melayu. Saya juga berasa terpegun apabila mendapat tahu bahawa terdapat komponenkomponen yang lebih kecil dalam pembelajaran morfologi dan sintaksis. Perkara ini telah membuatkan diri saya tertanya-tanya dan seterusnya ingin mengetahui lebih lanjut tentang pecahan-pecahan atau bahagian-bahagian dalam ayat-ayat bahasa Melayu. Saya begitu tertarik apabila didedahkan dengan bentuk-bentuk atau jenis-jenis ayat yang berbeza-beza. Saya akan terus mengkaji aspek-aspek ini bagi merealisasikan ungkapan yang mengatakan bahawa guru tidak jemu untuk menimba ilmu.

37

You might also like