You are on page 1of 32

BULETIN HEPA 1

BULETIN HEPA 1
KHABAR BICARA EDITOR
ISI KANDUNGAN
SIDANG REDAKSI
Penaung:
Engr. Prof. Dr. Marizan b. Sulaiman
Penasihat:
Encik Zainudin bin Ahmad
Ketua Editor:
Tuan Haji Razali bin Abd. J alil
Penolong Ketua Editor:
Encik Ruzaiman bin Abdul Rahman
Pengarang:
Puan Noornahar bt. Hj. Akashah
Dr. Nor Raffidah bt. Haron
Encik Mohd. Fairuz Azwad bin Mohd. Zauwawi
Encik Mohd. Yaszli bin Mohamed Rahis
Encik Zulkifli bin Ishak
Encik Amir bin Ali
Puan Rafidah bt. Mohd. Dusa
Puan Hadibah bt. Tahir
Puan Musliha bt. Yusoff
Pembaca Pruf:
Puan Mazne bt. J aafar
Wartawan:
Cik Netty Muhaliza bt. Mohd. Fadzil
Edaran:
Encik Muhammad Akmal b. Mad Yatim
Encik Mohd. Saharudin b. Abdul Rahman
1
2
3
HAJI RAZALI BIN ABD. JALIL
AssalamualaikumWarahmatullahi Wabarakatuh dan Salam
1Malaysia
Terlebih dahulu saya bagi pihak sidang redaksi Buletin
HEPA mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013. Semoga
tahun ini akan dikurniakan kesihatan yang baik bagi kita
semua dapat menunaikan tanggungjawab kepada organisasi
dengan lebih berkesan lagi.
Banyak programdan aktiviti yang telah dijalankan oleh
Pejabat HEPA yang meninggalkan pelbagai impak yang
tinggi bagi melahirkan mahasiswa yang berketerampilan
dan bersahsiah murni. Usaha-usaha ini akan diteruskan
lagi supaya mahasiswa UTeM dapat menafaat yang
berguna setelah bergraduat nanti.
Terima kasih kepada semua pihak yang membantu dalam
merealisasikan penerbitan Buletin HEPA pada kali ini.
Sekian, Terima Kasih
K
h
ab
ar
B
icara
E
ditor
2
B
u
a
l
B
ic
a
ra
B
u
a
l
B
ic
a
ra
ber s ama
Bagaimana untuk menjadikan siswa UTeM
sebagai siswa yang berkebolehan dari
pelbagai sudut?
Apakah perancangan dan program yang
mempunyai impak yang tinggi kepada
mahasiswa UTeM untuk tahun hadapan?
Engr. Prof. Dr. Marizan B. Sulaiman
Penolong Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni
1
Tahun hadapan telah diisytiharkan sebagai
tahun kesukarelawanan, apa perancangan
HEPA UTeM dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti
kesukarelawanan tersebut?
2
Program-program dengan 8 teras aktiviti perlu
ditingkatkan bagi meningkatkan kebolehan 7
atrribute pelajar.
Pejabat HEPA telah merancang beberapa program
yang menarik termasuk ke luar negara bagi
mendedahkan pelajar tentang khidmat komuniti dan
baktisiswa. UTeM terlibat secara langsung dengan
program 1M4U yang telah dilancarkan oleh kerajaan
dimana program 1M4U merupakan satu program
yang memfokuskan aktiviti kesukarelawanan siswa
dan belia terhadap masyarakat setempat dan juga
antarabangsa. Bagi menyokong program 1M4U
ini, satu pusat aktiviti atau lebih dikenali sebagai
1M4U OUTREACH CENTRE akan ditubuhkan di
UTeM yang akan menjadi nadi penggerak program
kesukarelawanan dengan kerjasama pihak luar
yang terdiri dari badan-badan swasta, badan
korporat dan syarikat milil kerajaan (GLC).
3
Pelbagai bidang yang dicadangkan merangkumi
kesukarelawanan, sukan, kebudayaan,
pengucapan umum dan sebagainya di peringkat
universiti dan kebangsaan. Salah satu program yang
berimpak tinggi yang dirancang ialah dalam bidang
kesukarelawanan dimana pihak HEPA menyahut
saranan daripada Kementerian Pengajian Tinggi
(KPT) untuk membuat program khidmat masyarakat
ke luar Negara terutama di Negara Kemboja, Laos,
Myanmar, Vietnam. Antara program yang telah
dirancang ialah program Titian Kasih di Kemboja
dan juga khidmat masyarakat di perkampungan
Islam di Selatan Thailand.
Adakah masalah penginapan bagi pelajar
telah dapat diatasi di UTeM?
Bagaimana untuk meningkatkan pembudayaan
keusahawanan di kalangan mahasiswa UTeM?
4
5
UTeM tidak mempunyai masalah penginapan
pelajar untuk tahun 1 dan 2 kerana kolej kediaman
UTeM boleh menampung seramai 5500 pelajar
dengan keadaan yang lebih selesa.
Program menyeluruh daripada aspek akademik,
program dan aktiviti sama ada dalam UTeM atau
luar bersama masyarakat dan industri. UTeM telah
menyediakan prasarana bagi aktiviti-aktiviti pelajar
termasuklah Siswa Save, Permatang Pelajar, kiosk
dan menganjurkan konvensyen keusahawanan
kepada pelajar-pelajar.
BULETIN HEPA 3
Salam
HEPA
UNIT KERJAYA
&
Alumni
Latar Belakang
Unit Alumni dan Kerjaya Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah ditubuhkan pada 1 Disember 2005. Unit
ini pada asalnya diletakkan di bawah pengawasan secara sementara di bawah Unit Pentadbiran, Kewangan
dan Perolehan HEPA.
UTeM telah mula melahirkan alumni seramai 471 orang dan 996 orang pada Majlis Konvokesyen Pertama dan
Keduanya pada tahun 2005 dan 2006. Bilangan ini akan terus meningkat pada masa hadapan. Senario semasa
telah menunjukkan bahawa telah wujudnya Persatuan dan Pejabat Alumni di IPTA masing-masing dan telah pun
menggerakkan pelbagai aktiviti bersama bagi membantu mahasiswa dan bakal graduan.
Peranan Alumni haruslah dipupuk kepada mahasiswa di peringkat awal bermula dengan Minggu Haluan Siswa
bagi memastikan pembudayaan alumni berterusan dan berkesan. Pembudayaan Alumni dan keberkesanan
aktiviti secara berterusan dapat menanamkan semangat cintakan alma mater kepada universiti dan memupuk
semangat permuafakatan bagi mengekalkan jaringan yang kukuh antara alumni dan universiti.
Mewujudkan kerjasama yang berterusan bagi pembangunan sahsiah dan sokongan akademik di
universiti.
Mengadakan program bagi melahirkan graduan yang berkemampuan diserap oleh pasaran.
Menyediakan program dan aktiviti yang berkesan bagi meningkatkan peluang kerjaya dan
pembentukan keusahawanan.
Merangka program bagi tujuan penjanaan kewangan.
Mewujudkan jaringan kerjasama di kalangan alumni-industri dan stakeholders.
Mewujudkan kesepakatan dan hubungan erat di kalangan Alumni UTeM dan Universiti.
Menjadi pusat perhubungan alumni yang bertanggungjawab dalam menjalinkan hubungan yang erat
antara alumni dan universiti, mempunyai sumber kewangan yang kukuh ke arah keterlibatan alumni
secara maksima terhadap alma mater.
Merangsang rangkaian aktiviti yang meluas di kalangan alumni dan menjalin hubungan yang saling
menguntungkan di antara alumni, Persatuan Alumni UTeM dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka ke
arah mencapai aspirasi UTeM.
V
I
S
I
M
I
S
I
O
b
j
e
k
t
i
f
Haji Razali b. Abd. Jalil-Penolong Pendaftar -kiri
Saharudin b. Abdul Rahman-Pembantu Tadbir (P/O)-tengah
Muhammad Akmal b. Mad yatim-Pembantu Tadbir (P/O)-kanan
4
UNIT KEBUDAYAAN DAN WARISAN
BULETI TTIN N N HE HE HEPA PAAA 44
Unit Kebudayaan dan Warisan merupakan salah satu unit
yang berada di bawah Bahagian Pembangunan Pelajar
(BPP), Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA). Unit
ini ditubuhkan pada bulan Oktober 2003 dengan dianggotai
oleh lima orang staf. Antara fungsi utama Unit Kebudayaan
dan Warisan adalah :
1. Melahirkan mahasiswa/ i dalambidang kesenian dengan
merancang programatauaktiviti seperti berikut:
- Muzik orkestra
- Seni tarian
- Teater
- Nasyid
- Gendang 24 Musim
- Pantun
- Kompang
- Deklamasi puisi dan sajak
- Marching Band
- Dikir Barat
- Khidmat Masyarakat Seni dan Budaya
- Pertukaran Budaya
Memberi khidmat nasihat kepada kelab-kelab pelajar
yang berada di bawah naungan Unit Kebudayaan dalam
pelaksanaan program-programkebudayaan, kesenian dan
khidmat masyarakat seni dan budaya.
- Kelab Nasyid
- Kelab Dikir Barat
- Persatuan Mahasiswa Anak Sabah &Sarawak [PMASS]
- Kelab Kebudayaan dan Kesenian Cina
- Kelab Kebudayaan dan Kesenian India
- Gabungan Pelajar MelayuSemenanjung [GPMS]
- Sekretariat Anak Melaka
- Kelab Seni Warisan [KASAWARI]
2. Menyediakan ruang latihan pelajar.
- Pusat Persatuan Pelajar - Bilik Latihan Tarian dan Bilik
Latihan Orkestra
3. Menyediakan kelengkapan peralatan untuk mahasiswa/ i
bagi mempelajari kesenian atau bentuk kebudayaan yang
diminati.
- Peralatan muzik
4. Menyediakan khidmat tenaga pengajar atau
jurulatih untuk mengilap kemahiran kesenian dengan
lebih mantap dan terbaik.
- J urulatih untuk Orkestra UTeM
- J urulatih untuk Tarian
- J urulatih untuk Teater
5. Menganjur serta menyertai programdan
pertandingan kesenian, kebudayaan dan warisan
sama ada di dalamatauluar negeri. Antaranya ialah :
- Pesta Cahaya
- Spring Festival
- Festival Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia
[FESTKUM]
- Khidmat Seni dan Budaya
- Pertukaran Budaya
6. Mengadakan hubungan dua hala di antara IPTA
atauIPTS sama ada dalamatauluar negera dalam
bidang kesenian, kebudayaan dan warisan.
- Pertukaran Pelajar Seni dan Budaya
- Khidmat Masyarakat Seni dan Budaya
STRUKTUR ORGANISASI UNIT KEBUDAYAAN &WARISAN
BULETIN HEPA 5
BULETIN HEPA 6
R
A
K
A
N

S
IS
W
A
Nama: Sabrina binti Hj. Saleh
Jawatan : Penolong Pengurus Asrama
Kolej Kediaman UTeM
Taman Tasik Utama
No. Tel Pejabat : 06 - 2332178
Nama :Zuraida binti Mohamed Taib
Jawatan : Penolong Pengurus Asrama, Kolej Kediaman Lestari
No. Telefon Pejabat: 06 - 5552199
2002 : Mula berkhidmatan sebagai Penyelia Asrama
2004 : Dinaikkan pangkat sebagai Penolong Pengurus Asrama dan berkhidmat di Kolej
Kediaman UTeM Taman Tasik Utama 3
2006 : Berkhidmat di One Stop Centre (Penubuhan One Stop Centre di Fakulti FKEKK dan
menguruskan 3 bahagian iaitubahagian Bahagian Pengurusan Organisasi, HEPA dan BENDAHARI)
2008 : Berkhidmat di Unit Penempatan Pelajar di HEPA
2010 hingga sekarang : Berkhidmat di Kolej Kediaman UTeM Taman Tasik Utama &Taman
Murai J aya yang pada masa itumenguruskan 3 Kolej iaituTTU2, TTU3 dan TMJ .
Memulakan kerjaya di UTeM pada 5hb Mac 2003 sebagai Penolong Pengurus Asrama
Kolej Kediaman Taman Tasik Utama 3. Pada bulan September tahun 2008 telah dipindahkan
ke Kolej Kediaman UTeM Bunga Raya selama 2 tahun dan kini bertugas di Kolej Kediaman
Lestari.
BULETIN HEPA 7
R
A
K
A
N
S
IS
W
A
Nama : Safinaz binti Nordin
Jawatan : Penolong Pengurus Asrama
Kolej Kediaman UTeM Bunga Raya
No. Tel Pejabat : 06-2332787
Nama : Shahrom Bin Mohd Said
Jawatan: Penolong Pengurus Asrama
Kolej Kediaman UTeM Murni
Tel Pej : 06-2332585
Memulakan kerjaya pada tahun 2008 sebagai Penyelia Asrama dan mula bertugas di Kolej
Kediaman UTeM Taman Tasik Utama 3, seterusnya mendapat kenaikan pangkat ke Penolong
Pengurus Asrama pada tahun 2010 dan meneruskan tugas di Kolej Kediaman UTeM Taman
BertamPerdana . Kemudian meneruskan tugas sebagai Penolong Pengurus Asrama di Kolej
Kediaman UTeM Bunga Raya pada tahun 2012.
ShahromBin Mohd Said yang dilahirkan pada tahun 1978, berasal dari negeri Melaka telah mula bertugas di UTeM pada
1Mac 2004 selaku Penolong Pengurus Asrama dan ditempatkan di Kolej Kediaman UTeM Bunga Raya dari 2004 hingga
25 J ulai 2010. Selepas dari tarikh tersebut telah ditukarkan ke Kolej Kediaman UTeM Murni bermula dari 26 J ulai 2010
sehingga sekarang
Bidang tugas utamanya adalah menyediakan penginapan yang kondusif disamping memberi perkhidmatan dan kemudahan pada
pelajar, menjaga keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang pelajar, pemantauan bagi kerja-kerja penyelenggaraan
kerosakan dan pembersihan berkala dan membantumenyediakan aktiviti berbentuk soft-skill kepada pelajar selain daripada
pengurusan pejabat.
Melalui gandingan bersama Pengetua, Felo dan Penyelia Asrama telah mengangkat Kolej Kediaman UTeM Bunga Raya
selakuKolej Kediaman Terbaik melalui Anugerah Bakti Dan Kegemilangan Pelajar UTeM 2008, 2009 dan di semasa di Kolej
Kediaman UTeM Murni bagi tahun 2011.
BULETIN HEPA 8
RAKAN SISWA
Nama : Abdul Halim bin Hj. Mohamad Noh
Jawatan : Penolong Pengurus Asrama
Kolej Kediaman UTeM Emerald
No. Tel. Pej. : 06-2332215
No. Tel HP : 010-4223722
Tarikh Mula Kerja : 03/03/2003
Pengalaman Kerja : 1 tahun di Kolej Kediaman Rumah Kedai UTeM
: 3 tahun di Kolej Kediaman UTeM Bachang
: 3 tahun di Kolej Kediaman UTeM Murni
: 2 tahun di Kolej Kediaman UTeM Emerald (Sekarang)
Bertanggungjawab mengurus pelajar dan kolej kediaman dengan
kerjasama Pengetua dan Pengurus Asrama dalammelancarkan pentadbiran kolej yang
berkaitan dengan pelajar, fasiliti dan kemudahan-kemudahan asas yang lain.
BULETIN HEPA 9
BERITA HEPA
KAKITANGAN PEJABAT HEPA UTeM KE
UNIVERSITI TEKNOLOGI NANYANG SINGAPURA
LAW
ATAN
Lawatan seramai 30 kakitangan Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA)
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang diketuai oleh Penolong Naib
Canselor HEPA Engr. Prof. Dr. Marizan Sulaiman ke Universiti Teknologi
Nanyang Singapura (UTNS), telah mencapai objektifnya dan dianggap berjaya
setelah dapat mempelajari pengurusan dan pentadbiran serta perkhidmatan
yang diberikan kepada pelajar-pelajar universiti berkenaan. Turut serta di dalam
lawatan ini ialah Ketua Timbalan Pendaftar HEPA Zainudin Ahmad dan Ketua
Bahagian Sukan HEPA Hj. Ismail Abdol J alil.
Menurut Prof. Dr. Marizan Sulaiman lagi antara tujuan lain programini ialah
memantapkan lagi kerjasama serantauantara UTeM dengan institusi pengajian
tinggi di negara termaju seperti Singapura, memperluas dan membangunkan
kerjasama dengan universiti yang berpengalaman dan mahir serta mengadakan
percambahan dan pertukaran idea antara UTeM dengan universiti yang dilawati
berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran yang berorientasikan aplikasi
dan amalan serta perlaksanaan kaedah-kaedah perkhidmatan.
UTNS ini dipilih kerana ia merupakan salah sebuah universiti yang tertua
di Singapura yang ditubuhkan pada tahun 1955 dan menawarkan pelbagai
program pengajian bersesuaian dengan keperluan masyarakat seperti
kejuruteraan, pengurusan, sains sosial serta perubatan. Universiti ini membina
kecemerlangan dalambidang penyelidikan dan menawarkan programijazah
sarjana muda hingga ke peringkat doktor falsafah.
Semasa di UTNS delegasi UTeM telah diberi taklimat oleh Pengurus Bahagian
Hal Ehwal Pelajar LimBoon Kiat. Delegasi UTeM juga telah dibawa sekitar
universiti dan pusat aktiviti pelajar serta mengadakan perbincangan dua hala
bagi bertukar pandangan mengenai kegiatan dan aktiviti yang dijalankan oleh
universiti berkenaan.
Beliau mengharapkan hasil dari lawatan ini akan dapat menyebarluaskan
jaringan dan meningkatkan kerjasama dengan universiti-universiti ternama luar
negara serta pihak industri terkemuka dunia. Prof. Marizan juga menjemput
UTNS untuk melawat UTeM bagi mengadakan pelbagai aktiviti dua hala dan
mengadakan programsukan antara kedua-dua universiti berkenaan.
KAKITANGAN HEPA UTeM KE
UNIVERSITI TAYLORS TINGKATKAN KERJASAMA
Bagi meningkatkan kerjasama dua hala antara universiti-universiti dalamdan
luar negara Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) Universiti Teknikal
Malaysia Melaka (UTeM) telah mengorak langkah dengan mengadakan
lawatan sambil belajar ke Universiti Taylors (UT), Kuala Lumpur. Lawatan ini
merupakan lawatan susulan selepas sesi lawatan oleh Naib Canselor UTeM
Prof. Datuk Dr. Ahmad Yusoff Hassan ke universiti berkenaan.
Seramai 20 orang kakitangan HEPA dari pelbagai jabatan dan unit yang
diketuai oleh Penolong Naib Canselor HEPA Engr. Prof. Dr. Marizan telah
menyertai lawatan ini. Turut serta Ketua Timbalan Pendaftar HEPA Zainudin
Ahmad serta ketua-ketua bahagian di pejabat HEPA.
Menurut Prof. Dr. Marizan, antara tujuan lawatan ini diadakan ialah bagi
mengadakan perbincangan dua hala serta bertukar-tukar fikiran dan
pengalaman mengenai hal ehwal pentadbiran, kebajikan serta aktiviti-aktiviti
yang diamalkan oleh pejabat hal ehwal pelajar di universiti berkenaan.
Delegasi UTeM telah disambut oleh seramai 15 orang kakitangan pejabat
berkenaan dan diberi taklimat oleh Pengarah Hal Ehwal Pelajar UT Angela Pok.
Menurut Angela Pok, pejabat hal ehwal pelajar universiti tersebut mempunyai
10 bahagian yang memberi perkhidmatan kepada lebih 12 ribupelajar. Antara
bahagian yang ada di pejabat ini ialah bahagian pembangunan pelajar,
bahagian pelajar antarabangsa, bahagian pentadbiran dan kewangan, bahagian
kaunseling, bahagian sukan dan rekreasi, pusat perkhidmatan kesihatan,bahagian
perkhidmatan kerjaya dan pusat perkhidmatan pelajar.
Delegasi UTeM juga telah dibawa melawat ke sekitar Universiti Taylors seperti,
pusat aktiviti pelajar, kafetaria pelajar, asrama pelajar serta pejabat pentadbiran.
Prof. Dr. Marizan juga menjemput kakitangan dan pelajar Universiti Taylor
untuk melawat UTeM dan seterusnya mengadakan perlawanan sukan bagi
mengeratkan lagi kerjasama dan persefahaman antara kedua-dua universiti.
BULETIN HEPA 10
KLINIK PELAJAR UTeM ANJUR
Klinik Pelajar Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dengan kerjasama Hospital
Pakar Putra (HPP), Melaka telah menganjurkan ceramah kesihatan bertajuk pelbagai penyakit tulang &sendi dan ceramah mengenai
pemakanan sihat di AuditoriumCanselori, Kampus Induk Durian Tunggal kelmarin.
Menurut Pegawai Perubatan Klinik Pelajar UTeM Dr. Noor Rafidah Haron objektif ceramah ini adalah untuk memberi pendedahan kepada
masyarakat kampus mengenai penyakit tulang dan sendi serta bagi mengetahui bagaimana cara untuk mengatasi dan merawat penyakit
ini. Ianya juga bagi memberi kesedaran cara untuk mencegah penyakit ini dari mendapatkan risiko yang lebih tinggi. Selain itu nasihat
pemakanan juga diberikan untuk memberi pengetahuan selain dapat mengelakkan dari pelbagai penyakit.
Ceramah telah disampaikan oleh Dr. Hamizan Yaakob dan Dr. Malik Feisal Hj. Ayob. Turut hadir Timbalan Pendaftar HEPA Noornahar Hj.
Akashah dan kira-kira 70 orang kakitangan telah hadir mendengar ceramah ini.
Programkesihatan ini akan dibuat lebih kerap agar semua warga UTeM samada kakitangan dan pelajar akan mendapat informasi dan
peringatan mengenai tahap kesihatan yang perludiamalkan. Seterusnya pencegahan dan tindakan ke arah gaya hidup dan pemakanan
yang sihat dapat diberi penekanan katanya lagi.
CERAMAH KESIHATAN
TIPSKESIHATAN
OLEH: KLINIK PELAJAR UTeM
Berhenti
Merokok !
1. Melengah-lengahkan
Tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar
2. Menarik nafas panjang
Tarikh nafas 3 kali secara perlahan-lahan
3. Minum air
Terutama air masak. Elakkan minuman berkafein
4. Menyibukkan diri
Buat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk
melupakan rokok
5. Menjauhkan diri
Daripada orang yang merokok
6. Mengelakkan diri
Daripada suasana atau situasi yang mendorong
kepada merokok
7. Mengunyah sesuatu
Seperti gam dan buah-buahan. Elakkan yang manis
8. Membasuh tangan selalu
9. Mandi dengan kerap
10. Meregangkan otot
Lakukan senaman regangan apabila rasa mengantuk
11. Meditasi
12. Memohon doa
Teknik berhenti merokok
Tip Berhenti Merokok :
Berdoa agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha
BULETIN HEPA 11
PEJABAT HEPA UTeM EDAR
BUBUR LAMBUK
P ejabat Hepa D an P usat
I slamA njur TazkirahBulanan
Bagi menyemarakkan lagi bulan Ramadan Pejabat Hal Ehwal
Pelajar dan Alumni (HEPA) Universiti Teknikal Malaysia Melaka
(UTeM) tidak ketinggalan menyediakan bubur lambuk untuk
diedarkan kepada kakitangan, pelajar dan masyarakat setempat
di Masjid Sayyidina AbuBakar UTeM.
Menurut Ketua Penolong Pendaftar Bahagian Pentadbiran HEPA
Syahira Haji Mohd. Adnan berkata, sebanyak 2 periuk besar
bubur lambuk telah disediakan yang dimasak oleh kakitangan
HEPA. Seramai 100 orang kakitangan terlibat secara gotong
royong untuk menyediakan kelengkapan masakan, memasak,
membungkus serta membuat edaran kepada kakitangan dan
pelajar. Programyang bermula dari jam8.30 pagi berakhir jam
1.00 petang. Sebanyak lebih 1000 bungkus telah dapat diedarkan
kepada kakitangan dan pelajar UTeM. Pejabat HEPA merupakan
jabatan kedua selepas Pusat Islamdalammenyediakan bubur
lambuk untuk warga kampus. Programini dibuat secara giliran
oleh jabatan dan fakulti di UTeM sempena bulan Ramadan ini.
Pejabat HEPA juga turut menganjurkan majlis berbuka puasa pada
sebelah petangnya untuk warga kampus di tempat yang sama.
Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan
dan Inovasi) Prof. Dr. Ir. Mohd. J ailani Mohd Nor, Penolong Naib
Canselor HEPA Engr. Prof. Dr. Marizan Sulaiman, Ketua Timbalan
Pendaftar Zainudin Ahmad, kakitangan HEPA dan keluarga,
pelajar-pelajar UTeM serta masyarakat sekitar kampus induk
UTeM Durian Tunggal. Turut serta di dalamprogramini seramai
40 orang pelajar-pelajar dari Mahad Tahfiz Simpang Bekok,
J asin, Melaka.
Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) dengan kerjasama
Pusat IslamUniversiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah
berjaya mengadakan program tazkirah agama bulanan di
ruang legar pejabat HEPA. Seramai hampir 40 staf pejabat
HEPA pelbagai jawatan telah hadir dalammajlis ini yang turut
dihadiri oleh Ketua Timbalan Pendaftar Zainudin Ahmad, Timbalan
Pendaftar Noornahar Hj. Akashah, pegawai dan staf HEPA.
Tazkirah agama bulanan ini diadakan oleh semua fakulti dan
jabatan seperti yang syorkan oleh Pusat Islamsupaya setiap
jabatan dapat menganjurkan program ini secara bergilir-gilir
agar kakitangan dapat menghayati penghayatan Islam yang
sebenarnya dari kuliah-kuliah yang disampaikan. Beberapa
tajuk telah dipilih untuk dikupas oleh penceramah agama yang
dijemput.
Tazkirah agama di Pejabat HEPA ini telah disampaikan oleh
penceramah bebas dari Sungai Udang Melaka, Ustaz Musa
Ahmad. Beliaujuga turut memberi tazkirah yang bertajuk
Dakwah MuslimTerhadap MuslimYang Lain.
Dalamkuliah tersebut ustaz Musa Ahmad telah menyampaikan
tentang tujuan manusia dicipta oleh Allah SWT supaya beriman
serta berbuat baik sesama insan. Kita juga diingatkan supaya ingat
mengingati antara satusama lain serta memupuk tali persaudaraan
dengan melakukan perkara-perkara yang diredhai Allah. Di dalam
menyampaikan dakwah, umat Islamharus sentiasa menggunakan
pendekatan berhemah supaya dapat menarik minat muslimlain
untuk terus mendekati ajaran Islamyang sebenarnya.
BULETIN HEPA 12
KAKITANGAN HEPA BERIADAH
BERSAMA NAIB CANSELOR
PEGAWAI HEPA UTeM HADIRI BENGKEL
PERANCANGAN STRATEGIK
Seramai 60 orang kakitangan dari Pejabat Hal Ehwal
Pelajar dan Alumni (HEPA) Universiti Teknikal Malaysia
Melaka (UTeM) telah turut serta di dalamprogram
rekreasi bersama Naib Canselor Prof. Datuk Dr. Ahmad
Yusoff Hassan di kampus induk.
Program anjuran Pusat Sukan HEPA yang dihoskan
secara giliran oleh setiap fakulti dan jabatan ini diadakan
bagi menggalakkan kakitangan sentiasa beriadah untuk
menjaga kesihatan di samping beramah mesra bersama
Naib Canselor.
Turut hadir di dalamprogramini Penolong Naib Canselor
HEPA Engr. Prof. Dr. Marizan Sulaiman, Ketua Timbalan
Pendaftar HEPA Zainudin Ahmad, Timbalan Pendaftar
HEPA Noornahar Hj. Akashah serta pelajar UTeM.
Seramai 20 orang pegawai Pejabat Hal Ehwal Pelajar
dan Alumni (HEPA), Universiti Teknikal Malaysia Melaka
(UTeM) telah menghadiri Bengkel Perancangan
Strategik di salah sebuah hotel terkemuka di J ohor
Bahru. Bengkel turut dihadiri oleh 2 orang felo Kolej-
Kolej Kediaman UTeM.
Menurut Penolong Naib Canselor HEPA Engr. Prof.
Dr. Marizan Sulaiman, bengkel ini bertujuan untuk
mengemaskini fungsi tugas setiap unit yang ada di
Pejabat HEPA dan merangka serta mengenalpasti
program yang relevan serta memberi faedah
yang mendalam kepada pelajar mengikut kehendak
dan keperluan universiti serta Kementerian Pengajian
Tinggi seterusnya bagi mengadakan perbincangan
menyeluruh mengenai pencapaian dan permasalahan
yang dihadapi dalammelaksanakan aktiviti 2011 dan
2012 dan menyelaras hala tuju supaya menyokong
Perancangan Strategik Universiti 2013-2020.
Beliau mengharapkan hasil daripada bengkel ini satu
rangka kerja HEPA bagi 2013 dapat dilaksanakan
bagi membolehkan rancangan tersebut direalisasikan.
Disamping itu, pelan tindakan HEPA 2013 ini adalah
selari dengan Perancangan Strategik UTeM.
Antara acara yang diadakan ialah programberbasikal
mengelilingi kampus yang bermula dari Dataran Canselori
melalui kawasan sekitar Dewan Besar, fakulti-fakulti dan
Kompleks Sukan. Turut diadakan acara senamrobik yang
dipimpin oleh jurulatih bertauliah. Prof. Marizan Sulaiman
mengharapkan agar programini dapat diteruskan dari
masa kesemasa agar kakitangan HEPA sentiasa cergas
dan sihat setiap masa dalammenghadapi pelbagai
cabaran bagi menyelesaikan pelbagai permasalahan
pelajar.
BULETIN HEPA 13
BULETIN HEPA 14
BULETIN HEPA 15
BULETIN HEPA 16
BULETIN HEPA 17
Berl!c Kelchlrcn
Staf Wanita
1. Dr. Noor Raffidah binti Harun - Pegawai Perubatan
(Muhammad Syahmi Arsyad bin Muhammad Radhi - 2 Mei 2012)
2. Norain binti Hana - Setiausaha Pejabat
(Muhammad Zahin Ar-Rassul bin Abu Zar - 31 Januari 2012)
3. Hadibah binti Tahir - Pegawai Psikologi
(Nuraneesa Humaira binti Noorafende - 24 Jun 2012)
4. Zairina binti Jamil - Pem. Belia & Sukan
(Muhammad Iman Qayyum bin Mohd Dzuhairy - 27 Mei 2012)
5. Shamsiah binti Omar - Penolong Akauntan
(Ainul Mardhiyyah binti Mohd Fairus - 16 Oktober 2012)
6. Etty Marina binti Muhamad Noor - Jururawat
(Nur Insyirah Naziha binti Mohd Hasbi - 16 Oktober 2012)
7. Nurul Aina binti Abdul Ghani - Pem Tadbir (P/O)
(Dhia Faqihah binti Muhamad Al Amin, Dhia Haziqah binti Muhamad Al Amin, Dhia Hazirah binti
Muhamad Al Amin - 12 November 2012 )
8. Nooraznina Irma binti Mustafa - Pem Tadbir (P/O)
(Muhammad Rayyan Khayrullah bin Hairul - 5 Disember 2012)
9. Zuraidah binti Abdullah - Pen Pegawai Belia & Sukan
(Muhammad Imran bin Azhar - 19 November 2012)
10. Siti Sarah binti Bujang - Pegawai Belia dan Sukan
(Muhammad Syakir bin Muhammad Akmal- 26 Disember 2012)
Staf Lelaki ( Isteri Bersalin )
1. Zulkifli bin Ishak - Penolong Pendaftar (Muhammad Ariq-10 April 2012)
2. Mohd Fairuz Azwad bin Mohd Zawawi - Pegawai Belia & Sukan (Alya Mayesha - 21 April 2012)
3. Dr. Muhammad Takrimi bin Shahabudin - Pegawai Perubatan (Muhammad Tauqan - 1 Julai 2012)
4. Mazlan bin Mahat - Pem. Tadbir (P/O) (Athiyyah Nur Batrisya-6 Julai 2012)
5. Mohamad Saiful bin Sahar - Pekerja Awam (Nurul Syifa Adira - 6 Julai 2012)
6. Shaiful Nizam bin Abd. Karim - Pen. Pegawai Belia & Sukan (Aryan Hariz - 14 November 2012)
Allahyarham Khairul Niza bin Yahya Penolong Pendaftar (Bahagian Sukan)
1. Puan Ezra Anish binti Mustapa Pem. Tadbir (Kewangan)
Dari Bhgn. Pengurusan Organisasi, Pejabat Pendaftar ke Unit Kewangan, HEPA
2. Encik Khairul Nizam bin Minhat Pen. Pegawai Tadbir
Dari Bhgn. Pengurusan Organisasi, Pejabat Pendaftar ke Unit Pentadbiran, HEPA
Puan Siti Khatijah binti Ayob@ Mohamad Penolong Akauntan telah berpindah ke Fakulti Kejuruteraan
Mekanikal .
Berl!c Kemc!lcn (ALIATIHAH)
Selcmc! Dc!cng
Terlmc Kcslh
BULETIN HEPA 18
AKTIVITI PELAJAR
Sekre!crlc! SPP UTeN Bcn!u SeUcrkcn Bchcnc Pcsuch Dl kclcngcn Pelc[cr Sekclch
Ahll GPNS UTeN Tcwcn Gunung Dc!uk
Sekretariat Pencegahan Rasuah Universiti Teknikal Malaysia Melaka
(SPR UTeM) dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) Melaka dan Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni
(HEPA) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menganjurkan
Program Bersama SPR di Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi
Abdullah (SMKMA) Melaka baru-baru ini.
Menurut Pengarah Program Muhammad Aizat Adam,
program yang bertemakan Jom Berubah, Benci Rasuah ini adalah
sebahagian daripada program yang telah dirancang oleh SPR IPT
yang bertujuan untuk memberikan pendedahan dan kesedaran
kepada pelajar sekolah tentang bahana rasuah. Selain itu, untuk
mendidik para pelajar agar tidak terjebak dalam gejala rasuah di
alam persekolahan. Program ini juga dijalankan untuk memotivasikan
para pelajar sekolah supaya lebih bersedia dalam melangkah ke
alam pekerjaan tanpa terjebak dalam kes-kes rasuah. Memang
tidak dapat dinafikan didikan awal sejak dilahirkan sangat penting
dalam memupuk keyakinan pelajar namun program yang di
jalankan juga adalah jalan alternatif terhadap memberi maklumat
berkaitan bahayanya rasuah kepada pelajar. Program seumpama
ini juga memperbaiki integriti pelajar supaya mereka lebih peka
dengan tanggungjawab dalam diri mereka sebagai pelajar yang
beretika.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Mokhtar
Sani, Timbalan Pengarah SPRM Melaka. Turut hadir Razali Abd.
Rahman Pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Melaka serta Yusri
Seman Guru Penolong Kanan SKMA, Suriati Ariffin Penguasaha
Pendidikan dan Masyarakat SPRM Melaka dan 80 pelajar tingkatan
enam bawah SMKMA serta 20 mahasiswa UTeM.
Antara program yang telah dijalankan ialah latihan dalam
kumpulan (LDK) iaitu ice breaking, gambaran rasuah dan biarlah
rahsia. Turut diadakan ceramah bertajuk Pelajar Terbilang Jauhi
Rasuah oleh wakil SPRM, dan pertandingan explorace.
Seramai 90 pelajar dari Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) ) telah berjaya menawan
Gunung Datuk di Rembau Negeri Sembilan baru-baru ini di dalam
program Jejak Alam . Turut menyertai program ini ialah Rosmiza Hj. Mohd.
Saad pegawai pengiring dari Unit Kebudayaan dan Warisan Kesenian
Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UTeM.
Menurut pengarah program, Mohd. Faizal Khalik Gunung Datuk
terletak di kampung Batang Nyamor Gadong, kira-kira 21km dari pekan
Rembau dan 15km dari pekan Tampin. Gunung Datuk mempunyai
ketinggian 2900 kaki dari aras laut. Perjalanan untuk sampai ke puncak
gunung akan mengambil masa kira-kira 2 jam. Keistimewaan gunung
ini ialah mempunyai pemandangan seluas 360 darjah dari puncaknya,
mempunyai lata dan sungai yang cantik di samping terdapat water
point di kaki gunung tersebut. Terdapat tapak perkhemahan yg sesuai
untuk dijadikan tempat bermalam yang dimana dapat menempatkan
seramai 50 orang pendaki dalam satu-satu masa.
Menurutnya lagi antara tujuan program ini diadakan ialah
meningkatkan aktiviti berteraskan rekreasi sekaligus membuktikan pelajar
kelahiran UTeM seimbang antara akademik dan kokurikulum, memupuk
semangat kerjasama, perpaduan dan kekitaan di kalangan pelajar dan
ahli GPMS khususnya, menguji ketahanan fizikal dan mental para peserta
dan menyemaikan rasa cinta dan hormat kepada alam semulajadi.
Peserta tiba di perkarangan kaki Gunung Datuk pada pukul
10.00 pagi seterusnya mereka menjalani sesi pemanasan badan
selama 15minit sebelum makan pagi pada pukul 10.20 pagi. Mereka
telah diberi taklimat tentang perjalanan program dan juga keselamatan
dari pegawai perubatan. Peserta tiba di puncak pada pukul 1.00 petang
dan berehat selama 1 jam setengah. Semasa pendakian, mereka
diminta untuk melakukan kerja amal iaitu mengutip sampah yang ada
di sepanjang laluan pendakian. Semua peserta turun semula pada
pukul 3.15 petang dengan di iringi bacaan doa. Mereka sampai ke kaki
gunung kira-kira jam 4.45 petang dengan tiada sebarang kemalangan
yang menimpa kepada peserta-peserta katanya lagi.
BULETIN HEPA 19
UTeN Terlmc Lcwc!cn Dcrl UlTN Pulcu Plncng
NPP UTeN AUckcn Lcwc!cn Ke ILupe[cLc! Amcn Pcles!lne
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) terus menerima lawatan
dari institusi dalam dan luar negara bagi mengetahui sistem
pembelajaran dan kemudahan kampus yang disediakan kepada
pelajar-pelajarnya. Terbaru Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni
(HEPA) telah menerima lawatan seramai 80 orang pelajar dari
Jawatankuasa Perwakilan Kolej Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pulau
Pinang bagi mengadakan lawatan sambil belajar ke kampus induk
UTeM Durian Tunggal baru-baru ini.
Rombongan yang diketuai oleh Pengarah Program
Fahmi Mohamad telah membawa rombongan pelajar berkenaan
bagi mendapat pengetahuan dan pengalaman yang lebih luas
serta dapat berkenalan dan bertukar pendapat bersama dengan
pemimpin kelab dan persatuan dari UTeM serta peranan dan fungi
kolej kediaman di UTeM. Disamping itu ianya dapat memupuk sikap
ke arah mengenal diri sendiri dan berupaya menjana idea-idea
baru dan bernas dalam pembentukan modal insan yang lebih baik
melalui sesi diskusi dan menjalin hubungan silaturrahim di kalangan
pemimpin pelajar di kedua-dua universiti
Rombongan telah disambut dan diberi taklimat mengenai
struktur organisasi Majlis Perwakilan Pelajar oleh Yang Dipertua
(MPP) Ahmad Saufi Ahmad Jahawir serta beberapa orang exco
MPP. Rombongan juga telah dibawa melawat di sekitar Pusat
Persatuan Pelajar dan galeri UTeM serta sekitar kampus. Pada sebelah
petangnya rombongan UiTM ini telah berkunjung ke tempat-tempat
bersejarah disekitar bandaraya bagi mengakhiri lawatan sehari ke
Melaka.
Fahmi Mohamad mengharapkan agar kedua-dua institusi
pendidikan ini dapat bekerjasama dengan mengadakan berbagai
aktiviti-aktiviti demi kebaikan bersama pada masa akan datang dan
menjemput pelajar UTeM melawat ke UiTM kelak.
Dengan kesedaran dan keperihatinan mengenai masalah dan
isu yang ada di Palestine, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti
Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang diketuai oleh Yang DiPertua
MPP Ahmad Saufi Ahmad Jawahir buat pertama kalinya telah
mengadakan lawatan ke ibupejabat Aman Palestine Malaysia baru-
baru ini. Turut serta Ketua Penolong Pendaftar Bahagian Pentadbiran
dan Kewangan Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) Syahira
bt. Mohd. Adnan dan dua orang exco MPP Nursyuhada Azman dan
Muhammad Azfar Marizan.
Lawatan ini telah disambut dan diberi taklimat oleh oleh Ketua Pegawai
Eksekutif Aman Palestin Berhad iaitu Ustaz Awang Suffian bersama
beberapa orang sukarelawan yang turut serta hadir menyambut
rombongan dari UTeM. Pihak Aman Palestin telah mengadakan
perbincangan bersama pihak MPP UTeM bagi menerangkan
keadaan derita di Palestin serta cara bantuan yang harus disalurkan
dan isu politik antarabangsa yang berlaku di Palestin. Perbincangan
selama dua jam itu memberi kesan yang amat mendalam kepada
semua MPP UTeM bagi menyedari isu-isu di Palestin.
Pihak MPP UTeM juga telah menyerahkan sumbangan berjumlah
RM3,491.50 bagi membantu pembiayaan dari sudut keperluan
harian rakyat palestin. Dana itu dikumpul melalui MPP daripada
kutipan derma semua warga UTeM.
BULETIN HEPA 20
HLPA An[ur Anugerch Pelc[cr Gemllcng UTeN
Nc[lls Pcmch Nesrc BADAP Berscmc Sekclch Tchflz Jcsln
Abdul Rahman Idrus pelajar tahun 4 Ijazah Sarjana Muda
Kejuruteraan Elektrik(Kuasa Industri) Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE)
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah dianugerahkan
Pelajar Gemilang di dalam Majlis Anugerah Bakti dan Kegemilangan
Pelajar bagi tahun 2011 yang telah diadakan di Pusat Persatuan
Pelajar (PPP) Kampus Induk Durian Tunggal kelmarin.
Beliau dipilih kerana aktif dan banyak memegang jawatan
di dalam Kor Sukarelawan Polis Siswa (SUKIS), Yang DiPertua Badan
Dakwah dan Rohani (BADAR) UTeM, Fasilitator Minggu Haluan
Siswa, bergiat aktif dalam sukan dan kokurikulum. Beliau juga turut
cemerlang di dalam bidang akademik di FKE. Beliau menerima
hadiah wang tunai sebanyak RM300, hamper, Sijil penghargaan
dan hadiah iringan.
Manakala anugerah kebudayaan individu dimenangi
oleh Nurfarahana Abdul Aziz dari kumpulan orkestra. Anugerah
kemasyarakatan kategori kumpulan dimenangi oleh Kelab
Penyayang. Bagi anugerah kolej kediaman terbaik dimenangi oleh
Kolej Kediaman Murni, Bukit Beruang. Bagi anugerah persatuan fakulti
terbaik pula dimenangi oleh Persatuan pelajar Fakulti Kejuruteraan
Elektrik dan anugerah kelab atau persatuan terbaik dimenangi
oleh Kelab Pembimbing Rakan Siswa (PRS). Bagi anugerah
keusahawanan kategori kumpulan dimenangi oleh Badan Dakwah
dan Rohani (BADAR). Anugerah kepimpinan di menangi oleh Nur
Sufiah Akmala Ramdan. Pemenang individu menerima wang tunai
sebanyak RM300.00, hamper, sijil penghargaan dan trofi manakala
bagi kategori kumpulan menerima wang tunai RM500.00, hamper,
sijil penghargaan dan trofi.
Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Penolong Naib
Canselor HEPA Engr. Prof. Dr. Marizan Sulaiman. Turut hadir Ketua
Timbalan Pendaftar HEPA Zainudin Ahmad, Ketua Bahagian Sukan
Haji Ismail Abdol Jalil, pegawai-pegawai dan kakitangan HEPA dan
wakil-wakil fakulti, kelab dan persatuan.
Menurut Prof. Dr. Marizan, antara objektif penganjuran majlis
ini ialah bagi memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada
pelajar yang telah mencapai dan kejayaan dan meningkatkan
nama universiti pada tahun 2011 diperingkat dalam dan luar negara,
mengenang jasa bakti dan kegemilangan pelajar terutama dalam
aktiviti-aktiviti kokurikulum yang memberi kebanggaan kepada
universiti dan memberi galakan dan motivasi kepada pelajar untuk
terus cemerlang dalam pencapaian aktiviti kokurikulum.
Seramai 70 orang pelajar dari Kelab Badan Dakwah dan Rohani
(BADAR) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menganjurkan
majlis ramah mesra bersama pelajar-pelajar dari Madrasah Sheikhul
Arifin, Jasin, Melaka baru-baru ini. Program ini mendapat kerjasama
dari Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UTeM.
Menurut Yang Dipertua BADAR, Khairul Hafizan tujuan program ini
diadakan adalah bagi menimba pengalaman serta memupuk rasa
kasih sayang terhadap anak-anak Madrasah Sheikhul Arifin yang
berbentuk motivasi agar mampu memberi keriangan di samping
membina keyakinan, keazaman serta daya saing yang tinggi dalam
diri mereka untuk melangkah lebih maju ke hadapan.
Seramai 40 orang pelajar dari madrasah tersebut telah menghadiri
pelbagai program yang telah diatur antaranya aktiviti gotong royong,
sesi latihan dalam kumpulan (LDK) dan program suai kenal antara
peserta dan pelajar dari madrasah tersebut. Pelajar madrasah
ini turut mengalunkan irama qasidah, selawat dan nasyid bagi
menghiburkan tetamu yang hadir. Turut hadir di majlis ini penasihat
BADAR Hj. Razali Abdol Jalil serta pegawai dari Pejabat HEPA.
BULETIN HEPA 21
Slswc ScLch Dcn Scrcwck UTeN An[ur Kursus PemLlnccn Ker[c Berpcsukcn
Semlncr Keccngglhcn Teknclcgl Zcmcn Kesul!cncn Nelcyu Nelckc Ber[cyc
Seramai 40 orang pelajar dari Persatuan Mahasiswa Anak-anak
Sabah dan Sarawak (PMaSS) Universiti Teknikal Malaysia Melaka PSSCM
(UTeM) dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni
(HEPA) telah menganjurkan kursus pembinaan kerja berpasukan di
Pantai Puteri, Melaka.
Menurut pengarah program Raymondsen Gissen, objektif program
ini diadakan ialah bagi mewujudkan satu hubungan yang baik
antara dua negeri dengan kerjasama Pejabat HEPA di bawah satu
Persatuan Mahasiswa/i anak Sabah Sarawak, UTeM, memupuk
semangat kerjasama dan mengurangkan jurang komunikasi antara
mahasiswa/i tanpa mengira fakulti,diploma atau ijazah, memberi
peluang kepada pelajar untuk bergiat aktif dalam aktiviti luar seperti
pentingnya menjaga alam sekitar dalam membentuk model insan
yang kamil, mengumpul dana bagi program yang akan dianjurkan
pada masa akan datang dan mengasah bakat kepimpinan setiap
peserta melalui program yang diadakan.
Antara program yang dijalankan ialah majlis suaikenal antara
peserta, latihan dalam kumpulan (LDK), sukaneka dan juga program
gotong royong membersihkan pantai. Beliau mengharapkan agar
program ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang
dengan melibatkan peserta dari anak-anak Sabah dan Sarawak
yang menuntut di UTeM. Turut hadir didalam program ini ialah
penasihat PMaSS Shahrulfadli bin Yahaya yang juga Penolong
Pegawai Kebudayaan UTeM.
Dalam memberi penerangan dan pengetahuan kepada pelajar
IPT dan masyarakat mengenai kecanggihan teknologi yang telah
digunakan di zaman kesultanan Melayu Melaka, Persatuan Seni Silat
Cekak Malaysia Universiti Teknikal Malaysia Melaka (PSSCM UTeM)
dengan kerjasama Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan
Melaka (PSSCMCM), Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme (IKSEP)
dan Sekretariat Dunia Melayu Duni Islam (DMDI) telah menganjurkan
Seminar Kecanggihan Teknologi Zaman Kesultanan Melayu Melaka
(Teknologi Perkapalan dan Persenjataan) baru-baru ini di Dewan Besar
UTeM, Kampus Induk Durian Tunggal.
Menurut pengerusi jawatankuasa pelaksana Muhammad
Afiq Fikri Zainal, objektif seminar ini ialah bagi mengenengahkan dan
membongkar kepada semua tentang kehebatan teknologi yang
telah wujud di zaman kesultanan Melayu Melaka, untuk membuat dan
menghasilkan suatu penyelidikan yang lebih mendalam terhadap
penghasilan teknologi dan inovasi yang telah wujud sejak kurun ke
12,menerangkan teknologi pembuatan senjata yang telah digunakan
oleh orang Melayu di zaman berkenaan.
Sebanyak 3 kertas kerja telah dibentangkan oleh Adnan
Omar Timbalan Pengarah (Hal Ehwal Pelajar) dari Universiti Teknologi
MARA (UiTM) kampus Puncak Alam, Drs. Mohd. Nasrudin Abd. Rahman,
Kurator Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) dan Datuk Dr. Hj. Mohd.
Jamil Mukmin, Timbalan Pengerusi IKSEP dan DMDI. Turut diadakan
persembahan khas demonstrasi silat oleh PSSCMCM.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Datuk Wira
Latiff Tamby Chik Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelancongan,
Kebudayaan dan Warisan Melaka bagi mewakili YAB Ketua Menteri
Melaka Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang juga Presiden PESAKA. Turut
hadir Roslin Ali Omar Naib Presiden 1 PSSCM dan Engr. Prof. Dr. Marizan
Sulaiman Penolong Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni
(HEPA) UTeM. Seramai 300 orang peserta dari seluruh negara telah
turut serta di dalam seminar yang pertama kali diadakan ini. Didalam
ucapannya Datuk Mohd. Ali Rustam berharap agar siswazah dapat
mengenali dan menghayati budaya bangsa dan peradaban hidup
di zaman Kesultanan Melayu Melaka dan juga dapat membantu
untuk memenuhi hasrat kerajaan dan badan pengkaji sejarah dalam
menerapkan budaya disamping menaikkan jati diri di kalangan
siswazah-siswazah di negara ini.
BULETIN HEPA 22
PushUcn YDP NPP Bcru UTeN
Semlncr PemLuUcyccn Keuschcwcncn Pen!lng KepcUc Pelc[cr Bcru
Muhamad Noor Rushdan Abullah pelajar tahun 3 Ijazah Sarjana
Muda Kejuruteraan Elektronik (Elektronik Industri) Fakulti Kejuruteraan
Elektronik dan Kejuruteraan Komputer (FKEKK) Universiti Teknikal
Malaysia Melaka (UTeM) telah dilantik sebagai Yang DiPertua Majlis
Perwakilan Pelajar (MPP) UTeM yang baru bagi sesi 2012/2013.
Majlis penyerahan watikah pelantikan kepada MPP tersebut
telah disempurnakan oleh Naib Canselor UTeM Prof. Datuk Dr. Ahmad
Yusoff Hassan di Auditorium Canselori kampus induk Durian Tunggal.
Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Akademik danAntarabangsa)
Prof. Dato Mohd. Kadim Suaidi, Ir. Prof. Dr. Jailani Mohd. Nor Timbalan
Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Penolong Naib Canselor
Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) Engr. Prof. Dr. Marizan Sulaiman,
pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai HEPA dan mantan MPP
sesi 2010/2011. Turut diadakan juga penyampaian sijil penghargaan
kepada MPP sesi 2010/2011.
Menurut Prof. Marizan, antara objektif majlis ini ialah
bagi meraikan pelantikan para pelajar yang telah dipilih sebagai
MPP UTeM sesi 2012/2013 yang baru, memperkenalkan barisan
kepimpinan baru MPP UTeM kepada pihak pengurusan universiti serta
mengeratkan silaturahim antara barisan kepimpinan baru dengan
pengurusan universiti.
Menurut beliau lagi pemilihan MPP telah diadakan
pada 20 September yang lepas dan sebanyak 28 kerusi telah
dipertandingkan pada pemilihan tersebut. Seramai 9880 pelajar
UTeM layak mengundi dengan pelajar yang keluar mengundi adalah
6432 dengan peratusan sebanyak 65.10%. Proses pengundian telah
berjalan dengan lancar dengan menggunakan kaedah e-voting.
Sementara itu dalam ucapannya, Naib Canselor mahukan
MPP memainkan peranan utama untuk menjadi penghubung
antara pelajar dan pihak pengurusan universiti serta diharap dapat
melaksanakan tugas dan amanah yang telah diberikan sebaik
mungkin. Justeru itu kepercayaan dan mandat perlu digalas dengan
penuh tanggungjawab, ikhlas, jujur dan berintergriti Beliau juga
mahukan MPP mengambil berat menjaga kebajikan pelajar serta
juga cemerlang dari segi akademi dan ko kurikulum.
Bagi Muhamad Noor Rushdan pula tanggungjawab
yang diberi adalah satu amanah yang perlu dipikul bagi menjaga
kebajikan pelajar-pelajar UTeM. Beliau sebelum ini aktif di dalam
jawatankuasa kolej kediaman pelajar dan pernah menjadi fasilitator
Minggu Haluan Siswa pelajar baru UTeM di samping bergiat aktif di
dalam sukan mendayung dan mendaki dan pernah mewakili UTeM
di dalam pertandingan yang diadakan seluruh Malaysia. Beliau
mengharapkan agar dapat merealisasikan manifesto-manifesto
sepanjang berkempen semasa pemilihan MPP yang lepas serta
menjadikan MPP sebagai landasan menghubungkan antara pelajar
dan pihak pengurusan universiti bagi mengutarakan pelbagai
masalah yang dihadapi di dalam UTeM.
Dalam memberi maklumat awal bagi memastikan berlaku
transformasi dan anjakan pemikiran mahasiswa baru supaya
kesedarah awal dalam bidang keusahawanan dapat diwujudkan
Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) Universiti Teknikal
Malaysia Melaka (UTeM) telah menganjurkan Seminar Pembudayaan
Keusahawanan kepada pelajar-pelajar baru sesi 2012/2013 di
Dewan Besar UTeM kampus induk Durian Tunggal.
Menurut Penolong Naib Canselor HEPA Engr. Prof. Dr. Marizan Sulaiman
berkara antara objektif program ini ialah memberi kesedaran dan
kepentingan mengenai keusahawanan sebagai satu kerjaya pilihan
selepas bergraduat, membentuk jati diri dan ciri-ciri keusahawanan
mahasiswa dan mempastikan pembudayaan keusahawanan di
kalangan mahasiswa dapat dilaksanakan secara holistik.
Seramai 1000 pelajar baru program sarjana muda yang mendaftar
pada bulan September lepas telah menyertai seminar yang pertama
kali diadakan ini. Antara penceramah di program ini ialah Prof.
Madya Dr. Zulhamri Abdullah dari Pusat Inovasi dan Keusahawanan
Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan tajuk Halatuju Pembangunan
Keusahawanan KPT dan Pengarah Urusan Koko Minda Industries Haji
Salim Salleh dengan tajuk Usahawan: Kerjaya Pilihan.
BULETIN HEPA 23
KSU KPT Dekc!l Nchcslswc
Kursus Penguruscn Crgcnlscsl Un!uk Pemlmpln Pelc[cr NemLerl Impck Pcsl!lf
Seramai 120 ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2012/2013 dan
mantan MPP dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti
Teknologi MARA cawangan Melaka dan Negeri Sembilan, Politeknik
Merlimau, Politeknik Kota Melaka dan Politeknik Port Dickson telah
diraikan dalam satu majlis ramah mesra oleh Ketua Setiausaha (KSU)
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Datuk Ab. Rahim Md. Noor di Dewan
Seminar Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK) UTeM.
Menurut Datuk Ab. Rahim Md. Noor tujuan mengadakan
majlis ini adalah untuk berkenalan dengan lebih rapat bersama semua
pemimpin pelajar dalam Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2012/2013 yang
baru dilantik dan memberi penghargaan KPT kepada pemimpin-
pemimpin pelajar berkenaan. Datuk Ab. Rahim juga turut menyentuh
misi dan visi KPT untuk bersama-sama menjadikan pendidikan
tinggi negara mencapai sehingga ke tahap global serta mahukan
mahasiswa menjadi seorang yang hebat untuk membantu menaikkan
nama universiti masing-masing.
Turut hadir di dalam majlis ini ialah Penolong Naib Canselor Hal
Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UTeM Engr. Prof. Dr. Marizan Sulaiman
dan Shahid-Din Mohd. Khatib yang juga ahli Lembaga Pengarah
UTeM. Turut diadakan juga sesi soal jawab bersama pemimpin pelajar
tersebut. Sesi ramah mesra KSU KPT ini akan diadakan di semua IPT
seluruh Malaysia bagi mendekatkan KPT dengan semua pemimpin
pelajar.
Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) Universiti Teknikal Malaysia
Melaka (UTeM) dalam menggalakkan mahasiswa terlibat aktif dalam
aktiviti persatuan terutamanya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan
menghasilkan program yang memberi impak positif kepada para
pelajar telah menganjurkan kursus Pengurusan Organisasi kepada
lebih 45 orang pemimpin-pemimpin pelajar yang terdiri daripada ahli-
ahli exco MPP serta wakil persatuan dan kelab di salah sebuah resort di
Pengkalan Balak, Tanjung Bidara Melaka.
Menurut Penolong Naib Canselor HEPA Engr. Prof. Dr. Marizan
Sulaiman antara objektif kursus ini ialah bagi memberi penjelasan
tentang visi, misi, objektif penubuhan dan hala tuju Majlis Perwakilan
Pelajar, menerangkan peranan semua peringkat ahli kumpulan
terutama dalam urusan pentadbiran serta pengurusan kewangan,
memberi pendedahan berkaitan kaedah mengendalikan mesyuarat,
penulisan minit, pengurusan fail, persuratan rasmi, penyediaan
kertas kerja serta pengurusan kewangan yang betul, menerangkan
kaedah dan prosedur dalam menganjurkan sesuatu program dan
menjelaskan kepentingan hubungan dan komunikasi berkesan selain
meningkatkan kemahiran mahasiswa dalam menyelesaikan masalah.
Ceramah telah disampaikan oleh Zainudin Ahmad,
Ketua Timbalan Pendaftar HEPA dengan tajuk Tatacara Pengurusan
Fail dan Persuratan Rasmi, Mohd. Nizam Mazlan Ketua Penolong
Pendaftar HEPA dengan tajuk Prosedur Penganjuran dan Penyertaan
Program dan kewangan manakala Penolong Pendaftar dari Unit
Kepemimpinan dan Aktiviti Pelajar HEPA Mohd. Yaszli Mohamed
Rahis memberi ceramah bertajuk Pengurusan Mesyuarat dan Minit
Mesyuarat Berkesan dan Ruzaiman Abdul Rahman Penolong Pegawai
Tadbir Unit Perhubungan dan Komunikasi Pelajar HEPA dengan tajuk
Pengurusan Media & Acara dan Asas Komunikasi Berkesan. Turut
diadakan aktiviti luar iaitu sukan paintball untuk menguji kebolehan
peserta dalam membuat perancangan dengan cara bagaimana
mengatur stategi bagi mengalahkan pasukan lawan.
BULETIN HEPA 24
Prcgrcm Berscmc TcUlkc PerpcUucn Tercpkcn Kemchlrcn NcUcl Inscn
Nchcslswc Bcru UTeN BerlcUch Berscmc Penguruscn Kcle[ KeUlcmcn
Kelab Penyayang Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah
berjaya menganjurkan program sukaneka dan ramah mesra bersama
Tadika Perpaduan Cheng di Taman Seribu Bunga, Ayer Keroh.
Menurut penasihat kelab Syahira Haji Mohd. Adnan yang
juga Ketua Penolong Pendaftar Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni
(HEPA), seramai 30 orang kanak-kanak Tadika Perpaduan Cheng dan
50 ahli Kelab Penyayang UTeM telah menyertai aktiviti ini. Program
dimulakan dengan senamrobik sebelum aktiviti pembahagian
kumpulan dilakukan.
Menurut beliau lagi program ini bertujuan untuk
mempromosikan aktiviti-aktiviti dan kerja-kerja amal yang dilakukan
oleh Kelab Penyayang terhadap siswa-siswi dan juga pihak luar.
Melalui aktiviti ini ahli kelab mampu untuk memberi kerjasama dan
mempraktikkan sikap tolong- menolong dalam aktiviti tersebut di
samping menunjukkan sikap kepemimpinan melalui cara mereka
mengendalikan aktiviti tersebut hingga tamat program. Jelaslah di sini
bahawa kemahiran modal insan mampu diterapkan dalam diri siswa-
siswi dan kanak-kanak tadika melalui aktiviti seperti ini.
Pelbagai acara menyeronokkan dipertandingkan seperti
bawa bola ping pong dalam sudu, acara tiup belon, tarik bola
menggunakan gelung, si buta dan si cilik, bom air ke garisan dan
yang terakhir isi air dalam botol. Ibu bapa kanak-kanak tadika juga
tidak ketinggalan untuk mempamerkan aksi-aksi yang mencuit hati
ketika acara sukaneka kategori ibu bapa berlangsung. Permainan-
permainan ini disusun untuk mengajar para peserta bergerak dalam
satu kumpulan dan mengeratkan lagi tali silaturahim dan hubungan
kerjasama dalam kalangan ahli Kelab Penyayang sendiri serta
melahirkan perasaan kasih sayang antara ahli kelab dan kanak-kanak.
Kolej Kediaman Murni, DApartment dan Makmur adalah salah satu
daripada rangkaian pentadbiran kolej kediaman di Universiti Teknikal
Malaysia Melaka (UTeM) yang sedang laju mengorak langkah dalam
merancakkan aktiviti mahasiswa disamping menggerakkan mahasiswa
untuk menyumbang kepada masyarakat. Ini adalah selaras dengan
aspirasi Kementerian Pengajian Tinggi yang menggalakkan aktiviti-
aktiviti berkualiti mahasiswa dalam memantapkan kemahiran sosial
dan kepemimpinan yang akan menjadi aset penting buat mereka.
Sehubungan dengan itu, satu inisiatif telah dilakukan oleh majlis felo
Kolej kediaman Murni untuk menganjurkan program bersama bakal-
bakal Jawatankuasa Kolej Kediaman Siswa/Siswi (JAKSIS) sebagai
usaha merapatkan lagi hubungan dengan pengurusan kolej dan juga
memberikan pendedahan dan pengalaman kepada mahasiswa
baru UTeM ini.
Menurut Pengetua Kolej Kediaman Murni, Al Amin bin Mohamed Sultan,
bagi mencapai matlamat tersebut JAKSIS dengan kejasama para
felo kolej kediaman telah menganjurkan Program Salam Muhibbah
Perlawanan Bowling bersama JAKSIS Kolej Kediaman UTeM Murni,
Dappartment dan Makmur yang diadakan di Melaka International
Bowling Center (MIBC).
Kita cuba merangka satu perubahan dan perbezaan dalam
mengatur aktiviti mahasiswa pada kali ini. Kita percaya pemilihan
jawatankuasa kolej kediaman ini perlu diberikan fokus dan tidak boleh
dibuat semberono sahaja oleh itu kita cuba rangka pemilihan ini bukan
sekadar temuduga semata-mata tetapi juga penglibatan mereka
dalam beberapa aktiviti yang mana mereka semua akan dinilai dan
kemudiannya akan dilantik sekiranya memenuhi kriteria yang telah
ditetapkan oleh jawatankuasa. menurut beliau lagi
Program yang turut disertai mantan JAKSIS dan beberapa wakil dari
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UTeM turut berjaya membawa kepada
perkongsian ilmu dan pertukaran idea yang segar kepada ahli-ahli
JAKSIS yang baru .
BULETIN HEPA 25
Bengkel Pemcn!cpcn Kepemlmplncn Kcle[ KeUlcmcn Berl PenUeUchcn Hclc Tu[u
Crgcnlscsl
KemLcrc Icunc Asch Semcngc! Kepemlmplncn Nchcslswc UTeN
Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) Universiti Teknikal Malaysia
Melaka (UTeM) dengan kerjasama Kolej Kediaman Murni, DApartment
dan Makmur telah menganjurkan bengkel pemantapan kepimpinan
di ruang legar Kolej Kediaman Murni, Bukit Beruang.
Menurut Pengetua Kolej Kediaman Murni Al Amin Mohamed Sultan
berbeza dengan tradisi, pemilihan jawatankuasa kolej kediaman
telah diadakan ala-ala program realiti televisyen dengan kesemua
mahasiswa baru dan mahasiswa kanan yang tercalon untuk
jawatakuasa kolej kediaman siswa (JAKSIS) ini telah dikumpulkan dan
diberikan tugasan selama tiga minggu untuk melihat kesungguhan
komitmen dan usaha berterusan sebelum mereka yang layak dipilih.
Kemuncaknya sebelum diumumkan calon-calon yang berjaya
mereka telah dikumpulkan untuk menyertai bengkel ini.
Para peserta telah diberikan pendedahan tentang hala tuju
organisasi dan cara penyediaan kertas kerja mengadakan program
yang sangat bermanfaat kepada mereka. Selain daripada itu,
beberapa mantan kepemimpinan Majlis Perwakilan Pelajar, Mantan
Presiden JAKSIS dan tokoh pelajar telah dijemput untuk berkongsi
pengalaman dan memberikan tunjuk ajar kepada mahasiswa baru
ini.
Slot Penyediaan Kertas Kerja dan Pengurusan Organisasi telah
disampaikan oleh Shahrom Mohd Said Penolong Pengurus Asrama
yang mana adalah salah satu aspek penting untuk menyediakan
dokumen bertulis mengenai maklumat dan cadangan penganjuran
program kepada pengurusan tertinggi. Pengendalian ice-breaking
untuk merapatkan silaturahim antara peserta pula telah dikendalikan
oleh Mohd Shahrizan Othman felo kolej kediaman Murni.
Dalam program ini juga telah diumumkan pelantikan JAKSIS
yang baru di mana Saudara Muhammad Rabani Bin Abu Hassan, 22
dari Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi telah dipilih sebagai
Presiden JAKSIS Kolej Kediaman UTeM Murni, DApartment & Makmur.
Seramai 18 orang jawatankuasa turut telah dipilih dan pembahagian
jawatan telah dijalankan secara undian.
Al Amin Mohamed Sultan menaruh harapan yang tinggi
supaya kepemimpinan JAKSIS pada kali ini mampu melaksanakan
amanah dan tugas dengan baik.
Program kepemimpinan mahasiswa selalunya yang menjadi pilihan
lokasi adalah di hotel-hotel, resort ataupun kem-kem perkhemahan
tetapi lain pula bagi sekumpulan mahasiswa Universiti Teknikal Malaysia
Melaka (UTeM) yang mengikuti program kepemimpinan di lokasi
pengumpulan fauna yang unik di Melaka iaitu di Zoo negeri Melaka.
Mahasiswa ini adalah terdiri daripada ahli jawatankuasa
baru Kolej Kediaman UTeM Murni, Dapartment & Makmur yang
baru dilantik. Menurut pengetua kolej, Al Amin Mohamed Sultan
program ini bertujuan membentuk persefahaman antara mahasiswa,
memberikan pendedahan dalam penganjuran program dan pada
masa yang sama untuk melihat alam serta haiwan-haiwan ciptaan
tuhan dalam mentafsirkan kehebatan pengorganisasian dan
pengoperasian kerajaan Allah s.w.t.
Sepanjang program ini mahasiswa akan melalui sesi ala-
ala treasure hunt yang santai dengan melalui beberapa check-point
yang mana mereka akan melalui beberapa aktiviti fasilitator ataupun
melakukan beberapa arahan mengikut check-point. Banyak aktiviti
dan idea kreatif yang telah dijalankan sepanjang program ini adalah
idea dan percambahan ilmu daripada mahasiswa itu sendiri.
Selain daripada itu, aspek lain yang jarang diperhatikan oleh
pengunjung zoo juga diperhatikan oleh para mahasiswa ini seperti
pengurusan di zoo, pengurusan susun atur, pengurusan jadual, aspek
promosi, pengurusan kebersihan, kawalan kepada haiwan-haiwan
dan banyak lagi.
Mohd Syakir bin Mat Ali, 22 salah seorang mahasiswa baru ini
mengakui kelainan melakukan program di tempat kunjungan orang
ramai yang mana sedikit sebanyak melatih diri untuk lebih berkeyakinan
untuk berinteraksi dengan orang luar serta lebih berani untuk melakukan
aktiviti yang tidak bercanggah dengan undang-undang kerana
selalunya mahasiswa pada permulaan akan mempunyai sifat malu
walaupun untuk melakukan perkara yang benar.
Bagi Muhd Afif Zulhilmi Bin Nin Sahariman, 28 Timbalan
Presiden juga sangat teruja untuk menganjurkan program-program
yang berkualiti untuk menyemarakkan lagi aktiviti kemahasiswaan di
UTeM. Kami juga belajar mengenal pentingnya berorganisasi dan
pentingnya mempunyai jaringan dengan persatuan luar yang akan
mendatangkan pelbagai idea usahasama dalam penganjuran
program serta menyumbang kepada masyarakat katanya lagi yang
merupakan pelajar tahun dua di Fakulti Teknologi Kejuruteraan.
26 BUULETII TII TIIINNNN NN HHHHE HE HH PA 2226 226 222
UTeN JcUl Tumpucn Lcwc!cn
Ickul!l Teknclcgl Ncklumc! Dcn Kcmunlkcsl Jucrc Sukcn An!crc Ickul!l UTeN 2012
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) terus menjadi tumpuan
lawatan dari dalam dan luar negara bagi mengetahui sistem
pembelajaran yang unik dan mempunyai makmal-makmal yang
terkini. Terbaru Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) dengan
kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah menerima lawatan
seramai 54 orang pelajar bersama 2 orang pegawai pengiring
dari Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu, Besut bagi
mengadakan lawatan ke Kampus Induk UTeM Durian Tunggal kelmarin.
Rombongan yang diketuai oleh guru pengiring Mohd. Fakrul
Rizal Mohamed Din telah membawa pelajar tingkatan 3 yang baru
sahaja habis menduduki Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) bagi
mendapat pengetahuan dan pengalaman yang lebih luas serta
untuk menarik minat mereka bagi meminati bidang kejuruteraan yang
ditawarkan oleh UTeM. Sekolah Menengah Imtiaz Besut ini adalah
dibawah Yayasan Terengganu yang menawarkan pembelajaran
tahfiz Al Quran dan juga akademik. Setakat ini sekolah ini mempunyai
seramai lebih 350 orang pelajar dari tingkatan satu hingga tingkatan 5
katanya lagi.
Rombongan telah disambut dan diberi taklimat mengenai
universiti dan fungsi pejabat HEPA oleh Penolong Pegawai Tadbir,
Unit Perhubungan dan Komunikasi Pelajar Ruzaiman Abdul Rahman.
Turut hadir beberapa orang pemimpin MPP yang diketuai oleh Exco
Perhubungan, Antarabangsa dan Korporat Mohd. Amir Afifi Abd.
Razak. Rombongan juga telah dibawa melawat di sekitar pejabat
HEPA dan Pusat Persatuan Pelajar serta sekitar kampus UTeM.
Beliau amat tertarik dengan kemudahan serta pembelajaran
yang diberikan oleh UTeM kepada para pelajar dan mengharapkan
agar kedua-dua institusi ini dapat bekerjasama dengan mengadakan
berbagai aktiviti-aktiviti demi kebaikan bersama.
Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK) telah menjadi johan
keseluruhan Sukan Antara Fakulti (SAF) 2012 Universiti Teknikal Malaysia
Melaka (UTeM) yang berakhir kelmarin di Kompleks Sukan, Kampus
Induk Durian Tunggal..
FTMK memenangi tujuh emas, satu perak dan tiga gangsa dengan
mendapat emas dalam acara tenpin bowling lelaki, sepaktakraw,
lumba basikal lelaki, bolakeranjang wanita, bolajaring, bolasepak 9
sebelah dan hoki wanita. Manakala perak dimenangi dalam acara
ergo machine wanita manakala gangsa diperolehi dalam acara
ergo machine lelaki, tenpin bowling wanita dan tenis campuran. Naib
Johan keseluruhan dimenangi pula oleh Fakulti Kejuruteraan Elektrik
(FKE) dengan mendapat lima emas, empat perak dan enam gangsa
manakala Fakulti Kejuruteraan Pembuatan (FKP) mendapat tempat
ketiga dengan memperolehi empat emas, empat perak dan lima
gangsa.
Menurut pengarah program Muhd. Ammerul Faizal Ainul Jamilus
dalam ucapan penutupan berkata, program sukan ini diadakan bagi
mengenalpasti pelajar-pelajar yang berbakat dan berpotensi dalam
pelbagai sukan untuk wakili UTeM dalam pelbagai pertandingan
yang diadakan di peringkat kebangsaan, negeri dan anjuran Majlis
Sukan Universiti Malaysia (MASUM). Ianya dianjurkan oleh Pusat Sukan
Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) dengan kerjasama Majlis
Perwakilan Pelajar UTeM. Kejohanan ini disertai oleh seramai hampir
1500 pelajar UTeM dari peringkat Diploma, Ijazah Pertama dan pelajar
Pasca Siswazah.
Sebanyak 7 fakulti telah mengambil bahagian antaranya Fakulti
Kejuruteraan Elektrik (FKE), Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan
Kejuruteraan Komputer (FKEKK), Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM),
Fakulti Kejuruteraan Pembuatan (FKP), Fakulti Teknologi Maklumat
dan Komunikasi (FTMK) dan Fakulti Pengurusan Teknologi dan
Teknousahawanan (FPTT) dan Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK)
dengan 27 acara sukan yang dipertandingkan.
Penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang telah
disempurnakan oleh Penolong Naib Canselor HEPA Engr. Prof. Dr.
Marizan Sulaiman. Turut hadir dalam majlis ini ialah Ketua Pusat Sukan
Dr. Asiah Hj. Mohd. Pilus, Yang DiPertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
Muhammad Noor Rushdan Abdullah, dekan-dekan fakulti dan pelajar
UTeM.
BULETIN HEPA 27
Kcnvc ILST UTeN SeUlckcn Accrc Nencrlk
Konvo Fest UTeM kali ke 8 telah diadakan di Kampus Induk Durian
Tunggal Melaka dari 19 hingga 21 Oktober menyediakan program
dan aktiviti yang menarik untuk pengunjung-pengunjung.
Menurut Penolong Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan
Alumni (HEPA) Engr. Prof. Dr. Marizan Sulaiman antara program
tersebut ialah PIKOM PC Fair yang diadakan di Pusat Persatuan
Pelajar, Kejohanan Orienteering peringkat kebangsaan,
pertandingan gusti lengan, promosi majalah komik BAGUIH,
pameran kereta hasil ciptaan UTeM, pertandingan rekacipta dan
inovasi, karnival penghayatan Islam, gerai makanan dan jualan,
pertandingan Battle of the Band, pertandingan suara gemersik
dan banyak lagi. Sebanyak 40 gerai disediakan bagi memenuhi
keperluan pengunjung-pengunjung nanti.
Konvo Fest ini adalah anjuran Majlis Perwakilan Pelajar
(MPP) UTeM bersama pejabat HEPA bersempena dengan Majlis
Konvokesyen UTeM ke 8 yang diadakan di Dewan Besar UTeM.
Menurut Prof. Dr. Marizan lagi konvo fest ini bertujuan untuk
melibatkan pelajar dalam penganjuran konvo fest sebesar ini akan
melatih mereka dalam menjayakan pelbagai aktiviti yang boleh
diaplikasikan setelah mereka keluar bekerja nanti. Kerjasama dan
komitmen antara pelajar akan dapat membuahkan hasil yang
cemerlang dan menjadikan konvo fest ini berjaya.
Konvo Fest ini terbuka kepada orang ramai dan dibuka
mulai jam 9.00 pagi hingga 11.00 malam. Seramai 4000 orang
telah mengunjungi konvo fest pada kali ini. Pro Canselor UTeM Tan
Sri Dr. Johari Mat telah merasmikan Konvo Fest pada 19 Oktober
2012.
BULETIN HEPA 28
Nchcslswc UTeN BerLck!l Dl Pulcu Kcrlmun InUcneslc
Seramai 20 orang mahasiswa dan 4 orang kakitangan yang terdiri
dari pemimpin pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
telah mengadakan program kidmat komuniti di Kepulauan
Karimun, Indonesia. Program ini adalah anjuran bersama UTeM,
Majlis Sukarelawanan Universiti-Universiti Malaysia (MASKUM) dan
Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
Menurut Pegawai Kebudayaan UTeM Amir Ali, objektif
program ini adalah bagi menyemai rasa sifat insaf dan prihatin
dalam sanubari para mahasiswa terhadap masyarakat luar
yang kurang berkemampuan, mewujudkan mahasiswa UTeM
yang lebih berfikiran global terutamanya dalam melaksanakan
aktiviti UTeM, mengeratkan hubungan antara mahasiswa dengan
masyarakat luar tanpa mengira perbezaan umur, agama dan
bangsa dan menanam dan meningkatkan lagi minat golongan
mahasiswa dalam pelbagai aktiviti luar UTeM.
Pelbagai acara diatur semasa berada di sana antaranya
mengadakan lawatan dan perbincangan dengan para pelajar
di Universiti Karimun, menyerahkan komputer kepada Sekolah
Teknik Tanjung Batu, Pulau Kundur dimana mahasiswa UTeM turut
membantu sekolah berkenaan dalam meningkatkan sistem
komputer, cara membaiki komputer secara teori dan praktikal dan
mengajar aplikasi-aplikasi terkini kepada pelajar-pelajar sekolah
teknik tersebut. Kedua-dua universiti juga turut mengadakan
malam kebudayaan bagi menonjolkan persembahan budaya
kedua-dua negara.
Beliau mengharapkan dengan adanya program ini
mahasiswa dapat membina hubungan baik, berinteraksi dengan
orang lain dan bekerja secara efektif antara mahasiswa dan
masyarakat luar untuk mencapai objektif yang sama, Selain itu,
mahasiswa juga dapat memberi sumbangan kepada pasukan
untuk mencapai hasil yang bermutu.
BULETIN HEPA 29
BULETIN HEPA 30
BULETIN HEPA 31

You might also like