You are on page 1of 4

Soalan 4 Penggunaan komputer telah menjadi satu elemen yang sangat penting dalam melaksanakan tugas harian di tempat

kerja atau pun di rumah. Secara purata kebanyakan individu menghabiskan masa selama lebih kurang 8 jam sehari atau lebih di tempat kerja di mana sebahagian besar masa dihabiskan di depan komputer atau laptop. Namun begitu, ada sesetengah individu yang tidak mengambil berat tentang posisi badan dan cara yang betul menggunakan komputer. Akibat pengabaian ini, maka ia akan menimbulkan kesan negatif kepada kehidupan dan kesihatan individu tersebut. Penyakit yang biasa dikaitkan dengan penggunaan komputer yang tidak betul termasuklah gangguan mata dan penglihatan, penyakit sendi serta jantung. Pengguna yang duduk di hadapan komputer dalam tempoh yang lama berisiko tinggi mendapat gangguan mata dan penglihatan. Mata yang sentiasa memandang skrin komputer berjam-jam sudah tentu berasa letih dan lesu. Ditambah pula apabila terdapat cahaya yang berlebihan seperti cahaya matahari dan lampu menyebabkan keletihan dan stress pada mata. Mengikut kajian dari Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NIOSH), mata pengguna yang menggunakan komputer kurang berkelip dan menyebabkan fenomena `Dry Eye` di mana air mata akan menjadi kering dan lapisan mata tidak mempunyai perlindungan. Keadaan mata menjadi lebih teruk apabila berada dalam bilik yang berhawa dingin. Berada terlalu dekat dengan komputer juga boleh menyebabkan keletihan pada otot-otot mata. Oleh itu, NIOSH menyarankan agar pekerja yang kerap menggunakan komputer menjalani pemeriksaan mata. Di samping itu, penggunaan komputer setiap hari dengan cara yang salah juga boleh menyebabkan penyakit sendi. Kedudukan badan yang salah ketika menggunakan komputer boleh mengundang sejenis penyakit berbahaya yang membuat pengguna menderita sepanjang hayat iaitu sakit sendi (Musculoskeletal Disorders -MSD). Penyakit ini terjadi apabila bahagian

tertentu pada tubuh terutama sekali pada bahagian sendi-sendi yang bekerja secara berlebihan dalam keadaan dipaksa. Ini memberikan tekanan dan kesakitan secara berpanjangan kepada bahagian sendi. Jika situasi ini berlaku pada bahagian pergelangan tangan, ia dipanggil sebagai Carpal Tunnel Syndrome. Kesan penyakit ini ialah tendon dan otot dalaman pada pergelangan tangan tidak mampu lagi berfungsi dengan baik dan ia perlu dibuang melalui pembedahan (Muhd Munir).

Selain itu, aktiviti duduk di atas kerusi dan menghabiskan masa mengadap komputer juga mengundang penyakit jantung. Mengikut kajian Medical Journal Study dari Medical Billing And Coding, mereka mendapati 54% individu yang duduk hampir sepanjang hari di atas kerusi meninggal dunia akibat serangan jantung . Aktiviti duduk yang melebihi 6 jam juga akan membuatkan individu menjadi gemuk kerana kurang pergerakan fizikal dan kadar metabolisme badan yang rendah. Menurut kajian itu lagi, aktiviti duduk di atas kerusi hanya merosakkan sistem saraf manusia dan meningkatkan kadar kematian akibat serangan jantung. Penyakit komputer boleh dibaiki dan komputer yang rosak teruk boleh di ganti dengan yang baru. Namun penyakit bawaan komputer kepada manusia hanya akan menyusahkan dan membawa kesan buruk kepada kesihatan serta menyebabkan kualiti hidup merosot. Oleh yang demikian, setiap pengguna perlu mengetahui posisi badan, cara penggunaan komputer yang betul dan amalan Ergonomik bagi mencegah serta mengelakkan sebarang kesan negatif kepada kesihatan. Pengguna komputer perlu berehat dengan lebih kerap walaupun sekejap untuk melegakan otot-otot yang terlibat dan mengamalkan senaman ringan semasa bekerja bagi mengurangkan ketegangan (NIOSH). Pengguna juga perlu mengambil langkah bijak bagi

mengelakkan diri daripada masalah kesihatan kerana 40 % risiko kematian adalah berpunca dari aktiviti duduk mengadap komputer sepanjang hari (Medical Billing And Coding).

Question 4 The use of computers has become a very important element in the performance of daily tasks at work or at home. On average, most individuals spend approximately 8 hours a day or more at work in which most of the time is spent in front of computer or laptop. However, there are some individuals who do not care about their body and the correct way to use a computer. As a result of this neglect, then it will create a negative impact on the lives and health of the individual. Common health problems associated with improper use of a computer, including the eye and vision disorders, rheumatism and heart.

Users, who sit in front of the computer for a long time, are at higher risk of eye and vision disorders. Eyes that always looked a computer screen for hours certainly feel tired and exhausted. Add to that when there is excessive light such as sunlight and lights cause fatigue and stress on the eyes. According to research from the National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH), the eyes of consumers who use computers less flicker and cause the phenomenon of 'Dry Eye' where tears will dry and the eyes do not have a layer of protection. Eye condition gets worse when you are in an air-conditioned room. Being too close to the computer can also cause fatigue in the muscles of the eyes. Therefore, NIOSH recommends that workers who frequently use computers to undergo an eye examination.

In addition, the use of computer every day in the wrong way can cause joint disease. One body position while using the computer may invite a dangerous disease that makes consumers suffer a lifetime of joint pain (Musculoskeletal Disorders-MSD). The disease occurs when certain parts

of the body especially around the joints to work in excess of the victim. This prolonged stress and pain to the joints. If this situation occurs in the wrist, it is called as Carpal Tunnel Syndrome. The impact of this disease is that the tendons and muscles on the inner wrist is no longer able to function properly and it needs to be surgically removed (Muhd Munir).

Apart from that, sitting on a chair and spend the time with the computers are also inviting heart disease. According to research Medical Journal Study of Medical Billing And Coding, they found that 54% of individuals who sit most of the day on the chair died of a heart attack. The sitting position which takes for more than 6 hours will make the individuals become obese due to lack of physical movement and low of metabolism. The study added, sitting on a chair without proper monitoring would only damaging the human nervous system and increase the rate of sudden cardiac death.

The damage of computer can be fixed and computer parts can be fitted by new ones. However, the effect related to humans health condition will only get into inconvenience aspect and adverse effects on the health and quality of life will be decline in a terrible cause. Therefore, each user needs to know the position of the body, the aspect of ergonomic workspace of computers, how to use a computer properly and proper practice of ergonomics to prevent and avoid any negative impact on health. Computer users need to rest more often even for a while to relieve the muscles problem and practicing simple exercises while working to reduce tension and stress (NIOSH). Users should also take steps in becoming smart users and be aware of the health problems because 40% risk of death is triggered by excessive usage activity of a computer all day in daily lives. (Medical Billing And Coding).

You might also like