You are on page 1of 2

Refleksi.

Masyarakat Malaysia

begitu berpegang teguh dengan adat resam

kerana ia dipercayai mempunyai kesan dalam kehidupan. Begitu adat resam perkahwinan begitu dititikberatkan. Sesuatu upacara dalam peringkat perkahwinan itu akan dijalankan dengan meriah dan penuh adat istiadat. Namun pada zaman sekarang, tidak semua orang mengetahui apakah adat resam perkahwinan kaum-kaum yang ada di Malaysia, begitu juga dengan diri saya sendiri. Saya hanya mengetahui adat resam perkahwinan kaum Melayu, kerana saya berbangsa Melayu. Melalui tugasan ini saya berpeluang untuk mempelajari dan mendalami adat resam perkahwinan bangsa lain yang ada di Malaysia. Saya memilih kaum Melayu Brunei kerana adat resamnya tidak jauh berbeza dengan adat resam kaum Melayu. Sebelum melakukan tugasan ini saya telah cuba meneliti beberapa kaum-kaum lain yang ada di Malaysia, namun begitu kebanyakan kaum-kaum ini tidak mempunyai info yang lengkap mengenai adat resam perkahwinan, ini menjadi kekangan kepada saya untuk membuat dokumentasi lengkap tentang adat resam mereka. Setelah meneliti beberapa info mengenai adat resam perkahwinan kaum Melayu Brunei, saya merasakan memilih kaum Melayu Brunei adalah satu pilihan yang tepat. Saya cuba mendapatkan beberapa info lisan melalui beberapa kawan-kawan saya yang tinggal di Sabah dan juga cuba mendapatkan beberapa keping gambar daripada mereka. iharapkan melalui tugasan ini, ia dapat memanfaatkan oleh diri saya

sendiri dan orang lain. !ika diberi lebih masa lagi saya mampu menyediakan tugasan ini dengan lengkap lagi.

You might also like