You are on page 1of 13

POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ

SHAH
JABATAN KEJURUTERAAN AWAM
TAMADUN ISLAM A3007

NAMA PELAJAR : OSMAN BIN ESA


NO. PELAJAR : 08DKA08F1024

NAMA PELAJAR : MUHAMMAD


HASNAN
BIN MOHD
SALIM
NO. PELAJAR :
08DKA08F1013

SESI : JULAI 2009

NAMA PENSYARAH : PUAN


HASLINA
BINTI
ABDULLAH

MARKAH :
ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA M/S

1. ISI KANDUNGAN

2. PENGENALAN 1

3. OBJEKTIF 2

4. ISI 3-7

5. KESIMPULAN 8

6. LAMPIRAN 9

7. RUJUKAN 10
PENGENALAN

Dewasa ini, isu pengangguran di kalangan siswa siswi tumbuh bak cendawan

selepas hujan. Pemasalahan ini harus diambil berat agar golongan pelajar yang

mempunyai kelulusan yang sewajarnya memperoleh pekerjaan daripada hasil usaha

pembelajarannya. Namun demikian, yang menjadi masalah pokok adalah sikap

pelajar itu sendiri.

Merujuk perkara ini, pelajar sebenarnya harus tahu apakah profesion yang

bersesuaian dengan kursus yang diambil. Kematangan diri dan ilmu perlu ada

dalam setiap diri pelajar agar masalah yang tidak diingini kelak dapat di atasi. Yang

menjadi duri dalam daging kini, golongan majikan hanya mengutamakan keuntungan

daripada kualiti pekerja itu sendiri yang lahir daripada golongan siswa siswi.

Bak kata pepatah, ibarat telur sesangkak pecah sebiji pecah semuanya.

Pepatah ini jelas membuktikan bahawa setiap pelajar harus bijak memilih setiap apa

yang dipelajari. Selain itu, pelajar harus tahu kursus yang diambil semasa

melanjutkan pelajaran haruslah besesuaian dengan diri dan akan memperolehi

pekerjaan pada masa akan datang. Ilmu yang tidak digunakan dan diamalkan ibarat

seperti pohon yang tidak berbuah.

(1)
OBJEKTIF

Objektif kajian yang dijalankan ialah;

1) Mengetahui tujuan siswa siswi memilih dan memasuki politeknik

2) Mengetahui sejauh mana siswa siswi dapat mencapai kematangan diri apabila

keluar dari politeknik

3) Mengetahui sejauh mana siswa siswi memperolehi ilmu apabila keluar dari

politeknik
(2)

TUJUAN MEMILIH DAN MEMASUKI POLITEKNIK

Pelajar A : Kenapa korang masuk politeknik?


Pelajar B : Entahlah. Dah tak ada pilihan lain lagi.
Pelajar C : Aku masuk politeknik sebab program yang ditawarkan di sini bersesuaian dengan

tawaran pekerjaan yang diperlukan sekarang ni. Maklumlah nak cari kerja sekarang ni

bukan senang. Semuanya mahukan pengalaman, kepakaran dan kelulusan.


Pelajar A : Apa kemahiran yang korang dapat bila korang belajar dekat sini?
Pelajar B : Entahlah. Aku belajar dekat sini hanya nak dapatkan sijil and ikut cakap mak ayah aku

je.
Pelajar C : Hmmmm. Aku dapat macam-macam. Sebab aku ada kelas teori and makmal. Dalam

kelas teori, aku diterapkan dengan pengetahuan tentang subjek yang dipelajari. Makmal

pula, aku jalankan ujikaji. Termasuklah kajian yang biasa dilakukan ditapak bina seperti

dalam situasi pekerjaan sebenar.


Pelajar A : Oooo. Banyak juga ya kelebihan memasuk politeknik ni.

Daripada teks perbualan di atas, jelaslah menunjukkan bahawa masa kini

dalam bidang pekerjaan perkara yang paling diutamakan adalah kepakaran dan

kemahiran di dalam sesuatu bidang. Calon pekerja atau pelajar lepasan IPT akan

mudah diterima dalam sektor pekerjaan apabila sijil yang diperolehi merupakan sijil

yang disertakan dengan kemahiran dalam kursus yang diambil serta mempunyai

juga kepakaran walaupun sedikit.

Pelbagai sebab dan tujuan memasuki politeknik yang diperolehi. Antaranya,

merupakan pilihan terakhir, atas desakan keluarga dan selain itu kos pembelajaran

yang agak rendah dan mampu bagi golongan yang berpendapatan sederhana.
(3)

Di dalam sistem pengajian di politeknik para pelajar didedahkan dengan

pelbagai kemahiran. Tidak dilupa juga bidang keagamaan turut diutamakan. Hal ini

kerana, politeknik ingin melahirkan golongan pelajar yang beragama dan sejajar

dengan kehendak syarak walaupun kita mempunyai kerjaya agama masih tidak

dilupakan.

KEPENTINGAN ILMU

Pernah ditanya kepada nabi s.a.w tentang amalan yang paling disukai

oleh Allah Taala, jawab baginda "amal yang sedikit tetapi berterusan". Ini memberi

makna bahawa tidak guna berilmu banyak tanpa penghayatan dan amalan. Allah

menegaskan dalam firmannya yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu perkatakan sesuatu yang

kamu tidak lakukan".

Ilmu pengetahuan penting dalam kehidupan manusia. Islam mengingatkan

umat Islam hakikat ini menerusi pelbagai ayat al-Quran dan hadis Rasulullah.

Penekanan terhadap kepentingan dan keperluan menuntut ilmu membuktikan

bahawa Islam adalah al-deen yang memartabatkan ilmu pengetahuan dan orang

berilmu.
(4)

Kepentingan ilmu dapat dikesan kepada penciptaan manusia pertama iaitu

Nabi Adam menerusi firman Allah bermaksud: “Dan Ia telah mengajarkan Nabi

Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya

kepada malaikat lalu Ia berfirman: 'Terangkanlah kepada-Ku nama benda-benda ini

semuanya, jika kamu golongan yang benar'. Malaikat itu menjawab: 'Maha Suci

Engkau (ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain apa yang Engkau

ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi

Maha Bijaksana'. Allah berfirman: Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini

semua kepada mereka.”

Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda itu kepada mereka, Allah

berfirman: “Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku

mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu

nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan."

Daripada wahyu itu dapat dirumuskan bahawa ilmu pengetahuan memberikan

kelebihan kepada manusia berbanding makhluk lain. Manusia dikurniakan akal

fikiran anugerah Allah yang tidak diberikan kepada makhluk lain. Oleh itu, akal fikiran

sewajarnya digunakan dengan sebaik-baiknya dengan mengisinya dengan ilmu

pengetahuan berguna. Jika ini tidak dilakukan, maka akan sia-sia akal fikiran yang

dimiliki manusia.
(5)

KEMATANGAN YANG DIPEROLEHI

Setiap pelajar mempunyai cita-cita dan kemahuan sendiri. Apabila seseorang

pelajar itu menerima segulung ijazah atas hasil usahanya, pasti pekerjaan atau

profesion yang diidamkannya menjadi keutamaan.

Kebanyakan pelajar lepasan politeknik apabila mereka tamat pengajian, dari

segi purata peratusannya hampir sebahagian daripada mereka mempunyai

pekerjaan. Hal ini kerana mereka telah menjalani latihan industri yang termasuk

dalam program pembelajaran di politeknik.

Tambahan daripada latihan industri tersebut, sekiranya pelajar memilih dan

mengikuti latihan di tempat yang bersesuaian, berkemungkinan meraka akan

ditawarkan bekerja semula dengan syarikat yang telah mereka jalani latihan industri

tersebut. Namun demikian masih terdapat persaingan yang berlaku. Contohnya

rebutan tempat pekerjaan antara lepasan pelajar dari IPT yang lain.
(6)

KEBERKESANAN ILMU PEMBELAJARAN

Akidah pelajar akan lebih berkualiti apabila keikhlasan terbit dari dalam hati

apibila menimba ilmu dalam pembelajaran. Keberkatan daripada guru juga perlu

diperolehi.

Berdasarkan ayat surah Al-Alaq yang merupakan surah pertama yang

diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad (S.A.W). Di dalam surah ini perkara

utama yang dikatakan adalah “bacalah”. Walau setinggi mana ilmu yang kita pelajari

kita harus mengamalkannya. Ilmu yang berkualiti adalah ilmu yang disertakan

dengan amal. Kejaan yang dikecapi haruslah dari usaha sendiri tanpa

menyalahgunakannya.
(7)

KESIMPULAN

Ilmu dalam perspektif Islam bukan hanya mempelajari masalah keagamaan

(akhirat) saja, tapi juga pengetahuan umum juga termasuk. Orang Islam dibekali

untuk dunia akhirat, sehingga ada keseimbangan. Dan ilmu umum pun termasuk

pada cabang (furu’) ilmu agama.

Dan umat Islam sempat merasakan puncak keemasannya, dimana disaat

bangsa Eropa mengidap penyakit hitam, umat islam sudah menemukan sabun, di

saat jalan-jalan di Eropa kumuh, gelap, tidak teratur, umat islam sudah punya jalan-

jalan yang indah, penerangan, bahkan sistem irigasi yang sudah maju.

Apabila membicarakan ilmu, kita perlu memperkatakan cara atau kaedah

untuk memperolehnya. Tidak dinafikan cara memperoleh ilmu pengetahuan paling

berkesan adalah menerusi pembacaan. Dalam al-Quran, didapati bahawa wahyu

pertama yang diturunkan sebagai watikah pelantikan Muhammad Ibn Abdullah

sebagai nabi dan rasul terakhir dimulakan dengan perkataan iqra yakni suatu arahan

supaya membaca.

Antara pengajaran daripadanya adalah kaedah menuntut dan

mengembangkan ilmu. Pertama, dengan membaca kerana membaca adalah kunci

kepada ilmu pengetahuan. Kedua, selepas memperoleh ilmu pengetahuan, perlu

menyebarkannya menerusi penulisan. Inilah kaedah yang digunakan sejak dulu

untuk menyebarluaskan ilmu pengetahuan.


(8)

LAMPIRAN

BORANG SOAL SELIDIK

*Jabatan : JKA / JKE / JKM / JPD

Program :

Semester :

1) Mengapa anda memilih untuk belajar di politeknik?

___________________________________________________________________

2) Dari pendapat anda, apakah profesion pekerjaan yang bersesuain dengan

program pembelajaran anda kini?

___________________________________________________________________

3) Siapakah yang mendorong anda untuk terus belajar?

___________________________________________________________________

4) Adakah anda berminat dengan program yang anda ambil di politeknik pada

waktu sekarang dan alasannya?

___________________________________________________________________

5) *Status ekonomi keluarga : berkemampuan / sederhana / rendah

*potong yang tidak berkenaan


(9)

RUJUKAN

http://ireans.com/topic460-kepentingan-ilmu-berdasarkan-alquran-dan-sunnah.html

Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

http://www.psa.edu.my/

http://www.brain.net.pk/~aasif/quran/AL-ALAQ.htm
(10)

You might also like