You are on page 1of 2

Rosmarlisa Azura binti Abdul Ghani,

Setiausaha Program Cakna Pelajar UUM Bersama Komuniti,


Ibu Pejabat Polis Daerah (Cawangan Khas),
Jalan Padang Tembak,
Pengkalan Chepa, Tel : 09 775 2246
16100 Kota Bharu, Kelantan. Fax : 09 773 6022

Pengarah, Tarikh : JUN 2009


Syarikat Muda Osman Sdn.Bhd,
2422 Kaw. Perindustrian Pengkalan Chepa 2,
16100 Kota Bharu,
Kelantan.

(u/p : En. Azim bin Hj. Osman)

Tuan/Puan,

MEMOHON SEDIKIT SUMBANGAN UNTUK MENJALANKAN


PROGRAM CAKNA PELAJAR UUM BERSAMA KOMUNITI
DI PUSAT AKTIVITI KANAK-KANAK (PAKK), JAJAHAN BACHOK.

Izinkan saya merujuk perkara di atas.

2. Saya seperti nama di atas ingin memohon sedikit sumbangan pihak tuan/puan untuk
menjalankan program Cakna Pelajar UUM Bersama Komoniti di Pusat Aktiviti Kanak-Kanak
Jajahan Bachok bagi pelajar semester II jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam
(BPM) kampus Kota Bharu Kelantan seperti mana berikut :

2.1 Nama Program : Program Cakna Pelajar UUM Bersama Komuniti


2.2 Tarikh Pelaksanaan : 27 JUN 2009 (Sabtu)
2.3 Masa : 0800 – 1330
2.4 Tempat : Pusat Aktiviti Kanak-kanak (PAKK), Jln Durian Kudung,
Gunong, 16090 Bachok, Kelantan
2.5 Perasmian oleh : YBrs Napisah bt Mohd Zin, Penolong Pengarah Kanak-
Kanak Jabatan Khidmat Masyarakat Negeri Kelantan.

3. Untuk makluman tuan/puan, program ini merupakan satu program khidmat masyarakat
yang mana para pelajar akan menyumbangkan tenaga untuk menceriakan PAKK dan
menyumbang bahan bacaan kepada kanak-kanak yang tinggal di sekitar Gunong, Bachok.
Oleh yang demikian, pihak kami amatlah berbesar hati sekiranya pihak tuan/puan dapat
memberikan sedikit sumbangan tidak kira dari segi kewangan mahupun cenderahati supaya
dapat meringankan beban yang dipikul oleh pihak kami.

4. Bersama-sama ini disertakan laporan kertas cadangan yang telah kami sediakan untuk
rujukan pihak tuan/puan. Kerjasama pihak tuan memberikan sedikit sumbangan dalam
menyempurnakan program ini amatlah kami dihargai.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

.......................................................................
(ROSMARLISA AZURA BT ABDUL GHANI)

You might also like