You are on page 1of 5

PERANCANGAN STRATEGIK PANITIA BAHASA INGGERIS SEKOLAH MENENGAH AGAMA REMBAU,71300 REMBAU

PENDAHULUAN Program kurikulum SM AGAMA REMBAU disusun terjurus ke arah mencapai matlamat dan objektif sekolah yang sejajar dengan hasrat dan cita-cita Negara seperti yang telah diperlihatkan dalam falsafah Pendidikan Negara. Semua aktiviti kurikulum yang dikendalikan adalah selaras dengan matlamat kurikulum bersepadu sekolah menengah yang mengutamakan perkembangan potensi setiap pelajar dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani secara seimbang dan bersepadu.

Program Kecemerlangan Akademik Bahasa Inggeris PMR dan SPM adalah untuk mempertingkatkan kecemerlangan akademik pelajar dalam peperiksaan awam pada tahun 2012 dan mengembangkan potensi pelajar secara menyeluruh demi untuk menghasilkan pelajar yang mempunyai sahsiah seimbang, berilmu serta berkemahiran yang diharap akan menjadi rakyat yang berguna kepada masyarakat dan Negara. Perancangan strategik ini menetapkan strategi berkesan sejajar dengan pelan tindakan kerja yang bersesuaian bagi mencapai matlamat kecemerlangan akademik. Program ini disasarkan sepenuhnya kepada pelajar tingkatan 1 dan 2 untuk memastikan pelajarpelajar tersebut mencapai keputusan yang bukan sahaja cemerlang malah berkualiti di dalam peperiksaan PMR dan SPM nanti. Strategi program ini dirangka berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun lepas iaitu tahun 2010. Pencapaian pelajar-pelajar ini dijadikan TOV ( Take off value ) bagi keberkesanan program ini. MATLAMAT STRATEGIK 1. 2. 3. 4. Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Meningkatkan peratusan pencapaian cemerlang pelajar dalam peperiksaan PMR dan SPM. 90% pelajar mendapat A dan 0% pelajar yang mendapat kurang daripada B dalam peperiksaan SPM. 100% pelajar mendapat A dalam peperiksaan PMR

OBJEKTIF 1. 2. 3. 4. Semua guru Bahasa Inggeris mahir dan berpengetahuan tinggi dalam mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Peratusan pelajar cemerlang (memperoleh A) meningkat. Pencapaian cemerlang dalam peperiksaan awam PMR dan SPM meningkat. Proses pembelajaran yang kondusif, efektif serta suasana pembelajaran yang ceria dapat dicapai.

STRATEGI PELAKSANAAN. Matlamat strategik 1. 1. Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Objektif 1. Semua guru Bahasa Inggeris mahir dan berpengetahuan tinggi dalam mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. 2. Proses pembelajaran yang kondusif, efektif serta suasana pembelajaran yang ceria dapat dicapai.

SASARAN PENCAPAIAN SUBJEK BAHASA INGGERIS PMR 2011-2015 TOV outcome 2011 PMR 1.76 1.00 1.38 Penunjuk prestasi 2012 1.00 2013 2014 2015

SASARAN PENCAPAIAN SUBJEK BAHASA INGGERIS SPM 2011-2015 TOV outcome 2011 SPM Penunjuk prestasi 2012 2013 2014 2015

Lampiran 2. BIL 1. STRATEGI Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. PELAN TINDAKAN 1. Guru menghabiskan sukatan pelajaran awal seperti yang dirancang. 2. Guru mengadakan Kelas Bestari untuk menghabiskan sukatan pelajaran dengan lebih awal. INDIKATOR KEJAYAAN 1.Sukatan Pelajaran bagi tingkatan 1 dan 2 akan dihabiskan sebelum 30 Jun 2011. 2. Menengah rendah (Isnin Khamis) bermula jam 3.30 5.00 ptg sebanyak 2 kali sebulan untuk setiap subjek peperiksaan. 3. Sebanyak 4 kali ujian akan dijalankan di peringkat sekolah.

3. Penilaian akan diadakan dari semasa ke semasa untuk mengukur kefahaman pelajar-pelajar dalam setiap

subjek. 4. Pencerapan murid semasa pembelajaran sesuatu subjek akan diadakan berjadual 2. Mempelbagai kemudahan Alat Bantu Mengajar. 1. Guru mengadakan kursus dalaman, berkongsi ilmu dan idea serta membina BBM untuk kegunaan ahli-ahli panitia.

3.

Mewujudkan akses penuh kepada Bahasa Inggeris untuk para pelajar.

1. Para pelajar bergotongroyong merekaletak perkataan-perkataan yang sesuai di dinding kelas dan bangunan sekolah. Cth: Peribahasa dalam bahasa Inggeris, Perkataanperkataan terpilih berserta makna.

4.Pencerapan berjadual yang kerap oleh pihak pentadbir menggunakan instrument khas. 1. Wang peruntukan PCG Panitia Bahasa Inggeris akan digunakan untuk membeli bahan-bahan yg diperlukan untuk membina bahan bantu mengajar. 1. Setiap kelas dilukiskan perkataan, ayat motivasi, peribahasa dalam bahasa Inggeris beserta makna.

Matlamat strategik 2. 1. 2. 3. Meningkatkan peratusan pencapaian cemerlang pelajar dalam peperiksaan PMR dan SPM. 100% pelajar mendapat A dalam peperiksaan PMR 90% pelajar mendapat A dan 0% pelajar yang mendapat kurang daripada B dalam peperiksaan SPM.

Objektif 1. 2. BIL 1. Peratusan pelajar cemerlang (memperoleh A) meningkat. Pencapaian cemerlang dalam peperiksaan awam PMR dan SPM meningkat. STRATEGI Meningkatkan peratusan pelajar yang lulus cemerlang dalam peperiksaan PMR dan SPM. PELAN TINDAKAN 1. Guru mengadakan Kelas Bestari untuk menghabiskan sukatan pelajaran dengan lebih awal.Tumpuan juga diberikan untuk ulangkaji topical. INDIKATOR KEJAYAAN 1. Menengah rendah dan Menengah atas (Isnin Khamis) bermula jam 3.30 5.00 ptg sebanyak 2 kali sebulan untuk setiap subjek peperiksaan. Jadual disediakan. Dilaksanakan pada bulan Julai sehingga Oktober. 2. Diadakan 2 bulan sekali

2. Penilaian topikal akan

diadakan dari semasa ke semasa untuk mengukur kefahaman pelajar-pelajar dalam setiap topik. 3. Pencerapan murid semasa pembelajaran sesuatu bahasa Inggeris akan diadakan berjadual. 4. Perucapan awam. Pelajar membicarakan topiktopik bersesuaian. 5. Perbincangan isu semasa berbentuk presentasi oleh kumpulan pelajar setelah kajian dijalankan keatas sesuatu topik. 6. Bengkel teknik menjawab soalan karangan PMR. Dijalankan untuk mendedahkan kepada pelajar tentang teknik menjawab soalan peperiksaan. 7. Young writers workshop. Pelajar didedahkan kepada cara-cara dan teknik menulis yang berkesan mengikut kehendak lembaga Peperiksaan. 8. Drillings exercise untuk latihan semasa cuti semester.

mengikut kumpulan topik yg telah dipelajari.

3. Pencerapan berjadual yang kerap oleh pihak pentadbir menggunakan instrument khas. 4. Pelaksanaan semasa perhimpunan harian setiap hari khamis. 5. Dirangkumkan sebagai aktiviti pentaksiran lisan berasaskan sekolah (PLBS). Semua pelajar di dalam kelas terlibat sama. 2 kali setahun. (bulan Mac dan Jun) 6. Dijalankan sebelum peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan akhir tahun.

7. Diadakan pada awal tahun bulan Mac.

9. Young Teachers program. Pelajar kategori sederhana dan lemah akan dibimbing

8.Holiday Booklet mengandungi latih tubi komponen sastera Inggeris, soalan karangan, rumusan dan tatabahasa akan diberikan kepada semua pelajar. 9. Dijalankan seawal bulan Februari sehinggalah peperiksaan sebenar.

oleh pelajar kategori cemerlang dengan pantauan guru-guru. 10. RETEST untuk pelajar dengan keputusan berwarna merah. 11. Take Me Home Work Yang WAJIB dilaksanakan oleh pelajar-pelajar. Pelajar akan dikenakan tindakan sekiranya ingkar. 10. Dijalankan setiap kali selepas peperiksaan.

11. 1 kali tidak hantar rujuk kaunselor. 2 kali tidak hantar rujuk HEM 3 kali tidak hantar surat kpd ibu bapa.

12. Program English is Fun dilaksanakan dan melibatkan semua para pelajar.

12. Dijalankan 1 kali pada setiap tahun.

KESIMPULAN Program ini akan mencapai matlamat dan kejayaan dengan adanya usahasama dan komitmen penuh dari semua pihak terutama guru-guru dan pelajar-pelajar. Panitia Bahasa Inggeris yakin bahawa pencapaian pelajar-pelajar akan terus meningkat sejajar dengan visi dan misi sekolah iaitu Sesta Cemerlang 2012. Dengan itu, Panitia Bahasa Inggeris berharap agar program ini dapat membantu dalam usaha mewujudkan pelajar-pelajar yang berdaya saing dan bijak memanfaatkan ilmu pengetahuan sebaik-baiknya untuk menghadapi cabaran masa hadapan.

You might also like