You are on page 1of 22

Kesalahan-kesalahan Seks

Linda Alya Anis Syam Theeban Hidayah Ati Selly

Apa itu kesalahan jenayah seksual?


Apa itu Jenayah Seksual? Penderaan seksual adalah perbuatan memaksa melakukan atau melihat sesuatu berbentuk seksual tanpa kemahuan wanita tersebut atau menyakiti wanita ketika melakukan persetubuhan boleh dikategorikan sebagai penderaan seksual.

Gangguan seksual adalah sebarang ungkapan yang sengaja, gerak tubuh atau perlakuan yang berunsur seksual, yang tidak dikehendaki, diundang, atau diminta. Ia boleh mengganggu emosi, fizikal, dan maruah seseorang wanita. Gangguan seksual boleh berlaku dimana-mana sebagai contoh di jalanraya, dalam pengangkutan awam, di panggung wayang mahupun di tempat kerja. Ganguan seksual adalah terdiri dari kombinasi fizikal, percakapan, pandangan atau gangguan psikologi

Jenis-jenis kesalahan
1. Rogol 2. Sumbang mahram 3. Menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada seseorang dengan berniat mencabul. 4. Persetubuhan luar tabii 5. Perkataan atau isyarat yang membawa keaiban kepada seseorang

Rogol
1.Definisi Rogol (atau pencabulan) adalah serangan seksual yang dianggap oleh kebanyakan orang sebagai jenayah.

2.Dalam undang-undang jenayah, istilah "rogol" merujuk kepada serangan seksual yang mana penyerang memaksa mangsa yang enggan bersetuju untuk melakukan hubungan seksual.
3. Sesetengah perundangan menggunakan istilah seperti "serangan seksual" atau "dipukul untuk seksual", dan ada juga yang mentakrifkan "rogol" sebagai serangan seksual dengan penembusan. "Rogol" boleh juga merujuk kepada hubungan seksual dengan seorang yang rela tetapi dari segi undangundang belum cukup umur; ini dikenali sebagai "rogol statutori".

Jenis-jenis rogol
1. Rogol tahanan 2. Rogol bergilir-gilir 3. Rogol dan penyiksaan seksual 4. Rogol statutori- "Rogol statutori" ialah sejenis jenayah persetubuhan yang melibatkan seorang yang dibawah usia kerelaan. Istilah ini kebanyakannya digunakan di Amerika Syarikat. Ia 5. Rogol kenalan- Bukti-bukti yang sedia ada menunjukkan bahawa kemungkinan seorang mangsa rogol yang berkenalan dengan penyerangnya adalah lebih besar daripada yang tidak. 6. "Rogol" antara golongan binatang- penggabungan persetubuhan dengan serangan yang ganas.

Hukuman Kanun
- Sek. 376(1) Kanun Kesiksaan Penjara selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun dan bolehlah juga dikenakan sebat. Hubungan seks dengan gadis di bawah 16 tahun sama ada kerelaannya atau tidak, adalah rogol.
- Sek.376(2) Kanun Kesiksaan Penjara selama tempoh tidak kurang 5 tahun dan tidak lebih dari 30 tahun penjara dan bolehlah dikenakan sebat. - Sek.376(4) Kanun Kesiksaan Dihukum mati atau penjara selama tempoh tidak kurang dari 15 tahun dan tidak lebih daripada 30 tahun dan bolehlah juga dikenakan sebat tidak kurang dari 10 sebatan.

- Sek.375A Kanun Kesiksaan Mana-mana lelaki dalam suatu perkahwinan yang sah menyebabkan kecerderaan atau ketakutan kematian atau kecerderaan kepada isterinya atau mana-mana orang lain untuk mengadakan persetubuhan dengan isterinya hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai 5 tahun.

Sumbang Mahram (Inses)


Sumbang mahram adalah perlakuan seksual antara lelaki dan perempuan yang haram berkahwin dan ia dilarang dalam Islam dan agama-agama lain. Bentuk perlakuan ini mampu memberikan kesan yang buruk kepada institusi keluarga.

Jenis-jenis sumbang mahram


Sumbang mahram antara ibu bapa dengan anak Sumbang mahram antara saudara kandung Hubungan seks antara sepupu dan antara saudara jauh

Hukuman Kanun
Sek. 376B Kanun Kesiksaan Penjara selama tempoh tidak kurang dari 6 tahun dan tidak lebih dari 20 tahun dan hendaklah juga dikenakan sebatan

- Sek. 376(3) Kanun Kesiksaan Penjara selama tempoh tidak kurang dari 8 tahun dan tidak lebih dari 30 tahun dan bolehlah juga dikenakan sebat tidak kurang dari 10 sebatan.

Cabul
Di dalam Bible, perbuatan cabul (Yunani, porneia) merujuk kepada perbuatan seksual yang haram di luar perkahwinan yang sah menurut piawaian Bible. Hal ini merangkumi perzinaan, pelacuran, dan hubungan seks antara orang yang tidak terikat dalam perkahwinan (termasuk seks oral dan seks dubur) serta perbuatan merangsang alat kelamin individu yang bukan suami atau isteri untuk mencapai kepuasan seks. Hal ini juga merangkumi perbuatan yang dinyatakan di atas yang dilakukan dengan individu yang sama jantina atau dengan binatang.

Hukuman Kanun
Sek. 354 Kanun Kesiksaan Penjara selama tempoh yang boleh sampai 10 tahun. Atau denda atau dengan sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu.

Persetubuhan Luar Tabii


Amalan persetubuhan yang menyimpang daripada yang normal.

Jenis-jenis seks luar tabii


Eksibisionisme Apakah maksudnya "Eksibisionisme"? Ini adalah salah satu perlakuan seks yang menyimpang atau parafilia. Seseorang ini mendapat kepuasan seks dengan cara menunjukkan kemaluannya kepada orang yang tidak dikenali. Keseronokan dirasai apabila mangsa mereka, lazimnya wanita muda menunjukkan reaksi terkejut/terperanjat. Tiada sentuhan fizikal yang terlibat dalam kelakuan ini. Selalunya, orang yang terlibat dalam kelakuan ini adalah lelaki yang biasanya kesunyian dan kurang keyakinan diri.

Fetisyisme Apa itu "Fetisyisme"? Ini adalah salah satu perlakuan seks yang menyimpang atau parafilia. Seseorang yang mengalami fetisyisme (pujaan melampau) akan terangsang secara seksual oleh sesuatu benda/objek atau aktiviti. Contoh objek tersebut adalah pakaian seperti seluar dalam, baju dalam, coli atau kasut. Objek-objek ini pula mungkin diperbuat daripada bahan-bahan tertentu seperti bulu binatang, kulit atau getah.

Aktiviti-aktiviti termasuk menari, melakonkan mengikut fantasi atau menonton aksi ganas. Selalunya seseorang yang mempunyai kecenderungan ini tidak boleh mendapat rangsangan seksual tanpa adanya objek ini semasa perhubungan seks.

Frotteurisme

Apa itu "Frotteurisme"? Meraba tubuh adalah salah satu kelakuan seksual di luar tabii atau paraphillia. Meraba tubuh adalah salah satu tingkahlaku gangguan seksual dan mencabul kehormatan. Seseorang yang mempunyai masalah ini mendapat rangsangan seksual dengan meraba tubuh atau kemaluan individu lain.

Fidofilia
Apakah maksud "Fidofilia"? Ini adalah kelakuan seks di luar tabii' atau paraphilia Seorang "Fidofilia" hanya akan mendapat kepuasan seks melalui interaksi seksual dengan kanak-kanak Mengadakan seks dengan kanak - kanak adalah satu kesalahan Pesalahlaku ini mungkin orang asing, seseorang yang rapat dengan kanak-kanak itu atau dipercayai oleh ibu bapa

Transvestisme Apa itu "Transvestisme"? Ia adalah salah suatu parapilia, iaitu suatu perlakuan seks di luar tabii Transvestisme bermakna mendapat rangsangan seksual dengan memakai pakaian jantina berlainan seks Ia juga dikenali sebagai pondan atau mak nyah Masalah ini lebih kerap dialami oleh kaum lelaki berbanding kaum wanita

Voyeurisme Apakah maksud "Voyeurisme"? Ini adalah salah satu contoh kelakuan seks di luar tabii atau parafilia Istilah lain yang sering digunakan ialah skodeng atau "Peeping Tom" Seseorang yang mempunyai masalah ini mendapat kepuasan seksual dengan mengintai orang lain melakukan seks, menanggalkan pakaian, mandi mahupun duduk dalam tandas

Hukuman Kanun
Sek. 377 Kanun Kesiksaan Penjara selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun dan bolehlah juga dikenakan denda atau sebat. - Sek. 377B Kanun Kesiksaan Penjara selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun dan bolehlah juga dikenakan sebat Sek.

- Sek. 377C Kanun Kesiksaan Penjara selama tempoh tidak kurang dari 5 tahun dan tidak lebih dari 20 tahun dan bolehlah juga dikenakan sebat.
- Sek. 377CA Kanun Kesiksaan Penjara selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun dan bolehlah juga dikenakan sebat - Sek. 377D Kanun Kesiksaan Penjara selama tempoh yang boleh sampai 2 tahun - Sek. 377E Kanun Kesiksaan Penjara selama tempoh yang boleh sampai 5 tahun dan bolehlah juga dikenakan sebat.

Perlakuan yang mengaibkan kepada seseorang individu


Sek. 509 Kanun Kesiksaan Penjara selama tempoh yang boleh sampai 5 tahun atau denda atau kedua-duanya.

Penyelesaian
Hukuman Pendidikan seks yang diteliti oleh KPM Peranan ibu bapa dan guru NGO/ Sukarelawan Masyarakat

You might also like