You are on page 1of 6

Kaedah Penyerapan dan Pelarasan Pendaftaran Kontraktor melalui Pelaksanaan Sistem Satu Pendaftaran Kontraktor (SSPK) (Kontraktor Sedia-Daftar

dengan PKK) 1.0 Tujuan Kaedah ini bertujuan memaklumkan kaedah penyerapan dan pelarasan pendaftaran kontraktor melalui pelaksanaan Sistem Satu Pendaftaran Kontraktor untuk kontraktor sediada yang masih sah pendaftarannya dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK). 2.0 Pelaksanaan Sistem Satu Pendaftaran Kontraktor Sistem 1RoC memperkenalkan tiga (3) jenis sijil seperti berikut a) Perakuan Pendaftaran Kontraktor. Perakuan yang memperakukan bahawa pemegang sijil tersebut telah berdaftar mengikut Akta 520 serta boleh melaksanakan apa-apa perkara seperti yang dinyatakan di dalam seksyen 25, akta yang sama. Perakuan Pendaftaran Kontraktor melalui pelaksanaan Sistem 1RoC akan menyerap dan melaras kriteria pendaftaran PKK mengikut kriteria pendaftaran CIDB. b) Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) Sijil yang dikeluarkan bagi mengganti Lesen Pendaftaran Kontraktor oleh PKK. SPKK memperakukan bahawa pemegang sijil telah memenuhi kehendak dan ketetapan Kementerian Kewangan serta layak menyertai mana-mana perolehan kerajaan dalam bidang pembinaan mengikut kelayakan yang ditetapkan.

c)

Sijil Taraf Bumiputera (STB) Sijil ini memperakukan bahawa pemegang STB telah memenuhi kriteria yang ditetapkan sebagai kontraktor berstatus Bumiputera. Pemegang STB layak untuk menyertai mana-mana perolehan kerajaan dalam bidang pembinaan yang dikhususkan untuk bumiputera.

SSPK juga memperkenalkan satu tarikh tamat/luput untuk kesemua sijil-sijil diatas. 3.0 Kaedah Pelaksanaan Penyerapan dan pelarasan pendaftaran PKK di bawah Sistem Satu Pendaftaran Kontraktor 3.1 Semua kontraktor sedia-daftar yang masih sah pendaftarannya dengan CIDB dan PKK akan diserap dan diselaras kelas, kepala dan subkepala pendaftarannya secara terus mengikut gred, kategori dan pengkhususan yang didaftarkan oleh CIDB. Semua kontraktor sedia-daftar yang masih sah pendaftarannya dengan PKK akan diberi Perakuan Pendaftaran, Sijil Perolehan Kerja Kerajaan dan Sijil Taraf Bumiputera baru mengikut kaedah Sistem Satu Pendaftaran Kontraktor. Pengeluaran sijilsijil tersebut akan dilakukan setelah proses penyerapan dan pelarasan dibuat oleh CIDB. Kontraktor tidak perlu membuat sebarang permohonan untuk penyerapan dan pelarasan pendaftaran PKK kepada sistem pendaftaran yang baru.

3.2

3.3

4.0

Perakuan Pendaftaran Kontraktor 4.1 Penyerapan dan pelarasan Pendaftaran Kontraktor 4.1.1 Penyerapan dan pelarasan Lesen Pendaftaran Kontraktor (PKK) akan dilaksanakan seperti jadual dibawah. PKK Kelas Kepala Sub-kepala Diselaras kepada Gred Kategori Pengkhususan CIDB

4.2

Penyerapan dan pelarasan Kelas 4.2.1 Kelas pendaftaran kontraktor awam dan elektrik PKK akan diserap mengikut gred pendaftaran CIDB seperti jadual dibawah. Kontraktor Awam serap kepada

Kelas (PKK) A B C D E F

ikut kelayakan pendaftaran CIDB

Gred (CIDB) G7 G6 G5 G4 G3 G2 G1

Kelas (PKK)

Kontraktor Elektrik serap kepada ikut kelayakan pendaftaran CIDB

I II III IV

Gred (CIDB) G7 G6 G5 G4 G3 G2 G1

4.2.2 Sekiranya berlaku perbezaan diantara kelas PKK dan gred CIDB, penyerapan dan pelarasan akan dibuat mengikut kelas/gred yang lebih tinggi. 4.2.3 Syarat-syarat pendaftaran seperti yang ditetapkan di dalam Peraturan Pendaftaran Kontraktor (Industri Pembinaan) 1995 dan Buku Kehendak dan Keperluan Pendaftaran yang dikeluarkan oleh CIDB adalah dikecualikan semasa proses penyerapan dan pelarasan. Walau bagaimana pun, prosidur dilaksanakan semasa perakuan diperbaharui 4.3 lazim akan pendaftaran

Penyerapan dan pelarasan Kepala dan Sub-Kepala 4.3.1 Kelas, kepala dan sub-kepala yang terkandung di dalam lesen pendaftaran kontraktor PKK akan diserap dan diselaraskan mengikut kriteria pendaftaran CIDB. 4.3.2 Penyerapan kepala dan sub-kepala PKK dibuat seperti Lampiran 1.

4.4

Penyerapan dan pelarasan Tempoh Tamat Pendaftaran 4.4.1 Tempoh tamat pendaftaran akan ditentukan mengikut tempoh tamat yang terkemudian antara tempoh tamat Perakuan Pendaftaran (CIDB) dan Sijil Pendaftaran Kontraktor (PKK).

4.5

Rayuan Keputusan Penyerapan dan Pelarasan Pendaftaran 4.5.1 Mana-mana kontraktor yang tidak berpuas hati dengan penyerapan dan pelarasan yang ditetapkan oleh CIDB boleh membuat permohonan untuk menukar gred, kategori dan pengkhususan tersebut. Kontraktor dikehendaki mengemukakan dokumen-dokumen sokongan sekiranya penukaran tersebut melibatkan pertambahan gred, kategori dan pengkhususan. 4.5.2 Rayuan hendaklah dikemukakan kepada CIDB dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas tarikh kuatkuasa pelaksanaan Sistem Satu Pendaftaran Kontraktor.

5.0

Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) SPKK akan dikeluarkan kepada kontraktor yang masih sah pendaftarannya dengan PKK. Tempoh sahlaku SPKK akan diselaraskan mengikut tarikh luput Perakuan Pendaftaran Kontraktor. 5.1 Ciri-Ciri SPKK Perkara berikut akan dinyatakan di dalam SPKK (i) Nombor Perakuan Pendaftaran Kontraktor.

(ii) (iii) (iv) (v)

Nama dan alamat syarikat kontraktor Had menender yang dibenarkan Kawasan operasi Tarikh sahlaku yang diselaraskan dengan Perakuan Pendaftaran Kontraktor Penama dalam Sijil

(vi) 5.2

Kaedah Pengeluaran SPKK 5.2.1 Pegawai bertanggungjawab dan Penandatangan cek di dalam Lesen Pendaftaran Kontraktor PKK akan dikekalkan didalam SPKK. Nota: Penama di dalam SPKK akan diselaraskan dengan Pegawai Pengurusan Utama (PPU) semasa SPKK diperbaharui. 5.2.2 Had Menender SPKK akan diselaraskan mengikut gred pendaftaran yang diselaraskan mengikut kaedah Sistem 1RoC. 5.2.3 Kawasan operasi akan dikekalkan seperti sediada. Nota: Kawasan operasi akan ditentukan mengikut alamat berdaftar kontraktor semasa pembaharuan SPKK dibuat. 5.2.4 Tempoh sahlaku SPKK akan diselaraskan dengan tempoh sahlaku Perakuan Pendaftaran Kontraktor.

You might also like