You are on page 1of 11

AKTIVITI WARNA

Pengenalan
Persekitaran kita diselubungi oleh objek yang berwarna-warni seperti langit, laut, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya. Ia juga digunakan dalam pelbagai keadaan seperti menggunakan warna yang sesuai bagi pembungkusan. Warna yang terang digunakan dalam poster untuk menarik perhatian orang ramai. Warna dapat mempengarui perasaan (mood) iaitu warna cerah menimbulkan perasaan riang manakala warna gelap menimbulkan perasaan muram.

Jenis-Jenis Warna
Dikategorikan kepada 3 jenis: Warna utama Warna sekunder Warna tertier

Warna Utama
Merupakan warna asas. Tidak boleh dihasilkan dengan campuran warna lain. Contoh warna utama:
Biru Kuning Merah

Warna Sekunder
Diperolehi dengan mencampurkan dua warna utama. Contoh warna sekunder:
Biru + kuning = hijau Merah + biru = ungu Merah + kuning = oren / jingga

Warna Tertier
Campuran warna utama dan warna sekunder. Warna utama yang dicampur ialah warna yang ada di bersebelahan roda warna.

Warna Harmoni
Merupakan kombinasi warna-warna yang terletak bersebelahan satu sama lain pada roda warna. Terdiri daripada kombinasi 3 warna:
Merah jingga kuning Biru ungu merah Biru hijau kuning

Dapat menimbulkan suasana yang menarik dan selesa untuk dilihat apabila karya dihasilkan dengan warna harmoni.

Warna Penggenap
Merupakan gubahan yang menggunakan warna-warna yag terletak bertentangan antara satu sama lain dalam roda warna. Terdiri daripada kombinasi warna utama yang bertentangan dengan warna sekunder:
Biru jingga Merah hijau Kuning ungu

Karya yang digunakan dengan warna penggenap akan menghasilkan suasana dan kesan yang kontras.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

You might also like