You are on page 1of 5

Khichuri

Khichuri adalah makanan yang digemari di Bangladesh. Ia hidangan yang sesuai untuk tetamu. Nasi dan pelbagai jenis kacang dhal dimasak bersama dengan pelbagai rempah. Pada musim sejuk, Khichuri sayuran dimasak dengan menggunakan kubis bunga, lobak merak, kacang pea ubi kentag dan lain-lain

Pitha
Pitha ialah sejenis kek, dim sum atau roti yang terkenal pada musim sejuk. Pitha diperbuat daripada adunan tepung beras atau tepung gandum yand dibentuk dan diisi dengan bahan yang manis dan sedap. Bergantung pada jenis pitha yang disediakan, pitha boleh digoreng dengan minyak atau minyak sapi, dipanggang, dikukus, atau dibakar dan diguling atas pinggan yang panas. Pitha sering dimakan sebagai hidangan kecil terutamanya sebagai sarapan pagi atau snek petang dengan teh.

Halua & Mishti


Halua biasanya dimakan sebagai pencuci mulut, tetapi rakyat Bangladesh sering memakan halua bersama roti tradisional untuk sarapan pagi. Terdapat dua jenis halua iaitu halua berasaskan tepung dan kacang-mentega. Beberapa jenis yang paling biasa termasuk halua semolina, lobak merah, kacang kuda, tepung, badam, dan betik Manisan Benggali lain adalah Roshogolla, Chomchom, Laddu, Kalojam, Shondesh, Mishti Doi dan lain-lain

Chotpoti & Fuchka


Chotpoti kebanyakannya dijual di gerai tepi jalan dan di pelbagai kedai makanan segera. Ia juga boleh disediakan di rumah. Rasanya pedas, masam dan panas. Chotpoti adalah snek yang terkenal kerana ia senang didapati, harganya murah dan mudah untuk disediakan. Ia adalah campuran kentang dadu rebus, kacang kuda rebus, bawang,cili dengan telur parut di atas. Fuchka diperbuat daripada adunan tepung berbentuk bulat, yang digoreng rangup dengan berintikan chotpoti.

Panta Bhat
Panta bermaksud "direndam di dalam air" dan Bhat bermaksud "beras rebus. Ini hidangan nasi lebihan yang direndam di dalam air untuk mengelakkan merosakkan Ia biasanya dihidangkan dengan garam, bawang dan cili. Ia amat terkenal di kawasan luar bandar sebagai hidangan sarapan Orang kaya juga makan hidangan ini semasa perayaan Tahun Baru Benggali, dihidangkan dengan ikan Hilshadan sayur-sayuran yang ditumbuk halus.

You might also like