You are on page 1of 19

PENGENALAN Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurangkurangnyasatu aktiviti sukan

di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Dasar ini selaras dengan Dasar Sukan Negara yang memberi penekanan kepada Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Dasar ini memberi perhatian yang utama kepada murid yang kurang aktif supaya mereka melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Pada masa yang sama,bakat murid yang berpotensi akan digilap dan dibangunkan melalui Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS). Bidang sukan sangat penting dalam mengoptimumkan keupayaan fizikal murid selaras dengan ungkapan Minda Yang Cerdas Terletak Pada Tubuh Yang Sihat. Dalam konteks ini, bidang sukan memainkan peranan yang penting bagi melahirkan modal insan yang sihat, cergas dan produktif agar dapat memberi sumbangan kepada kesejahteraan sosial serta pembangunan ekonomi negara.Justeru, pelbagai aktiviti sukan diperkenalkan bagi menarik minat murid-murid agar mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melaksanakan Dasar 1M 1S agar setiap murid menikmati manfaat bersukan dengan harapan dapat membentuk generasi yang membudayakan sukan seiring dengan keperluan akademik. RASIONAL Dasar 1M 1S mendokong Dasar Sukan Untuk Semua, di mana dasar ini menitikberatkan penglibatan semua murid dalam pelbagai aktiviti dan peringkat sukan. Dasar ini dibentuk atas rasional segala kegiatan sukan adalah sebahagian daripada transformasi pendidikan yang diusahakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Sukan seharusnya mendapat pengiktirafan, sokongan dan galakan yang sama sebagaimana juga yang diberikan kepada aspek-aspek yang lain seperti mata pelajaran akademik dan kegiatan kokurikulum supaya dapat melahirkan murid yang seimbang dari segi kesejahteraan minda dan jasmani. Dasar ini juga menyumbang kepada penggalakan pertandingan yang sihat, semangat muhibah,kesefahaman, toleransi dan meningkatkan nilai moral dan fizikal yang memberi satu landasan yang betul dalam mengintegrasikan pelbagai kumpulan etnik kepada satu bangsa yang bersatu padu serta memupuk semangat cintakan negara. Dasar 1M 1S dapat memberi peluang secara menyeluruh kepada semua murid melibatkan diri dalam sukan secara lebih terurus dan terancang serta mengimbangkan fokus atau penekanan dalam melahirkan modal insan secara holistik ke arah pembinaan masyarakat Malaysia yang berdaya saing tinggi. MATLAMAT Dalam jangka masa panjang, dasar ini berhasrat membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun serta memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat, cergas dan berdaya saing tinggi.

KONSEP Dasar 1M 1S adalah program pembangunan sukan di sekolah yang mewajibkan setiap murid dari Tahap 2 di sekolah rendah hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah mengikuti sekurangkurangnya satu aktiviti sukan yang dikendalikan secara terancang dan sistematik. Dasar 1M 1S adalah berteraskan kepada prinsip-prinsip asas perkembangan fizikal murid-murid. Justeru itu, Dasar 1M 1S adalah diwujudkan untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan agar; 1 2 3 Memberi akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah dari penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif; Membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah; Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi;

OBJEKTIF Dasar 1M 1S menggariskan objektif jangka panjang dan jangka pendek seperti berikut: 1 2 3 4 5 6 7 Meningkatkan kecergasan jasmani; Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni; Memupuk perpaduan di antara kaum; Membentuk budaya sukan di kalangan murid; Memenuhi naluri semulajadi murid agar aktif dari segi fizikal; Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal; dan Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.

PELAKSANAAN DASAR 1M 1S MELALUI PROGRAM SUKAN DI SEKOLAH Program sukan sekolah sepanjang tahun merangkumi sukan untuk semua dan sukan untuk kecemerlangan. Senarai sukan / permainan yang dicadangkan untuk pelaksanaan Dasar 1M 1S adalah seperti di bawah. Aktiviti sukan yang dicadangkan adalah seperti berikut: a) Program Sukan Umum - sepanjang tahun Latihan Rumah Sukan* Merentas desa Sukan / permainan Balapan dan padang Pertandingan Merentas Desa* Sukantara* Kejohanan Balapan dan Padang b) Kelab Sukan dan Permainan* - sepanjang tahun 90 minit seminggu untuk Sekolah Menengah 60 minit seminggu untuk Sekolah Rendah Latihan pelbagai permainan dan Modified Games c) Pertandingan Dalaman - sepanjang tahun Pertandingan antara rumah sukan

Pertandingan antara tingkatan / kelas Pertandingan antara dorm di asrama d) Pertandingan Lain Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Majlis Sukan Sekolah Negeri (MSSN) Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) Pertandingan Peringkat Antarabangsa e) Aktiviti Sukan Lain

*Wajib untuk setiap murid

PERANCANGAN Perancangan dalam konteks 1M 1S hendaklah dibuat pada tahun sebelum dengan merujuk kepada mengenalpasti, merangka, membina, menyusun, menjadualkan serta menghasilkan aktivitiaktiviti sukan yang berkaitan dengan program sukan di sekolah seperti dalam jadual.

PELAKSANAAN Pelaksanaan program sukan sekolah dibawah Dasar 1M 1S hendaklah dijalankan sepanjang tahun seperti cadangan dalam Jadual 2. Walau bagaimanapun, pihak sekolah digalakkan untuk merancang pelaksanaan program sukan mengikut kesediaan, kemampuan serta kreativiti dan inovasi pihak sekolah.

PEMANTAUAN Pemantauan terhadap pengurusan pelaksanaan Dasar 1M 1S oleh pihak pengurusan sekolah adalah sebahagian daripada strategi untuk menilai dan memastikan kejayaan serta keberkesanan aktiviti sukan yang dilaksanakan. Hal ini bertujuan meneliti aspek pengurusan, penggunaan peralatan, pematuhan peraturan, kesihatan, kebajikan serta keselamatan dan penyertaan murid yang mengikuti program sukan sekolah. Proses pemantauan hendaklah dijalankan oleh pihak pengurusan sekolah sepanjang tahun.Langkah penambahbaikan hendaklah dijalankan oleh pihak sekolah dari masa ke semasa untuk memastikan pelaksanaan Dasar 1M 1S.

PENILAIAN Penilaian aktiviti sukan bertujuan menghasilkan maklumbalas secara langsung yang menjadi input kepada usaha penambahbaikan aktiviti yang dijalankan serta bagi peningkatan penglibatan dan pencapaian murid. Penilaian hendaklah berasaskan kehadiran dan penyertaan secara aktif setiap murid dalam aktiviti di bawah Program Sukan Sekolah. Selain daripada penglibatan dalam aktiviti umum yang melibatkan semua murid, tumpuan hendaklah diberi kepada kehadiran dan penyertaan murid dalam aktiviti Kelab Sukan / Permainan. Penilaian aktiviti sukan akan dijalankan secara berperingkat mulai 2012.

LAPORAN / DOKUMENTASI Laporan dan dokumen-dokumen yang berkaitan dengan proses dan penilaian pelaksanaan Dasar 1M 1S adalah penting dan perlu direkodkan. Pendokumentasian tersebut menjadi bukti pelaksanaan dan bahan rujukan kepada usaha penambahbaikan dan tindakan susulan.

STRATEGI PELAKSANAAN Di bawah Dasar 1M 1S, pihak sekolah boleh menggunakan beberapa strategi berikut bergantung kepada kemudahan dan prasarana yang sedia ada di sekolah (rujuk SPIBilangan 1/1989).Dalam melaksanakan Dasar 1M 1S, setiap sekolah disarankan mengikuti strategistrategi berikut: i) ii) Melaksanakan tinjauan untuk mengenal pasti minat murid dalam jenis sukan tertentu. Melaksanakan tinjauan untuk mengenal pasti minat dan kemahiran guru dalam jenis sukan.

iii) iv) v) vi) vii) viii) ix) x) xi) xii)

Mengenal pasti semua sukan dan permainan yang hendak ditawarkan samada dalam atau luar sekolah di bawah Kelab Sukan dan Permainan. Membuat tinjauan terhadap kemudahan sukan di dalam dan luar sekolah yang boleh dimanfaatkan oleh murid. Menyediakan takwim tahunan program sukan sekolah. Merancang dan melaksanakan aktiviti berdasarkan Modul Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah (Modul boleh dimuat turun daripada laman web KPM). Mengguna pakai sumber kepakaran / kepegawaian yang terdapat di dalam dan di luar sekolah. Menyediakan prasarana, kemudahan asas dan peralatan untuk menjalankan aktiviti di bawah program sukan sekolah atau memilih lokasi di luar sekolah yang sesuai dan selamat. Penjadualan aktiviti program sukan sekolah mengikut masa yang bersesuaian berdasarkan latar belakang dan kemudahan sekolah. Melibatkan masyarakat, pihak swasta atau agensi luar dalam melaksanakan program sukan sekolah. Menggalakkan kreativiti dan inovasi dari pihak sekolah dalam kegiatan sukan yang dijalankan. Menetapkan matlamat dan objektif keseluruhan program pembangunan sukan sekolah.

HURAIAN CARTA CADANGAN TANGGUNGJAWAB BAGI PIHAK PENGURUSAN / GURU DALAM PELAKSANAAN SUKAN DI SEKOLAH

KESELAMATAN MENJALANKAN AKTIVITI SUKAN DI SEKOLAH 1.OBJEKTIF 1.1 Memastikan setiap guru dan pihak pengurusan sekolah mengambil langkahlangkah keselamatan setiap kali aktiviti sukan dijalankan di dalam dan di luar sekolah. 1.2 Mengelakkan dari berlakunya kemalangan semasa menjalankan aktiviti sukan. 1.3 Memastikan aktiviti sukan yang dirancang dengan mengambil kira panduan dan arahan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Kementerian Pelajaran. 1.4 Memastikan pelajar mematuhi garis panduan dalam penggunaan dan pengurusan peralatan sukan. 2. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB GPK KOKURIKULUM 2.1 Memberi kesedaran dan kefahaman kepada pelajar tentang pentingnya keselamatan diri semasa menjalankan aktiviti sukan melalui tindakan seperti berikut; Poster Perhimpunan mingguan Ceramah Bengkel Tayangan video Edaran dalaman Menerima aduan pelajar dan mengambil tindakan susulan. Merekodkan semua aduan bagi sebarang insiden. Memaklumkan pelaksanaan aktiviti sukan dan permainan kepada ibu bapa dan pihak berkenaan. Memanfaatkan sepenuhnya peranan Jawatankuasa Pemuafakatan, Jawatankuasa Keselamatan dan pihak PIBG dalam merancang langkah keselamatan murid semasa menjalankan aktiviti sukan dan permainan. Mengadakan peraturan yang jelas tentang keselamatan murid dalam aktiviti sukan dan permainan.

2.2 2.3 2.4 2.5 2.6

3. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU PENASIHAT SUKAN 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 3.7 3.8 Peka terhadap surat pekeliling yang diedarkan serta memahami dan mengetahui isi kandungannya. Memahami dan mematuhi tata cara tindakan sebelum, semasa dan selepas aktiviti sukan dijalankan. Memeriksa sebarang peralatan yang akan digunakan sebelum dan selepas aktiviti dijalankan. Memastikan peralatan yang digunakan dalam keadaan selamat dan boleh digunapakai. Menyimpan dan menyelenggara stok peralatan sukan dengan sempurna dan kemas kini. Mengenal pasti pelajar yang tidak sihat dan mempunyai surat pengesahan perubatan, yang perlu dikecualikan daripada menjalani aktiviti sukan.Walaubagaimanapun murid berkenaan adalah digalak melibatkan diri dalam aspek pengelolaan aktiviti yang akan dijalankan. Memaklumkan kepada ibu bapa / penjaga tentang aktiviti yang dijalankan melalui murid. Mengedarkan borang kebenaran ibu bapa / penjaga (jika berkenaan) untuk dilengkapkan dan dikumpulkan semula sebelum aktiviti dijalankan.

3.9 3.10 3.11 3.12 3.13

Hadir di tempat aktiviti sekurang-kurangnya 10 minit sebelum aktiviti dimulakan dan mengawasi murid sepanjang masa. Memastikan kehadiran murid dicatat, direkod dan didokumenkan. Memastikan aktiviti yang dilakukan mengikut kesesuaian dan kemampuan murid khususnya murid berkeperluan khas. Membuat penilaian secara pemerhatian, bertulis dan lisan untuk tindakan susulan dan maklum balas. Memakai kasut dan pakaian yang sesuai (mengikut peraturan) semasa aktiviti sukan dijalankan.9

4. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB MURID SEMASA KEGITAN SUKAN 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 4.7 Sebelum menjalankan aktiviti, murid hendaklah melaporkan tahap kesihatan seperti masalah jantung, asma, lelah dan lain-lain penyakit dari masa ke semasa kepada guru penasihat sukan yang berkenaan. Murid hendaklah memakai pakaian dan kasut yang sesuai sewaktu menjalani aktiviti sukan. Murid hendaklah melaporkan tahap kesihatan sekiranya berlaku ketidakselesaan sewaktu menjalani aktiviti sukan. Murid tidak dibenarkan melakukan sebarang aktiviti sukan tanpa pengawasan guru. Murid mesti mengikut arahan guru semasa melakukan aktiviti sukan atau permainan. Murid hendaklah melaporkan segala kerosakan alatan kepada guru yang bertugas. Murid hendaklah melaporkan sebarang kemalangan kepada guru penasihat yang bertugas.

PENILAIAN AKTIVITI KOKURIKULUM 3.10.1 PENDAHULUAN 3.10.1.1 Kegiatan kokurikulum sekolah yang merangkumi aktiviti Pasukan Badan Beruniform, kelab dan persatuan serta sukan merupakan aktiviti luar bilik darjah. Kegiatan ini adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kepentingan aktiviti ini juga setara dengan kepentingan aktiviti dalam bilik darjah kerana peranannya sebagai penyumbang dan pelengkap kepada keberkesanan pengejaran dan pembelajaran. 3.10.1.2 Pada masa ini sekolah menawarkan pelbagai jenis kegiatan pasukan badan beruniform, kelab / persatuan serta sukan dan permainan. Setiap pelajar diwajibkan menganggotai sekurang-kurangnya satu daripada setiap jenis aktiviti tersebut. 3.10.1.3 Berdasarkan tinjauan ke sekolah-sekolah yang dilakukan oleh Bahagian Sekolah, pihak sekolah ada membuat penilaian terhadap aktiviti kokurikulum yang diceburi oleh murid. Namun penilaian yang dibuat oleh setiap sekolah adalah berbeza-beza. Perbezaan ini wujud kerana penilaian yang dibuat adalah berdasarkan persepsi dan keperluan sesebuah sekolah. 3.10.1.4 Dalam mesyuarat Pengurusan Pendidikan Bil. 9. 1997, wakil Bahagian Pengajian Tinggi mencadangkan agar aktiviti kokurikulum di sekolah dinilai berdasarkan format atau kaedah yang tetap dan diiktiraf agar keesahan dan kesahihannya tidak dipertikaikan apabila markah kokurikulum dijadikan sebagai sebahagian daripada markah penilaian kemasukan murid ke institusi pengajian tinggi tempatan 3.10.2 RASIONAL 3.10.2.1 Penilaian kegiatan kokurikulum murid yang dibuat oleh sekolah adalah berbeza antara satu sama lain. Keadaan ini menjelaskan wujudnya unsurunsur ketidak samarataan dalam pemberian markah kepada murid. Kemungkinan ada murid memperoleh markah yang berbeza walaupun pencapaian dalam kegiatan kokurikulum adalah sama. Melalui penggunaan borang penilaian yang standard, unsur-unsur ketidakadilan dalam pemberian markah boleh dihindari. 3.10.2.2 Penilaian aktiviti kokurikulum boleh merangsang murid untuk bergiat lebih aktif dalam aktiviti kokurikulum. Semua murid mempunyai peluang yang sama untuk memperoleh markah kerana penilaian yang dibuat adalah setara. Bagi murid yang bercita-cita melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi penglibatan yang cemerlang dalam aktiviti kokurikulum boleh dijadikan sandaran untuk mencapaia cita-cita mereka. 3.10.3 OBJEKTIF 3.10.3.1 Menyediakan satu kaedah penilaian aktiviti kokurikulum yang boleh diterima pakai oleh semua sekolah.

3.10.3.2 Membantu Jabatan Pengurusan IPT dalam membuat penilaian kemasukan pelajar-pelajar ke institusi pengajian tinggi. 3.10.3.3 Menggalak dan meningkatkan penglibatan murid secara menyeluruh dalam aktiviti kokurikulum. 3.10.4 GARIS PANDUAN SEMASA MELAKSANAKAN PENILAIAN KOKURIKULUM SEKOLAH 3.10.4.1 Pengurusan sekolah hendaklah mempunyai pengurusan / kemudahan berikut : 3.10.4.1.1 Perancangan yang jelas 3.10.4.1.2 Tempat penyimpanan Buku Rekod Kehadiran dan Penilaian. 3.10.4.1.3 Buku Panduan Penilaian Kokurikulum. 3.10.4.1.4 Rancangan mingguan dan tahunan kokurikulum. 3.10.4.1.5 Buku panduan pelaksanaan aktiviti yang dikeluarkan oleh KPM dan agensi luar. 3.10.4.2 3.10.4.3 3.10.4.4 3.10.4.5 3.10.4.6 3.10.4.7 3.10.4.8 3.10.4.9 3.10.4.10 3.10.4.11 Gambar murid dilekatkan pada Buku Rekod Kehadiran dan Buku Rekod Penilaian Semua murid mesti mempunyai Buku Rekod Kehadiran Kokurikulum dan Buku Rekod Penilaian Kokurikulum. Bekerjasama dengan setiausaha peperiksaan sekolah untuk merekod dan menyerahkan data pencapaian murid. Mengadakan taklimat kepada setiausaha peperiksaan, guru penasihat / pemimpin dan guru kelas. Mewujudkan Jawatankuasa Penilaian peringkat sekolah. Memastikan semua murid mendapat peluang menyertai aktiviti badan beruniform, persatuan / kelab serta sukan dan permainan. Melantik guru yang berkemahiran sebagai guru penasihat / pemimpin Memberi peluang kepada guru yang berkemampuan dalam sesuatu bidang menjadi guru penasihat dalam bidang tersebut. Menyediakan prasarana dan sumber kewangan yang mencukupi. PPD atau JPN melakukan pemantauan secara berkala.

3.10.5

CARTA ALIRAN PENGURUSAN PENILAIAN KOKURIKULUM SEKOLAH

Perancangan Strategik Kokurikulum Sekolah

Dilaksanakan pada minggu pertama persekolahan - Memaklumkan

Agihan tugas guru penasihat / pemimpin mengikut kepakaran

Nisbah guru murid dalam kokurikulum ialah 40-60 orang murid 2 orang guru penasihat

Pendaftaran setiap murid dalam tiga elemen : Badan beruniform Sukan / Permainan Kelab / Persatuan Jumlah murid bagi setiap unit antara 40-60 Menjalankan akktiviti mengikut perancangan sekolah Taklimat pengisian data kepada setiausaha peperiksaan pada bulan Mei Takwim dan Rancangan Pelajaran Mingguan Takwim dan Rancangan Pelajaran Mingguan

Merekod kehadiran murid dalam Buku Rekod Kehadiran Kokurikulum (RKK1) dan ditandatangani oleh guru penasihat setiap kali perjumpaan Guru penasihat / pemimpin melengkapkan Borang Rumusan Aktiviti Kokurikulum dengan merujuk Rekod Kehadiran Kokurikulu m (RKK1) Guru kelas melengkapkan Buku Penilaian Kokurikulum (BPK1) SETELAH MEMPEROLEH Borang Rumusan Aktiviti Kokuriukulum daripada guru penasihat / pemimpin Jawatankuasa Penilaian Markah Kokurikulum mengesahkan markah kokurikulum murid Jawatankuasa ini terdiri daripada : Pengerusi : Pengetua Setiausaha : PK Kokurikulum AJK : Tiga orang yang dilantik Buku Penilaian Kokurikulum (BPK1) ditandatangani oleh PK Kourikulum, Pengetua / Guru Besar dan Ibu bapa / penjaga 15 Oktober

Keputusan Penilaian Kokurikulumdihantar ke Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk dicatatkan dalam sijil UPSR / PMR / SPM / STPM Keputusan Penilaian Kokurikulumdihantar ke Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk dicatatkan dalam sijil UPSR / PMR / SPM / STPM

10

Buku Rekod Kehadiran dan Buku Rekod Penilaian akan berpindah mengikut murid

3.10.6 PENILAIAN AKTIVITI KOKURIKULUM 3.10.6.1 Aspek yang dinilai : 3.10.6.1.1 Penilaian aktiviti kokurikulum seseorang murid dalam setiap jenis aktiviti yang disertai adalah berdasarkan kepada empat aspek yang berikut : a Kehadiran

b c d

Jawatan disandang Penglibatan Pencapaian

3.10.6.2 Bagi keempat-empat aspek ini peratus markah yang diperuntukkan adalah seperti berikut : Jadual 1 ASPEK PENILAIAN Kehadiran Jawatan Disandang Penglibatan Pencapaian JUMLAH 3.10.6.2 % MARKAH 50 10 20 20 100

Markah aspek kehadiran ialah markah tertinggi (50%). Ini bertujuan untuk menggalakkan murid hadir pada setiap aktiviti yang dijalankan. Jumlah kehadiran yang maksimum berasaskan kepada jumlah minggu persekolahan dalam setahun; dengan mengambil kira bahawa setiap jenis aktiviti kokurikulum dijalankan sekali seminggu dan dengan peruntukan masa dua jam (mengikut kursus). Pengecualian kehadiran hanya dipertimbangkan jika murid sakit, menyertai kegiatan lain dengan kelulusan dan sebab- sebab lain yang munasabah. Ketidakhadiran ini perlulah dalam pengetahuan pihak sekolah. Kehadiran minimum bagi aktiviti pasukan badan beruniform ialah 18 kali perjumpaan setahun, kelab / persatuan serta sukan dan permainan 12 kali perjumpaan setahun. Perkiraan markah kehadiran adalah seperti berikut : Jika jumlah kehadiran pelajar Jumlah perjumpaan setahun Ketidakhadiran diluluskan (Cuti sakit, wakili sekolah dll.) Markah kehadiran = = c = a b

_a_ b-c

x 50

3.10.6.3

Markah aspek jawatan disandang ialah 10% dan diberikan kepada individu yang memegang sesuatu jawatan yang tertinggi dalam kegiatan kokurikulum. Sungguhpun begitu, ahli biasa dan jawatan yang lain juga diperuntukkan markah mengikut jenis jawatan yang disandang. Agihan markah bagi jawatan yang disandang adalah seperti berikut : Jadual 2 Pasukan Badan Beruniform JAWATAN Pengakap Raja / Pandu Puteri Raja / PW1 / Bentara Kanan / Sub-Inspektor/Drum Major / Pangkat-pangkat lain yang difikirkan sama taraf. MARKAH 10

PWII / Staf Sarjan / Sarjan Mejar / Ketua Trup / Anugerah Ketua Pesuruhjaya / Pangkat-pangkat lain yang difikirkan sama taraf. Sarjan / Penolong Trup / PP Kelas 1 / Ketua Platun / Pangkat-pangkat lain yang difikirkan sama taraf. Koperal / Lans Koperal / PP Kelas II / Ketua Patrol/ AJK / Jawatan-jawatan / Pangkat-pangkat lain yang difikirkan sama taraf. Pra-Persetiaan / Ahli aktif Ahli biasa Persatuan / Kelab serta Sukan dan Permainan JAWATAN Pengerusi / Presiden / Kapten Pasukan / Ketua Pasukan Sukan / Permainan / Ketua Rumah Timbalan Pengerusi / Naib Pengerusi Setiausaha / Bendahari Ahli Jawatankuasa Ahli aktif Ahli biasa 3.10.6.4

8 7 5 3 1

MARKAH 10 8 7 5 3 1

Markah aspek penglibatan ahla 20%. Markah ini diberikan kepada semua ahli berdasarkan sumbangan dan komitmen mereka dalam semua aktiviti yang dijalankan dan tahap penglibatan yang disertai. Markah penglibatan bagi individu dan pasukan atau kumpulan adalah sama. Pemberian markah seperti berikut : Jadual 3 PERINGKAT PENGLIBATAN Sekolah Zon/Daerah/Bahagian Negeri Kebangsaan Antarabangsa MARKAH 8 11 14 17 20

3.10.6.5

Markah aspek pencapaian ialah 20%. Markah ini merupakan pencapaian pelajar dalam pertandingan di peringkat sekolah, zon / daerah / bahagian, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Pencapaian yang dinilai hanyalah kepada kedudukan Johan, Naib Johan dan Ketiga. Dalam aspek pencapaian, markah bagi pencapaian individu atau pasukan adalah sama. Markah pencapaian yang ditetapkan adalah seperti berikut : Jadual 4 PERINGKAT PENCAPAIAN MARKAH

Sekolah Zon/Daerah/Bahagian Negeri Kebangsaan Antarabangsa 3.10.6.6

Johan 8 11 14 17 20

Naib Johan 7 10 13 16 19

Ketiga 6 9 12 15 18

Setiap pemberian markah dalam aspek yang dinilai adalah berdasarkan markah tertinggi yang layak diperolehi oleh seseorang murid. Umpamanya jika seseorang murid pernah mewakili daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa, markah aspek pencapaian yang diambilkira hanyalah pencapaian di peringkat antarabangsa (20 markah).

3.10.7

KEGIATAN KOKURIKULUM YANG DINILAI 3.10.7.1 Setiap murid sekolah menengah diwajibkan menganggotai pasukan badan beruniform, persatuan / kelab serta sukan dan permainan. Dalam hal ini setiap murid memilih salah satu aktiviti yang terdapat dalam setiap bidang kokurikulum tersebut. Ini bermakna penilaian aktiviti adalah berdasarkan : 3.10.7.1.1 Aktiviti badan beruniform seperti Kadet Remaja Sekolah, Pandu Puteri, Pengakap, Seni Bela Diri dan sebagainya. 3.10.7.1.2 Aktiviti kelab / persatuan / seperti Persatuan Bahasa Melayu, Kelab Pencinta Alam, Kelab Seni Foto dan sebagainya. 3.10.7.1.3 Aktiviti sukan dan permainan seperti Kelab Olahraga, Kelab Renang, Kelab Memanah dan sebagainya. 3.10.7.2 Setiap jenis aktiviti yang disertai oleh murid akan dinilai berdasarkan aspek yang telah dinyatakan dalam 3.10.6.1 dan agihan markah setiap jenis aktiviti adalah sama seperti yang dinyatakan dalam 3.10.6.2. Sebagai contoh, berikut adalah markah aktiviti kokurikulum yang diperolehi oleh pelajar X : Contoh : 1. Bil 1 2 3 4 Aktiviti Pasukan Badan Beruniform ASPEK PENILAIAN Kehadiran Jawatan Disandang Penglibatan Pencapaian PRESTASI Penuh (18 / 18) Ahli aktif Hadiri Jambori Pengakap Peringkat Negeri Ketiga Kawat Kaki Peringkat Negeri JUMLAH MARKAH 50 3 14 12 79

2. Bil

Aktiviti kelab / persatuan ASPEK PENILAIAN PRESTASI MARKAH

1 2 3 4

Kehadiran Jawatan Disandang Penglibatan Pencapaian

10 / 12 AJK Persatuan Sejarah Sertai Seminar Penulisan Sajak Peringkat Negeri Naib Johan Pertandingan Bahas Ala Parlimen antara kelas JUMLAH

42 5 14 7

68

3. Bil 1 2 3

Aktiviti sukan dan permainan ASPEK PENILAIAN Kehadiran Jawatan Disandang Penglibatan PRESTASI MARKAH 42 5 14 7 68

3.10.7.3

10 / 12 AJK Kelab Bola Sepak Sertai Sesi Latihan Badminton Peringkat Negeri 4 Pencapaian Naib Johan Pertandingan Badminton antara kelas JUMLAH Gred Penilaian Aktiviti Kokurikulum

Gred penilaian setiap markah yang diperolehi adalah seperti berikut: Jadual 5 GRED A B C D E MARKAH Antara 80 hingga 100 Antara 60 hingga 79 Antara 40 hingga 59 Antara 20 hingga 39 19 ke bawah

Mengambil contoh pelajar X, gred yang diperolehi bagisetiap aktiviti kokurikulum adalah seperti berikut : GRED Badan beruniform Persatuan / kelab Sukan dan permainan 3.10.7 KEGIATAN KOKURIKULUM YANG DINILAI MARKAH 79 68 85 GRED B B A

3.10.7.1 Markah bonus diberi berdasarkan sesuatu jawatan kepimpinan yang disandang oleh murid dan jawatan tersebut bertujuan membantu pengurusan dan pentadbiran sekolah. Perjawatan tersebut merangkumi : 3.10.7.1.1 3.10.7.1.2 3.10.7.1.3 3.10.7.1.4 Jadual 6 BIL 1 2 3 JAWATAN Ketua Murid I / Ketua Murid II Timbalan / Penolong Ketua Pelajar Ketua / Pengerusi Badan Perkhidmatan atau pengurusan utama yang ditubuhkan untuk membantu sekolah seperti perpustakaan, surau, PRS dan asrama Ahli badan perkhidmatan atau pengurusan utama yang ditubuhkan untuk membantu sekolah seperti PRS dan Pustakawan Ketua / Pengerusi badan perkhidmatan atau pengurusan sokongan seperti asrama, makanan dan lain-lain Ahli jawatankuasa termasuk penolong ketua / Pengerusi, Setiausaha, Bendahari bagi badanbadan dalam perkara (3 dan 5), ahli PRS dan SLAD Ketua bilik / asrama / kelas Penolng Ketua Bilik / ketua kelas MARKAH BONUS 10 8 7 Perjawatan peringkat sekolah seperti pengawas, pengawas perpustakaan, imam, dan sebagainya. Perjawatan peringkat rumah sukan seperti ketua rumah sukan, ketua bilik / asrama dan sebagainya Perjawatan peringkat kelas seperti ketua kelas / darjah dan sebagainya. Bagi setiap jawatan tersebut, markah bonus diberi sebagai pengiktirafan kepada murid atas sumbangan perkhidmatan setiap tahun. Markah bonus yang ditetapkan adalah seperti berikut :

4 5

6 5

6 7 8 3.10.7.2

3 3 1

Anugerah Khas Jadual 7 BIL 1 2 3 Pingat Hang Tuah Kebangsaan / Tunas Jaya Kebangsaan Pencapaian aktiviti kokurikulum di luar JAWATAN Anugerah Remaja Perdana (ARP) KEDUDUKAN Emas Perak Gangsa Johan MARKAH BONUS 10 7 5 10 5

negara atas biaya sendiri 4 5 NILAM Lain-lain anugerah yang setara

Naib Johan Ketiga

3 2 5 5

3.10.7.3 3.10.7.4 3.10.8

Setiap murid hanya layak menerima markah bonus untuk jawatan tertinggi yang disandang pada setiap tahun. Sekiranya jawatan yang disandang dilucutkan atas sebab-sebab tindakan tatatertib atau kes disiplin, markah bonus tidak layak dimasuk kira.

GRED KESELURUHAN 3.10.8.1 Gred keseluruhan bermakssud gred yang diperolehi oleh seseorang murid dalam dua daripada tiga bidang kourikulum yang dianggotai seseorang murid beserta markah bonus. Dua daripada tiga bidang yang dipilih berdasarkan markah tertinggi. 3.10.8.2 Gred keseluruhan boleh diperolehi dengan mencampurkan jumlah markah keduadua bidang kokurikulum dan mendapatkan purata bagi kedua-dua bidang tersebut. Kemudian nilai tersebut dicampurkan dengan markah bonus yang diperolehi. 3.10.8.3 Berdasarkan markah pelajar X, contoh kiraan gred keseluruhan seperti berikut : Jumlah markah badan beruniform Jumlah markah persatuan / kelab Jumalh markah sukan dan permainan = Markah purata bagi dua terbaik Markah bonus Markah keseluruhan Gred keselurhan = = = 85 = 79 68 82

(79 + 85) = 2 10 (Ketua mmurid) = =

82 + 10 = 92 A

3.10.9

PELAKSANAAN 3.10.9.1 Semua sekolah menengah di setiap negeri diminta menggunakan format dan borang yang sama untuk membuat penilaian aktiviti kokurikulum murid (lihat lampiran 10, 11, 12)

3.10.9.2

Penilaian hendaklah dibuat setiap hujung tahun atau selewat-lewatnya awal bulan Januari tahun yang berikutnya. Tempoh ini diperlukan kerana masih ada aktiviti kokurikulum peringkat kebangsaan yang dijalankan pada bulan Disember. Oleh sebab penilaian kokurikulum dibuat sepanjang tempoh murid berada di tingkatan 1 hingga tingkatan 6, pihak sekolah perlu menyediakan Buku Kemajuan Kokurikulum yang diseragamkan di peringkat pusat. Langkah ini memudahkan penyimpanan rekod kemajuan dan pemindahan rekod sekiranya murid berpindah ke sekolah lain dan semasa kemasukan ke matrikulasi / IPT. Pihak sekolah hendaklah membentuk jawatankuasa penilai yang terdiri daripada guru-guru dan dipengerusikan oleh Pengetua / Guru Besar. Setiap borang penilaian perlu disemak oleh guru pemimpin sebelum disahkan oleh Pengetua dan Penolong Kanan Kokurikulum. Penilaian kokurikulum murid dilakukan pada setiap tahun sepanjang persekolahannya. Keputusan penilaian akan dipersembahkan dalam bentuk prestasi tahun semasa (GPA) dan himpunan prestasi sepanjang tempoh persekolahan (CGPA). Contohnya, prestasi GPA dan CGPA murid X dalam bidang kokurikulum sepanjang tempoh persekolahannya sehingga tingkatan lima :

3.10.9.3

3.10.9.4 3.10.9.5 3.10.9.6

TING I II III IV V

MARKAH KOKURIKULUM 69 82 83 89 80

GPA 69 82 83 89 80

CGPA 69.0 75.5 78.0 80.8 80.6

Contoh pengiraan CGPA Tingkatan II = Tingkatan IV = (69 + 82) 2 (69 + 82 + 83 + 89) 4 = 80.8 = 75.5

3.10.9.7

Untuk mendapatkan markah 10%, markah akhir hendaklah dibahagikan dengan 100 dan didarabkan dengan 10. Contohnya : Tingkatan V = 80.6 x 10 100 = 8.06

3.10.9.8

Bagi murid tahun 6, penilaian kokurikulum adalah berdasarkan percapaian terbaik dari tahun empat hingga tahun enam, dan ia diambil kira sebagai kelayakan untuk kemasukan ke sekolah berasrama penuh / MRSM

3.10.9.9

Kes-kes Terpencil 3.10.9.9.1 3.10.9.9.2 3.10.9.9.3 3.10.9.9.4 3.10.9.9.5 Murid Pendidikan Khas Murid kurang upaya Pesakit kronik / luar biasa Sekolah di kawasan pedalaman Sekolah kurang murid

3.10.9.10

Kes-kes Khas Murid yang terlibat dalam aktiviti sukan prestasi tinggi hendaklah dinilai mengikut kriteria seperti murid biasa.

3.10.10

PENILAIAN AKTIVITI KOKURIKULUM BAGI MURID TINGKATAN ENAM Murid tingkatan enam yang telah tamat pengajian dan mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) boleh memilih markah prestasi PLKN yang diperolehi untuk dipertimbangkan dalam pengiraan markah. Dalam kes ini, murid tersebut mempunyai empat pilihan daripada tiga yang perlu dipilih untuk menentukan markah kokurikulumnya. Jika prestasi murid didapati tinggi dalam PLKN, markah terendah dalam bidang lain akan digugurkan.

You might also like