You are on page 1of 13

VRS 011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1 BENGKEL PENDIDIKAN DAN KESEDARAN ALAM SEKITAR DAERAH PENDANG 19 FEBRUARI 2011 PENDANG

G LAKE RESORT, PENDANG KEDAH

1.0 PENDAHULUAN Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian kita. Selain itu, alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita satu suasana yang selesa dan menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, ia juga akan menjejaskan aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik.

Ramai orang tahu masalah pencemaran alam sekitar adalah sesuatu yang membahayakan kesihatan manusia dan juga bumi kita. Masalah ini adalah disebabkan daripada aktiviti harian kita seperti membuang sampah merata tempat, pembakaran secara terbuka, pembalakan secara haram dan

sebagainya. Menjaga alam sekitar yang menjadi tanggungjawab setiap orang yang hidup di bumi ini dan telah pun tahu kepentingannya dalam kehidupan kita tetapi tidak diambil tindakan secara serius dari dahulu lagi. Buktinya, apa yang berlaku sekarang ialah cuaca sedang berubah di seluruh dunia.

Kempen pemuliharaan alam sekitar sering dipandang sepi kerana ramai yang menganggap ia tidak berkaitan atau membawa makna kepada mereka. Pendidikan dan kesedaran adalah strategi pertama yang perlu diambil dalam usaha untuk melestarikan alam sekitar. Dari segi pendidikan, semua pelajar sekolah mendapat pengetahuan tentang menjaga kebersihan alam sekitar terutamanya dengan kempen Jangan Membuang Sampah Di Merata Tempat. Dari segi kesedaran pula, kempen-kempen yang dijalankan seperti Kempen Selamatkan Alam Kita dan kempen-kempen lain yang diadakan sepperti tidak mendapat sambutan yang hebat sama seperti konsert penyanyi walaupun penyertaan kempen tersebut adalah percuma. 1 209245

VRS 011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1 2.0 KONSEP PROJEK Projek ini memfokuskan penglibatan generasi muda khususnya penuntut sekolah. Pendedahan awal golongan ini adalah untuk memberi pemahaman yang lebih jelas tentang alam sekitar yang penting untuk kelansungan hidup manusia. Dengan itu sebagai golongan pelapis yang akan menerajui pembangunan negara masa depan, pengetahuan dan pengalaman awal ini diharapkan akan dapat mewujudkan kesedaran, minat dan pemikiran yang jelas tentang kepentingan menjaga alam sekitar di dalam menghalatuju

pembangunan negara.

Projek ini juga akan memberi garis panduan kepada pelajar dalam usaha memelihara alam semula jadi yang juga boleh dilakukan dari rumah. Ini kerana, mereka terlibat dengan pembuangan sampah yang digunakan seisi keluarga setiap hari. Antara aktiviti aktiviti pendidikan dan kesedaran alam sekitar yang akan dijalankan termasuk ceramah, pameran, kuiz alam sekitar, penyebaran maklumat alam sekitar melalui media cetak, edaran risalah risalah mengenai pencemaran alam sekitar dan majalah Era Hijau terbitan Jabatan Alam Sekitar. 3.0 OBJEKTIF PROJEK Terdapat beberapa objektif melalui projek yang bakal dilaksanakan iaitu:3.1 OBJEKTIF UMUM Tujuan projek ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kesedaran alam sekitar di kalangan pelajar supaya mereka menjadi warganegara yang prihatin dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar selaras dengan kempen alam sekitar yang menggalakkan pemuliharaan alam sekitar. Dengan adanya program-program seperti ini kesedaran penjagaan alam sekitar terutamanya kepada kumpulan sasaran akan dapat

dipertingkatkan.

209245

VRS 011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1 3.2 OBJEKTIF KHUSUS Untuk membantu pelajar mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran serta sikap tanggungjawab terhadap alam sekitar secara pro-aktif dan berperanan. 3.3 OBJEKTIF-OBJEKTIF LAIN Objektif projek ini juga adalah untuk:3.3.1 Mendidik golongan sasaran secara tidak formal mengenai keperluan manjaga alam sekitar kerana memerlukan mereka untuk terlibat sama dalam aktiviti yang diadakan. 3.3.2 Projek ini akan memberi garis panduan yang dapat diterapkan dalam kehidupan seharian kearah melestarikan alam sekitar agar sumber alam dapat dikekalkan sehingga generasi akan datang secara kualitatif dan kuantitatif. 3.3.3 Membantu para pelajar memperolehi pengetahuan, kemahiran dan memupuk nilai-nilai murni dan tanggungjawab untuk berusaha serta bertindak secara individu atau berkumpulan menyelesaikan isu-isu alam sekitar. 4.0 MATLAMAT PROJEK 4.1Untuk membentuk sikap dan perlakuan yang positif di kalangan pelajar terhadap alam sekitar serta melahirkan warga yang sihat dan berkualiti kearah pembangunan yang lestari. 4.2Menggalakkan pelajar untuk meningkatkan semangat kerjasama dan berusaha bersunguh-sungguh supaya tidak terus tercemar. 4.3Untuk memberi penjelasan tentang keperluan dan rasionalnya untuk kesejahteraan alam sekitar

menjaga alam sekitar yang akan memberi faedah kepada masyarakat.

209245

VRS 011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1 5.0 ANALISIS KEPERLUAN PROJEK Terdapat beberapa faktor penting untuk melaksanakan program ini kepada pelajar di Daerah Pendang iaitu:5.1 POLITIK Kestabilan politik telah menggalakkan pembangunan setempat.

Keadaan ini dapat dilihat dengan pelbagai infrastruktur yang baik disediakan untuk keselesaan dan kesejahteraan penduduk. Hal ini adalah ekoran daripada peningkatan kerjasama antara masyarakat, agensi kerajaan dan juga swasta. Keadaan ini perlu untuk memastikan pembangunan dapat dilaksanakan dengan jayanya untuk kemakmuran negara. Namun begitu, alam sekitar yang bersih dan terlindung perlu diutamakan dalam proses pembangunan agar lebih lestari. Ini akan mencerminkan masyarakat yang harmonis dan sihat bagi menerajui pembangunan sains dan teknologi negara.

Pelbagai langkah telah dilaksanankan oleh kerajaan untuk memastikan rakyat mempunyai kesedaran sivik dan terpuji dalam hal-hal berkaitan alam sekitar dikalangan masyarakat dan golongan pelajar. Adalah diharapkan usaha-usaha ini dilaksanakan secara berterusan agar kesilapan masa lalu tidak diulangi oleh generasi muda yang baru memperoleh ilmu secara menyeluruh tentang pendidikan alam sekitar. Ini akan dapat membantu mereka mempraktikkannya kelak untuk berdepan dengan isu-isu alam sekitar di masa hadapan. 5.2 SOSIAL Tumbuh-tumbuhan yang ada disekeliling kita membantu mengurangkan kepanasan suhu setempat dan global. Menerusi proses fotosintesis, tumbuh-tumbuhan ini menyerap karbon dioksida dan menghasilkan oksigen yang diperlukan untuk kita bernafas. Malah kajian beberapa universiti tempatan mendapati bahawa suhu di kawasan di Lembah Klang yang dikelilingi banyak pokok adalah 5 darjah Celsius lebih rendah berbanding suhu di sekitarnya. 4 209245

VRS 011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1

Kekurangan pengetahuan menyebabkan masyarakat tidak mengambil berat tentang kestabilan alam sekitar. Oleh itu, tindakan mempromosikan ilmu dan kefahaman tentang ekosistem dan kepentingan untuk menjaga alam sekitar perlu dilaksana dengan lebih giat kearah keharmonian alam sekitar. Masyarakat perlu dididik bahawa ekosistem ini berfungsi secara kait mengait dalam satu kitaran. Pendedahan terhadap isu-isu yang berkaitan dengan alam sekitar akan dapat memberi kesedaran dan keprihatinan masyarakat di kawasan ini untuk turut bekerjasama dan berusaha menjaga dan memulihara alam sekitar. 5.3 EKONOMI Ekoran kepada pembangunan setempat yang semakin berkembang melalui peluang pekerjaan yang ditawarkan, menyebabkan pengusahapengusaha kurang menghargai nilai-nilai alam sekitar yang menarik dan indah. Kawasan pertanian dan perhutanan mula beralih kepada kawasan perumahan, perniagaan dan juga industri dengan tujuan untuk menggerakkan industri hiliran untuk membangunkan ekonomi negara.

Pembangunan

berterusan

yang

berlaku

membawa

peningkatan

penggunaan barangan yang mampu menghasilkan sisa pepejal dan menyebabkan kos pengurusan sisa pepejal meningkat. Kerajaan telah telah memberi peruntukkan yang besar dalam pembangunan alam sekitar. Namun jika pencemaran terus meningkat, adakah jumlah ini mencukupi untuk pembersihan semula kawasan pencemaran dan melaksanakan program pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar? Berapa banyak pun peruntukan yang diberikan, ia tetap tidak mencukupi jika pencemaran alam terus meningkat. Oleh itu, langkah terbaik untuk mengurangkan bebanan kerajaan ialah memastikan masyarakat

memainkan peranan agar pencemaran dapat dikawal. Ini akan membolehkan masyarakat menikmati alam sekitar yang bersih tanpa perlu mengeluarkan belanja yang besar.

209245

VRS 011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1

5.4 AGAMA Penduduk di kawasan ini terdiri daripada 70 peratus berbangsa Melayu, 12 peratus berbangsa Siam, 10 peratus berbangsa Cina dan 8 peratus adalah berbangsa India. Walaupun penduduk disini mempunyai agama anutan yang berbeza, ini tidak menimbulkan masalah kerana sebagai manusia adalah menjadi tanggunggaungjawab bersama untuk menjaga alam sekitar . Islam adalah agama yang universal dan memiliki kesempurnaan di segala aspek yang dapat diaplikasikan oleh manusia dalam kehidupannya.

Kebanyakan kitan menganggap alam sekitar yang indah dan hijau adalah kurniaan Allah semata-mata. Ia tidak perlu dijaga dan dipulihara. Menurut ramai ulama, menjaga alam sekitar ini adalah fardu kifayah. Namun, bagi mereka yang digaji dan diamanahkan bekerja dalam pengurusan alam sekitar, tugas tersebut adalah fardu ain. Allah memberi amaran kepada golongan yang suka membuat kerosakan di muka bumi dan ini termasuk perosak alam sekitar sebagaimana firman-Nya, Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan kebaikan padanya. (Al-A'raaf: 56). Malah ajaran Islam menuntut umatnya memelihara alam sekitar dan bukannya melakukan kemusnahan.

Diharapkan melalui program ini akan dapat memberi pendedahan dan kesedaran kepada peserta untuk menjaga dan memulihara alam sekitar seperti yang dikehendaki oleh agama. Ini bertepatan dengan hadis Rasullullah SAW bersabda yang maksudnya: Sesiapa yang

menghidupkan bumi yang mati akan mendapat ganjaran pahala dan sesiapa yang memakan hasilnya, maka baginya adalah sedekah. (Hadis riwayat Nasai). 6.0 PERANCANGAN PROJEK Projek yang akan dilaksanakan bertajuk BENGKEL PENDIDIKAN DAN KESEDARAN ALAM SEKITAR. Bengkel ini akan berlangsung selama sehari 6 209245

VRS 011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1 iaitu pada 19 Februari 2011 iaitu dalam tempoh dua bulan bermula pada 18 Disember 2010 yang bertempat di Pendang Lake Resort, Pendang Kedah. Bengkel ini dijangka bermula pada jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Dianggarkan peserta yang akan menyertai bengkel ini adalah seramai 100 hingga 150 orang yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah daerah Pendang. Aktiviti yang akan dijalankan sebelum bengkel tersebut dilaksanakan adalah seperti berikut:6.1 MESYUARAT I Mesyuarat kali pertama untuk melantik jawatankuasa program dan jawatankuasa kerja. Mesyuarat ini akan diadakan di Dewan Kuliah (DKG 5/2) UUM. 6.1.1 Perlantikan pengerusi, timbalan pengerusi, setiausaha, dan bendahari. 6.1.2 Perlantikan ketua-ketua biro iaitu: 6.1.2.1 Biro Persediaan 6.1.2.2 Biro Pendaftaran dan Perasmian 6.1.2.3 Biro Makanan 6.1.2.4 Biro Pengangkutan dan Logistik 6.1.2.5 Biro Publisiti 6.1.2.6 Biro Siaraya 6.1.3 Membuat pengagihan tugas mengikut biro-biro yang telah ditetapkan. 6.1.4 Biro Persediaan akan berhubung dengan Jabatan Alam Sekitar Kedah, Pejabat Kesihatan Daerah Pendang, dan Majlis Daerah Pendang bagi membincangkan program yang akan

dilaksanakan. 6.1.5 Biro Pengangkutan dan Logistik membuat lawatan tapak projek dan meninjau kawasan serta membuat pemeriksaan ke atas alatan dan peralatan yang akan digunakan. 6.1.6 Biro Publisiti akan menyediakan risalah-risalah mengenai program kepada peserta dan dokumentasi program yang telah dilaksanakan. 7 209245

VRS 011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1 6.1.7 Biro Makanan mencari menu yang sesuai dan membuat tempahan dijalankan. 6.1.8 Biro Siaraya memastikan alat-alat siaraya berfungsi dengan baik dan lancar. 6.2 MESYUARAT II Mesyuarat kali kedua berbincang untuk mendapatkan sumber kewangan bagi perlaksanaan program. 6.2.1 Memohon sumbangan daripada Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah dan agensi bukan kerajaan (NGO). 6.2.2 Memohon sumbangan daripada pihak Pusat Ko-Kurikulum Universiti Utara Malaysia untuk menampung sumber kewangan. 6.3 PENAJA 6.3.1 Mengedarkan surat memohon sumbangan daripada pihak seperti yang dipersetujui dalam mesyuarat II. 6.4 SENARAI SEMAK DAN KERTAS CADANGAN 6.4.1 Mengedarkan senarai semak perancangan kepada semua ketua biro untuk melihat kembali bahagian-bahagian yang belum diselesaikan. 6.4.2 Menyediakan kertas cadangan untuk memohon kelulusan daripada Pengarah PACE. 6.5 PERLAKSANAAN PROJEK 6.5.1 Jadual aktiviti 8.00 9.00 pagi 9.00 9.30 pagi 9.30 10.00 pagi makanan untuk jamuan sepanjang program

Pendaftaran Ucapan dan perasmian oleh YDP Pendang Minum pagi

209245

VRS 011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1 10.00 11.30 pagi Ceramah Perancangan Pegawai 11.30 12.45 t/hari Alam Alam Sekitar Sekitar Alam oleh

Kawalan

Sekitar,

Jabatan Alam Sekitar, Kedah. Ceramah jemputan Pencemaran Alam dan Kesihatan Manusia oleh wakil 12.45 2.00 petang 2.00 3.30 petang 3.00 5.00 petang 5.00 6.00 petang daripada Pejabat Kesihatan

Daerah Pendang Makan tengahari dan solat Zohor AKTIVITI 1 Kajian Air oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah AKTIVITI 2 Kuiz Alam Sekitar oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah Penyampaian sijil dan cenderamata kepada peserta dan tetamu jemputan Minum petang Penutup 6.6 PENYEDIAAN LAPORAN KEWANGAN 6.6.1 AJK yang mengendalikan bahagian kewangan akan

bermesyuarat dan menyediakan laporan kewangan yang telah digunakan semasa program dijalankan. 6.7 POST MORTEM 6.7.1 Satu perjumpaan akan diadakan untuk melakukan post mortem bagi segala perancangan aktiviti yang telah dilaksanakan untuk memperbaiki kekurangan dalam semua aspek.

6.8 PENYEDIAAN DAN PENYERAHAN LAPORAN PROJEK 6.8.1 Menulis laporan yang telah disiapkan dan diserahkan kepada Pengarah Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE) melalui Jurulatih dan Penyelaras Kokurikulum.

209245

VRS 011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1 7.0 CARTA GANTT 7.1 Carta Gantt dibawah menunjukkan rumusan perancangan yang dilakukan untuk Program Pendidikan dan Kesedaran Alam Sekitar Daerah Pendang, Kedah Darul Aman.

BULAN BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 Perkara / Aktiviti Mesyuarat kali pertama Berhubung dengan jabatan kerajaan Melawat tapak projek Penyediaan dan cetakan risalah Tempahan makanan Mesyuarat kali kedua: Berbincang untuk mendapatkan sumber kewangan Mengedarkan surat memohon sumbangan Mengedarkan senarai semak perancangan Menyediakan kertas cadangan memohon kelulusan PACE Pembentangan laporan dan perjumpaan dengan ketua-ketua biro Perlaksanaan program Post-Mortem Menulis laporan untuk dihantar ke PACE

DISEMBER 2010 17 18 24 30

JANUARI 2011 15 22 28 29

FEBRUARI 2011 12 19 26 27

10

209245

VRS 011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1 8.0 PENUTUP Adalah diharapkan bengkel ini akan dapat mencapai objektif dan matlamat dalam usaha untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada pelajar sekolah berkaitan isu-isu alam sekitar di daerah Pendang. Semoga maklumat yang diberikan dalam bengkel ini akan dijadikan panduan supaya mereka dapat bersama-sama untuk menjaga alam sekitar yang sangat bernilai. Ini adalah kerana, tanggungjawab untuk menjamin sebuah negara yang bersih bukan sahaja dipikul oleh kerajaan tetapi patut dipikul oleh semua pihak. Untuk membentuk rakyat yang bertanggungjawab kepada alam sekitar, mereka perlulah mempunyai kesedaran. Untuk memupuk kesedaran di kalangan rakyat, cara yang terbaik ialah melalui pendidikan. Sebab-sebab pendidikan alam sekitar ini perlu ialah kerana ia dapat membentuk sikap positif diri terhadap alam sekitar. Dengan adanya kesedaran pada seseorang individu, dia akan sedar tentang betapa pentingnya kualiti alam sekitar yang tinggi dikekalkan. Ini kerana mereka sudah tahu apa masalah yang mungkin akan timbul akibat sesuatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab yang mencemarkan alam sekitar. Diharapkan semoga program ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya seperti yang dirancangkan dan mendapat keberkatan Allah S.W.T.

11

209245

VRS 011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1 9.0 RUJUKAN Siri Modul Kendiri Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ-UUM), Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE), Universiti Utara Malaysia. http://www.doe.gov.my diakses pada 9 Disember 2010 www.didkedah.gov.my di akses pada 10 Disember 2010

12

209245

VRS 011 PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1 LAMPIRAN

13

209245

You might also like