You are on page 1of 5

Nasi Ayam Oleh: Azie Kitchen Bahan bahan: 1 ekor ayam - potong 4 4 tin susu beras basmathi 5 ulas

bawang putih - ketuk 2 inci halia - ketuk 1 inci kulit kayu manis 2 kuntum bunga lawang 5 kuntum bunga cengkih 2 biji buah pelaga 1 sudu besar kicap cair 2 helai daun pandan - simpul Garam secukupnya Sayuran Daun salad Timun Tomato Daun sup dan daun bawang Bawang goreng Sos Cili 10 biji cili merah 2 ulas bawang putih 2 sudu besar cuka atau jus limau nipis Gula dan garam secukupnya Sos Kicap Kicap Sos cili Gula dan garam

Cara cara: Rebuskan ayam, halia, bawang putih, garam, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga sehingga air mendidih. Bila sudah mendidih, angkat dan toskan ayam. Lumurkan kicap cair pada ayam dan gorengkan dalam minyak yang banyak sehingga masak. Kami lumur dengan kicap, sos tiram dan lada sulah. Jika suka, boleh juga kisar bawang merah dan bawang putih. Ambil 5 tin susu air rebusan ayam dan masukkan dalam rice-cooker. Masukkan beras dan daun pandan. Masakkan beras saperti masak nasi biasa. Air rebusan yg lebih tadi masukkan garam dan carrot dan biarkan mendidih. Sekiranya nampak sikit bolehlah tambahkan air. Sediakan bahan cilli sos dan kisar. Sesuaikan rasa. Sediakan pula, sos kicap. Hiriskan sayuran dan akhir sekali ayam diketuk dan dipotong kecil. Hidangkan bersama nasi dan sup yg telah dimasukkan daun sup dan bawang serta bawang goreng. Nota: Ayam boleh juga dibakar pada suhu 180C selama 30 minit. Kicap cap gajah, gula, garam, lada sulah dan madu Sos kicap: kicap cair masak dengan air, lada sulah, garam dan gula.

Nasi Ayam Original Bahan untuk Nasi 2 cawan beras 1 inci kulit kayu manis 1 kuntum bunga lawang 2 kuntum buah pelaga 2 ulas bawang putih dicincang 3 sb mentega 1 helai daun pandan Garam (secukup rasa) Bahan untuk Ayam dan Sup 500 g Ayam 2 sb kicap pekat 1 sb sos cili 1 sk minyak bijan 1 sb sos tiram 20 g lobak jeruk 1 inci halia dihiris memanjang 1 ulas bawang putih dihiris memanjang Garam (secukup rasa) Bahan untuk Sos Cili 6 biji cili merah 3 ulas bawang putih 1 inci halia 1/2 cawan air rebusan ayam 1 sk minyak bijan 1 sk cuka 2 sk gula Garam (secukup rasa)

Bahan untuk Kicap Cili padi Kicap manis cap kipas udang Gula Air rebusan ayam Rebus ayam bersama sedikit garam, halia dan bawang putih hingga ayam masak dan empuk. Keluarkan ayam dan ambil 2 cawan air rebusan untuk memasak nasi. Air rebusan selebihnya direnih lagi bersama lobak jeruk, hirisan halia, dan bawang putih untuk dihidang sebagai sup. Taburkan daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan. Seterusnya, campurkan sos cili, kicap pekat, sos tiram dan minyak bijan. Curah ke atas ayam dan gaul sebati. Goreng ayam tanpa minyak hingga kering bersama sos. (Boleh juga jika mahu digoreng dengan minyak seperti biasa, tapi goreng sekejap sahaja secara touch n go) Untuk nasinya, cairkan mentega dan tumis bawang putih, bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis dan daun pandan hingga wangi. Masukkan beras dan goreng sekejap sehingga rata. Tuang 2 cawan air rebusan ayam, garam dan sedikit pewarna kuning, jika suka.

Untuk sos cili, kisar halia, bawang putih, cili, minyak bijan, gula, cuka, garam dan air rebusan ayam. Untuk kicap, tumbuk cili padi. Masukkan kicap, gula dan air rebusan ayam. Kacau sebati. Hidangkan nasi bersama ayam, sos cili dan juga kicap. Bahan Perap utk Ayam Madu (option): 3 sb madu 3 sb kicap 3 sb sos tiram Selamat Mencuba.

You might also like