You are on page 1of 5

Minit Mesyuarat Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Surau Al-Husna, Taman Wawasan, Pusat Bandar Puchong Sessi 1 Jun

2013 31 Mei 2016

Tarikh Masa Tempat

: : :

12hb September 2013. 9.00 malam Surau Al-Husna, Taman Wawasan, Pusat Bandar Puchong, Selangor D.E.

Kehadiran:
Ahli Jawatankuasa Hadir Tidak Hadir

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15.

Mohamad Yunos Bin Mohd Ariffin (Pengerusi) Ibrahim Bin Abdullah (Imam) Ali Omar Bin Abd Hamid (Bilal) Mohamed Shoaib Bin Azmat Ali (Siak) Mazuan Bin Lin (Setiausaha) Mohd Razali Bin Mohd Isa (Bendahari) Muhammad Rizal Jaafar (Wakil Pemuda) Mariah Binti Bustaman (Wakil Wanita) Shirazi Bin Othman (AJK) Abdul Jamal Bin Ibrahim (AJK) Hj Pahmee Bin Noor (AJK) Norhisham Bin Haji Azraee (AJK) Abdurahemsa Bin Mokhtar (Pemeriksa Kira-kira) Musri Bin Tukiman @ Musa (Pemeriksa Kira-kira)

Hj. Hassan Ali

Muka Surat 1 dari 5.

1.

Ucapan Pengerusi Surau dan Pengesahan minit lepas 1.1 1.2 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan kesemua ahli kariah surau yang sudi hadir pada mesyuarat AJK yang pertama ini. Hj Jamal mencadangkan dan Sdr. Hisyam menyokong agar minit mesyuarat yang lalu disahkan. Persetujuan sebulat suara.

2.

Mengadakan kuliah 2.1 Kuliah agama dicadangkan untuk diadakan pada 26 September 2013 bertajuk korban. Ustaz bagi kuliah tersebut akan dikenalpasti.

3. Post Mortem Aktiviti Ramadhan Lepas 3.1 Flyers akan diedarkan bagi Moreh di masa akan datang. Ini kerana sambutan sangat menggalakkan jika flyer dapat diedarkan kepada penduduk. Di masa akan datang juga, borang kosong akan ditampal di papan kenyataan surau dan para kariah boleh mengisi nama mereka pada tarikh yang mereka rasakan sesuai. Ini juga boleh mengelakkan rasa terpaksa dan membebankan ahli kariah yang mungkin tidak berkemampuan.

3.2

4.

Bilik dan Papantanda. 4.1 Bilik yang dicadangkan agar diadakan pejabat kini telah penuh dengan barangan surau yang semakin bertambah maka tidak praktikal untuk diletakkan kerusi dan meja. Bagaimanapun, dicadangkan agar dapat diadakan sebuah kabinet fail bagi menyimpan fail-fail surau dan resit-resit yang berkaitan di bilik PA. Jenis kabinet dan pembelian diserahkan kepada setiausaha. Tilam lama di Bilik Musafir telah dicadangkan untuk dibuang dan Sdr. Hisyam akan mendermakan katil terpakai untuk diletakkan di dalam bilik tersebut. Kerja ini akan dilakukan pada gotong royong sebelum sambutan Hari Raya Korban. Pengerusi bersedia mengambil tanggungjawab bagi mengadakan Papantanda penunjuk arah surau.

4.2

4.3

Muka Surat 2 dari 5.

5.

Carta Organisasi Pegawai dan Ahli Jawatankuasa 5.1 Carta organisasi dan proses mengambil gambar bagi tujuan tersebut akan diselesaikan pada 30 September 2013. Setelah rekabentuk selesai, carta organisasi tersebut akan dibingkaikan dan digantung di dinding surau.

6.

Status rumah ibadah bagi TNB dan Syabas. 6.1 Terdapat kekeliruan di pihak TNB berkenaan penukaran status rumah ibadah. Menurut Sdr Razali, cagaran RM500 bagi pendaftaran lama akan dipulangkan kepada En. Sharifuddin. Surat perlantikan AJK perlu dibawa sekali bersama wang cagaran baru.

7.

Pengubahsuaian kawasan Wuduk 7.1 Kertas Kerja bagi memohon peruntukan bagi kerja pengubahsuaian telah pun siap untuk dihantar ke Pusat Zakat Selangor.

8.

Sewaan kawasan surau bagi Tiang Pemancar Telekomunikasi 8.1 Pengerusi akan bertindak bagi penyewaan kawasan surau untuk tiang pemancar komunikasi untuk pengumpulan dana surau.

9.

Membaiki Bumbung 9.1 Hj Jamal mencadangkan agar gambar kerosakan surau diambil dan sebutharga diberikan terutamanya bagi memperbaiki bumbung. Hj Jamal akan memberikan no telefon pihak berkenaan kepada Setiausaha bagi memohon peruntukan daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin Foundation

10. Roller Gate 10.1 Roller gate surau mengalami kerosakan di mana begitu sukar untuk menutup atau membuka pintu gate tersebut. Untuk itu, pengerusi akan menghubungi Puchong Welding untuk melihat apa yang perlu diperbaiki.

Muka Surat 3 dari 5.

11. Persediaan Ibadah Korban 11.1 Bersempena Hari Raya Korban, Surau ingin mengambil inisiatif bagi menjalankan sendiri ibadah korban di surau yang jatuh pada 15 Oktober 2013. 11.2 Bilangan lembu yang dicadangkan untuk dilaksanakan korban adalah sebanyak 2 ekor sahaja. 11.3 Jumlah sumbangan bagi satu bahagian lembu telah diputuskan sebanyak RM450 termasuk kos mengurus oleh pihak surau. Mesyuarat bersetuju bahawa jumlah ini adalah bertepatan dengan kadar semasa yang digunapakai oleh kebanyakan surau dan masjid. 11.4 Anggaran harga bagi seekor lembu adalah RM2800 bagaimanapun jemaah adalah dialu-alukan untuk memberikan nama pembekal yang boleh memberikan harga yang lebih murah tetapi dengan kualiti lembu yang baik. 11.5 Gotong-royong sebelum perayaan berlangsung telah diputuskan pada 6 Oktober 2013 bagi membersihkan kawasan surau, 11.6 Setiausaha akan mengeluarkan surat pendaftaran korban untuk dihantar dari rumah ke rumah selewat-lewatnya pada minggu hadapan. Hj. Jamal akan bertindak bagi proses penghantaran tersebut. Surat tersebut juga akan menyatakan gotong-royong bagi meminta penyertaan jemaah. 11.7 Mesin bagi memotong tulang akan disediakan oleh Hj. Jamal manakala pencarian dan pembelian piring gergaji tersebut akan diuruskan oleh Hj Jamal bersama Pengerusi. 11.8 Survey melalui SMS akan dilakukan untuk mengetahui samada perlu diadakan solat sunat hari raya pada tahun ini di surau.

12. Status Kewangan 12.1 Bendahari menyampaikan status kewangan terkini yang telah berjaya dikutip oleh pihak surau, baki di bank dan perbelanjaan yang terlibat. Sejumlah wang berjumlah RM3,721 diserahkan oleh pengerusi kepada bendahari untuk dimasukkan ke bank.

Muka Surat 4 dari 5.

Mesyuarat ditangguhkan ke suatu tarikh akan datang dengan bacaan surah Al-Asr.

Disediakan oleh:

........................................ EN. MAZUAN LIN (Setiausaha Surau Al-Husna) Tarikh : 25hb Nov 2013.

Disahkan oleh:

........................................... EN. MOHAMAD YUNOS BIN MOHD ARIFFIN (Pengerusi Surau Al-Husna) Tarikh :

Muka Surat 5 dari 5.

You might also like