You are on page 1of 1

Sesi Disember 2013 & Februari 2014

Tawaran Pinjaman Pendidikan

YAYASAN PAHANG

Yayasan Pahang (YP) mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon Pinjaman Pendidikan bagi melanjutkan pengajian di Institusi-institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan yang diluluskan oleh YP.

Kelayakan Memohon
1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut: a. Pemohon atau ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang; ATAU b. Jika pemohon serta ibu dan bapa lahir di luar Pahang dan telah bermastautin lebih dari sepuluh (10) tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Negeri Pahang Darul Makmur, perlu mengemukakan surat pengesahan tempoh bermastautin daripada Wakil yang dilantik oleh Yayasan Pahang/Pegawai Daerah/Penghulu Mukim. c. Bagi pemohon yang ibubapanya bukan warganegara Malaysia adalah Tidak Layak Memohon. 2. Mempunyai sahsiah diri yang baik dan memiliki personaliti unggul. 3. Mempunyai taraf kesihatan yang baik. 4. Mendapat tempat/tawaran dari IPT mengikuti kategori berikut:

Program
a. Diploma/Diploma Lanjutan di Politeknik b. Diploma di Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) c. Diploma/Ijazah Sarjana Muda bagi Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)/Kursus Luar Kampus (KLK) dan Program Pembelajaran Fleksibel (FLP)

Tarikh Permohonan: 8 Disember 2013 (Ahad)

Tarikh Tutup Permohonan: 30 Disember 2013 (Isnin)

Program
d. Sarjana/PhD di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di dalam negara - Memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda Kelas Kedua Tinggi atau yang setaraf dengannya. Keutamaan akan diberi kepada calon-calon yang mengikuti pengajian dalam bidang-bidang selektif & kritikal. e. Ijazah Sarjana Muda di IPTA dan IPTS (MMU, UNITEN,UTP, UNITAR dan UTAR) di dalam negara bagi pengajian dalam bidang-bidang selektif & kritikal (Tahun Pertama) seperti berikut : Perubatan/Pergigian/Farmasi Kejuruteraan & Teknologi Ekonomi & Kewangan Islam Pelancongan & Warisan TESL Perakaunan/Persijilan Profesional Perakaunan Pertanian dan Industri Halal

Bagi kategori ini, pemohon perlu memiliki kelulusan di peringkat Diploma dengan mendapat CGPA 3.20 ke atas ATAU lulus Matrikulasi dan STPM dengan cemerlang. Berikut ialah senarai IPTS yang diikitiraf oleh Kerajaan Malaysia dan yang diluluskan oleh YP: Universiti Multimedia (MMU) Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Universiti Teknologi Petronas (UTP) Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)

Tarikh Permohonan: 9 Februari 2014 (Ahad)

Tarikh Tutup Permohonan: 3 Mac 2014 (Isnin)

Program
f. Diploma Teknologi Elektronik (DTE), Diploma Teknologi Komputer (DTK) dan Diploma Elektrik Kuasa (DEK) di Pusat Pembangunan Kemahiran Pahang (Kolej PSDC) g. Sijil Profesional Kejuruteraan Senggaraan Pesawat (LWTR) di Malaysia Aviation Training Academy (MATA) Sdn. Bhd. h. Diploma di International College Of Automotive (ICAM) l. Diploma/Ijazah Sarjana Muda di Kolej Antarabangsa IKIP j. Sijil Kemahiran di IKIP Advanced Skills Centre

Tarikh Permohonan: Hari Pendaftaran | Tarikh Tutup Permohonan: 3 Minggu Dari Tarikh Pendaftaran

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat secara online di laman sesawang YP di alamat

Keterangan Lanjut

Untuk keterangan lanjut, sila berhubung dengan: Yayasan Pahang Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan, Pahang Darul Makmur. Tel: 09-518 1800 Faks: 09-518 1888 (Airulamri bin Amran /Safwati bt Ahmad /Norlatipah binti Alias Zakiah binti Saleh/ Rohana binti Khamdan) Laman Web: www.yp.org.my | Email: ypahang@yp.org.my

www.yp.org.my

; dan

Borang permohonan perlu di cetak dan di lengkapkan serta dihantar ke YP beserta dokumen-dokumen yang berkaitan.

MEMARTABATKAN MASYARAKAT

You might also like