You are on page 1of 23

Isi kandungan

1.0 PENDAHULUAN
Dalam era globalisasi kini semua perkara melibatkan penggunaan teknologi. Dunia pendidikan juga tidak terkecuali. Selaras dengan kehendak visi dan misi negara yang memerlukan pendidik dan melahirkan modal insan yang maju kehadapan membuatkan dunia pendidikan tidak akan terkecuali dari mengikuti perubahan semasa. Proses pembelajaran dan pengajaran telah mengalami banyak perubahan seiring dengan perkembangan teknologi. Penggunaan kaedah pengajaran

berbantukan computer haruslah diperluaskan lagi di sekolah-sekolah agar ia dapat menyaingi perubah-perubahan pendidikan masa kini. Definisi e-learning secara umumnya, 'e adalah sebarang pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN atau Internet) untuk penyampaian isi kandungan, interaksi ataupun pemudahcaraan. Internet, Intranet, satelit, tape audio/video, TV interaktif dan CD-ROM adalah sebahagian dari media elektronik yang dimaksudkan di dalarn kategori ini. Pengajaran belch disampaikan secara 'synchronously' (pada waktu yang sama) ataupun 'asynchronously' (pada waktu yang berbeza). Bahan pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan melalui media ini mempunyai teks, grafik, animasi, simulasi, audio dan video. Terdapat pelbagai jenis e-learning antaranya ialah computer based leraning, web based learning dan online based learning. Penghuraian secara lanjut mengenai web based learning akan dihuraikan pada tajuk seterusnya.

2.0 PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB


Pembelajaran berasaskan web adalah mula menggantikan kaedah pengajaran dan pembelajaran secara tradisional. Walaupun begitu kaedah pengajaran tradisonal tetap diteruskan cuma terdapat sedikit inovasi dari segi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah atau luar bilik darjah. Pembelajaran secara web ini membawa kepada satu perubahan dalam sistem pendidikan dimana guru dan murid bukan sahaja boleh diajar di dalam bilik darjah malahan luar bilik darjah juga pembelajaran masih boleh berlaku. Penerokaan dan penggunaan sumber terbuka dalam pendidikan adalah satu perubahan paradigma mengikut tren dan perkembangan ICT memandangkan kos lesen perisiandan pembangunan sistem dapat dijimatkan.

2.1 Definisi
Pembelajaran membawa maksud proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran manakala Definisi laman sesawang atau web ialah satu pengantara maya untuk menjalinkan komunikasi sesama manusia secara global yang dikuasakan dengan teknologi internet dan multimedia. Secara amnya pengajaran berasakan laman sesawang ini membawa maksud sesuatu ilmu pengetahuan atau kemahiran yang diperolehi melalui pengantara maya yang terdapat di dalam internet. Pembelajaran berasaskan laman sesawang atau web merupakan satu jenis pembelajaran dalam talian yang tidak memerlukan guru dengan murid bersemuka. Pemebalajaran berlaku sepenuhnya melalui laman sesawang. Pembelajaran berasaskan laman sesawang ini adalah salah satu bentuk inovasi pendidikan. Menurut Rozinah (2007), pengajaran berasaskan laman sesawang (web) membawa maksud pengajaran dan pembelajaran berasaskan hipermedia yang

menggunakan atribut dan sumber WWW bagi mereka cipta dan mendukung suasana pembelajaran yang bermakna. Justeru, pembelajaran berasakan web merupakan pendekatan alternatif di zaman teknologi digital masa kini yang dapat memenuhi kehendak sistem pendidikan dan kepelbagaian warganya.

Menurut khan (1997) yang membawa maksud sama dimana pembelajaran berasaskan web merupakan program pembelajaran berasaskan hipermedia yang menggunakan ciri dan sumber web untuk menghasilkan suatu persekitaran pembelajaran yang bermakna dan menyokong pembelajaran.

2.2 Contoh pembelajaran berasaskan web 2.2.1 Virtual Learning Environment (VLE)
VLE(Virtual Learning Environment) ialah satu sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai pembelajaran dunia sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan serta menyemak markah menerusi VLE. Para guru dan pelajar boleh mengakses berita sekolah dan dokumen penting yang telah dikemaskinikan oleh pentadbir sekolah. Penggunaan VLE ini telah banyak digunakan di sekolah menengah manakala sekolah rendah masih lagi baru memulakan sistem VLE ini. contoh VLE yang sudah digunakan di Malaysia seperti Frog. Menerusi Frog VLE dan sambungan internet 4G, pendidikan boleh dilaksanakan di mana jua, pada bila-bila masa melalui Frog VLE yang berasaskan cloud. Dengan ini, pembelajaran boleh dilaksanakan di manamana: di sekolah ataupun di rumah. Gambar 1 :contoh penggunaan frog VLE

2.2.2 Learning Management System


Learning managment system (LMS) adalah istilah yang digunakan dengan meluas untuk linkungan sistem yang menyediakan capaian kepada perkhidmatan pembelajaran secara atas talian antara para guru, pelajar dan pentadbir sistem. LMS pada asalnya direka untuk suasana pembelajaranditempat kerja, dan khususnya digunakan untuk menguruskesemua program latihan sesuatu organisasi, termasukpembelajaran tradisional didalam kelas Menurut Hall (2001) Kesemua Learning Management Systemsmengurus log masuk pengguna berdaftar, menguruskatalog-katalog kursus, merekodkan data daripadapelajar, dan menyediakan laporan kepada pihak pengurusan. Gambar 2 : contoh penggunaan LMS (IPTHO)

2.2.3 Edmodo
Salah satu contoh pembelajaran berasaskan web adalah edmodo. Edmodo adalah sebuah jejaring sosial yang sering digunakan untuk proses pembelajaran. Edmodo berfungsi sebagai sebuah laman yang telah dibangunkan khusus bagi aktiviti pembelajaran secara online sahaja. Edmodo menggalakkan suasana pembelajaran yang pelbagai pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja dan memberi kemudahan bagi guru dan pelajar sebuah tempat yang aman dan selesa untuk berkomunikasi, bekerjasama, berkongsi kandungan dan aplikasi pembelajaran, kerja rumah bagi pelajar, perbincangan dalam kelas maya, ulangan secara atas talian, nilai dan banyak lagi yang lain. Edmodo juga bermatlamat untuk membantu

para pengajar memanfaatkan media sosial dengan mengurangkan penggunaan ruangan bilik darjah. Penggunaan Edmodo sangat berkesan terhadap guru dan pelajar. Contohnya jika seseorang guru mempunyai tugasan luar dan tidak dapat bersemuka dengan pelajarnya, atau seorang guru itu sedang berada di luar negara, Edmodo akan membolehkan guru tersebut menyebarkan mesej, tajuk-tajuk perbincangan dalam bilik darjah, memberi tugasan serta nota kepada pelajar. Pembelajaran berasaskan laman web seperti Edmodo ini amat baik serta berkesan terhadap pelajar kerana mereka mampu membina pengetahuan baru dan bermanfaat kepada diri sendiri.

Gambar 3 : Contoh penggunaan edmodo

2.3 Ciri-Ciri Pembelajaran Berasaskan Web


Menurut Khan (1997) ciri-ciri pembelajaran berasaskan web dibahagikan kepada dua kategori iaitu:

2.3.1 Ciri-ciri utama


i. Interaktif

Menurut kamus dewan bahasa dan pustaka (1992) interaktif membawa maksud interaksi atau saling bertindak. Interaktiviti membenarkan pelajar untuk navigasi dan meneroka dalam pelbagai cara.

Interaktiviti ini membawa perubahan yang baru kepada murid dimana murid boleh melibatkan diri dalam proses pembelajaran secara atif dan mengawal proses pembelajaran mengikut tahap kemampuan diri sendiri secara tidak langsung meningkatkan pembelajaran secara konstrukif. ii. Boleh akses secara global

Penggunaan web ini membantu murid dan guru mencari segala maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran dan pengajaran secara global. Dengan hanya menaip google membantu kepada pencarian maklumat di serata tempat. Memandangkan kini dunia semakin maju boleh dikatakan setiap perkataan yang akan dicari di web akan membawa seseorang itu ke laman yang berkaitan. Keadaan ini berlaku kerana semua negara kini menggunakan internet, boleh dikatakan penggunaan internet ini adalah dalam peringkat global. Tiada had dan halangan dalam mengakses laman web yang diberikan kepada murid. Murid dan guru hanya memerlukan penyambungan sahaja kepada web iaitu wifi atau sambungan kepada internet. Pembelajaran dan pengajaran akan berlangsung walaupun tanpa penggunaan buku kerana murid boleh mengakses maklumat serta sumber di dalam web sahaja.

2.3.2 Ciri-Ciri Tambahan


I.

Menjimatkan kos

Ciri yang seterusnya adalah menjimatkan kos. Tidak dinafikan pembelajaran berasaskan web ini sangat menjimatkan kos. Pertamanya guru dan murid tidak perlu untuk membeli buku atau latihan di pasaran. Keduanya pula guru boleh menggurangkan penggunaan kertas. Yang terakhir penggunaan web tidak memerlukan untuk murid dan guru membayarnya kecuali penyambungan kepada internet. Tetapi jumlah pembayarannya tidaklah begitu mahal malahan berpatutan kepada guru dan murid. Sebagai contoh, guru hendak memberikan latihan berkaitan subjek diajar kepada murid. Guru boleh memasukkan latihan tersebut kepada web yang ada. Guru boleh meminta murid untuk mengakses web tersebut untuk membuat latihan atau

mendapatkan nota tambahan. Penggunaan kertas dapat dikurangkan dan sepastinya pembaziran dapat dielakkan. II. Mudah digunakan

Pembelajaran secara web ini mudah digunakan. Ini kerana murid hanya perlu diajar sahaja cara menggunakannya atau mencarinya. Ia tidak serumit mencari maklumat secara tradisional. Murid kini juga telah banya terdedah dengan komputer dan internet. Selain itu juga guru lebih mudah untuk menyampaikan maklumat yang tidak dapat disampaikannya di bilik darjah. Contohnya pembahagian kerja rumah atau latihan tambahan. Dengan hanya mengakses URL yang diberikan guru, murid akan mudah untuk mengaksesnya. Guru juga akan mudah untuk membuat penilaian terhadap perkembangan murid.

2.4 Fungsi Pembelajaran Berasaskan Web


Terdapat beberapa fungsi pembelajaran berasaskan web ini antaranya ialah : Buku gred real time Pautan luar (external) Laman diskusi dan bilik sembang (chat rooms)

2.4.3 Pautan luar (external)


Pautan luar atau external access membawa maksud pencarian yang ada di luar web yang diakses. Dalam sesuatu pencarian akan didatangkan dengan pautan luar yang berkaitan dengan isi web diakses tersebut. perkara ini akan lebih memudahkan kepada seseorang yang mencari laman-laman yang berkaitan dengan perkara di akses. Contohnya seperti gambar di bawah.

Gambar 4 : Contoh gambar pautan luar

2.4.2 Buku gred real time


Atas kemajuan teknologi di Malaysia semua perkara dibuat secara segera dan mudah. Begitu juga buku gred murid, di mana buku gred real time ini direka khas untuk bertujuan menyampaikan markah atau prestasi murid secara online. Buku gred real time ini juga telah digunakan oleh guru untuk menyemak markah murid secara online dimana guru lebih mudah untuk memantau prestasi murid tersebut, selain itu ibu bapa juga dapat menyemak markah dan prestasi anak mereka. Ini lebih memudahkan agar ibu bapa mengetahui peringkatan prestasi anak mereka. Murid juga lebih mudah untuk mengakses dan membuat soalan yang diberikan guru secara online. Pengurangan kertas dan masa dapat dipersingkatkan.

2.4.3 Laman Diskusi Dan Bilik Sembang


Laman diskusi dan bilik sembang ini adalah salah satu teknologi internet yang direka khas bertujuan untuk bersembang sesama rakan atau guru secara online. Pada masa kini sudah banyak laman diskusi yang direka untuk pelbagai tujuan. Tidak terkecuali laman-laman yang dicipta khas oleh para guru untuk memudahkan komunikasi antara guru dan murid berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar. Laman diskusi ini atau dikenali sebagai forum sering digunakan oleh guru untuk berdiskus bersama muridi berkaitan mata pelajaran. Perkara ini memudahkan kerana murid akan lebih mudah untuk bertanya mengenai mata pelajaran yang tidak difahaminya. Tidak perlulah murid menunggu pada keesokan harinya untuk bertanya

berkenaan dengan soalan yang tidak difahami mereka. Guru akan lebih mudah untuk menerangkan atau memberikan jawapan kepada soalan yang diajukan murid dengan kadar yang segera. Guru juga akan lebih mudah untuk memantau gerak kerja murid terhadap mata pelajaran yang diajarinya. Guru akan juga akan lebih mudah untuk berkongsi tips-tips dan latihan mengenai mata pelajarannya. Gambar 5 : Contoh bilik sembang (chatrooms)

2.5

Kelebihan Pembelajaran Berasaskan Web


Terdapat pelbagai kelebihan pembelajaran berasakan web di sekolah

antaranya ialah yang pertama murid tidak terhad pembelajarannya di dalam bilik darjah sahaja, malahan pembelajaran dan pengajaran akan terus berjalan walaupun di luar bilik darjah. Segala maklumat terkini dapat diakses murid dengan lebih mudah. Guru juga akan lebih mudah untuk menyampaikan maklumat kepada muridmurid dengan kadar segera. Contohnya forum perbincangan, email, laman diskusi, bilik sembang dan sebagainya. Kedua perhubungan murid dengan rakan-rakan sekolah juga dapat

dipereratkan lagi dimana mereka lebih mudah untuk menghubungi rakan-rakan mereka tanpa memerlukan kos yang tinggi. Mereka boleh berbincang bersama mengenai masalah serta kekeliruan yang mereka hadapi dalam mata pelajaran tersebut melalui forum perbicangan dan bilik sembang. Mereka juga dapat bertukartukar sumber dan maklumat pencarian berkenaan dengan topik yang dipelajari. Mereka juga dapat bersembang dan bertukar pendapat dengan rakan di sekolah lain tanpa had.

Ketiga kelebihan pembelajaran berasaskan web ialah murid boleh mencari segala jenis maklumat serta artikel yang berkaitan dengan pelajaran dengan lebih cepat, mudah dan tanpa memerlukan kos. Sumber yang diperolehi di internet atau web selalunya boleh dipercayai kerana sumber tersebut diperolehi juga daripada buku-buku yang tersedia di pasaran. Selain itu juga murid-murid boleh menerima dan menyebarkan nota kuliah atau maklumat berkaitan mata pelajaran dipelajari melalui web. Di situ komunikasi akan terjalin dimana semua murid akan boleh mengakses bahan tersebut bersama. Keadaan ini akan membantu dalam penjimatan masa, tenaga dan kos. Murid juga dapat meningkatkan penggunaan bahasa inggeris dimana kelebihan ini diperolehi ketika mengakses maklumat di web. Kerana kebanyakkan bahasa yang terdapat di web menggunakan bahasa inggeris. Aplikasi yang terdapat di web juga ditulis dalam bahas inggeris. Secara tidak langsung penggunaan bahasa inggeris dapat dipertingkatkan di kalangan murid. Yang terakhir pula, murid juga boleh mendapatkan khidmat nasihat serta bantuan dari pakar yang terdapat di alam maya selain guru mereka. Murid boleh bertanyakan tanpa had dengan pakar yang terdapat di serata dunia berkenaan dengan pelajaran yang dipelajari.

2.6

Keburukan Pembelajaran Berasaskan Web


Selain kebaikan, terdapat juga keburukan kepada murid dan guru dalam

pembelajaran berasakan web. Antaranya ialah terdapat sekolah di luar bandar atau murid yang kurang berkemampuan untuk mengakses web antaranya kerana tiadanya komputer di rumah atau sukarnya capaian rangkaian internet di kawasan luar bandar. Keadaan ini akan membantutkan pembelajaran dan pengajaran kerana boleh menyebabkan murid berasa rendah diri kerana tidak mempunyai kemudahan seperti rakan yang berkemampuan. Maklumat yang disampaikan oleh para guru juga sukar untuk diperolehi oleh murid. Selain itu keburukan seterusnya adalah kadar kelajuan internet di setiap tempat adalah berbeza. Adakalnya murid A akan mudah dapat mengakses web

tersebut manakala murid B pula mengalami kesukaran mengakses web sehingga menyebabkan paparan grafik, imej atau video clip tidak dapat didengar atau dilihat dengan baik. Ini akan menyebabkan penyampaian isi pelajaran tidak dapat disampaikan dengan baik. Keburukan yang ketiga pula pembelajaran berasaskan web ini memerlukan infrastruktur yang mencukupi. Kerana ia memerlukan peralatan komputer yang lengkap. Dalam mengakses web komputer tersebut perlu lengkap dan ia sangat memerlukan kos yang tinggi. Walaubagaimanapun kos tersebut hanya dikeluarkan sekali tetapi penggunaannya berkali-kali. Keburukan yang keempat pula web ini memerlukan internet. internet ini pula semakin maju. Pelbagai sumber dan maklumat di internet mudah diperolehi. Keburukannya adalah murid tidak selalu dipantau di luar bilik darjah mengenai penggunaan capaian internetnya. Boleh jadi murid-murid tersebut terdedah dengan sumber dan maklumat yang negatif di internet. keadaan ini akan menyebabkan kesukaran kepada guru dan ibu bapa untuk memantau pergerakan akses capaian internet murid.

3.0 KESIMPULAN
Secara rumusannya dapat disimpulkan pembelajaran berasakan web ini sedang rancak digunakan oleh pihak sekolah, walaupun di peringkat yang lebih tinggi seperti IPTA dan IPTS pembelajaran berasaskan web ini sudah dilaksanakan terlebih dahulu. Keadaan ini berlaku kerana pada era ini penggunaan komputer dan internet menjadi satu keutamaan. Murid dan guru sudah terdedah dengan penggunaan komputer dan internet ini. Tidak sukar bagi seseorang guru dan murid mempelajari sesuatu yang baru jika kemudahan yang disediakan mencukupi. Ilmu teknologi maklumat ini boleh dipelajari dengan sendiri tanpa memerlukan tenaga pengajar. Kerana ia sangat mudah untuk digunakan. Walaubagaimanapun pembelajaran berasaskan web ini banyak membantu guru untuk menyampaikan ilmu pengetahuan yang berguna kepada murid. Murid juga mudah untuk mengakses maklumat tanpa memerlukan pengeluaran tenaga, masa dan kos yang banyak. Bagi selaras dengan kemajuan negara sesebuah sekolah memerlukan sekurang-kurangnya satu orang guru menggunakan

pembelajaran secara web ini. supaya ia menjadi satu pemangkin kepada guru yang lain menggunakan juga pembelajaran secara web ini.

4.0 RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 4


Tarikh Masa Tahun Bil Murid Tema Tajuk Objektif : 23 April 2013 : 10.30 11.30 pagi : 4 Jujur : 25 orang : Yang Baik Jadikan Teladan : Peribahasa : simpulan bahasa : Pada akhir pelajaran murid-murid akan dapat : i) Menyenarai dan memberikan maksud empat simpulan bahasa yang terdapat dalam bahan petikan yang telah dibaca ii) iii) Membaca bahan cerita dengan sebutan dan intonasi yang betul Membina tiga daripada lima ayat tunggal simpulan bahasa yang dicari Fokus Utama :

6.2 Aras 2 (i) - mengenal pasti peribahasa yang biasa digunakan dalam sesuatu genre Fokus Sampingan : 5.2 Aras 1 (i) - membaca lancar bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul 8.1 Aras 1 (i) menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat berdasarkan topik yang diberikan Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah didedahkan dan mempelajari topik simpulan bahasa serta pernah menggunakannya dalam kehidupan seharian

Sistem bahasa i.

Tatabahasa : simpulan bahasa :

Pengisian kurikulum i. ii.

Ilmu : bahasa malaysia, pendidikan muzik Nilai murni : tolong menolong, kerjasama, rajin, tekun

Kemahiran bernilai tambah : i. ii. iii. iv. Kemahiran berfikir : menyenarai dan memberi maksud Belajar cara belajar : mengumpul maklumat Teori kecerdasan pelbagai : verbal linguistik, kinetatik, visual KMD : strategi mengatasi cabaran :

Isi pelajaran i. ii. iii.

Cerita monyet yang pintar Simpulan bahasa Ayat tunggal :

Bahan bantu mengajar i. ii. iii. iv. v. Video Web

Pembesar suara Projektor Komputer

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Langkah/ Masa


Set Induksi (5 minit)

Aktiviti Pengajaran Dan Isi Pelajaran


i) Tayangan video: - Video pilot (simpulan bahasa) -

Pembelajaran
Guru menayangkan video mengenai seorang yang pendiam di dalam kelas Murid melihat dengan teliti video tersebut BBM : -

Catatan

Laptop, video http://www.youtube.com/w atch?v=KvMCTZnYyk8

ii) Sesi soal jawab Contoh soalan: - Apa yang dilihat dalam video tersebut? - Apa yang sedang dilakukan oleh orang di dalam video? - Sikap apa yang ditunjukkan?

Guru bertanya kepada murid mengenai video tersebut Nilai : Beri perhatian

Murid menjawab pertanyaan guru mengikut kefahaman mereka

Guru mengaitkan mengenai isi pembelajaran pada hari tersebut

KBT : Kemahiran berfikir, kemahiran menaakul

Perkembangan Langkah 1 ( 15 minit )

i) -

Tayangan video Cerita monyet yang pintar

Guru akan menayangkan sebuah video BBM : cerita monyet yang pintar Video, petikan teks http://www.youtube.com/w atch?v=6BF0ug0ZRks http://www.scribd.com/doc /49550084/MONYETYANG-PINTAR

Murid dikehendaki mendengar dan melihat dengan teliti video tersebut

ii) -

Petikan teks Web : scribd Cerita monyet yang pintar

Guru akan menunjukkan petikan teks cerita monyet yang pintar di hadapan kelas

Guru meminta murid membuka URL yang akan diberikan untuk melihat petikan teks tersebut secara dekat. Nilai : Beri perhatian, teliti, yakin, kerjasama, tolongmenolong

Beberapa orang murid akan dipanggil secara rawak untuk membacakan petikan teks tersebut

Guru meminta murid tersebut membacakan petikan secara berintonasi dan sebutan yang betul

KBT : Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar

Guru akan membimbing murid untuk menceritakan cerita tersebut secara berintonasi menggunakan video

Langkah 2 ( 15 minit )

i)

Membaca petikan cerita semula

Guru meminta murid-murid membaca petikan teks tersebut semula

BBM : Petikan teks, web, buku tulis https://www.google.co m/

ii) Mencari, menyenarai dan memberikan maksud simpulan bahasa yang terdapat dalam petikan : Naik darah Beri muka Ada hati Panas hati -

Guru meminta murid mengesan simpulan bahasa yang terdapat dalam petikan Murid diminta menulis semula simpulan bahasa yang terdapat dalam petikan di dalam buku tulis Murid diminta mencari maksud simpulan bahasa menggunakan web google Murid diminta menuliskan maksud simpulan tersebut di dalam buku tulis Guru akan membimbing murid mencari maksud simpulan bahasa tersebut KBT : Nilai : -

Prihatin, teliti, sabar, dengar arahan

Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, pembelajaran masteri

Langkah 3 ( 15 minit)

i) -

Membina ayat Petikan cerita monyet yang pintar

Guru akan mengedarkan petikan cerita kepada setiap murid

BBM : Kertas A4, petikan teks

Guru meminta murid berada berpasangan dan membina lima ayat tunggal berdasarkan simpulan bahasa yang dicari dalam petikan Nilai : Kerjasama, teliti, tekun, rajin

Guru akan memberikan sehelai kertas kepada pasangan murid tersebut KBT : Pembelajaran konstruktivisme, kemahiran belajar cara belajar

Murid diminta berbincang dan membina ayat berdasarkan simpulan bahasa tersebut

Guru memanggil beberapa pasangan murid secara rawak untuk membacakan ayat yang dibina

Guru dan murid akan bersama-sama menilai ayat yang dibina oleh beberapa orang murid dan bersama memperbaiki ayat yang lebih bersesuaian berdasarkan maksud simpulan bahasa tersebut

Penilaian Langkah 4 (10 minit)

i)

Latihan simpulan bahasa

Guru akan meminta murid berada pada komputer masing-masing

BBM : Komputer, web http://pkgseriampang.org/sal/ bm_sr/skbm11.HTM

Media interaktif (web)

Guru akan memberikan URL yang perlu diakses oleh murid

Murid akan membuka URL yang diberikan Nilai : Teliti, tekun, cabar, prihatin

Guru akan meminta murid menjawab soalan secara online di komputer

Murid diberikan selama 7 minit untuk menjawab seberapa banyak soalan yang boleh

KBT : Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar,

Guru akan meminta murid menandakan sendiri berapa soalan dan jawapan yang betul dijawab

Guru akan membimbing murid dalam menjawab soalan secara online tersebut

Penutup (5 minit)

i)

Lagu simpulan bahasa

Guru akan mengedarkan lirik lagu simpulan bahasa kepada murid

BBM : Pembesar suara, lirik lagu, laman web : https://www.youtube.com /watch?v=z7uZdIfIAUk http://tatabahasabm.tripod .com/tata/simpul.htm Nilai : Kerjasama, tekun, dengar arahan, tolong-menolong

ii)

Rumusan isi pelajaran

Guru akan membimbing murid menyanyikan lagu simpulan bahasa tersebut dengan diiringi muzik

iii)

Penerapan nilai murni -

Guru akan merumuskan isi pelajaran dan penerapan nilai yang perlu ada dalam diri murid-murid

iv)

Mencari sumber lain (dalam web) -

Guru meminta murid untuk membuka URL yang diberikan sebagai rujukan dan bacaan tambahan di rumah

KBT : Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar,

Ilmu : muzik

5.0 REFLEKSI

You might also like