You are on page 1of 6

Mentor Mentee SKPTLDM

2012

PENDAHULUAN Mentor berasal dari perkataan Greek yang bermaksud rakan, kaunselor atau guru yang boleh dipercayai. Mentor biasanya terdiri dari orang yang mempunyai pengalaman dalam memberi pertolongan kepada mereka yang memerlukannya.

Mentee pula dirujukan kepada individu yang menerima pertolongan. individu yang di pandu dan di pimpin.

Dalam memberi khidmat menolong, mentor yang berpengetahuan dan berpengalaman bertindak sebagai pembimbing, rakan dan guru kepada mentee yang memerlukan bantuan untuk menambahbaikan lagi dirinya sama ada dalam konteks pembentukan kerjaya, pendidikan, kerohanian, kesihatan mental dan dalam apa jua aspek-aspek pembangunan diri.

Terdapat pelbagai jenis program mentor-mentee.

Program mentor-mentee boleh

diperkenalkan dalam konteks yang lebih formal atau informal. Namun objektifnya adalah sama untuk membolehkan mentee mendapat bimbingan yang betul dan berkesan tentang misi dan objektif yang ditetapkan demi untuk meningkatkan pencapaian dan imej sekolah. Dalam situasi ini mentee yang menerima bimbingan dapat berpegang kepada objektif sekolah demi untuk menjaga kualiti yang berterusan.

1.0

RASIONAL

Program Mentor mentee merupakan perkhidmatan secara berkelompok yang berbentuk hubungan antara pelajar yang dikawal sebagai mentee manakala tenaga guru sebagai mentor. Hubungan mentor dan mentee ialah:1. Sebagai ibubapa angkat kepada anak angkat 2. Hubungan pelajar dalam kumpulan mentor 3. Hubungan ibubapa angkat dengan ibubapa pelajar 4. Hubungan ibubapa angkat dengan kaunselor, guru kelas dan matapelajaran

Mentor Mentee SKPTLDM

2012

2.0

MATLAMAT

Membina satu kumpulan pelajar yang dikenali sebagai mentee yang di kawal oleh mentor untuk membantu dan membimbing serta menjadi kumpulan pelajar yang positif dan cemerlang.

3.0

OBJEKTIF

Program mentor mentee mempunyai objektif yang tertentu seperti:1. Memberi dorongan dan bimbingan terancang kepada pelajar agar mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan seperti yang disasarkan oleh pihak sekolah. 2. Membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada mentee supaya menjadi pelajar yang bermotivasi tinggi, berakhlak mulia dan berbudi pekerti yang tinggi. 3. Membina hubungan yang rapat antara guru dan pelajar 4. Membina hubungan yang lebih baik antara guru denan ibubapa pelajar. 5. Mengurangkan dan sekiranya mampu menghapuskan masalah pelajar termasuk mas alah keluarga,peribadi dan pelajaran.

4.0

KUMPULAN SASAR

Semua pelajar tahun 6 yang akan menduduki UPSR tahun 2012 iaitu seramai 104 orang dan mereka akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan di bawah bimbingan seorang guru (mentor) yang akan bertindak sebagai bapa/emak angkat bagi setiap pelajar (mentee).
2

Mentor Mentee SKPTLDM

2012

5.0 INPUT PROGRAM

Merujuk kepada Modul yang disediakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling.

6.0

JANGKA MASA PROGRAM

Sepanjang Tahun

7.0

SUMBER KEWANGAN o PCG Bimbingan dan Kaunseling o Derma PIBG

8.0

ANGGARAN PERBELANJAAN

Bagi tahun ini, Program mentor mentee dijalankan hanya untuk pelajar tahun 6 yang akan mengambil UPSR sahaja yang dikendalikan oleh guru-guru yang dilantik sebagai mentor dan Unit Bimbingan Dan Kaunseling sebagai penyelaras dan akan menjalankan aktiviti-aktiviti peningkatan pencapaian akademik dan pembangunan sahsiah pelajar. Oleh yang demikian, beberapa keperluan awal perlu disediakan seperti berikut: Bil 1 Perkara Kad laporan mentee Unit 104 Harga Seunit RM0.60 Jumlah RM62.40

Fail mentor

23

RM0.80

RM18.40

Rekod Mentor

23

RM0.60

RM13.80

JUMLAH KESELURUHAN

RM94.60

Mentor Mentee SKPTLDM

2012

9.0 TANGGUNGJAWAB MENTOR 1. Gabung jalin secara sempurna semasa sesi perkenalan, perbincangan dan tentang pengalaman semasa sesi berlangsung, rumusan sesi dan penutup. 2. Mewujudkan suasana berbentuk yakin diri dalam pembelajaran, keterbukaan,

kemesraan dan seterusnya mentee dengan sendirinya mencuba dan mendorong kemahiran baru dan mempertingkatkan kemahiran. 3. Bertindak sebagai motivator yang mempunyai bertanggungjawab dan berpengetahuan. 4. Sentiasa mengingatkan mentee tentang matlamat program dan mengaitkan teori serta pengalaman mentee. 5. Mewujudkan komunikasi berkesan antara mentor dan mentee, dengan ini mentee tahu dengan jelas arahan yang diberikan dan dapat menjalankan tanggungjawab masing-masing. 6. Sentiasa peka dengan perkembangan mentee dalam akademik, sahsiah dan bersama merancang aktiviti atau program penambahbaikan terhadap kelemahan yang dikenalpasti. cirri-ciri yang boleh dipercayai,

TANGGUNGJAWAB MENTEE 1. Membuat persediaan rapi dan mengentahui serta memahami matlamat program yang dijalankan. 2. Bina ruang untuk mengenali mentee dan seterusnya membentuk satu kelompok pembelajaran yang kondisif agar sebarang masalah dapat dibincangdengan dengan penuh keterbukaan oleh kumpulan. 3. Memberikan suasana yang cukup selesa kepada mentee untuk mereka berasa

selamat berkongsi perasaan/pengalaman masing-masing. 4. Memastikan mentee berasa diperlukan, berperanan dan perasaan dipunyai dalam kumpulan. 5. Sentiasa bersemangat dan memberi tumpuan kepada apa yang sedang berlaku dan dibincangkan. 6. Menunjukkan minat yang mendalam kepada kumpulan dan sentiasa bertanyakan pandangan ahli kumpulan
4

Mentor Mentee SKPTLDM

2012

10. 0 AKTIVITI PERJUMPAAN MENTOR MENTEE


Jangka Masa Sepanjang Berlangsung Perkara Program Penorakaan kendiri Kaedah Perlaksanaan Memperkenalkan diri/ belakang latar

Potensi diri

Mewujudkan kemesraan dan bina hubungan Ciri-ciri negatif mentee dan positif

Perbincangan keputusan Semakan pencapaian peperiksaan/ujian keputusan peperiksaan/ujian Menetapkan matlamat Membina matlamat belajar Membuat perancangan untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Menyemak dan mengenalpasti kelemahan dan seterusnya merancang program/aktiviti yang sesuai untuk meperbaiki kelemahan mentee Membaca Jenis-jenis bahan bacaan Mengingat, mencatat nota dan sebagainya Konsep belajar berkumpulan

Pelan pelajar

Penyeliaan Mentor Kemahiran belajar

Belajar berkumpulan

Persediaan peperiksaan

Aktiviti belajar berkumpulan menghadapi Persiapan asas Senarai tugasan penting menghadapi peperiksaan Persiapan fizikal, emosi dan kerohaniaan Menyiapkan semua latihan dan tugasan yang disediakan oleh mentor / guru matapelajaran

Mentor Mentee SKPTLDM

2012

11.0 PENUTUP

Sistem mentor-mentee adalah satu ciri istimewa dalam sistem pendidikan . Segala usaha dan kerjasama yang diberikan oleh mentor yang terdiri daripada guru-guru diharapkan dapat mengukuhkan sistem ini supaya matlamat yang diharapkan tercapai. Berasaskan kepada psikologi pendidikan, pelajar perlu diberi perhatian dan dibimbing dengan arah tuju yang jelas agar pelajar akan lebih merasa yakin dan bersemangat untuk mencapai kecemerlangan dan menggunakan setiap potensi diri yang ada. Akhir sekali Unit Bimbingan dan Kaunseling mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua guru-guru di atas pengorbanan masa dan tenaga untuk menjayakan Program Mentor Mentee ini.

Disediakan oleh:

______________________________ (AHMAD ZULIADI BIN MUSTAFA) Guru Bimbingan dan Kaunseling) Tarikh: 02/03/2012

Disemak Oleh,

Disahkan Oleh,

----------------------------------------(PN.KHATIJAH BT ALI) Pen.Kanan 1 Tarikh:

--------------------------------------(RAMLAN BIN HUSSIN) Guru Besar Tarikh:

You might also like