You are on page 1of 5

LAPORAN REFLEKSI INDIVIDU MAZUINI BINTI ZULKIFLI PPG 23405/12

A.Pengalaman mengendalikan aktiviti kokurikulum Pada hari Khamis bertarikh 24 Oktober 2013,saya bersama dengan empat rakan guru telah mengendalikan program bertajuk Mengenal Potensi Diri.Prgram dijalankan pada waktu petang dan ianya berjalan dengan baik dan lancar.Masalah yang timbul hanyalah murid yang terlibat tidak ramai seperti yang dirancang.Pada hari tersebut, ramai murid yang sakit perut dan muntah kerana pengambilan makanan yang disediakan oleh pihak kantin.Ramai di antara mereka yang pulang ke rumah dan ini menyebabkan murid berkurangan. Walaubagaimanapun,program masih diteruskan dengan bilangan murid seramai 20 orang. Aktiviti yang dijalankan seperti ini bukanlah perkara baru kerana sebelum ini saya pernah melibatkan diri dalam program sebegini.Dan ini sedikit sebanyak membantu saya mengendalikan program ini dengan baik.Tahap pemahaman murid tidak sama dan setiap murid adalah unik dan mempunyai personaliti yang berbeza.Aktiviti pada mulanya agak hambar,tetapi setelah mendapat bimbingan dann tunjuk ajar dari guru,murid-murid mula menunjukkan minat dan berani untuk menunjukkan kebolehan masing-masing.Aktiviti aktiviti yang dijalankan adalah agak ringan dan sesuai dengan tahap mereka.Saya berperanan untuk mengambil gambar dan mempersembahkannya dalam power point.Ini merupakan satu pengalaman baru kerana sebelum ini ,gambar yang diambil hanyalah untuk simpanan sendiri,tetapi kali ini dapat dikongsi dengan orang lain.Mengambil gambar muridmurid melakukan aktivit merupakan sesuatu pengalaman yang menarik dan menyeronokan kerana setiap gambar mempunyai cerita yang tersendiri.Di dalam setiap gambar terpancar senyuman dan keseronokan yang dialami oleh murid-murid.Saya sangat berpuas hati dan gembira dapat melibatkan diri di dalam program ini.Merancang dan bekerjasama dengan guru-guru dari sekolah lain juga merupakan sesuatu yang dapat diingati kerana kerjasama dan komitmen yang diberikan sangat baik sekali.Diharapkan kami dapat bekerjasama lagi di masa hadapan untuk memberi kualiti pendidikan yang terbaik untuk murid-murid.

B.Perkara perkara baru yang diperolehi dan dipelajari dari aktiviti kokurikulum yang dikendalikan. Program yang dijalankan berlangsung dengan baik hasil kerjasama guru-guru dan muridmurid.Terdapat beberapa perkara baru yang saya perolehi sepanjang mengendalikan program tersebut.Antaranya ialah perlunya ada Plan B jika apa yang dirancang tidak seperti yang dikehendaki.Contohnya tentang murid yang berkurangan kerana kes keracunan makanan pada hari tersebut.Program masih tetap diteruskan walaupun murid tidak ramai dan aktivit perlu diubahsuai mengikut keadaan. Apa yang saya sangat tertarik adalah semasa aktiviti pertama yang dijalankan.Murid-murid bukan sahaja perlu memperkenalkan diri masing-masing tetapi perlu mendengar serta mengingati dengan teliti profil rakan disebelah.Ini mengajar mereka supaya lebih peka dengan alam dan orang di sekeliling mereka.Elemen nilai murni seperti bekerjasama sememangnya sentiasa diterapkan dalam setiap aktiviti sebegini.Dari pemerhatian saya,murid-murid tahap satu sangat bersungguhsungguh dalam melakukan aktiviti berkumpulan.Berlainan sekali dengan murid-murid tahap dua dimana terdapat segelintir murid kurang bekerjasama dan hanya murid-murid yang komited yang menyiapkan tugasan dengan baik.Walaubagaimanapun, murid-murid tahap dua sebenarnya lebih senang faham dengan tugasan yang perlu dilakukan berbanding dengan murid di tahap satu.Murid-murid tahap satu perlu bimbingan yang lebih dari guruguru dimana sesetengah aktiviti masih baru untuk mereka.Saya juga mendapati pemahaman murid-murid juga tidak sama di antara satu sama lain.Oleh itu,arahan yang ingin disampaikan perlu jelas dan perlu diberikan contoh.Sesetengah murid akan faham akan tugasandengan hanya mendengar tetapi ada juga diantara mereka yang perlu tunjuk cara dari guru tentang aktiviti yang akan dilakukan.Karakter dan perangai murid-murid juga berbeza.Saya sebagai guru perlu melakukan aktiviti yang menarik supaya aktiviti yang dijalankan bukan sahaja seronok tetapi memberi impak positif kepada mereka.

C.Cadangan penambahbaikan aktiviti kokurikulum yang dijalankan Program yang dijalankan sebenarnya agak menarik tetapi tidak meriah kerana murid tidak ramai.Walaubagaimanapun program yang dijalankan tetap mendapat sambutan dan

kerjasama yang baik.Antara cadangan yang boleh dibuat untuk penambahbaikan program ini ialah mungkin aktiviti boleh dibuat di luar dari bilik darjah atau dewan dimana murid-murid boleh menjelajahi alam semulajadi dan lebih menghargai anugerah ciptaan Allah.Muridmurid juga lebih bebas bergerak dan ini akan memberikan keseronokan dalam melakukan tugasan yang diberikan.Murid-murid agak kelam masing-masing apabila kabut mencari alatulis di dalam beg

ingin melakukan tugasan.Guru-guru perlu lebih bersiap sedia

dengan peralatan yang akan digunakan murid seperti alatulis yang sesuai.Murid murid juga perlu disediakan meja agar lebih senang dan selesa melakukan akitiviti

berkumpulan.Aktiviti boleh ditambah dan saling berkaitan di antara satu aktiviti ke satu aktiviti yang lain agar ada kesinambungan yang bermakna.Di akhir program,murid-murid juga patut diberi peluang untuk memberi pendapat tentang program secara individu.Buah fikiran dari murid-murid juga patut diambil kira agar guru-guru peka dengan keperluan dan kebolehan murid-murid.Setiap murid memang sentiasa mempunyai sifat bersaing dan ingin menyiapkan tugasan dengan cepat.Guru-guru perlu menyediakan token atau hadiah kepada murid atau kumpulan yang dapat menyiapkan tugasan dengan cepat dan baik.Guruguru juga perlu menyediakan hadiah yang lebih baik seperti hamper makanan dan diberi mengikut kategori.Kategori yang boleh diadakan seperti murid paling kreatif,kumpulan paling pantas,kumpulan paling sporting dan sebagainya.Perkara yang nampak seperti remeh ini sebenarnya penting untuk memberi sokongan agar murid tampil lebih yakin dengan kebolehan mereka dan juga melahirkan individu yang mempunyai personaliti yang tinggi.

D.Penghargaan kepada pihak yang terlibat Sejuta penghargaan diucapkan kepada rakan-rakan guru yang juga sahabat-sahabat baik yang banyak membantu dari banyak segi.Terima kasih juga diucapkan kepada pihak sekolah terutama sekali penyelia petang kerana memberi ruang kepada kami untuk

mengadakan program di sekolah dengan murid-murid.Semua guru memainkan peranan masing-masing dengan sempurna dan memberi komitmen yang tidak berbelah

bagi.Sekalung tahniah dan terima kasih juga kepada anak-anak murid yang menyiapkan tugasan dengan baik dan memberi kerjasama yang mantap di dalam setiap aktiviti yang dijalankan.Program ini sedikit sebanyak dapat mencungkil bakat dan potensi muridmurid.Murid-murid yang pada mulanya agak serius dan malu berakhir dengan senyuman yang girang.Karakter dan watak sebenar murid-murid juga dapat dilihat di dalam aktiviti yang dijalankan.Murid-murid juga dapat mengikut arahan dengan baik dan program berjalan dalam keadaan terkawal dan baik.Diharapkan kami dapat mengendalikan program bersama lagi pada masa hadapan dan kami akan membuat program yang lebih baik.

You might also like