You are on page 1of 4

Senarai Widget

Diletakkan di dalam tapak/site dan digunakan sebagai tugasan.Guru memasukkan arahan untuk murid di dalam widget dan kemudian murid menaip dan menyimpan jawapan mereka di bawah arahan dan menghantar kepada guru.

Widget ini membenarkan penggunanya untuk membuat pautan kepada fail seperti dokumen Excel atau Word. Fail ini boleh dimuatnaik ke tapak/site, sama ada yang telah dimuatnaik kedalam VLE atau jika ianya dokumen berbentuk gambar atau video yang boleh didapati dari Frog Store.

Widget ini memaparkan suapan RSS dari web KPM. Ia dikemaskini secara automatic setiap 10 minit dengan maklumat baru. Ada 3 seksyen KPM,JPN dan PPD. Widget ini tidak mempunyai ketetapan.

Widget ini membenarkan anda untuk memasukkan suapan RSS ke dalam tapak/site. Ia akan memainkan RSS2 dan format 4.1

Widget ini memaparkan masa. Masa yang dipaparkan adalah sama dengan pc/laptop yang digunakan. Tidak ada ketetapan bagi widget ini.

Widget ini membenarkan anda untuk memaparkan laman web ke dalam tapak.site anda. Sesetengah laman web seperti Google, tidak akan dipaparkan menggunakan widget ini.

Widget ini membolehkan anda untuk menaip sebarang kata-kata motivasi/inspirasi dan diletakkan di dalam tapak/site anda. Format perkataan boleh diubah dari segi warna, saiz huruf dan jenis tulisan.

Widget ini membolehkan anda untuk melatakkan notis dalam tapak anda. Anda boleh membuat notis untuk memaklumkan orang lain tentang sesuatu majlis atau perkara yang berlaku. Notis ini hanya boleh dibaca tetapi anda boleh memadamkan notis anda sendiri.

Widget ini membolehkan anda untuk memasukkan dokumen gambar,video dan audio dalam tapak anda. Fail media boleh dimuatnaik dari PC, dokumen VLE atau dari Frog Store. Fail yang boleh digunakan adalah dalam format MP4, audio format MP3 dan gambar dalam format jpg, png atau gif.

Widget dinding membolehkan anda untuk berbincang dengan pengguna lain. Jika anda ingin pengguna lain untuk terlibat dalam widget dinding ini, anda mesti memberikan kebenaran kepada pengguna tersebut menyumbang.

Widget ini memaparkan maklumat tentang pemilik tapak. Ia memaparkan nama pengguna, kelas, sekolah dan alamat email. Widget ini tidak mempunyai ketetapan.

Widget ini membolehkan fail seperti dokumen Word untuk dimuatnaik ke tapak. Widget ini juga boleh digunakan di dalam tugasan murid bagi membolehkan murid menghantar tugasan mereka. Ia boleh ditetapkan supaya pengguna hanya dipaparkan tugasan mereka sahaja atau kerja kumpulan. Ia juga boleh ditetapkan untuk membenarkan pengguna memadamkan fail mereka sendiri.

Widget ini membolehkan anda untuk meletakkan pautan tapak lain yang mana anda mempunyai kebenaran untuk melihat ke dalam tapak anda di dalam VLE.

Widget ini membolehkan anda menambah perkataan/ayat di dalam tapak anda. Ayat/perkataan boleh di ubah warna, saiz dan jenis tulisan.

Bila anda menggunakan widget ini, anda boleh membuat pautan kepada aplikasi yang mana anda boleh gunakan.

Widget ini membolehkan anda untuk membuat pautan dari web luar VLE kedalam tapak anda. Apabila alamat laman web telah dipilih, ia akan dibuka menggunakan tingkat baru atau tab bergantung pada ketetapan pelayar.

Widget SCORM membolehkan fail SCORM diletakkan dalam tapak anda. Anda boleh membuat carian SCORM yang anda ingini.

Widget forum membolehkan anda untuk mengadakan perbincangan dalam tapak anda bersama pengguna lain yang dibenarkan menyumbang dalam perbincangan. Apabila sesuatu tapak dikongsi, pilihan sumbangan (contribute) hendaklah dipilih.

Ini adalah suapan RSS The Pond. Widget ini tidak mempunyai ketetapan.

Widget ini digunakan oleh pentadbir untuk mengemaskini notis sekolah dengan acara,majlis atau perkara yang berlaku di sekolah. Ia biasanya dipaparkan dalam paparan (dashboard) sekolah dan teks boleh diubah warna,saiz dan jenis tulisan.

Widget ini seperti peringatan atau nota yang biasanya dipaparkan dalam tapak anda. Teks boleh diubah warna,saiz tulisan dan jenis tulisan.

Widget makluman memaparkan semua makluman yang ditujukan kepada anda. Ia juga memaparkan makluman dari calendar ataupun aplikasi tugasan.

Widget calendar memaparkan paparan dari calendar yang dipilih. Ia akan memaparkan maksimum 15 perkara yang telah dimasukkan kedalam calendar.

You might also like