You are on page 1of 11

Isu-isu dalam pengukuran dan penilaian PJ

Isu-Isu Pengukuran dan Penilaian PJ


Usaha untuk menentukan prestasi PJ dalam kalangan murid adalah perkara yang agak sukar kerana terdapat banyak ujian yang tidak mempunyai prosedur yang lengkap dan ini masih digunakan oleh guru di sekolah. Kesukaran untuk mendapatkan bateri ujian yang sesuai dan menggunakan ujian yang tidak mempunyai kesahan. Ujian yang sudah lama dan tidak sesuai menghasilkan keputusan yang tidak tepat. Penggunaan pengukuran dan ujian yang tidak tekal.

Pencapaian yang diperolehi tidak menunjukkan prestasi yang sebenar. Guru tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran membentuk rubrik pemarkahan untuk menilai kemahiran teknikal asas sesuatu sukan. Keputusan penilaian tidak dilaporkan atau didokumentasi. Domain pembelajaran atau kemahiran yang diajar tidak dinilai secara seimbang.

Kuantitatif Penilaian boleh dinyatakan dalam bentuk gred dan nombor. Kualitatif Penilaian yang menggunakan data yang dinyatakan dalam bentuk kualiti seperti cantik, minat dan bosan.

Prosedur penilaian
1. Persediaan ujian 2. Pentadbiran ujian 3. Pemeriksaan jawapan ujian 4. Analisis ukuran 5. Interpretasi dan tindakan susulan.

Faktor yang memberi kesan kepada kebolehpercayaan


1. sifat sedia ada pada diri murid yang diujisetiap murid mempunyai tahap ke cergasan motor yang berbeza. 2. pelaksanaan ujian yang mengambil masa terlalu panjang 3. mengadakan ujian yang sukar dilakukan oleh pelajar. 4. suasana menjalankan ujian, pertimbangan terhadap persekitaran tempat dan pengurusan kelas dan kumpulan ujian.

5.prosedur pentadbiran ujian. 6. arahan yang jelas 7. kesediaan murid yang diuji. 8. ketepatan mengira skor dan penetapan bilangan percubaan bagi setiap ujian. 9. tahap kecekapan penguji.

Kesahan
Instrumen sesuatu pengukuran dikatakan sah apabila ia benar-benar mengukur apa yang sepatutnya diukur.

Kesahan logikal: jelas mengukur prestasi lakuan yang terlibat (cth: ujian lompat jauh berdiri untuk ukur kuasa kaki seseorang)

Kesahan kandungan: berdasarkan hubungan yang sistematik di antara pengukuran kriteria dengan pengukuran lain yang digunakan untuk menganggar sesuatu kriteria.
Kesahan sejajar: tentu kriteria terlebih dahulu dan gunakan ke atas ujian yang sama sebagai pengganti.

Kesahan jangkaan: menjangkakan kejayaan atlet di dalam sesuatu jenis sukan untuk dipilih mengikuti persekolahan di Sekolah Sukan. Kesahan konstruk: dikaitkan dengan keputusan ujian ke atas beberapa ciri tingkah laku atau tahap prestasi atlet (cth; wakil sekolah dengan yang tidak wakil sekolah)

You might also like