You are on page 1of 2

LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA LUMPUR Tanggal 15 Ogos 2013 (bersamaan dengan hari Jumaat), Persatuan Bahasa

Melayu Sekolah Menengah Chung Ling Persendirian telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur. Lawatan ini telah disertai oleh 50 orang ahli persatuan dan diiringi oleh 2 orang guru, iaitu Cikgu Earnest Kuan dan Cikgu Murni. Lawatan yang berlangsung selama dua hari satu malam ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada ahli-ahli persatuan tentang mercu tanda atau tempat peranginan yang melambangkan bandaraya Kuala Lumpur di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli-ahli persatuan. Pada hari tersebut, ahli-ahli telah melaporkan diri di padang sekolah tepat pada pukul 7.00 pagi. Cikgu Murni telah memberikan taklimat ringkas kepada kami. Selepas itu, kami pun bertolak ke Kuala Lumpur dengan bas yang disewa khas. Selepas menempuhi perjalanan yang mengambil masa selama empat jam, kami pun sampai di destinasi. Alangkah gembiranya apabila kami menjejakkan kaki di Hotel Seri Malaysia yang menjadi tempat penginapan kami. Cikgu Kuan mengagihkan ahli-ahli kepada 10 kumpulan. Kami dibenarkan untuk berehat sebentar dalam bilik masing-masing mengikuti kumpulan yang dibahagikan sebelum memulakan perjalanan kami pada pukul 12.00 tengah hari. Ahli-ahli persatuan kelihatan bersemangat setelah berehat. Pada pukul 12.05 tengah hari, kami menikmati makan tengah hari di Restoran Iman yang berhampiran hengan hotel. Kemudian, perjalanan pun dimulakan. Menara Berkembar Petronas (KLCC) menjadi destinasi pertama kami. Menara tersebut tersergam indah dan megah di bandaraya Kuala Lumpur. Menurut Cikgu Kuan, Suria KLCC mempunyai 88 tingkat dan merupakan bangunan tertinggi di Malaysia. Di dalamnya, terdapat akuarium dan pusat membeli-belah yang eksklusif bagi buku-buku, pakaian dan barangan lain yang diimport dari luar negara. Kami juga berpeluang untuk melalui terowong yang menghubungkan kedua-dua menara itu dan memasuki akuarium yang dimuatkan dengan hidupan laut. Selepas tiga kami berada dalam Suria KLCC, kami berkunjung ke Menara Kuala Lumpur yang terletak 5 kilometer dari Menara Berkembar Petronas. Harga tiket untuk memasuki Menara Kuala Lumpur adalah sebanyak RM8. Menara Kuala Lumpur ialah salah satu tempat pentadbiran kerajaan. Sebaik-baik sahaja kami

tiba di puncak Menara Kuala Lumpur, kami dapat menikmati keindahan pemandangan keseluruhan Kuala Lumpur. Tanpa berlengah-lengah, ahli-ahli persatuan menghalakan lensa kamera untuk menangkap panorama yang indah nian sebagai kenang-kenangan. Destinasi yang seterusnya merupakan Muzium Negara yang dimuatkan dengan khazanah beruNsur sejarah sejak zaman prasejarah dan artifak-artifak yang dikumpulkan di negara kami. Ahli-ahli persatuan banyak menambah ilmu pengetahuan di situ. Bersempena dengan cuti sekolah, Muzium Negara telah menganjurkan pameran bertemakan hantu. Kami terdedah kepada informasi tentang roh manusia yang menjadi kepercayaan orang zaman purba. Selepas itu, kami pun balik ke hotel pada pukul 8.00 malam selepas menjamah makan malam. Pada keesokan harinya, kami bertolak pulang dari Kuala Lumpur. Ahli-ahli persatuan telah banyak menambah ilmu pengetahuan melalui lawatan ini. Matlamatnya telah tercapai juga. Diharapkan lawatan sebegini dapat dianjurkan pada masa akan datang.

Disediakan oleh,

20 OGOS 2013.

Tan Puay Leng


(Tan Puay Leng) Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu, Sekolah Menengah Chung Ling Persendirian.

You might also like