You are on page 1of 22

Surah al-Qari`ah (101) (Hari yang menggemparkan)

Mukadimah Nama Surah Nama surah ke (101) ini ialah al-Qari`ah ertinya hari yang menggemparkan kerana peristiwa Qiamat menggemparkan seluruh makhluk dan menggerunkan orang yang membaca dan mendengarnya. Nama ini diambil daripada suasana kajadian dan huru hara yang berlaku pada hari itu. Beberapa surah memakai nama seumpama ini, antaranya al-Haaqqah (Qiamat yang pasti berlaku), al-Tammah (mala petaka yang besar), al-Ghasyiah (mala petaka yang meliputi seluruh alam) dan lain-lain. Nama ini diambil daripada perkataan pertama dalam ayat pertama surah ini. Perkataan ini juga disebut dalam firman Allah:
[1]

Terjemahan: Dan orang-orang yang kafir itu sentiasa ditimpa balabencana kerana perbuatan mereka yang kufur itu kemudian aku membinasakan mereka,atau malapetaka itu jatuh berhampiran maka dengan tempat tinggal mereka (lalu menjadikan mereka gempar kecemasan), sehinggalah datang janji Allah. Berkata Ibn `Asyur: Nama surah ini memakai hanya satu perkataan dan satu nama sahaja. Ini kerana tidak dikesani ada nama-nama lain, sama ada daripada sahabat atau tabi`in[2].

Zaman Nuzul Ulama sepakat menyatakan surah ini diturunkan di Makkah, malah daripada kandungannya juga jelas menunjukkan turunnya pada permulaan zaman Makkah ketika seruan Islam mula disebarkan. Munasabat Surah Mufassirin biasanya meneliti munasabah surah dengan surah sebelumnya melalui beberapa aspek: Antaranya melihat aspek hubungan di antara ayat akhir surah dengan ayat mula surah berikutnya, sebagaimana kesesuaian juga boleh diteliti di antara tajuk surah dengan tajuk surah sebelumnya. Munasabah di antara surah jugabiasa dilihat di antara ayat mula kedua-dua surah dan kesesuaian yang boleh dihubungkan di antara keduaduanya. Berpandukan kaedah-kaedah ini, munasabah surah al-Qari`ah dengan surah sebelumnya boleh diteliti seperti berikut: Pertama: Ayat terakhir, iaitu ayat (11) al-`Adiyat terdahulu menarik perhatian kepada sifat Allah yang Maha Mendalam ilmuNya. Ayat itu antara lain menyeru manusia agar membuat perhitungan bijak terhadap diri sendiri ketika di dunia dan sebelum tibanya hari pembalasan iaitu dengan menyumbang harta benda pada jalan-jalan kebajikan. Surah al-Qari`ah memulakan bicaranya dengan al-Qari`ah, iaitu hari yang menggemparkan. Hari ini, bagaikan mengulas hari pembalasan yang diisyaratkan dalam ayat akhir surah terdahulu, malah surah al-Qari`ah pada keseluruhannya membicarakan peristiwa Qiamat yang menggemparkan[3].

Kedua: Ibn al-Zubayr al-Gharnati[4] melihat dari aspek yang hampir sama dengan yang pertama, katanya: Ayat ayat terakhir surah al-`Adiyat membicarakan hari Akhirat sebagai hari pembalasan. Ayat-ayat itu bagaikan masih belum selesai,lalu ditanya: Bilakah hari itu? Soalan dan jawapannya didapati dalam keseluruhan bicara surah al-Qari`ah ini[5]. Ketiga: Berkata Burhan al-Din al-Biqa`i (885 H.): Setelah selesai bicara Surah al-`Adiyat tentang kebangkitan di Akhirat, Surah al-Qari`ah menyambung bibara tentang tempikan Qiamat[6]. Keempat: Abu Hayyan al-Andalusi berpendapat munasabah surah ini nyata sekali kerana surah al-`Adiyat menyatakan pembongkaran kubur, kemudian diikuti surah al-Qari`ah yang menyatakaan kejadian itu berlaku pada hari Kiamat[7]. Jika diperhatikan kepada permulaan ke dua-dua surah, kita dapati surah al-Aadiyat menggambarkan kekuatan yang luar biasa pada kuda yang tidak asing pada kita, lariannya pantas, serangannya tepat dengan sasaran, hentakan kakinyamampu mengeluarkan api tatkala besi pelapik kukunya bergeser dengan batu di medan perang. Surah al-Qari`ah beritknya pula menggambarkan kekuatan ledakan Qiamat. Dari aspek tajuk kedua-dua surah ini juga sama-sama menggambarkan kukuatan.Pertama kekuatan mengeledah rahsia, sehingga yang tersimpan di sudut hati pun dibongkar, sedang dalam surag al-Qari`ah kekuatan terbayang pada perkataan dan ayat yang menjadi nama surahnya, iaitu alQari`ah dan yang membawa makna ledakan Qiamat yasng dahsyat menimpa manusia.

Tema dan Ikhtisar Surah Tema surah ini antara lain ialah: Qiamat Hari Pengujian dan Penempatan. Kandungan surah ini membicarakan satu isu yang sangat pokok iaitu Qiamat serta huru hara dan manusia berkeliaran pada hari itu bagaikan kelkatu yang keluar dari lubang masing-masing. Mula-mula sekali membicarakan huru hara Qiamat, kemudian tentang tanda-tandanya dan akhirnya tentang neraca timbangan amal manusia. Barangsiapa berat timbangan amal kebajikannya akan di masukkan ke syurga dan sesiapa yang berat timbangan amal kejahatannya kan dimasukkan ke neraka. Berkata Ibn `Asyur: Di dalamnya menyebutkan berlakunya kebangiktan semula selepas mati, huru hara kejadian Qiamat agung, pembalasan terhadap amalan dan kenyataan tentang amalan baik dan buruk[8]. Surah al-Qari`ah ini dari awal hingga akhirnya menggemparkan. Namanya yang memecahkan pendengaran, hakikatnya yang menggemparkan manusia dan gunung ganang, kejadiannya menerbangkan bukit dan mengeringkan sungai dan lautan dan akhirnya semua manusia dikukum pada hari itu.
Pemandangan yang ditayangkan ialah pemandangan huru hara dan kemusnahan yang berlaku kepada manusia dan gunung ganang. Pada hari itu umat manusia yang ramai itu kelihatan kecil seperti kalkatu yang berkeliaran berterbang tanpa arah dan tanpa matlamat, pada hari itu juga gunung ganang yang kelihatan kukuh dan gagah menjadi seperti bulu-bulu yang dibusarkan, berterbangan dipermain-mainkan anginya.

Tayangan ini memberi gambaran yang seimbang dengan hari Qiamat yang dinamakan al-Qari`ah, iaitu kata-kata yang menyampaikan kata-kata dan saranan yang mengerikan.

Demikianlah intisari seruan Islam yang mula-mula disampaikan kepada manusia,tetapi kepentingan hidup bernafsu tidak dapat menerima keadilan itu. Inilah juga pada hakikatnya bicara surah ini, malah seluruh bicara al-Qur`an. Fadilat Surah Tiada sebarang riwayat sahih dikesan menyatakan kelebihan surah ini.

PENTAFSIRAN SURAH AL-QARIAH (101) AYAT 1-5


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Gambaran Qiamat yang Menggemparkan


( 1) (3) (2) (4) (5)

[101: 1] Hari yang menggemparkan. [101: 2] Apa dia hari yang menggemparkan itu? [101:3] Dan tahukah engkau apakah hari yang menggemparkan itu? [101:4] Pada hari itu manusia menjadi seperti kelkatu yang terbang berkeliaran. [101: 5] Dan gunung-ganang menjadi seperti bulu yang dibusar berterbangan.

Surah ini membicarakan dua tajuk utama dalam akidah Islam iaitu: Pertama,gambaran Qiamat raksasa. Kedua, mizan penimbang amalan. Perkara pertama, memperkatakan tentang Qiamat raksasa, surah inimenamakan hari itu dengan al-Qari`ah. Nama ini cukup ngeri dan menakutkan, ia menunjukkan mala petaka yang membawa berbagai-bagai musibah seperti peperangan,pembunuhan, bencana alam dan sebagainya. Surah ini menjelaskan sendiri maksud al-Qari`ah, iaitu hari manusia bagaikan kalkatu yang terbang berkeliaran atau berterbangan bagaikan bulu yang dibusarkan. Perkara kedua, memperkatakan mizan atau neraca timbangan amal. Hasil penimbangan amal ini lahir dua kumpulan manusia, yang berjaya dan yang gagal,masing mendapat pembalasan dan tempat tinggal mereka sama ada disyurga atau neraka. Gambaran Qiamat yang Menggemparkan (101: 1-2) Apa namanya hari itu? Namanya al-Qar`iah, ertinya suatu kejadian yang menggemparkan. Kejadian ini luar biasa dengan huru hara dan peristiwa yang menakutkan semua makhluk yang hidup.

( 1) (2)

[101: 1] Hari yang menggemparkan, [101: 2] Apa dia hari yang menggemparkan itu? Perkataan Qari`ah pada asalnya membawa erti ketukan tubi terhadap sesuatu objek keras dengan objek-objek seperti kayu, batu, tukul dan sebagainya sehingga mengeluarkan bunyi. Orang Arab menamakan kepada sesuatu kejadian berupa musibah yang menakutkan, sekalipun tanpa ketukan. Hari Qiamat dikatakan hari ketukan kerana hati dan pendengaran terketuk dengan huru hara yang sangat dahsyat, menakut dan menggemparkan.

(101: 3) Biar pun hari itu ngeri dan dahsyat, manusia harus mengambil tahu hakikat kejadiannya, mengapa dan bagaimana terjadinya hari yang sedemikian rupa kerana dengan memahaminya, mereka mampu menyambut kedatangannya dengan lebih berani, bertanggungjawab dan penuh waspada.

(3)

[101: 3] Dan tahukah engkau apakah hari yang menggemparkan itu?


Manusia selalunya mengambil sikap tidak bertanggungjawab dan abai terhadap sesuatu berita yang disampaikan, akibatnya masa terbuang dengan percuma. Justeru peringatan demi peringatan disampaikan kepada mereka supaya nasihat lebih berkesan setelah berkali-kali diulangi. Manusia kalau pun mengetahui al-Qari`ah sebagai musibah, namun hakikat sebenarnya lebih hebat dari apa yang mereka gambarkan. Bagi maksud ini pertanyaan tentang Qiamat diasak lagi dengan firman-Nya:

Terjemahan: Dan tahukah engkau apakah hari yang menggemparkan itu? Maksudnya, Apa pun jalan anda gunakan untuk mengetahui hakikat Qiamat, pasti anda tidak berjaya mecapai maklumat yang sebenarnya kerana anda tidak pernah menyaksikan peristiwa seumpama itu dan sememangnya lebih besar dari peristiwa yang pernah di saksikan oleh manusia. (101: 4) Nama-nama yang berpangkalkan gelaran atau pangkat kebesaran memang suka dan membanggakan penamanya apabila dipanggil kerana ia menunjukkan harga diri dan kedudukan seseorang dalam masyarakat, malah sekali gus membayangkan sumbangan dan khidmat baktinya kepada negara. Bagaimana dengan gelaran-gelaran ini pada hari Qiamat?
(4)

[101: 4] Pada hari itu manusia menjadi seperti kelkatu yang terbang berkeliaran,

Gelaran-gelaran yang dahulunya memberi sedikit pulangan faedah semuanya berkecai, tiada bezanya di antara manusia kecuali mereka yang bekalan akhiratnya mencukupi. Ayat tidak menjawab hakikat Qiamat kerana hakikat Qiamat di luar tanggapan manusia sama sekali, sebaliknya menyatakan Qiamat itu ialah hari kedaan manusia berkeliaran bagaikan kalkatu keluar dari lubang.
ertinya kelkatu atau rama-rama, Manusia pada hari itu Perkataan bagaikan kelkatu kerana mereka tidak menuju ke satu hala beramai-ramai, tetapi masing-masing membawa diri bagaikan kelkatu mengejar cahaya dan akhirnya mati. Manusia kafir diumpamakan dengan kalkatu kerana mereka itu sangat mudah mencampakkan diri mereka ke dalam neraka, bagaikan kalkatu mencampakkan dirinya ke dalam cahaya api.

(101: 5) Kebanyakan barangan di dunia ini bukan hakiki, semuanya menuggu masa untuk musnah dan hancur. Bukit bukau dan gunung ganang yang disaksikan sebagai makhluk yang kuat dan bertenaga itu pada suatu hari yang dekat akan menjadi bagaikan bulu yang berterbangan di udara.
(5)

[101: 5] Dan gunung-ganang menjadi seperti bulu yang dibusar berterbangan. Bukit bagaikan bulu yang dibusar atau bagaikan kapas yang digebu, ertinya tiada nilai berat lagi baginya. Mungkin keadaan ini satu daripada beberapa keadaan Qiamat kerana dalam kedaan lain, bukit bukau disifatkan sebagai timbunan pasir yang bertaburan.[801] Melalui dua ayat 4 dan 5 ini Allah swt menyatakan satu daripada beberapa keadaan Qiamat. Sebahagian yang lain dinyatakan dalam surah-surah seperti al-Waqi`ah, al-Haqqah, `Abasa dan lain-lain. Setiap keadaan Qiamat digambarkan mengikut kesesuaian tempat dan rangkaian ayat dan surah. Qiamat disebutkan dalam surah ini sebagai al-Qari`ah, ertinya peristiwa ledakan yang menggemparkan. Telah disebutkan terdahulu perkataan ini diambil daripada ertinya ketukan tubi yang berlaku di antara dua objek sehingga mengeluarkan suara yang kuat. Manusia dalam kejadian ini

bagaikan kalkatu yang terbang berkeliaran, tidak tahu ke mana mereka ingin tuju. Mufassirin menyatakan manusia bagaikan kalkatu dari segi ramainya bilangan dan berkeliaran, masing-masing kebengungan, entah ke mana mereka akan pergi dan apa akan terjadi. Manusia diumpamakan kalkatu dari segi kengungan dan kebuduhan. Ini keranan kalkatu, rama-rama dan seumpamanya akan keluar beramai-ramai apabila sarangnya dipukul atau diusik, dia akan terbang berkeliaran kerana terkejut,demikian juga dengan manusia di dalam kubur akan keluar serentak dari kubur masing-masing kerana terkejut dengan suara ketukan yang begitu dahsyat. Menariknya dalam ayat ini ialah perkataan al-Qari`ah itu merupakan suara yang membangkitkan manusia dari kubur masing-masing dan dengan keadaan yang serupa juga kalkatu keluar berterbangan apabila terkejut kepada sesuat gangguan terhadap sarangnya. Perbandingan kedua dalam ayat 5 berikutnya ialah manusia pada hari itu bagaikan bulu yang dibusar berterbangan. Bulu yang dibusar bagaikan kekabu yang digebu untuk diisi ke dalam bantal. Kekabu ini jika dipukul akan berterbanganlah bahagian-bahagiannya. Demikianlah manusia pada hari Qiamat ketika cetusan suara al-Qari`ah dibunyikan, masing-masing keluar dari kubur atau tempat-tempat mereka bersemadi. Perkataan al-Qari`ah dalam ayat ini paling sesuai untuk diungkapkan dalam suasana ini, malah jika anda cuba mencari perkataan lain yang membawa erti yang sama nesacaya anda tidak akan dapatinya menyamai perkataan alQari`ah dalam konteks ayat ini. Di sini kita dapat menyaksikan rahsia-rahsia dan mu`jizat yang tersembunyi di sebalik penggunaan bahasa dalam alQur`an. Maha Suci Allah yang berfirman:
[802]

Terjemahan:Mengapa mereka tidak memikirkan kandungan al-Quran? Andainya al-Quran itu datang bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati pada kandungannya perselisihan yang banyak.

Pengajaran dan Saranan

1: Kebangkita dari kubur pada hari Qiamat adalah sesuatu yang pasti dan wajib diimani kerana dalilnya sabit dari al-Qur`an dan Hadith-hadith Sahih. 2: Mengingatkan manusia dengan huru hara Qiamat dan menggesa mereka membuat persiapan bagi melindungi mereka dari azab Allah. 3: Keupayaan akal dan pancaindera dibekalkan kepada manusia mengikut had dan kadar yang ditentukan oleh Allah. Justeru kelemahan mereka segera terbukti apabila dibebankan melebihi had keupayaannya. Pendengaran sebagai contoh menjadikan mereka terkejut dan lari bertempiaran apabila mendengar suara yang kuat. 4: Orang kafir sesat apabila dibangkitkan dari kubur kerana mereka tidak mempunyai matlamat hidup dalam perjalanan mereka di dunia. Keadaan mereka bagaikan kalkatu yang sesat kebengungan ketika keluar dari lubangnya lalu terbang dan akhirnya terjatuh ke dalam api.

Pentafsiran Surah al-Qari`ah 101 Ayat 6-11


SESI PENIMBANGAN AMAL

(7) (6) (9) (8) (11) (10)

[101: 6] Adapun orang yang berat timbangan amal baiknya; [101:7] Maka dia berada dalam kehidupan yang senang lenang. [101: 8] Dan barangsiapa yang ringan timbangan amal baiknya; [101:9] Maka tempat kembalinya ialah neraka Haawiyah [101: 10] Dan tahukah engkau apakah neraka Haawiyah itu? [101: 11] Itulah neraka yang panas membakar

Munasabah Ayat Ayat-ayat sebelum ini menggambarkan hari Qiamat sebagai hari yang cukup hura hara, manusia pada hari ini tidak mempunyai sebarang kuasa lagi untuk mempertahankan diri dari Azab Allah, mereka digambarkan sebagai kalkatu yang terbang berkeliaran, tidak tahu ke mana mereka akan pergi. Ayat-ayat berikut menyatakan mereka akan pergi menjalani sesi penimbangan amal. Sesi Penimbangan Amal Antara perkara yang wajib dipercayai dalam akidah Islam ialah adanya mizan atau neraca penimbang amalan.Al-Qurtubi (M 671) menjelaskan: Menimbang amalan berlaku selepas amalan dihisab terlebih dahulu kerana penimbangan dilakukan untuk dibalas, maka sayugia ia dilakukan selepas disempurnakan kira-kira. Ia dilakukan bagi mengetahui ukuran besar kcilnya amalan, sedangkan timbangan dilakukan untuk mengetahui berat ringannya amalan setelah selesai diukur dangan hisab[803]. (101: 6) Nilai-nilai yang dipakai mengikut neraca dunia semuanya ditolak dan tidak dipakai lagi, kecuali niali-nilai yang ditimbang mengikut neraca akhirat.

(6)

[101: 6] Adapun orang yang berat timbangan amal baiknya; ertinya neraca atau Kata mufrad bagi perkataan ialah timbangan. Maksud mizan di sisi Jumhur Ahl al-Sunnah ialah mizan atau penimbang hakiki, dengannya amalan manusia

ditimbang pada hari Akhirat, malah langit dan bumi juga boleh ditimbang jika dikehendaki Allah. Mizan ini mempunya lidah dan dua daun[804], ia diguna bagi menunjukkan nilai berat atau ringannya sesuatu amalan yang dikerjakan. Mu`tazilah menolak adanya mizan seumpama ini, mereka berpendapat mizan adalah isyarat kepada keadilan Allah swt, mereka berhujah dengan firman Allah:
*

* * [805]

Terjemahan: .. Dan Dialah yang telah meninggikan langit dan telah meletakkan neraca kebenaran, supaya kamu jangan melampaui neraca kebenaran. Dan hendaklah kamu tegakkan timbangan itu dengan adil dan janganlah kamu mengurangkan neraca timbangan Mizan di dalam ayat-ayat ini membawa erti keadilan yang wajib ditegakkan tatkala berurusan sesama manusia. Al-Qurtubi memetik pendapat ini sebagai pendapat al-Dahhak, Mujahid dan al-A`masy[806]. Pendapat yang paling rajih ialah pendapat Jumhur Ahl al-Sunnah kerana serasi dengan keterangan zahir al-Qur`an dan hadith. Antara dalil selain ayat-ayat dalam surah al-Qari`ah ialah firman Allah:

[807]

Terjemahan: Dan Kami akan mengadakan neraca timbangan yang adil pada hari kiamat. Oleh itu tidak ada diri sesiapa akan teraniaya sedikitpun; dan jika amalan itu seberat biji sawi sekalipun, nescaya Kami akan membawanya untuk ditimbang dan cukuplah Kami sebagai jurukira. Keterangan ayat yang menegaskan walaupun amalan itu seberat biji sawisekalipunakan dibawa datang untuk ditimbang, menunjukkan timbangan ini hakiki. Di dalam hadith riwayat alBukhari dan Muslim, Nabi saw bersabda:
[808] :

Terjemahan: Dua patah perkataan sangat ringan pada lidah, sangat berat ditimbang, sangat dikasihi tuhan bersifat al-Rahman: Maha Sucu Allah dan dengan kepujiannya, Maha Suci Allah Yang Maha Agung. Hadith ini menyebutkan perkataan berat dan ringan dalam konteks timbangan hakiki. Pada zahirnya tiada kaitan dengan keadilan. Al-Hakim daripada Salman meriwayatkan daripada Nabi saw:

: : :
[809]

Terjemahan: Dicacak al-Mizan pada hari Qiamat, andainya ditimbang langit dan bumi nescaya diterimanya. Berkata Malaikat: Wahai Tuhanku, kepada siapakah kegunaan timbangan ini?. Firman Allah: kepada makhluk-Ku yang Aku kehendaki. Berkata Malaikat: Maha Suci Engkau, kami tidak mampu beribadat kepada-Mu dengan sebenar-benarnya Ulama berbeza pendapat lagi tentang barang yang ditimbang, sama ada amalan,orang yang beramal atau sahifah atau buku catatan amalan. Ada tiga pandangan: Pertama: Sebahagian besar ulama berpendapat, barang yang ditimbang pada hari Qiamat ialah amalan itu sendiri. Banyak dalil menunjukkan amalan yang dikerjakan seseorang akan datang menemui tuan punya amalan pada hari Qiamat dalam bentuk rupa faras yang dicipta Allah baginya. Antaranya hadith riwayat Abu Umamah al-Bahili ra katanya: Aku dengar Rasulullah saw bersabda:

[810]

Terjemahan: Bacalah al-Qur`an kerana sesungguhnya al-Qur`an akan datang pada hari Qiamat untuk memberi syafaat kepada pembacanya. Bacalah surah al-Baqarah dan Aal `Imran kerana kedua-duanya akan datang pada hari Qiamat bagaikan dua tumpuk mendung tebal atau dua kawan burung membela pembaca dua surah itu. Bacalah surah al-Baqarah kerana membacanya mendatangkan barakah, meninggalkannya mendatangkan kerugian dan tidak mampu diganggu oleh tukang-tukang sihir. Pendapat pertama ini didukung oleh Ibn Hajar al-`Asqalani, katanya: [811]

Terjemahan: Sebenarnya yang ditimbang itu ialah amalan Ibn Hajar memperkukuhkan lagi dengan sebuah hadith:
[812]

Terjemahan: Tiada sesuatu yang lebih berat di atas timbangan dari baik budi pekerti. Kedua: Sebahagian ulama berpendapat barang yang ditimbang ialah tubuh badan pengamal itu sendiri. Beberapa keterangan menunjukkan para pengamal itu sendiri ditimbang. Neraca akan memberi hasil timbangan mengikut ukuran iman, bukan ukuran badan dari segi berat ringan dan bahan yang terkandung di

dalamnya. Di dalam hadith riwayat Abu Hurayrah ra Nabi saw bersabda:

: :

[813]

Terjemahan:Sesungguhnya pada hari Qiamat akan datang seorang lelaki yang besar dan gemuk, sedangkan nilai beratnya di sisi Allah tidak menandingi seberat sayap nyamuk. Sabda Nabi: becalah firman Allah: Oleh itu, pada hari Qiamat Kami tidak akan memberi apa-apa penilaian kepada mereka. Dalam situasi yang sama di dapati orang yang badannya kurus, tetapi nilai timbangannya berat di sisi Allah. Sebagai contoh, Abdullah ibn Mas`ud seorang sahabat yang badannya kurus, tetapi nilai beratnya tinggi. Dua betisnya sahaja jika ditimbang lebih berat dari bukit Uhud. Ini dinyatakan dalam sabda Nabi saw tatkala para sahabat tertawa apabila melihat betis beliau:
[814]

Terjemahan: Apakah yang menyebakan kamu ketawa? Sesungguhnya kaki Abdullah itu lebih berat dari bukit Uhud dalam timbangan Dalam suasana yang serupa Kuthayyir `Azzah bermadah:

** **
Terjemahan: Anda lihat orang kurus anda perkecilkan dia, Tahukah anda dalam bajunya seekor singa, Singa pengecut paling tinggi suaranya, Singa berani tidak suka membunyikan suara. Ketiga: Sebahagian yang lain pula berpendapat, barang yang ditimbang ialah buku rekod amalan. Riwayat menyebutkan:
: : : : :

: : [815]

Terjemahan: Sesungguhnya Allah akan membebaskan seorang lelaki dari umatku pada hari Qiamat di hadapan khalayak rama Dia membuka 99 buku rekod amalan (buruk), setiap satu daripadanya panjang sejauh mata memandang, kemudian Allah berfirman kepadanya: Adakah engkau menolak rekod-rekod ini? Adakah para malaikat-Ku yang ditugas sebagai penjaga itu menzalimimu? Jawab lelaki itu:tidak wahai Tuhanku. Allah berfirman lagi: Adakah kamu mempunyai sebab (lalu melakukan kesalah)? Jawabnya: Tiada wahai Tuhanku. Allah berfirman: Ada, kamu ada sebab. Sesungguhnya engkau ada satu amal kebajikan di sisi Kami, pada hari ini engkau tidak diannyaia, lalu keluar sekeping kad yang tertera padanya: Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melaikan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad pesuruh Allah kemudian Allah berfirman: Keluarkan timbanganmu. Jawabnya: Adakah kad bersama catatan-catatan amalan ini? Allah berfirman: Sesungguhnya engkau tidak dizalimi. Berkata Rawi: Lalu diletak buku-buku catatan di atas satu daun neraca dan buku catatan di atas daun yang sebelah lagi, lalu buku catatan itu melayang sedangkan kad itu naik timbangannya dan tiada suatu pun yang menandingi nama Allah itu. Hadith ini rekod catatan amal itu ditimbang, bukannya amalan dan tubuh badan pengamal amalan berkenaan. Al-Qurtubi lebih cenderung kepada pendapat ketiga ini, iaitu barang yang ditimbang di atas neraca pada hari Qiamat ialah buku-buku catatan amal[816]. Mungkin barang-barang yang ditimbang di atas neraca itu ialah amalan, pengamal dan buku-buku catatan amal yang dicatat malaikat. Pandangan ketiga ini menyatukan ketiga-tiga pendapat menjadi satu. Pandangan ini ditarjihkan oleh Sulaiman al-Ashqar dan lain-lain[817].

(101: 7) Jika nasib seseorang itu bergantung pada timbangan amal kebajikan sekalipun amalan sebesar zarah pasti dikira dan tetap memberi faedah. Apakah faedah yang bakal diperolehi?

(7)

[101: 7] Maka dia berada dalam kehidupan yang senang lenang. Kehidupan di Akhirat yang senang lenang itulah kehidupan di syurga yang diredai penghuninya. Hidup senang ialah hidup yang meliputi semua aspek kehidupan, baik dari segi mental mahu pun spiritual, makan minum, tempat tinggal dan lain-lain semuanya selesa dan memuaskan. Kehidupan di dunia meskipun senang lenang dan disukai, namun ia tidak sunyi dari gangguangangguan yang menjemukan. (101: 8-9) Kecelakaan bagi mereka yang mensia-siaka usianya, cuai pada melaksanakan kewajipn sehingga daun neraca kejahatannya lebih berat. Bagaimana dengan nasib orang ini?
(8)

[101: 8] Dan barangsiapa yang ringan timbangan amal baiknya;


(9)

[101: 9] Maka tempat kembalinya ialah neraka Haawiyah Perkataan ertinya ibu. Ibu ialah tempat kanak-kanak mengadu dan mencari perlindungan. Jadi ibunya neraka. Adakah dia

mengadu kepada neraka untuk mendapat perlindungan padanya. Uslub ini membawa maksud istihza`. Ibu dengan erti tempat mengadu untuk mendapat perilindungan diungkap penyair Umayyah ibn Abu al-Salt dalam madahnya:

**
Terjemahan: Bumi ini tempat kita berlindung, bumi ini ibu kita, Di sini kita dilahir di sini juga kita disemadikan. Sesetengah mufassirin menyatakan erti umm di sini ialah kepala seseorang. Dikatakan orang itu jatuh, kepalanya menjunam. Perkataan Haawiyah, ertinya menjunam ke dasar yang sangat dalam. Jika neraka Haawiyah diungkapkan sebagai ibu tempat anakanak mengadu dan mendapatkan perlindungan, maka ayat dengan erti ini di luar konteks yang kita biasa kita fahaminya. Justeru, Allah swt mengemukakan pertanyaan dan diperjelaskan dalam dua ayat berikut. (101: 10-11) Adakah Haawiyah ini membawa maksud jatuh menjunam, lalu tersungkur kepalanya ke dasar bumi, lalu mati dan selesailah riwayat hidupnya di sini? Jawabnya, tidak! Riwayatnya belum selesai, tetapi neraka itu membakar mangsanya berterusan.

(10)

[101: 10] Dan tahukah engkau apakah neraka Haawiyah itu?

(11)

[101: 11] Itulah neraka yang panas membakar. Apinya sangat panas dan membakar. Kekuatan bakarnya 70 kali ganda kuasa bakar api di dunia. Dalam riwayat Muslim, daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Sabda Nabi saw:

[818]

Terjemahan: Api yang kamu nyalakan di dunia ini adalah sebahagian daripada 70 bahagian api neraka Jahanam, lalu ditanya: Wahai Rasulullah! Itupun sudah cukup (untuk membakar). Sabda Nabi saw: Api neraka itu melebihi api di dunia ini dengan 69 bahagian. Setiap bahagiannya seperti kepanasan itu juga.

Berkata Sayyid Qutb: Itulah ibu tempat kembalinya orang yang ringan timbangan amal kebajikan. Biasanya pada ibu terdapat keamanan dan ketenteraman, pada ibu kenikmatan dan pertolongan, tetapi malang bagi orang yang ringan timbangan amal kebajikan ini, pada ibu neraka dan kepanasan, pada ibu kesengsaraan dan kesusahan. Ini adalah ungkapan al-Qur`an yang biasa mengungkap sesuatu dengan ungkapan yang sangat mendalam erti dan kuat sentuhannya. Pengajaran dan Saranan 1: Manusia terbahagi dua kumpulan; yang berat timbangan amal kebajikan dan yang ringan timbangannya. Berdasarkan kepusan timbangan amal, manusia akan ditentukan tempat tinggalnya sama ada di syurga atau neraka. 2: Setiap amalan yang dilakukan manusia akan dinilai sama ada bnaik atau buruk dan setiap amalan akan dibalas mengikut kehendak Allah yang Maha Adil, tiada siapa berhak membantah terhadap keputusannya. 3: Merangsang supaya manusia tidak mensia-siakan masanya dengan melakukan amalan tanpa faedah. Berbuatlah amal kebajikan selagi hayat masih ada. 4: Manusia dinilai pada amal kebajikan dan ubudiyahnya kepada Allah.Harta benda dan amal yang terpisah dari kebajikan tetap sia-sia dan ditolak di Akhirat

You might also like