You are on page 1of 17

ADAKAH GAJI MINIMA CARA TERBAIK UNTUK MEMBANTU GOLONGAN MISKIN?

Afif Abdullah

www.IDEAS.org.my

MENGENAI INSTITUTE FOR DEMOCRACY AND ECONOMIC AFFAIRS (IDEAS)


IDEAS ialah kumpulan pemikir pertama di Malaysia yang ditubuhkan untuk mempromosi idea-idea berteraskan pasaran bebas dalam dasar awam. Ia merupakan sebuah badan yang tidak bermatlamatkan keuntungan . Sebagai sebuah badan pemikir rentas parti, ia bergerak melangkaui batasan politik kepartian. Matlamat IDEAS ialah untuk menyebarluaskan prinsip-prinsip sistem pasaran bebas, tanpa diikat oleh pengaruh parti-parti politik, perkauman sempit atau pandangan ekstremis agama. IDEAS mendapat inspirasi daripada visi Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, Perdana Menteri pertama, yang berkata dalam Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bahawa Malaysia
akan kekal menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan antara segala bangsa

IDEAS dilancarkan dengan rasminya pada hari Isnin 8 Februari 2010, sempena tarikh lahir Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, di Memorial Tunku Abdul Rahman Putra, Kuala Lumpur, dalam satu majlis bersejarah yang dihadiri oleh tiga generasi keluarga Almarhum Tunku. Misi IDEAS ialah untuk mempertingkat kefahaman dan penerimaan masyarakat terhadap dasar-dasar awam yang berteraskan prinsip kedaulatan undang-undang, kerajaan terhad, pasaran bebas dan individu merdeka.

PENGARANG
Afif Abdullah ialah Felo di Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS).

IDEAS, 2010 Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS) K3 Taman Tunku, Bukit Tunku, 50480 Kuala Lumpur Email: admin@ideas.org.my Tel: 03 6201 6334 Fax: 03 6201 5334 Web: www.ideas.org.my

This publication is produced with support from Friedrich Naumann Foundation for Liberty (Malaysia)

www.IDEAS.org.my

Kandungan
Muqaddimah .................................................................................................................................................... 3 Pengenalan ....................................................................................................................................................... 4 Kumpulan Sasaran ......................................................................................................................................... 5 Implikasi perlaksanaan gaji minima....................................................................................................... 5 Implikasi 1: Syarikat terpaksa mengurangkan keuntungan ..................................................... 6 Implikasi 2: Syarikat terpaksa menaikkan harga .......................................................................... 6 Implikasi 3: Berlaku peningkatan penyertaan ke dalam pasaran kerja ............................... 6 Implikasi 4: Pekerja terpaksa dibuang .............................................................................................. 7 Kesan-kesan tidak langsung gaji minima ............................................................................................. 7 Gaji Minima dan Diskriminasi Kaum.................................................................................................. 8 Komposisi Pekerja Bergaji Minima..................................................................................................... 8 Keselamatan dan kesihatan di tempat kerja ................................................................................... 9 Gaji minima memberi kelebihan kepada firma-firma besar dan antarabangsa, tetapi menyakiti firma kecil dan tempatan .................................................................................................. 9 Kesan Negatif Jangka Panjang ................................................................................................................. 10 Gaji minima mengikut sektor: letupan di bawah permukaan ................................................. 11 Bagaimana gaji minima di negara dunia ketiga? ............................................................................. 12 Struktur Ekonomi Malaysia ..................................................................................................................... 13 Pendapat majoriti ........................................................................................................................................ 14 Kesimpulan: Serupa matlamat, berbeza pendekatan .................................................................... 15

www.IDEAS.org.my

1. Muqaddimah Kebelakangan ini sering kedengaran tuntutan pihak tertentu agar kerajaan melaksanakan Akta Gaji Minima. Menariknya, ia seakan-akan telah dipersetujui oleh para Ahli Parlimen di pihak kerajaan dan pembangkang. Gaji minima sebenarnya bukanlah hal baru yang dibincangkan dalam dunia ekonomi. Ia telah mula diperkatakan sejak abad ke-19 sebelum Australia dan New Zealand menjadi negara pertama menggubal akta berkaitannya pada tahun 1890-an rentetan protes keras dan kerap oleh kesatuan buruh di sana. Sebagai sebuah institusi yang giat memberi pandangan berkaitan isu ekonomi dan politik di Malaysia dan sedaya upaya mempertahankan prinsip pasaran bebas sebagai pilihan terbaik dasar ekonomi negara, tentulah isu gaji minima ini adalah salah satu isu keperihatinan IDEAS. Kertas ini asalnya saya hasilkan untuk pembentangan secara santai dalam satu pertemuan di Serdang beberapa bulan lepas. Dari situ timbul idea mengembangkan kertas ini untuk diterbitkan supaya lebih ramai ahli masyarakat dapat membaca pengalaman pelbagai negara dalam gaji minima. Tanpa mahu berselindung atau berlakon seolah-olah saya berpendirian neutral dalam isu ini, saya berterus terang bahawa saya skeptikal terhadap gaji minima. Namun pendirian skeptikal saya terhadap gaji minima bukanlah tiada asasnya. Pandangan saya adalah bersandarkan hujah. Ketika meneliti kertas ini, pembaca mungkin menyedari bahawa kebanyakan contohcontoh yang saya gunakan adalah daripada negara-negara asing. Faktor struktur tenaga kerja, faktor institusi, dan pelbagai lagi faktor membuatkan situasi golongan buruh setiap negara pastinya berbeza antara satu sama lain. Sememangnya diakui apa yang berlaku di negara luar tidak semuanya boleh terus diaplikasikan di Malaysia. Namun adalah satu kesilapan besar jika kita tidak mempelajari pengalaman luar. Mungkin ada pihak yang cuba menolak pendekatan saya menggunakan contoh asing untuk mengkritik gaji minima. Mereka mungkin berhujah bahawa contoh asing tidak boleh digunapakai di Malaysia kerana pelbagai faktor yang berbeza. Anehnya pihak yang sama menggunakan banyak contoh asing juga untuk menyokong pendirian mereka dalam isu gaji minima. Sebenarnya mereka inilah yang tidak konsisten mahu menggunakan pengalaman asing untuk menyokong hujah mereka, tetapi menolaknya apabila orang lain berbuat perkara yang sama. Keinginan menulis kertas ini timbul dari pemerhatian terhadap sentimen masyarakat terhadap gaji minima. Hampir semua pihak dan parti politik seolah-olah begitu cepat sekali menerima gaji minima. Mungkin ini perkembangan yang bagus kerana ahli masyarakat boleh bersatu bersetuju dalam satu isu dan meletakkan politik kepartian ke tepi. Namun adalah kurang sihat jika sesuatu pandangan tidak dinilai secara kritis. Tiada pandangan yang sempurna dan berhak untuk tidak dikritik termasuklah pandangan saya sendiri. Maka kertas ini dihasilkan sebagai check & balance kepada pandangan majoriti.
3

www.IDEAS.org.my 2. Pengenalan Apa itu gaji minima? Dari segi undang-undang, gaji minima mewajibkan majikan menggaji pekerjanya pada kadar yang tidak kurang daripada yang ditetapkan. Manakala dari sudut ekonomi ia biasanya adalah kadar gaji ditetapkan lebih tinggi berbanding kadar gaji semasa. Perlaksanaan gaji minima dikatakan boleh mengurangkan kemiskinan dengan meningkatkan kuasa beli golongan miskin melalui peningkatan kadar gaji. Apabila kita menyebut gaji minima, kita merujuk kepada undang-undang yang menetapkan kadar terendah yang majikan boleh bayar kepada pekerja. Kadang kala berlaku kekeliruan dengan mengatakan gaji yang rendah itu gaji minima. Sebenarnya gaji minima berkadar lebih tinggi dari gaji yang rendah dan ia dikuatkuasakan oleh kerajaan. Gaji minima merupakan salah satu alat anti-kemiskinan yang digunakan di lebih 100 buah negara1 dan sudah pun dilaksanakan lebih satu abad2 di sesetengah negara seperti Australia dan Kanada. Pada awalnya dulu ia digunakan untuk memastikan golongan wanita, kanak kanak, dan lain-lain mendapat gaji yang lebih tinggi dari apa yang mereka terima. Hari ini, ia digunakan dengan tujuan untuk membantu semua ahli masyarakat yang dianggap miskin. Gaji minima sebenarnya adalah alat anti-kemiskinan yang sama sifatnya dengan kawalan harga: ia tidak membezakan yang miskin, sederhana atau kaya. Harga barangbarang keperluan yang dikawal oleh kerajaan boleh dinikmati oleh semua orang tanpa mengira status pendapatan dan harta. Begitu juga dengan gaji minima. Bukan sahaja orang miskin boleh bekerja pada gaji minima. Orang kaya dan kelas pertengahan juga boleh mendapat pekerjaan pada gaji minima sekiranya mereka mahu. Contoh yang paling berleluasa di seluruh dunia, ramai remaja dari keluarga sederhana dan kaya bekerja ketika cuti sekolah dan menerima gaji minima. Apabila sesuatu polisi bersifat tidak mendiskriminasi, ia dikatakan sebagai polisi yang tumpul. Faedahnya bukan sahaja dinikmati orang miskin, tetapi juga melimpah kepada golongan yang tidak miskin. Undang-undang gaji minima bolehlah disebut sebagai polisi one-size-fits-all. Malaysia merupakan salah satu daripada segelintir negara yang belum melaksanakan akta gaji minima. Ada yang mengatakan kita melaksanakan gaji minima antara RM350 hingga RM700 di sektor perladangan. Tetapi ia sebenarnya adalah kadar gaji yang dipersetujui bersama oleh kesatuan-kesatuan sekerja dan para majikan, bukannya gaji minima dalam kata sebenar3. Kadar gaji minima di sektor perladangan tidak pun pernah diluluskan kerajaan. Apa yang wujud di sektor perladangan adalah apa yang kita panggil collective bargaining. Kesatuan sekerja dan majikan akan berunding dan membuat perjanjian tentang gaji yang majikan patut bayar kepada pekerja.

Minimum Wage Policy (International Labour Office, 2006) Retrieved July 6, 2010, from http://www.ilo.org/public/english/protection/condtrav/pdf/infosheets/w-1.pdf 2 Williams, W. E, (2009) The best anti poverty program we have. The Free Library. Retrieved July 6, 2010, from http://www.thefreelibrary.com/The+best+anti-poverty+program+we+have%3F-a0203335454 3 Maklumat diperolehi dari seorang aktivis Committee Workers International Malaysia (CWI)
1

www.IDEAS.org.my Kaedah collective bargaining atau perundingan kolektif bukanlah sesuatu yang asing. Ia juga diamalkan di beberapa buah negara maju yang tidak melaksanakan akta gaji minima seperti Denmark, Jerman, dan Sweden. Ingin ditekankan disini bahawa gaji minima hanya memberi kesan langsung kepada mereka yang menerima gaji pada kadar gaji minima atau kurang dari kadar gaji minima. Ia tidak memberi kesan secara langsung kepada sesiapa yang telah menerima gaji di atas paras kadar gaji minima. Sebagai contoh jika gaji minima ditetapkan pada RM1,500 sebulan, ia tidak akan memberi kesan kepada pekerjaan yang sekarang menerima gaji RM1,501 dan keatas. Ia hanya memberi kesan kepada pekerjaan yang menerima gaji kurang dari itu. Isu gaji minima mula menjadi panas semula baru-baru ini apabila Datuk Dr. S. Subramaniam, Menteri Sumber Manusia mencadangkan gaji minima pengawal keselamatan pada RM1,450 sebulan4. Rata rata kini pengawal keselamatan menerima RM450. Kemudiannya gaji minima untuk pengawal keselamatan digazetkan pada RM500 ke RM700 bergantung kepada kawasan bekerja. Beliau juga mengumumkan kementerian beliau sedang mengkaji kemungkinan untuk melaksanakan gaji minima di beberapa sektor ekonomi yang lain. Pada masa yang sama, Pakatan Rakyat juga sudah lama menekankan keperluan untuk adanya gaji minima sebagai jaring sosial melindungi rakyat dari kemiskinan. 3. Kumpulan Sasaran Pelaksanaan gaji minima adalah untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah. Biasanya mereka ini berpendidikan rendah, berkemahiran rendah, majoritinya wanita, keturunan etnik tertentu, dan mungkin pekerja pendatang. Dahulu di negara luar ia juga pernah disasarkan kepada kanak kanak sebelum amalan menggunakan buruh kanak kanak diharamkan. 4. Implikasi perlaksanaan gaji minima Nota ini banyak menggunakan contoh dari luar negara kerana Malaysia hampir tidak mempunyai langsung sejarah dan pengalaman dalam penetapan gaji pekerja swasta oleh kerajaan. Malahan penetapan gaji minima pengawal keselamatan baru sahaja diwarwarkan tahun ini dan belum ada kajian mendalam akan impaknya terhadap pekerjaan tersebut. Tetapi pengalaman berpuluh tahun pelaksanaan gaji minima di luar negara boleh kita lihat untuk mengetahui kesannya kepada pekerja dan perniagaan yang menggaji pekerja. Antara implikasi utama adalah syarikat terpaksa mengurangkan keuntungan perniagaan untuk membiayai kenaikan kos buruh, syarikat menaikkan harga untuk membiayai kenaikan kos buruh, pengangguran meningkat kerana pekerja dibuang kerja

LOH F (April 30, 2010) Companies dismayed over guards minimum wage proposal, says association The Star. Retrieved, from http://thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=/2010/4/30/nation/6164417
4

www.IDEAS.org.my setelah kos menggaji mereka meningkat, dan pengangguran menurun kerana semakin ramai orang mendapat pekerjaan. Implikasi 1: Syarikat terpaksa mengurangkan keuntungan Persoalan yang paling asas adalah bagaimana sesebuah perusahaan membiayai kenaikan kos buruh setelah akta gaji minima mewajibkan ia membayar gaji yang lebih tinggi dari sebelum ini? Aktivis-aktivis dan badan badan yang menyokong gaji minima mengandaikan bahawa perniagaan akan mengurangkan keuntungan mereka dan disalurkan kepada pekerja yang berpendapatan rendah. Satu kajian mengenai pasaran buruh di United Kingdom pada tahun 1999 menunjukkan keuntungan firma merudum manakala paras gaji meningkat setelah gaji minima diperkenalkan5. Maka andaian tersebut ada benarnya. Implikasi 2: Syarikat terpaksa menaikkan harga Impak yang kedua pula ialah firma akan menaikkan harga barang dan perkhidmatan mereka kerana kos gaji pekerja sudah meningkat akibat gaji minima. Bancian oleh Sara Lemos dari Universiti Leicester ke atas hampir 30 kertas kajian mengenai hubungan gaji minima dan inflasi di Amerika Syarikat menyimpulkan kenaikan 10% kadar gaji minima akan meningkatkan harga makanan sebanyak 4% manakala kadar inflasi keseluruhanya tidak lebih dari 0.4%. Penemuan ini menunjukkan sekurang kurangnya di Amerika Syarikat, kenaikan gaji minima hanya mengakibatkan sedikit inflasi6. Implikasi 3: Ada yang mengatakan dengan menaikkan kadar gaji akan membolehkan lebih ramai individu mendapat pekerjaan. Dalam kata lain kenaikan gaji minima boleh mengurangkan pengangguran. David Card and Alan B. Krueger merupakan nama terkenal dikalangan penyokong gaji minima. Pada tahun 1994, mereka menghasilkan kajian impak gaji minima ke atas pekerja industri makanan segera. Mereka menemui bahawa kenaikan gaji minima telah meningkatkan jumlah pekerja di restoran-restoran makanan segera7. Card dan Krueger menyimpulkan kenaikan gaji minima boleh mengurangkan kadar pengangguran. Penemuan ini sangat popular, malahan Presiden Clinton menggunakanya untuk mencadangkan kenaikan gaji minima di kongres. Namun hasil kajian mereka dipersoalkan oleh ahli ekonomi yang lain. Akhirnya Card dan Krueger mengubah kesimpulan asal bahawa gaji minima mengurangkan kadar pengangguran kepada kesimpulan baru iaitu gaji minima kemungkinan tiada memberi kesan kepada kadar pengangguran8.

Draca, M., Machin, S., & Van Reenen, J. (2008). Minimum Wages and Firm Profitability. [Electronic version]. NBER Working Paper, No. 13996 6 Sara Lemos, 2008. "A Survey Of The Effects Of The Minimum Wage On Prices," Journal of Economic Surveys, Blackwell Publishing, vol. 22(1), pages 187-212, 02. 7 David Card & Alan Krueger, 1993. "Minimum Wages and Employment: A Case Study of the Fast Food Industry in New Jersey and Pennsylvania," Working Papers 694, Princeton University, Department of Economics, Industrial Relations Section 8 Debating the Minimum Wage (2001, February 1) The Economist
5

www.IDEAS.org.my Implikasi 4: Pekerja terpaksa dibuang Pengangguran di kalangan pekerja berkemahiran rendah merupakan senjata utama bagi pihak yang menentang gaji minima sebagai alat pembasmi kemiskinan. Disebabkan oleh undang-undang gaji minima, majikan terpaksa mengurangkan jumlah pekerja bagi menurunkan kembali kos buruh. Menurut model penawaran-permintaan, pelaksanaan gaji minima akan menyebabkan sejumlah pekerja berpendapatan rendah hilang pekerjaan. Sudah banyak kajian dijalankan mengenai pengangguran akibat daripada pelaksanaan gaji minima9. Realitinya memang akan ada pekerja yang hilang pekerjaan. Namun persoalannya disini ialah sebanyak mana pengangguran akan berlaku disebabkan gaji minima. Sesetengah kajian menunjukkan jika gaji minima ditetapkan sedikit tinggi dari kadar gaji sedia ada, kesan pengangguran adalah kecil. Jika gaji minima ditetapkan terlalu tinggi pula, kesan pengangguran adalah besar. Disinilah dilemanya. Ingat bahawa matlamat asal penggunaan gaji minima adalah untuk mengurangkan kemiskinan. Jika gaji minima ditetapkan rendah, maka ia tidak berkesan untuk mengurangkan kemiskinan. Jika ditetapkan tinggi pula, akan ramai pekerja berkemahiran rendah yang akan menganggur dan menyimpang dari matlamat asal gaji minima untuk membantu mereka yang miskin. Perdebatan gaji minima di negara negara lain biasanya berkisar berapa peratus gaji minima harus dinaikkan, dan berapa ramai pula pekerja miskin akan dibuang kerja. Pada tahun 1989, pentadbiran George Bush (senior) mencadangkan kenaikan gaji minima dari $3.35 kepada $3.8510. Kongres pula mahukan kenaikan lebih tinggi ke tahap $4.25. Bush cuba memenangi hati orang awam dengan menunjukkan kajian bahawa kenaikan $4.25 akan mengakibatkan 600,000 orang menganggur. Sedangkan kenaikan sekadar pada $3.85 hanya mengakibatkan 300,00 orang menganggur. Lihatlah betapa angkuhnya kongres dan majoriti rakyat Amerika yang tidak miskin tanpa segan silu membuat keputusan berapa ratus ribu orang miskin yang mahu dibiarkan menganggur demi gaji minima yang mereka perjuangkan. Ia membuktikan bahawa penyokong gaji minima sendiri pun mengakui kesan bahaya pembuangan pekerja ini. Pendirian mereka bersifat utilitarian, iaitu demi untuk menaikkan gaji sekumpulan orang miskin, mereka sanggup mengorbankan sekumpulan orang miskin lain. Demi kesenangan hidup kumpulan lebih besar, kumpulan lebih kecil dibiarkan teraniaya dan dizalimi. 5. Kesan-kesan tidak langsung gaji minima Di atas dibincangkan kesan-kesan langsung gaji minima. Namun undang-undang pengagihan pendapatan ini memberi kesan-kesan sampingan yang tidak langsung juga.

9 Neumark, David; William L. Wascher (2008). Minimum Wages. Cambridge, Massachusetts: The MIT Press 10 Cox, J. (2003) Concise Guide to Economics. Retrieved May 20, 2010, from http://www.conciseguidetoeconomics.com/minimumwage/chapter14/

www.IDEAS.org.my Gaji Minima dan Diskriminasi Kaum Menurut Walter Williams - ahli ekonomi Amerika yang berketurunan Afrika - gaji minima boleh dijadikan senjata oleh golongan rasis yang mahu mendiskriminasi kaum di pasaran kerja. Pengalaman di Amerika Utara dan Afrika Selatan menunjukkan pekerja dari etnik bukan kulit putih sanggup bekerja untuk gaji yang lebih rendah berbanding pekerja berketuruan Kaukasus atau kulit putih. Ini adalah kerana majoriti majikan adalah berketurunan kulit putih. Maka untuk mengatasi masalah diskriminasi kaum dan mendapatkan pekerjaan, pekerja bukan kulit putih yang berketurunan Afrika, Amerika Latin, Red Indian, Asia, dan lain-lain - sanggup menerima gaji lebih rendah. Lebih murah untuk menggaji pekerja bukan kulit putih berbanding pekerja kulit putih. Ini membuatkan orang bukan kulit putih mudah mendapat kerja dan orang kulit putih sukar mendapat kerja terutamanya di sektor bergaji rendah. Tetapi dengan adanya gaji minima, paras gaji semua kaum akan diratakan. Maka pekerja berketurunan bukan kulit putih sudah hilang kelebihan gaji rendah dalam pasaran kerja. Memandangkan sudah tiada perbezaan antara menggajikan pekerja kulit putih dan bukan kulit putih, sudah pasti majikan yang majoritinya kulit putih akan mementingkan pekerja dari kaumnya. Gaji minima membuatkan sukar untuk pekerja bukan kulit putih untuk bersaing mendapat pekerjaan di sektor gaji rendah11. Paul Samuelson pemenang anugerah Nobel dalam ekonomi pernah membangkitkan kesan buruk gaji minima keatas pekerjaan golongan pemuda Afrika-Amerika di dalam buku teksnya yang terkenal Economics12. Situasi di mana gaji minima menjadi alat perkauman boleh berlaku apabila majoriti golongan majikan terdiri dari satu kaum, manakala golongan pekerja ramainya terdiri dari kaum lain. Ketidakseimbangan perwakilan kaum dalam pasaran modal dan buruh akan mengakibatkan rasisme di pasaran kerja. Ketidakseimbangan ini wujud di Malaysia. Pada 3 Mei 2010, pertubuhan Hindraf mencadangkan gaji minima dalam ucapan selamat sempena Hari Pekerja dengan tujuan untuk meningkatkan kebajikan kaum India. Berdasarkan pengalaman kaum minoriti di negara luar, gaji minima jauh sekali dari dapat membantu meningkatkan kebajikan mana mana kaum minoriti13 dan belum dijumpai bukti kebajikan kaum minoriti meningkat setelah gaji minima dilaksanakan. Komposisi Pekerja Bergaji Minima Diskriminasi tidak terhenti pada garisan kaum. Ingat semula ciri-ciri mereka yang ingin dibantu: berkemahiran rendah dan berpendidikan rendah. Ciri-ciri ini

Behrman, J. R., Sickles, R. C., & Taubman, P. (1983). The Impact of Minimum Wages on the Distributions of Earnings for Major Race-Sex Groups: A Dynamic Analysis. The American Economic Review, Vol. 73, No. 4, 766-778 . 12 Samuelson P. A. (1970) Economics 13 Uthayakumar, P. (2010) Hindraf4You Retrieved May 3, 2010, from http://hindraf4you.blogspot.com/2010/05/labour-day-minimum-wage-of-rm-130000.html
11

www.IDEAS.org.my merupakan punca kemiskinan mereka. Ingat juga gaji minima juga merupakan polisi yang tumpul kerana yang bukan miskin juga boleh mendapat faedahnya. Di Amerika Syarikat pada tahun 1986, Pejabat Belanjawan Kongres mengeluarkan laporan bahawa 4 dari setiap 5 orang pekerja yang menerima gaji minima sebenarnya bukan daripada golongan yang miskin14. Golongan yang sederhana dan kaya seperti remaja berpendidikan tetapi belum bergraduasi juga bekerja dan menerima gaji minima. Disini berlaku persaingan antara orang miskin yang tidak berpendidikan atau berpendidikan rendah dengan orang bukan miskin yang berpendidikan. Gaji minima mengakibatkan pekerja menjadi lebih mahal untuk digaji. Maka apabila majikan mahu mengecilkan saiz jumlah pekerjanya, sudah pasti ia akan membuang pekerja yang lemah. Yang lemah adalah mereka yang berpendidikan rendah yang sudah tentu juga miskin. Akhirnya, orang miskin sendiri menghadapi diskriminasi di tempat kerja. Sedangkan matlamat asal gaji minima adalah untuk membantu orang miskin. Kita selalu lihat apabila berlaku kemelesetan ekonomi, mangsa yang paling ramai akibat kenaikan kadar pengangguran adalah mereka yang miskin. Ini kerana untuk menyelamatkan perniagaan dari rugi, majikan akan membuang pekerja yang lemah dan mengekalkan pekerja yang lebih memberikan value for money. Gaji minima hanya akan memburukkan lagi keadaan ini. Ronald Krumm dari American Enterprise Institute pada tahun 1981 mendapati gaji minima mengakibatkan pekerja berkemahiran lebih rendah akan lebih mudah dibuang kerja15. Keselamatan dan kesihatan di tempat kerja Selain kos gaji, sesebuah perniagaan juga perlu menanggung kos menjaga keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Sekiranya majikan tidak sanggup membuang pekerja dan tidak mahu menaikkan harga atau mengurangkan untung, ada kemungkinan majikan akan memotong perbelanjaan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Ini akan membahayakan pekerja di tempat kerja, terutamanya di sektor pembinaan, perkilangan, dan pertanian. Gaji minima memberi kelebihan kepada firma-firma besar dan antarabangsa, tetapi menyakiti firma kecil dan tempatan Pada 2005 H. Lee Scott, Jr., CEO syarikat peruncit gergasi Wal-Mart, mengejutkan ramai orang dengan menyeru gaji minima dinaikkan16. Bukankah gaji minima tidak digemari oleh para majikan kerana ia meningkatkan kos menggaji pekerja? Kenapa tiba tiba sebuah syarikat gergasi mahu menaikkan kos menggaji pekerja? Adakah CEO bergaji berjuta-berjuta ini tiba tiba sudah menjadi sosialis atau berjiwa pekerja?

Smith , R.E., & Vavrichek, B. (1986). The Minimum Wage: Its Relation to Incomes and Poverty. Congressional Budget Office Reports 15 Krumm, Ronald J. 1981 The impact of the minimum wage on regional labor markets / Ronald J. Krumm American Enterprise Institute for Public Policy Research, Washington 16 Rockwell, L. H. (2005) Wal-Mart Warms to the State Ludwig von Mises Institute. Retrieved May 20, 2010, from http://mises.org/daily/1950
14

www.IDEAS.org.my Bukan. Beliau mempunyai niat tersembunyi disebalik seruan mulia menaikkan gaji minima. Wal-Mart ketika itu membayar gaji terendah kepada pekerjanya sebanyak $8 sejam. Walaupun rendah, ia masih tinggi berbanding gaji minima yang ditetapkan kerajaan pada $5 sejam. Yang membayar pekerja pada tahap gaji minima adalah pesaing pesaing Wal-Mart, seperti kedai runcit kecil kecilan. Menaikkan gaji minima akan meningkatkan kos pesaing Wal-Mart. Katakan jika gaji minima dinaikkan ke $6 atau $7 sekalipun, Wal-Mart tidak akan menerima kesan kenaikan kos kerana ia sudah sedia membayar pada $8, tetapi pesaing pesaing Wal-Mart akan menghadapi kenaikan kos akibat gaji minima. Wal-Mart cuba mengalahkan pesaing-pesaingnya dengan meningkatkan kos pesaingnya melalui peningkatan gaji minima. Ini adalah contoh bagaimana gaji minima akan memberi kelebihan kepada syarikat besar tetapi menyakiti perniagaan kecilkecilan. Senario ini tidak mustahil boleh berlaku di Malaysia. Kalau gaji minima diperkenalkan diseluruh negara, syarikat-syarikat antarabangsa yang berpoket besar seperti Tesco dan Carrefour tidak akan menghadapi masalah besar membayar gaji minima. Tetapi bagaimana pula syarikat tempatan dan perniagaan kecil kecilan yang memiliki kapasiti kewangan yang lebih kecil? Pasaraya tempatan, restoran mamak, kedai runcit Pak Mat, dan lain-lain semuanya akan menghadapi kenaikan kos dan mungkin akan bankrup. Gaji minima memberi kesan negatif terbesar kepada perniagaan kecil kecilan. Bukankah negara kita ingin maju dengan industri kecil dan sederhana tempatan? Gaji minima akan menaikkan kos industri kecil dan sederhana, lantas menzalimi peniaga kecil dan bumiputera. 6. Kesan Negatif Jangka Panjang Seseorang pekerja dibayar mengikut tahap produktivitinya. Tahap produktiviti pula ditentukan oleh tahap kemahiran dan pendidikan. Maka meningkatkan kemahiran dan pendidikan boleh meningkatkan kadar bayaran gaji yang diterima pekerja. Kemahiran baru boleh diperolehi samada melalui pengalaman atau latihan di tempat kerja, atau pun di institusi pendidikan. Manakala pendidikan lebih tinggi pula sudah tentu diperolehi di institusi pendidikan. Gaji minima boleh merencatkan pertumbuhan pendapatan individu dalam jangka panjang. Ia menjadi penghalang kepada individu untuk mendapat kemahiran dan pendidikan lebih tinggi. Berlawanan dengan apa orang ramai percaya, hakikatnya bukan semua pekerja akan selama-lamanya tersekat di takuk gaji rendah. Sekalipun seseorang memulakan pekerjaan pada kadar gaji rendah, melalui pengalaman dan latihan di tempat kerja, dia dapat meningkatkan produktiviti dan mendapat prospek kenaikan gaji dan pangkat. Maka dalam jangka panjang dengan peningkatan produktiviti dan kemahiran baru - seseorang berpeluang menaiki tangga gaji yang lebih tinggi. Kita perlu sedar bahawa terdapat satu lagi cara yang majikan gunakan untuk merendahkan kos perniagaan iaitu mengurangkan perbelanjaan untuk latihan di tempat kerja.
10

www.IDEAS.org.my Apabila firma mengurangkan kos dengan mengurangkan latihan di tempat kerja, ia menghalang pekerja dari mempelajari kemahiran baru dan meningkatkan produktiviti. Dan gaji minima merupakan salah satu punca majikan menghapuskan latihan di tempat kerja. Akhirnya undang-undang gaji minima membantut pertumbuhan pendapatan pekerja dalam jangka panjang kerana menafikan mereka peluang mendapat latihan di tempat kerja17. Gaji minima juga boleh menjadi satu tarikan kepada anak-anak muda untuk berhenti sekolah lantas bekerja18. Tawaran gaji yang lebih tinggi akan menarik minat sesetengah anak muda untuk berhenti atau tidak sambung belajar semata-mata untuk memasuki alam pekerjaan. Akibatnya, mereka kehilangan peluang di masa hadapan untuk mendapatkan pekerjaan bergaji lebih tinggi yang memerlukan pendidikan tinggi. Kajian oleh David Neumark dan Olena Nizalova pada 2004 mendapati gaji minima memberi kesan negatif jangka panjang kepada pertumbuhan pendapatan dan produktiviti dikalangan anak muda akibat kekurangan latihan dan pengalaman di tempat kerja19. 7. Gaji minima mengikut sektor: letupan di bawah permukaan Permukaan yang dimaksudkan itu ialah paras gaji minima yang ditetapkan. Ramai yang menganggap gaji minima merupakan kadar gaji terendah dalam negara. Sebenarnya masih wujud pekerjaan yang membayar gaji lebih rendah daripada paras tersebut. Situasi ini berlaku apabila akta gaji minima hanya dilaksanakan ke atas sektor sektor tertentu. Sebagai contoh di Amerika Syarikat, majikan yang memperolehi pendapatan tahunan kurang dari $500,000 akan dikecualikan dari membayar gaji minima pada pekerja. Apabila pekerja berkemahiran rendah dibuang kerja dari sektor yang dikenakan gaji minima, mereka akan terpaksa mencari kerja baru di sektor yang tidak dikenakan gaji minima dan membayar kadar gaji lebih rendah. Mereka tidak dapat pergi ke sektor yang membayar lebih tinggi dari sektor gaji minima kerana tidak memiliki kelayakan kemahiran dan pendidikan yang diperlukan. Seperti yang telah dikatakan sebelum ini, kita perlu ingat bahawa apabila majikan memberhentikan pekerja kerana kos gaji minima, mereka akan memberhentikan pekerja yang paling lemah. Yang paling lemah adalah mereka yang berkemahiran dan berpendidikan rendah dan sudah tentu miskin. Apabila pekerja yang lemah dibuang kerja, mereka terpaksa mencari pekerjaan baru. Seringkali peluang pekerjaan baru terdapat di dalam sektor yang dikecualikan dari gaji minima. Akibatnya, mereka menjadi lebih miskin kerana gaji yang mereka kini terima lebih rendah. Gaji minima mengikut sektor menyebabkan pekerja berkemahiran rendah dibuang kerja dari sektor bergaji minima dan memaksa mereka mencari pekerjaan dengan gaji

Neumark, D. (2006) The Economic Effects of Minimum Wages: What Might Missouri Expect from Passage of Proposition B? Show Me Institute Retrieved May 20, 2010, from http://showmeinstitute.org/publication/id.35/pub_detail.asp 18 Ibid 19 Neumark, D., & Nizalova, O. (2004). Minimum Wage Effects in Longer Run. NBER Working Paper, No. 10656
17

11

www.IDEAS.org.my lebih rendah pula. Dalam kata lain, gaji minima akhirnya boleh meningkatkan jumlah mereka yang menerima gaji lebih rendah. Pekerja berkemahiran rendah yang asalnya bekerja di sektor tertentu, setelah gaji minima diperkenalkan, menghadapi risiko dibuang kerja dan terpaksa bekerja di sektor lain dengan gaji lebih rendah berbanding awalnya. Sudah pasti ini tidak adil bagi mereka. Pengalaman di Amerika Syarikat menunjukkan undang-undang gaji minima meningkatkan jumlah pekerja yang menerima gaji lebih rendah dari gaji minima. Menurut Alan Reynolds - zamil dari Cato Institute dan juga merupakan ahli ekonomi pada tahun 1996 gaji minima nasional di Amerika dinaikkan ke $4.75 dan dinaikkan sekali lagi menjadi $5.15 pada 1997. Akibatnya berlaku letupan di sektor-sektor yang tidak dikenakan gaji minima. Semakin ramai terpaksa bekerja di sektor yang tidak mempunyai kadar gaji minima. Pada tahun 1995, hanya terdapat 1.7 juta pekerja yang dibayar gaji lebih rendah dari minima. Dua tahun kemudian akibat kenaikan gaji minima nasional, jumlahnya meningkat kepada 3 juta20. Ini adalah kesan daripada gaji minima mengikut sektor yang menyebabkan golongan miskin bertambah ramai. Pertambahan jumlah orang miskin yang menerima gaji lebih rendah dari paras gaji minima inilah yang disebut sebagai letupan di bawah permukaan. Mungkin ada yang berhujah bahawa pada 1996-1997, kadar pengangguran nasional Amerika dilaporkan menurun. Maka mereka mungkin mendakwa bahawa gaji minima menurunkan penangguran.. Apa yang berlaku sebenarnya? Penurunan pengangguran nasional tersebut adalah disebabkan pertumbuhan ekonomi dan pertambahan pekerjaan di sektor berpendapatan tinggi, tiada kena mengena dengan gaji minima pun. Malahan pekerjaan bergaji minima hanya mewakili 0.4% dari seluruh pekerjaan di Amerika Syarikat. Adalah dangkal untuk menggunakan kadar pengangguran nasional untuk mengukur keberkesanan gaji minima21. 8. Bagaimana gaji minima di negara dunia ketiga? Sebastian Edwards dan Nora Lustig dari Brookings Institution (sebuah kumpulan pemikir di Amerika Syarikat yang berhaluan kiri sederhana) menerbitkan sebuah buku berkenaan pekerja-pekerja di Amerika Latin. Mereka menyimpulkan, sekalipun terdapat hubungan negatif antara gaji minima dan kemiskinan iaitu gaji minima mengurangkan kemiskinan pendekatan gaji minima bukanlah cara yang terbaik untuk menghapuskan kemiskinan22. Laporan World Development Report dari World Bank pada tahun 1995 menyatakan gaji minima mungkin membantu pekerja miskin di negara-negara industri, tetapi ia

Reynolds, A. (2004) When More Is Less. Cato Institute . Retrieved May 20, 2010, fro http://www.cato.org/pub_display.php?pub_id=2754 21 Ibid 22 Lustig, N. C. , & McLeod, D (1997). Labor markets in Latin America: combining social protection with market flexibility. Washington: Brookings Institution. Retrieved May 3, 2010 from http://books.google.com.my/books?hl=en&lr=&id=eIdPpKeKGsC&oi=fnd&pg=PA62&dq=minimum+wage+and+poverty&ots=GR0rsAnm66&sig=MzptsSCkj8XW_reuwDCtMB2EBc#v=onepage&q=minimum%20wage%20and%20poverty&f=false
20

12

www.IDEAS.org.my tidak begitu di negara sedang membangun23. Pertama adalah kerana akta gaji minima meliputi hanya sektor formal yang kecil, sedangkan sektor bukan formal adalah sangat besar, maka pelaksanaan dan pemantauan gaji minima adalah sukar. Kedua, garis-garis kemiskinan adalah lebih rendah di negara membangun dan pekerja yang menerima gaji minima bukanlah yang termiskin dari yang miskin. Ketiga, sebahagian besar orang miskin di negara-negara membangun bekerja dalam sektor yang tidak disentuh oleh akta gaji minima atau bekerja sendiri. 9. Struktur Ekonomi Malaysia Kini selalu kedengaran negara kita terperangkap dalam middle income trap. Ini disebabkan polisi ekonomi negara kita selama ini yang mahu bersaing sebagai hab eksport dengan menggunakan kos buruh murah sebagai kelebihan. Kini kita cuba keluar dari perangkap ini dan naik menjadi ekonomi berpendapatan tinggi. Masalahnya untuk menjadi ekonomi berpendapatan tinggi kita memerlukan pekerja berkemahiran tinggi. Negara kita memiliki terlalu banyak pekerja berkemahiran rendah (yang terdiri dari pekerja tempatan dan asing) tetapi terlalu sedikit pekerja berkemahiran tinggi. Salah satu puncanya ialah brain-drain. Ramai rakyat kita yang berbakat dan berpendidikan tinggi berhijrah ke negara luar. Ada usaha sekarang untuk menaiktarafkan ekonomi kita dengan memperkenalkan gaji minima. Memandangkan gaji minima menjadikan satu mandat untuk membayar pekerja dengan gaji lebih tinggi, maka ada pihak mendakwa dengan begitu mudah akan tercapailah ekonomi berpendapatan tinggi! Ini pendapat yang dangkal. Menurut Profesor Madya Shandre M. Thangavelu daripada National University of Singapore, ekonomi berpendapatan tinggi dipacu oleh teknologi, kompetensi sektor terpilih, dan dikekalkan oleh modal insan yang stabil. Semakin membangun modal insan, semakin tinggi pendapatan24. Beliau juga berpendapat daripada melaksanakan gaji minima, adalah lebih baik mengamalkan polisi kebajikan yang membantu pekerja meningkatkan produktiviti mereka. Manipulasi undang-undang untuk pengagihan semula pendapatan tidak akan menghasilkan sebarang pendapatan tambahan kepada ekonomi negara, jauh sekali dari membantu mencapai status ekonomi berpendapatan tinggi. Tambahan pula, ekonomi kita hari ini masih tertumpu kepada penggunaan tenaga buruh murah. Kita masih berdaya saing kerana buruh kita murah, itupun sudah mula ketinggalan berbanding negara-negara jiran. Kita belum lagi meningkat menjadi ekonomi berasaskan modal, teknologi, modal insan berkemahiran tinggi. Jika kita naikkan kos buruh kita sekarang, kita akan hilang daya saing. Sudahlah belum ada teknologi dan modal insan yang diperlukan, kelebihan yang kita ada sekarang ini pun seolah-olah hendak musnahkan. Tindakan ini berbahaya kerana mungkin sahaja yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran.
World development report 1995 : workers in an integrating world (1995) World Bank. Retrieved May 7, 2010, from http://econ.worldbank.org/external/default/main?pagePK=64165259&theSitePK=469372&piPK=64165 421&menuPK=64166093&entityID=000009265_3961219103803 24 Minimum wage not the answer to high-income economy; Foong, J. (2010) The Star. Retrieved May 3, 2010, from http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/1/16/nation/5483536&sec=nation
23

13

www.IDEAS.org.my

Alternatif yang kita ada ialah membiarkan sektor swasta perlahan-lahan mengubah struktur produksi mereka dari berasaskan buruh kepada modal. Apabila nisbah modalburuh meningkat, produktiviti dan pendapatan buruh juga meningkat. Nisbah modalburuh merupakan salah satu ciri ekonomi yang berpendapatan tinggi. Persoalannya, mengapa sektor swasta masih mengekalkan struktur produksi berasaskan buruh? Pertama ia memang legasi polisi ekonomi kita yang lama, iaitu menjadi ekonomi pengilang dan pengeksport dengan menggunakan buruh murah. Kesatuan sekerja ditekan dan pernah diharamkan25 di sesetengah sektor ekonomi, bagi melemahkan kuasa pekerja untuk merunding gaji lebih tinggi. Akta kawalan harga dan subsidi petroleum pula digunakan untuk mengawal kos kehidupan di Malaysia menjadikan pekerja Malaysia murah untuk digaji kerana kos hidup yang rendah. Polisi immigrasi yang agak terbuka juga merupakan salah satu punca gaji tidak meningkat. Kebanjiran pekerja asing menyebabkan gaji pekerjaan berkemahiran rendah tumbuh perlahan, kerana pekerja asing sanggup bekerja pada gaji lebih rendah. Membandingkan kadar pengangguran di negara maju yang memiliki gaji minima dengan Malaysia adalah satu kesilapan. Seperti contoh sebelum ini di Amerika Syarikat, pekerjaan gaji minima hanya mewakili 0.4% dari seluruh pekerjaan di Amerika Syarikat. Ekonomi negara maju banyak bergantung kepada modal, teknologi, dan modal insan berkemahiran tinggi, tidak seperti kita sekarang. Malaysia masih bergantung kepada modal insan berkemahiran rendah. Maka gaji minima boleh memberi kesan besar yang negatif kepada ekonomi kita. Gaji minima hanya akan meningkatkan kederasan aliran keluar pelaburan dari Malaysia ke negara yang buruhnya lebih murah. Bahkan tanpa gaji minima, aliran keluar tersebut sudah pun agak membimbangkan. 10. Pendapat majoriti Ratusan kertas kajian sudah diterbitkan berkenaan gaji minima. Ada yang menunjukkan gaji minima mengakibatkan pengangguran, ada yang menunjukkan sebaliknya, ada yang menunjukkan pengurangan kemiskinan, ada juga yang menunjukkan sebaliknya. Apabila terdapat beberapa pendapat yang bercanggah antara satu sama lain, antara perkara yang boleh kita lakukan ialah dengan mengumpul dan membuat tinjauan ke atas kajian-kajian itu dan melihat apakah pendapat yang paling dominan. Pada tahun 2008, David Neumark and William L. Wascher menerbitkan sebuah buku bertajuk Minimum Wages. Buku tersebut merupakan rumusan 20 tahun kajian mereka ke atas gaji minima, meliputi lebih 300 kertas kajian di beberapa buah negara dengan data sepanjang 50 tahun. Dalam buku tersebut, kesimpulan pertama ialah gaji minima sememangya mengakibatkan pengangguran pekerja berkemahiran rendah. Sekalipun terdapat kajian yang menunjukkan keputusan sebaliknya, jumlahnya kecil dan boleh dipersoalkan kaedah yang digunakan26.

25Annual 26

survey of violations of trade union rights for Malaysia 2009 (ITUC) Lihat mukasurat 12-15 karya Neumark, D. (2006) The Economic Effects of Minimum Wages: What Might Missouri Expect from Passage of Proposition B?, Show Me Institute, di mana Neumark

14

www.IDEAS.org.my

Kedua, gaji minima yang lebih tinggi memudaratkan keluarga yang miskin sekiranya kesan pengangguran banyak tertumpu kepada mereka. Ketiga, gaji minima mengurangkan peluang untuk pekerja mempertingkat kemahiran mereka kerana majikan menghapuskan peruntukan latihan di tempat kerja. Ini seterusnya membantutkan pertumbuhan gaji pekerja itu sendiri di masa akan datang. Neumark dan Wascher akhirnya mencadangkan sesiapa mahu menggunakan polisi ekonomi untuk mengagihkan semula pendapatan bagi merapatkan jurang pendapatan dan mengurangkan kemiskinan, haruslah menjauhi dari menggunakan gaji minima dan pilih alternatif yang lain. Ini rumusan kajian selama 20 tahun merangkumi lebih 300 kertas kajian di beberapa buah negara. Mungkin ada yang menuduh Neumark and Wascher berat sebelah dalam merumuskan kajian mereka. Bagaimana pula pendapat majoriti ahli ekonomi lain tentang gaji minima? Pada tahun 2007, Employment Policies Institute menjalankan survei ke atas ratusan ahli ekonomi yang mengkhususkan dalam bidang ekonomi buruh. Hanya 6% ahli ekonomi bersetuju penggunaan gaji minima sebagai alat yang cekap untuk membantu keluarga yang miskin, 39% melihat ia agak cekap, manakala 55% berpendapat ia tidak cekap langsung. Apabila ditanya apakah alat terbaik untuk membantu keluarga miskin, hanya 9% melihat gaji minima sebagai alat yang terbaik. Selebihnya 91% peratus memilih pendekatan-pendekatan lain untuk membasmi kemiskinan27. 11. Kesimpulan: Serupa matlamat, berbeza pendekatan Hakikatnya, samada kita menyokong atau menentang gaji minima kita masih berkongsi matlamat yang serupa: iaitu membantu mereka yang miskin. Cuma cara yang dipilih berbeza. Gaji minima jelas bukan cara yang betul atau baik untuk negara kita. Maka apakah alternatif lain kepada gaji minima? Salah satu pendekatan yang terkenal tapi kurang dilaksanakan ialah penggunaan sistem baucer dan pindahan bayaran langsung. Kedua-duanya hampir serupa, iaitu membantu golongan miskin membeli barang-barang keperluan dan mengurangkan beban perbelanjaan. Ini lebih baik dari gaji minima yang boleh menyebabkan sesetengah mereka kehilangan kerja. Polisi ini juga lebih tajam: ia memastikan wang pembayar cukai dibelanja pergi terus ke orang miskin, bukanya ditumpang bersama oleh orang tidak miskin. Cukai pendapatan negatif pula ialah satu kaedah yang dipelopori oleh pakar ekonomi libertarian Milton Friedman. Sistem cukai ini meletakkan paras pendapatan asas bagi

mempersoalkan kaedah kajian yang digunakan oleh Card & Krueger dalam kajian mereka mengenai gaji minima. 27Fowler, T. A., & Smith, A. E. (2007). EPI Minimum Wage Survey of Labor Economists. [Electronic version]. The University of New Hampshire Survey Center

15

www.IDEAS.org.my masyarakat. Sesiapa yang menerima pendapatan kurang dari paras yang ditetapkan akan menerima wang bantuan untuk mencukupkan pendapatan asas. Kaedah cukai pendapatan negatif menikmati sokongan dari kedua-dua belah sayap politik baik sayap kiri atau kanan kerana keberkesananya. Merujuk kembali tinjauan Employment Policies Institute, sehingga 70% ahli ekonomi berpendapat inilah pendekatan terbaik untuk membantu keluarga miskin!28 Inilah pendekatan yang diterima semua ideologi politik dan pada masa yang sama dilihat sangat berkesan oleh majoriti pakar ekonomi. Mungkin juga boleh dikatakan bahawa sistem cukai pendapatan negatif ini ada mirip-mirip sistem zakat dalam Islam. Akhir sekali, tiada cara yang lebih baik dari pekerja sendiri meningkatkan kemahiran dan tahap pendidikan bagi melayakkan diri mereka menerima tingkat gaji lebih tinggi. Semua ekonomi maju di dunia mencapai kemajuan kerana mereka memiliki lebih ramai pekerja berkemahiran tinggi berbanding berkemahiran rendah. Kemiskinan pasti wujud, hatta di negara terkaya sekalipun. Walau banyak mana sekalipun bantuan dan campurtangan kerajaan dalam membantu mereka yang miskin, di hujung jalan ia berbalik pada kemahuan individu untuk memperbaiki kualiti hidup mereka.

28

Ibid

16

You might also like