You are on page 1of 24

SEJARAH, BAHASA & SASTERA Arab Era Andalus

SEJARAH, BAHASA & SASTERA Arab Era Andalus

disunting oleh

Zamri Arifin, Mohd Yusrizal Mohd Yunus & Muhammad Hosnee Zainal Abidin

JABATAN PENGAJIAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM FAKULTI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA BANGI 2012

SEJARAH, BAHASA & SASTERA ARAB ERA ANDALUS

Cetakan Pertama, 2012 Hak cipta Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, FPI, UKM 2012

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Penerbit terlebih dahulu.

Cover Illustration Moktar Hussain

Diterbitkan di Malaysia oleh JABATAN PENGAJIAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia Tel: +603 8921 5550/5291/5558 Faks: +603 8921 3185

ISBN 978-983-9368-60-4

Kandungan
Kandungan...v Pengantar...ix BAHAGIAN I: SEJARAH Hubungan Diplomatik di Andalus Semasa Pemerintahan Bani Umayyah dengan Negara Eropah TENGKU NUR FARAH NADIA TENGKU ZAKARIA, MARIAM ISMAIL & ISMAIL BAKAR...1 Andalus Sebagai Sumber Tamadun Moden dan Pengaruhnya Terhadap Tamadun Eropah FATIMA YUSOF, ZAHARAH AB.RAHMAN & ZAMRI ARIFIN15 Sejarah Mengenai Imej dan Keistimewaan Kesenian Zaman Andalus SITI AISHAH ABDUL AZIZ, NASIRAH ASHAARI & SAMSU ADABI MAMAT32 Ketokohan dan Sumbangan Ibn Bajjah dalam Perkembangan Intelektual di Andalus NADZIRAH MOHAMMAD HALID, HASNITA HASSAN @ YAHYA & IZZIAH SURYANI MAT RESAD @ ARSHAD52 Andalus di Bawah Pemerintahan al-Murabitun FADHILAH HANAFI, MOHD RASIDI YUNUS & ABDUL RAUH YACCOB67 Penglibatan Ibn Hazm dalam Bidang Politik dan Ilmu Pengetahuan di Andalus NUR FATHINI MOHD BALIA, HARISSHUN ABU HASSAN & AMAT @ ANWAR ZAINAL ABIDIN84

vi

Peranan Yusuf Ibn Tashfin dalam Perluasan Kuasa Kerajaan alMurabitun Ke Andalus NUR AMALINA BADRON, NURSHAFINI HUSSIN & IZZIAH SURYANI MAT RESAD @ ARSHAD91 Keistimewaan Revolusi Pertanian Masyarakat Islam Andalus dan Pengaruhnya Ke Atas Eropah SYANADWA ISYIRAH MOHAMMAD, KASSIM AWANG & EEMAN MUHAMMAD ABBAS103 Sejarah dan Peranan Masjid Besar Cordova di Andalus SYAHIDAH SAIFUL BAHRI, FAZURA AINI HAMZAH & IZZIAH SURYANI MAT RESAD @ ARSHAD117 Sejarah Kerajaan Bani Umayyah di Andalus RAFIDAH ABD RAHMAN, ASPARILA CHE MAT & EEMAN MUHAMMAD ABBAS132 Pengaruh Kerajaan Islam di Andalus Ke Atas Dunia Eropah AMIRAH AZIZ, NORDIN ABDUL WAHAB & EEMAN MUHAMMAD ABBAS146 Al-Hakam bin Hisyam (180/796H206/822H) Penentangan dan Pemberontakan Pada Zaman Pemerintahannya di Andalus SURIANI RAZIZI, BADARIAH HUSSIN & AMAT @ ANWAR ZAINAL ABIDIN...159 Sumbangan Masyarakat Islam dalam Bidang Pertanian di Andalus: Satu Analisis Sejarah HAPIPI BORHAN, KASSIM AWANG & EEMAN MUHAMMAD ABBAS...173 Sumbangan Orang Islam Terhadap Seni Bina di Andalus DG NUR AZEELA KIFLI, MOHD. SUKRI ABD. GHANI & MARZUKI MAHMOOD183 Perkembangan Ilmu Pengetahuan di Andalus Pada Zaman Pemerintahan Banu Umayyah NORZATUL AZIMAH MOHD NAZRI, AZAM HAMZAH & AMAT @ ANWAR ZAINAL ABIDIN197

vii

Sejarah Ketenteraan Laut Kerajaan Banu Marin di al-Maghrib dan alAndalus SUHAZLINDA GHAZALY, MOHAMAD ZULFAZDLEE ABUL HASSAN ASHARI & EZAD AZRAAI JAMSARI210 Sistem Pendidikan dan Institusi Pengajian di Andalus pada Zaman Pemerintahan Banu Umayyah MOHAMAD ASHAR KALAM, AZAM HAMZAH & AMAT @ ANWAR ZAINAL ABIDIN230 Al-Murabitun di Andalus HAZENI HARUN, MUHD ZULKIFLI ISMAIL & ZAMRI ARIFIN244 Ketenteraan Darat Kerajaan Banu Marin di al-Maghrib dan al-Andalus MUHAMMAD KHALIS ABAS, MOHD ZULFAZDLEE ABUL HASSAN ASHARI & EZAD AZRAAI JAMSARI259 BAHAGIAN II: BAHASA Kegiatan Penterjemahan di Andalus: Satu Jalan Pengaliran Tamadun Islam Ke Dunia Barat SAIDATUL ADAWIYAH DRAMAN, AHMAD HASBULLAH & MARZUKI MAHMOOD276 Pengaliran Intelektual Andalus Ke Eropah: Satu Kajian Mengenai Kegemilangan Ilmu Islam (Fokus Pada Bidang Penterjemahan) NORUL IZZATI MAMAT, SITI ASIAH MAT JUSOH & EEMAN MUHAMMAD ABBAS292 Abu Hayyan al-Andalusi dan Pandangan Beliau Dari Sudut Tatabahasa Arab dalam Tafsir al-Bahr al-Muhit NADIRAH KUSNIN, ABDUL WAHID SALLEH & HAKIM ZAINAL306 Tokoh Ahli Tatabahasa Andalus: Satu Terjemahan dan Anotasi dari

Kitab al-Madaris Nahwiyyah


NOOR SYAZWANI MD YUSOFF, MOHD MARZUKI MOHD NOH @ FAUKORI & HAKIM ZAINAL322

viii

BAHAGIAN III: SASTERA Keistimewaan Puisi di Zaman Andalus FARHANAH ABD. MANAN, MOHD FITRI MUHAMED & SALMAH AHMAD333 Kajian Estetika Puisi Jihad Ibn Khafajah Pada Zaman al-Murabitun di Andalus (479H/1086M-541H/1146M) MUHAMMAD FIRDAUS HAFIZI FAUZI, MUHD. ZULKIFLI ISMAIL & ZAMRI ARIFIN344 Tokoh Penulis Andalus: Ibn Abd Rabbih dan al-Iqd al-Farid NIK NORIMAH TUAN MAT, NURULHANIS MOHD SAIBANI & ZAMRI ARIFIN359 Tema-Tema Puisi Jihad Pada Zaman al-Murabitun di Andalus (Gambaran Jihad Dalam Puisi) SITI NUR ATIQAH ANUWAR, MOHD ZULKIFLI ISMAIL & ZAMRI ARIFIN376 Kedudukan Seni Muwashshah dalam Sastera Arab: Tumpuan terhadap Puisi di Andalus ROHANIZAN GHANI, NOOR MARZIAH MOHAMAD & OSMAN KHALID389

ix

Prakata
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T atas limpahan dan rahmah-Nya, selawat dan salam buat Nabi Muhammad S.A.W tercinta, juga kaum keluarga Baginda, para Sahabat R.A serta para Tabiin yang memperjuangkan Islam di bumi Allah S.W.T ini. Diskusi Ilmiah Sejarah, Bahasa & Sastera Arab Era Andalus ini merupakan sebahagian daripada aktiviti kursus semester II, sesi 2011/2012 di Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam (JPATI), Fakulti Pengajian Islam (FPI), Universiti Kebangsaaan Malaysia (UKM), iaitu PPPJ3513 Sastera Arab di Andalus. Diskusi ini yang juga merupakan sebahagian daripada aktiviti tahunan bagi mahasiswa JPATI. Bahkan aktiviti sebigini boleh dianggap sebagai usaha meneruskan kesinambungan kegiatan ilmiah oleh kalangan mahasiswa JPATI yang pernah menganjurkan beberapa siri seminar sebelum ini, iaitu: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 1994, Seminar Permurnian Sejarah Awal Islam. 1997, Seminar Rentetan Peneguhan Ilmu-Ilmu Islam. 2002, Seminar Islam di Tanah Melayu Abad ke-19. 2004, Simposium Sejarah Pemikiran Politik Islam I: Khilafah Islamiyyah dan Masyarakat Melayu. 2006, Simposium Tamadun Islam Abad Pertengahan (STIAP) I: Politik, Ekonomi, Sosial dan Intelektual Era Abbasi. 2007, Simposium Sejarah Pemikiran Politik Islam II: Shaykh Muhammad Abduh dan Masyarakat Melayu. 2007, Simposium Tamadun Islam Abad Pertengahan (STIAP) II: Politik, Ekonomi, Sosial dan Intelektual Era Andalusi. 2007, Seminar Antarabangsa Islam di Asia Tenggara (SAIDAT). 2008, Diskusi Ilmiah Sastera Ara Era Abbasi. 2008, Diskusi Ilmiah Gerakan Islam di Dunia Islam. 2009, Diskusi Ilmiah Sejarah dan Tamadun Islam di Afrika Utara dan Andalus.

12. 13. 14.

2009, Diskusi Ilmiah al-Nahw al-Arabi. 2009, Seminar Antarbangsa Penjanaan Ekonomi Melalui Transaksi Wang Dinar 2009. Dan sebahagian lain yang tidak dicatatkan.

Ucapan terima kasih ditujukan khusus buat para pembentang kertas kerja, semoga usaha murni dan kerja keras mereka diberkati Allah S.W.T, khasnya para mahasiswa/wi yang mendaftar kursuskursus berkaiatan. Akhirnya diharapkan agar usaha mulia sebegini dapat diteruskan dari semasa ke semasa oleh sumua warga JPATI (kakitangan akademik, kakitangan sokongan dan mahasiswa) dan dinobatkan sebagai budaya ilmu yang berkekalan dan komited. Moga segala sumbangan yang dicurahkan akan dinilai oleh Allah S.W.T sebagai amal soleh yang memperoleh ganjaran setimpal daripada daripadaNya. Amin.

Sidang Penyunting Jabatan Pengajian Arab dan Tamdun Islam Fakulti Pengajian Islam 43600 Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi Selangor Darul Ehsan. Jun 2012

132 / Sejarah, Bahasa, Sastera Arab Era Andalus

BAB 10

Sejarah Kerajaan Bani Umayyah di Andalus


RAFIDAH ABD RAHMAN, ASPARILA CHE MAT & EEMAN MUHAMMAD ABBAS
Kerajaan Bani Umayyah bermula secara rasminya dengan kenaikan Muawiyah bin Abi Sufyan sebagai khalifah. Selepas Khulafa al Rashidin, kerajaan ini meneruskan ekspedisi penaklukan dan kerajaan Bani Umayyah di Andalus adalah rentetan daripada Bani Umayyah di Damsyiq apabila kerajaan Islam di bawah Khalifah al-Walid bin Abd al-Malik, khalifah Bani Umayyah yang kelima berjaya menakluki bumi Andalus melalui gabenornya. Namun pemerintahan khalifah Islam yang tersendiri dan berpusat di Andalus hanya bermula pada tahun 138H/756M, iaitu setelah Abdul Rahman al-Dakhil memerintah Andalus.

Kemasukan Islam Ke Andalus


Kemasukan Islam ke bumi Andalus adalah kesan daripada hubungan baik antara Musa bin Nusayr dan Julian, Gabenor Ceuta di samping bantuan ketenteraan yang diberikan oleh Musa bin Nusayr kepada Julian dalam melakukan serangan terhadap Roderick, Raja Sepanyol. Serangan tersebut bertujuan menggulingkan pemerintahan Roderick di Sepanyol sekaligus membalas dendam terhadap perbuatan Roderick yang telah mencabul anak perempuan Julian, Florinda. Pada tahun 710-711 M, Musa bin Nusayr telah mendapat keizinan daripada Khalifah al-Walid untuk menghantar pasukan tentera ke Andalus dengan menaiki kapal yang disediakan oleh Julian. Kemenangan menjadi milik Islam dan Roderick telah tewas dan terbunuh. Semenjak daripada peristiwa kemenangan tersebut, Islam mula berkembang di bumi Andalus dan terbuka luas bagi tentera Islam menaklukinya. Selain itu, penaklukan ke atas Sepanyol pada 711 M adalah bertujuan untuk menyebarkan agama Islam ke seluruh Andalus. Di

Rafidah Abd Rahman, Asparila Che Mat & Eeman Muhammad Abbas / 133

samping itu juga terdapat motif sampingan iaitu dari segi ekonomi dan politik yang pada hakikatnya tidak dapat dipisahkan dari agama. Orang-orang yang terlibat dalam penaklukan Andalus ialah kaum Arab, Tariq bin Ziyad dan kaum Barbar iaitu Musa bin Nusayr. Antara sebab-sebab kejayaan penaklukan ialah kerana kebijaksanaan pemimpin Islam dan perpecahan di antara penduduk Andalus terhadap pemerintah mereka iaitu kerajaan Visigoth. Akhirnya selepas kedatangan Islam. Masyarakat tempatan termasuk Kristian dan Yahudi berpuas hati dengan sistem pemerintahan Islam di Sepanyol. Namun perpecahan yang berlaku antara suku Qais dan Kalb menyebabkan kebangkitan kerajaan Bani Umayyah untuk memerintah Andalus di bawah pemerintahan Abdul Rahman al-Dakhil.

Pemerintahan Gabenor
Kawasan yang ditakluk oleh tentera Islam pada zaman Bani Umayyah di Sepanyol dikenali sebagai Andalus (Andalusia). Ia dianggap sebagai salah sebuah wilayah pemerintahan Islam yang luas yang memanjang dari al-Andalus hingga ke Asia Tengah dan Punjab yang diperintah oleh seorang khalifah. Khalifah berkuasa melantik wakilwakilnya bagi mentadbir wilayah-wilayah tersebut. Di Andalus wakil khalifah ialah gabenor-jeneral. Beliaulah yang mentadbir Andalus. Beliau kemudiannya melantik pegawai-pegawai untuk mengendalikan urusan kewangan dan perundangan. Zaman pemerintahan gabenor ini adalah merupakan zaman permulaan wujudnya pemerintah Islam di bumi Sepanyol. Gabenor pertama yang memegang tampuk pemerintahan sebagai mewakili Khalifah Umayyah di Damsyik ialah Abdul Aziz anak kepada Musa ibn Nusair yang dilantik atas kehendak ayahnya sendiri. Namun pemerintahan Abdul Aziz hanya mengambil masa selama 2 tahun sahaja. Beliau telah dibunuh oleh tenteranya sendiri atas tuduhan berlebihan memuliakan orang Kristian. Selepas itu dilantik pula seorang yang bernama Ayub ibn Hubib. Namun pemerintahan tersebut tidak bertahan lama kerana tidak mendapat persetujuan Gabenor di Afrika Utara yang ketika itu mempunyai kuasa menentukan perlantikan gabenor-gabenor di bumi Sepanyol. Selepas itu pemerintahan Islam di Sepanyol pada peringkat ini diselubungi oleh huru-hara dan perebutan kuasa yang semakin menjadi-jadi. Akibatnya lahirlah golongan yang curiga-mencurigai

134 / Sejarah, Bahasa, Sastera Arab Era Andalus

antara satu dengan yang lain. Orang Arab semakin renggang antara mereka tidak seperti dahulu lagi. Lebih-lebih orang Arab yang berasal dari utara dan selatan semenanjung Arab telah bermusuhan secara berterangan antara mereka. Hal ini kerana gabenor-gabenor yang berpusat di Afrika itu merasai bahawa mereka sahaja yang berhak melantik gabenor di Sepanyol. Mereka beranggapan bahawa perlantikan itu tidak menjadi tanggungjawab Khalifah Umayyah di Damsyik kerana negeri itu bukan ditakluk bukan dari Damsyik tetapi dari Afrika. Walaupun Kerajaan Umayyah yang berpusat di Damsyik menyedari tentang kesulitan-kesulitan dan bahaya yang sedang mangancam di Sepanyol, tetapi untuk mengatasinya adalah perkara yang amat sulit, kerana negeri itu terpencil jauh. Tambahan pula pada waktu itu Kerajaan Umayyah telah mula goyah kerana fitnah yang semakin merebak ke setiap wilayah. Namun sebaik sahaja Andalus ditakluki, pusat pemerintahannya diubah dari Toledo (bekas pusat pemerintahan Visigoth) ke Seville. Pada tahun 717 M pusat pemerintahan berpindah ke Cordova (Qurtubah) (Dusuki Ahmad 1982: 328).

Pemerintahan Bani Umayyah di Cordova


Sebelum kerajaan Bani Umayyah meluaskan pemerintahan Islam di Andalus, sememangnya zaman kegemilangan kerajaan Bani Umayyah adalah berasas daripada pemerintahan Abdul Malik bin Marwan (685705 M) ketika beliau memerintah di kota Makkah. Beliau merupakan seorang Arab yang telah mengkhalifahkan dirinya di Makkah dan seluruh al-Hijaz. Pada masa Abdul Malik beliau telah menghapuskan musuh-musuh Umayyah yang berbahaya seperti Abdullah bin Zubair. Ketua tentera Abdul Malik untuk menghapuskan Abdullah bin Zubair ialah Hajjaj bin Yusuf al-Thaqafi. Abdul Malik juga telah mengerahkan panglimanya Abdullah bin Ziyad untuk menghapuskan puak-puak Syiah yang diketuai oleh Sulayman bin Sard al-Asyjaj di Ain al-Wardah (Dusuki Ahmad 1982: 328). Tumpasnya puak-puak pengacau yang menjadi pengkhianat kepada kerajaan Bani Umayyah menyebabkan keadaan dalam negeri sudah selamat. Abdul Malik telah berjaya mengembalikan keamanan. Ini diikuti pula dengan kegiatannya mengadakan pembangunan untuk negara yang diperintahnya seperti mengadakan rumah-rumah sakit,

Rafidah Abd Rahman, Asparila Che Mat & Eeman Muhammad Abbas / 135

bekalan air, perkhidmatan pos dan mengeluarkan matawang yang bertulis dengan lambang dalam bahasa Arab itu sendiri sebagai bahasa negara. Oleh itu, khalifah yang menjadi perintis kepada kerajaan Bani Umayyah di Andalus ialah Abdul Rahman I atau nama penuh beliau ialah Abdul Rahman bin Muawiyah bin Hashim bin Abdul Malik bin Marwan. Beliau mendapat gelaran Abdul Rahman al-Dakhil yang bermaksud Abdul Rahman pendatang iaitu bersempena dengan kemasukannya ke Sepanyol. Antara amir yang terlibat dalam penubuhan dan pengukuhan pemerintahan Bani Umayyah di Andalus adalah seramai 4 orang iaitu Abdul Rahman al-Dakhil I (138-172H/ 756-788M), Hisham I (172-180H/ 788-796M), al-Hakam I (180206H/ 796-822M), dan Abdul Rahman II (206-238H/ 822-852M). Sewaktu Andalus diperintah oleh seorang Gabenor yang bernama Yusof bin Abdul Rahman al-Fihri, berlaku banyak pergolakan dan perpecahan antara suku Arab dan bangsa Barbar. Sementara itu, Abdul Rahman telah menghantar orangnya untuk meninjau keadaan sebenar Andalus dan akhirnya beliau menyeberangi lautan bersama-sama dengan orang-orangnya menuju ke Andalus sehinggalah tercetusnya peperangan antara beliau dengan al-Fihri berdekatan kota Cordova pada tahun 758 M, dan berakhir dengan kemenangan di pihak Abdul Rahman. Setelah kejayaan Abdul Rahman dalam peperangan tersebut, beliau dapat menguasai dan menawan seluruh Andalus termasuklah Sevilla, Cordova dan Toledo. Semasa Andalus di bawah pemerintahan kerajaan Bani Umayyah yang dipimpin oleh Abdul Rahman al-Dakhil berlaku beberapa masalah dan pertelingkahan antaranya apabila Khalifah Bani Abbasiyah, khalifah Abu Jafar al-Mansur menghantar 7000 tentera untuk memerangi Abdul Rahman namun mengalami kekalahan. Selain itu kerajaan Bani Umayyah juga telah menghadapi beberapa masalah utama iaitu masalah kerajaan Abbasiyah, masalah orang Kristian dan kamu pemberontak serta masalah perpecahan masyarakat (Mahayudin Yahya 1990: 18). Bani Abbasiyah telah menghantar seramai 7000 tentera pada tahun 746M/ 146H yang diketuai oleh al-Ala bin Mughit ke Andalus bagi memerangi Abdul Rahman al-Dakhil. Satu pertempuran besar antara Abdul Rahman al-Dakhil yang mana beliau mendapat sokongan daripada suku Yaman manakala al-Ala bin Mughit mendapat sokongan daripada suku Arab Qais dan akhirnya Abdul Rahman alDakhil berjaya mempertahankan Andalus di bawah kerajaan Bani

136 / Sejarah, Bahasa, Sastera Arab Era Andalus

Umayyah. Abdul Rahman al-Dakhil dan pengikut-pengikutnya tidak melepaskan kerajaan Bani Abbasiyah begitu sahaja namun mereka tetap memusuhinya akibat daripada peristiwa pembunuhan beramairamai yang juga terdiri dari kamu keluarga mereka yang telah dilakukan kejam oleh Bani Abbasiyah. Penganut-penganut agama Kristian yang menetap di luar Andalus khususnya merasa tidak senang dengan tertubuhnya kerajaan Islam di Andalus lebih-lebih lagi dengan kenaikan Abdul Rahman alDakhil. Raja Charlemagne dari Perancis telah mengetuai rombongan bersama orang Kristian untuk meluaskan empayar mereka ke Sepanyol yang juga turut disertai oleh beberapa orang pemimpin Arab dari suku Qais iaitu Abdul Rahman bin Habib al-Fihri dan Abu Saud al-Fihri. Serangan itu melalui dua penjuru iaitu Raja Charlemagne dan tenteranya melakukan serangan dari utara manakala tentera Arab pula melakukan serangan dari selatan dan akhirnya dapat dipatahkan oleh tentera Abdul Rahman al-Dakhil dengan mudahnya. Selain itu, peperangan di Saragossa (utara Sepanyol) juga merupakan peperangan terbesar yang membawa kepada kematian salah seorang panglima Kristian menyebabkan Raja Charlemagne terus menarik diri dari bumi Sepanyol. Walaupun kemenangan menjadi milik Abdul Rahman alDakhil dan tenteranya namun penentangan puak Kristian terhadap pemerintahan Islam di Sepanyol terus berkembang dari semasa ke semasa. Perpecahan masyarakat di Sepanyol bukanlah masalah baru tetapi ia sudah bermula sejak terdirinya pemerintahan Islam pada tahun 711M lagi. Masyarakat di Andalus khususnya boleh dibahagikan kepada 2 kelompok masyarakat iaitu masyarakat Islam dan bukan Islam. Masyrakat Islam pula telah berpecah kepada 3 kumpulan iaitu kaum Arab (pendatang lama dan pendatang baru), kaum Barbar (puak Badwi dan bandar), dan penduduk tempatan (Muwalladun). Manakala masyrakat bukan Islam pula terdiri daripada orang Kristian (Mustaribun) dan Yahudi. Dalam usaha mengatasi masalah ini Abdul Rahman al-Dakhil telah merancang beberapa strategi antaranya membina satu pasukan tentera seramai 40000 orang yang terlatih dan berdisiplin dan melantik pemimpin yang berkaliber sebagai contoh melantik Hisham sebagai putera mahkota kerana kebijaksanaannya dan berpegang kuat dengan agama Islam. Semasa pemerintahannya penyebaran agama dan ilmu pengetahuan Islam tersebar dengan meluasnya. Beliau juga membenarkan agama lain

Rafidah Abd Rahman, Asparila Che Mat & Eeman Muhammad Abbas / 137

mengamalkan agama mereka dengan bebas seterusnya membawa kepada perpaduan dalam berbilang kaum.

Zaman Pergolakan
Pada tahun 852M, kesan daripada kematian Abdul Rahman II telah menimbulkan banyak krisis dalam sistem pentadbiran bani Umayyah di Andalus. Hal ini kerana semasa zaman pemerintahannya beliau adalah seorang yang lemah dan bakhil serta beliau dikatakan telah mengurangkan gaji pegawai-pegawai kerajaan dan tidak tegas terhadap pelaksanaan Islam. Selepas kematian Abdul Rahman II, beliau digantikan oleh Muhammad I sebagai amir di Andalus, namun ramai penduduk bandar menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap cara pemerintahan beliau. Pada tahun 854M, beliau telah menyerah diri kepada pemerintah Leon dengan syarat diberikan kuasa yang sama untuk mentadbir daerah Toledo. Selain itu, banyak lagi pemberontakan yang berlaku antaranya pemberontakan yang dilancarkan oleh Musa al-Qasi dan Ibn Hafsun. Musa al-Qasi merupakan Gabenor Tudela dari puak Muwalladun yang berjaya menguasai Saragossa, Huesca dan seluruh Aragon. Kekuasaan dan kekuatan yang ada pada Musa al-Qasi diakui sendiri oleh Muhammad I kerana kegagalan mereka dalam beberapa serangan yang telah mereka lakukan terhadap Musa al-Qasi. Manakala pemberontakan yang dilakukan oleh Ibn Hafsun juga tidak kurang hebatnya yang mana beliau berjuang bagi membela nasib bangsa Sepanyol yang beragama Islam. Ibn Hafsun bercita-cita untuk menjadi Raja Sepanyol tetapi mendapat tentangan daripada amir Corodova, alMudhir yang menggantikan tempat Muhammad I dan Abdullah yang menggantikan tempat al-Mudhir, namun kedua-dua tentangan ini telah menemui kegagalan. Pada tahun 912 M amir Bani Umayyah yang baru, Abdul Rahman III mula memerintah Andalus dan telah mengambil langkah yang lebih tegas bagi memastikan kestabilan pemerintahan di Sepanyol (Ismail Hamid 1985: 112).

Zaman Kegemilangan
Setelah zaman krisis berlalu selama kira-kira 72 tahun, maka muncul pula suatu zaman di mana kerajaan Bani Umayyah di Andalus telah mencapai tahap kegemilangan dalam pelbagai bidang samada aspek

138 / Sejarah, Bahasa, Sastera Arab Era Andalus

politik, ekonomi sosial, intelektual dan sebagainya. Zaman ini juga boleh dianggap sebagai zaman kebangkitan semula kerajaan Bani Umayyah di Andalus. Era ini bermula pada tahun 912-976 M iaitu kira-kira selama 64 tahun dan telah melibatkan 2 orang amir iaitu Abdul Rahman III al-Nasir (912-961 M) dan anaknya al-Hakam II alMustansir (961-976M). Abdul Rahman III dilahirkan pada bulan Ramadhan 277 H/ 891 M di Cordova. Bapanya Muhammad bin Abdullah mati dibunuh oleh bapa saudaranya Mutarrif kerana bimbang kuasa pemerintahan Abdullah terlepas kepada Abdul Rahman III ketika bapanya meniggal dunia iaitu ketika 21 hari. Ibunya bernama Marinah. Oleh kerana Abdul Rahman ketiadaan bapa, maka Abdullah telah memelihara dan mendidik Abdul Rahman seperti anaknya sendiri. Abdul Rahman hidup di istana datuknya dan dimanjakan. Malahan layanan yang diterima lebih istimewa daripada anak-anak datuknya (al-Marraqushi 1948: 162). Apabila datuknya Abdullah meninggal dunia pada bulan Rabi al-Awal 300H/912M, maka pembesar-pembesar istana telah bermesyuarat dan seterusnya bersetuju melantik Abdul Rahman III sebagai amir yang baru bagi menggantikan datuknya. Perlantikan ini dipersetujui oleh semua termasuk bapa-bapa saudaranya tanpa sebarang bantahan. Perlantikan ini telah dihebahkan ke seluruh wilayah di Andalus dan semua pemimpin wilayah membaiah Abdul Rahman III (Dozy 1972: 382) Zaman ini juga dianggap penting apabila para amir yang memerintah Andalus mula bergelar khalifah apabila Abdul Rahman III terkenal dengan kecergasan, gagah berani dan pintar mentadbir negara. Semasa beliau menaiki takhta kebanyakan wilayah tunduk di bawah kekuasaanya ketika melihat pemimpin itu dengan berani memimpin sendiri angkatan tenteranya sekaligus memberi semangat juang yang berkobar-kobar kepada tentera tersebut. Antara tugas Abdul Rahman III yang penting ialah menghadapi pemberontakan Ibn Hafsun yang gagal ditewaskan oleh datuknya Abdullah. Beliua terpaksa menghadapi masalah yang besar untuk menewaskannya kerana Ibn Hafsun mendapat sokongan kuat Muwallad dan orangorang Kristian menyebabkan ramai penyokongnya berpaling tadah dan bekerjasama dengan Abdul Rahman III untuk menentangnya (Dozy 1972: 383). Pada tahun 301H/ 913M Abdul Rahman III melantik eorang gabenor yang setia kepadanya untuk memerintah Sevilla iaitu Muhammad bin Ibrahim al-Hujjaj agar tidak ditakluki oleh ibn Hafsun

Rafidah Abd Rahman, Asparila Che Mat & Eeman Muhammad Abbas / 139

terus-menerus sehingga kematiannya pada tahun 305H/ 917M dan kubunya di Bobastro dapat ditakluki oleh kerajaan Bani Umayyah pada tahun 315H/ 928M. Abdul Rahman bin Marwan bin Yusuf bin al-Jilliqi dan keturunan Muwalladun telah memberontak pada zaman Muhammad I lagi. Selepas kematian Abdul Rahman bin al-Jilliqi di Merida pada tahun 276H/ 889M, anaknya Marwan menggantikannya seterusnya anak Marwan iaitu Abdullah dan akhir sekali anak Abdullah iaitu Abdul Rahman bin Abdullah al-Jilliqi terus menguasai Merida ketika Abdul Rahman III menyerang markas tentera al-Jilliqi di Badajoz, selatan Andalus menyebabkan al-Jilliqi tewas (Watt M.W 1963: 40). Pada tahun 341H/ 932M pula, markas tentera kaum Tujibi yang telah berkuasa selama dua tahun di Toledo beerti Abdul Rahman III dapat memiliki kembali wilayah-wilayah yang terlepas dari kekuasaan datuk moyangnya dahulu. Tidak sampai dijangka masa pemerintahannya 20 tahun seluruh Arab, Barbar, Muwalladun dan orang-orang kacukan tunduk di bawah kekuasaannya.

Zaman Kemunduran dan Kejatuhan


Setelah tamat pemerintahan al-Hakam II berikutan dengan kematiannya pada 366 H/ 976 M, khalifah-khalifah selepasnya tidak lagi berwibawa, mereka sering menghadapi masalah dalam negeri terutama dalam soal perebutan jawatan khalifah. Oleh sebab itu pentadbiran Bani Umayyah berada dalam keadaan lemah. Perkara ini membuka ruang kepada kuasa-kuasa asing untuk menakluki kota-kota tertentu di Andalus. Tahap terakhir pemerintahan Bani Umayyah di Sepanyol bermula dari tahun 976 M hingga 1031 M yang melibatkan seramai 7 orang khalifah iaitu Hisham II al-Muayyid Billah (976-1010 M), Muhammad II al-Muayyid (1009-1010 M), Sulayman alMustasin (1009-1013 M), Abdul Rahman IV al-Murtadha (1018 M), Abdul Rahman V al-Mustakfi (1024 M) dan Hisham III al-Mutamid (1027-1031 M). Pada masa pemerintahan Hisham II bermulalah pengaruh alHajib atau Perdana Menteri dalam kerajaan Islam di Andalus. Perlantikan ini berikutan dengan ketidakupayaan Hisham untuk memerintah kerana masih kanak-kanak. Pada zaman-zaman berikutnya khalifah di Andalus bersilih ganti dan bertanding sesama sendiri kerana berebut kuasa di Cordova yang diselangi juga dengan

140 / Sejarah, Bahasa, Sastera Arab Era Andalus

pengaruh-pengaruh al-Hajib yang memegang kuasa khalifah. Muhammad I al-Mahdi menghadapi tentangan daripada Sulayman alMustasin. Abdul Rahman IV al-Murtadha yang memerintah tidak sampai setahun menghadapi tentangan oleh penduduk Cordova sendiri. Abdul Rahman V al-Mustazhir pula memerintah selama 47 hari sebelum dirampas oleh Muhammad III, dua pupunya sendiri dan kemudiannya dibunuh. (Maruwiah Ahmat 2003: 63) Sejak itu bermulalah pemerintahan raja-raja puak Andalus sehingga membawa kepada kejatuhan kerajaan Bani Umayyah yang mana lahir berbagai-bagai kerajaan kecil di bawah pemerintahan sendiri bermula dari tahun 422 H/ 1031 M yang dikenali sebagai Muluk Tawaif. Penguasaan Muluk Tawaif di Andalus ini sekaligus melenyapkan dinasti Bani Umayyah di Andalus (Mahayuddin Yahya 1990: 70). Sememangnya terdapat faktor-faktor dalaman dan luaran yang menyebabkan punca kejatuhan kerajaan Bani Umayyah di Andalus yang mana telah bertapak selama 3 abad. Antara faktor-faktor dalaman adalah kuasa tampuk pemerintahan yang tidak jelas menyebabkan berlakunya pertelingkahan sesama sendiri untuk merebut jawatan amir atau khalifah. Perebutan kuasa amir atau khalifah yang jelas berlaku ketika Abdullah bin Muhammad menjadi amir lagi. Anaknya Mudhir sanggup membunuh saudaranya sendiri, Muhammad untuk jawatan amir. Selain itu, amir yang dilantik tidak mampu mentadbir negara ketika umur terlalu muda, seperti khalifah Hisham II yang hanya berumur 10 tahun ketika memerintah yang mana perkara ini memberi peluang kepada seisi istana terutama menteri dan saudara-saudaranya merancang merampas takhta. Selain itu juga penduduk Andalus yang terdiri daripada pelbagai puak dan bangsa yang mempunyai perbezaan ideologi dan agama yang menyebabkan perpecahan ini ekoran daripada sikap diskriminasi pemerintah Bani Umayyah sendiri. Tambahan pula masalah bentuk fizikal Andalus yang bergunung-ganang sedikit sebanyak menyukarkan perhubungan dan kawalan pentadbiran bagi semua wilayah oleh kerajaan pusat. Oleh itu, wujud kuasa-kuasa politik di wilayah-wilayah yang jauh dari Cordova. Kedudukan Cordova yang tidak begitu strategik menyebabkan Andalus sering menghadapi ancaman kuasa-kuasa Kristian menyebabkan bantuan yang diperolehi dari kerajaan pusat lambat tiba. Manakala faktor luaran pula ialah disebabkan Andalus adalah berjiran dengan kerajaan-kerajaan Kristian seperti Leon, Castile,

Rafidah Abd Rahman, Asparila Che Mat & Eeman Muhammad Abbas / 141

Navarre dan Perancis dan sering menerima ancaman-ancaman kerajaan tersebut yang menganggap peperangan menentang orang Islam sebagai jihad. Apabila kerajaan Kristian ini gagal menakluki Andalus pada zaman pemerintahan Bani Umayyah, mereka merancang untuk memecahbelahkan bumi Andalus dan memberikan sokongan kepada beberapa raja-raja puak yang meminta bantuan daripada mereka sehingga mewujudkan pelbagai kerajaan kecil di Andalus. Akhirnya dengan penyatuan kuasa-kuasa Kristian tersebut Andalus jatuh sepenuhnya ke tangan kerajaan Kristian.

Muluk Tawaif
Sejak dari tahun 1031 M, kerajaan Islam Sepanyol telah berpecah belah dan diperintah oleh ketua-ketua puak (Muluk Tawaif). Hal ini kerana pada masa itu tiada kerajaan pusat yang mengawal dan menyelaras pentadbiran di Sepanyol kerana masing-masing mempunyai pemimpin dan pentadbirannya sendiri kecuali Badajoz, Toledo, dan Saragossa. Di bahagian selatan dan timur Sepanyol sahaja terdapat hampir 30 unit politik atau pemerintahan diwujudkan. Kerajaan Muluk Tawaif Arab dan bukan Arab yang lain pula ialah kerajaan Jahwariah (Jahwar), kerajaan Amiriyah (Abdul Aziz alMansur), kerajaan Tujibiyah (Mudhir I al-Mansur), dan kerajaan Hudiyah (Sulayman al-Mustain). Hampir semua kerajaan Muluk Tawaif yang disebutkan tadi mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk mencapai kemenangan walaupun melalui pertolongan musuhmusuh dari agama Kristian bagi memerangi saudara yang seagama dengan mereka.

Sumbangan
Politik dan Ekonomi
Corak perlantikan menggunakan sistem monarki yang berasaskan keturunan dan mengamalkan sistem autokrasi di mana khalifah atau amir mempunyai kuasa penuh dalam pentadbiran. Setelah Abdul Rahman III berkuasa, penggunaan amir digantikan dengan gelaran khalifah. Selain tugas khalifah terdapat juga jawatan al-Hajib atau Ketua Menteri yang mana ditugaskan mengendalikan kerja-kerja

142 / Sejarah, Bahasa, Sastera Arab Era Andalus

pentadbiran yang berpusat di istana Cordova (Maruwiyah Ahmat 2003:91). Di samping itu, sistem pengadilan dan kehakiman pula terdapat jawatan qadi atau hakim yang mana mempunyai kedudukan yang istimewa di Andalus. Ketua tertinggi Majlis Kehakiman ialah khalifah manakala ketua Qadi pula dinamakan Qadi Negara yang mana setiap Qadi mestilah mempunyai ilmu yang mendalam dalam bidang fiqh dan mempunyai akhlak yang baik. Antara tugas-tugas khas yang ditetapkan untuk Qadi ialah mengawal dan mengendalikan hasil-hasil waqaf dan menyimpan daftar-daftar fatwa dalam masalahmasalah fiqh serta menyelia solat-solat Jumaat dan solat Hari Raya di Masjid Besar Cordova dan Masjid al-Zahra (Hasan Ibrahim Hasan 1964: 82).

Ekonomi
Ekonomi Andalus berkembang pesat semenjak pemerintahan Islam bertapak di sana. Tamadun Islam di Andalus berjaya mengubah iklim di Mediterranean yang kering kontang kepada menghasilkan sistem perladangan, seterusnya perladangan dan perindustrian yang maju. Kedatangan Islam ke Andalus telah berjaya membawa masuk kemajuan teknik pertanian dari timur dan antara jenis pertanian yang dibawa masuk pula termasuk limau, beras, gula, tebu dan kapas (H.A.R Gibb 1979: 334-335). Sevilla pula terkenal sebagai sebuah kawasan pertanian buah zaiton dan pengeluar utama kapas sebagai bahan eksport yang terpenting serta kawasan ini juga mengeluarkan saffron, tebu gula, pisang, buah tamar dan buah tin. Selain itu, Andalus juga masyhur dengan tanaman gandum dan jagung serta tanaman pokok buahbuahan seperti limau nipis, pear, epal, anggur dan delima. Malaga terkenal sebagai tempat menyadur perak belanga dengan emas dan menyulam pakaian sutera dengan benang emas yang juga terdapat di Valencia. Almeria pula terkenal dengan perkakas besi, tembaga dan barang-barang kaca buatan kilang yang turut terdapat di Murcia (Anwar G.Chejne 1974: 362). Selain itu juga punca pendapatan lain ialah dari harta-harta rampasan (ghanimah), hasil cukai tanaman, galian dan perindustrian serta jizyah dan kharaj. Hasil-hasil cukai dan tanaman diagihkan mengikut keutamaan kepada golongan tertentu.

Rafidah Abd Rahman, Asparila Che Mat & Eeman Muhammad Abbas / 143

Intelektual dan Pendidikan


Perkembangan ilmu berlaku dengan pesat di Andalus pada zaman Umayyah adalah sebahagian daripada kegiatan intelektual di Andalus secara amnya. Hal ini kerana selepas didapati selepas pemeritahan dan kejatuhan Bani Umayyah, kegiatan intelektual terus berkembang dengan lebih pesat dalam bidang-bidang seperti falsafah, kejuruteraan, kaligrafi, fizik dan lain-lain. Antara bidang-bidang ilmu yang berkembang pada zaman Umayyah ialah bidang kesusasteraan, pertanian, perubatan, matematik, astronomi dan sejarah. Di samping itu, sistem pendidikan yang diberikan juga cukup meluas sama ada di peringkat rendah, menengah dan universiti. Kegiatan intelektual yang meluas melahirkan ramai cendekiawan ilmu dalam bidang-bidang tertentu seperti al-Ghafi dari Cordova dan Ibn al-Awwam dari Sevilla yang melakukan kajian saintifik dalam bidang botani atau pertanian. Abu Marwan pula merupakan seorang tokoh perubatan yang juga menulis buku al-Teisir yang membincangkan sejarah penyakit. Selain itu, al-Bitruji dan alMajriti merupakan tokoh dalam bidang astronomi, Abu Habibah bin Ubaydah adalah tokoh dalam bidang matematik serta Abdul Malik bin Habib tokoh sejarawan yang menulis lebih seribu buah kitab.

Kesenian
Pada zaman bani Umayyah di Andalus dianggap sebagai zaman permulaan perkembangan kesenian Islam di Eropah. Pelbagai institusi diwujudkan seperti masjid, istana dan rumah dibina berlandaskan seni bina Islam. Pada tahun 169 H/ 786 M iaitu setelah Abdul Rahman I memegang tampuk pemerintahan, pembinaan sebuah masjid yang dikenali sebagai Masjid Cordova (Qurtubah) dimulakan. Masjid itu diperindahkan lagi dengan menambah menara dan air pancut, serta dihiasi dengan seribu lampu dan 19 pintu yang ditempa daripada emas. Selain itu, antara kegiatan kesenian lain yang berkembang di Andalus di zaman Bani Umayyah ialah seni muzik. Seni muzik ini telah diperkenalkan oleh Ziryab yang juga merupakan tokoh muzik di istana khalifah Abdul Rahmna II. Bidang muzik biasanya seiring dengan bidang syair dan puisi kerana muzik akan dialunkan ketika syair dideklamasikan.

144 / Sejarah, Bahasa, Sastera Arab Era Andalus

Kesimpulan
Secara kesimpulannya, sebelum kedatangan Islam ke Andalus, pemerintahan yang dilaksanakan sering mendapat tentangan daripada masyarakat tempatan kerana wujudnya berlainan mazhab dan kelas masyarakat yang menjadikan jurang perbezaan antara pemerintah dan masyarakat sangat jauh. Kejayaan Tariq bin Ziyad menawan Andalus telah memberi perangsang kepada Musa bin Nusayr untuk membuka Andalus. Bermula dari saat inilah kerajaan-kerajaan Islam yang silih berganti termasuk Bani Umayyah di Andalus mengamalkan sistem perlantikan secara warisan. Namun pemerintahan kekhalifahan Islam yang tersendiri dan berpusat di Andalus hanya bermula pada 138 H/ 756 M iaitu setelah Abdul Rahman al-Dakhil memerintah Andalus. Kesan kedatangan Islam ini menunjukkan bahawa masyarakat tempatan iaitu termasuk Kristian dan Yahudi berpuas hati dengan sistem pemerintahan Islam di Sepanyol, khususnya di Andalus. Islam di Andalus telah berjaya membina sebuah negara maju dan bertamadun dalam pelbagai aspek kehidupan samada kerohanian mahupun material. Hal ini kerana pelbagai usaha telah dilakukan oleh pemerintah Islam di Andalus bermula pada zaman gabenor sehingga zaman khalifah seperti bidang pendidikan, ekonomi, politik, intelektual dan lain-lain lagi sehingga menjadikan Andalus amat terkenal dengan kemajuan dan peradabannya. Kerajaan Islam di bawah pemerintahan kerajaan Bani Umayyah yang telah dibina selama lebih 300 tahun dan kemudiannya disambung oleh kerajaankerajaan kecil (Muluk Tawaif) akhirnya runtuh dan terus lenyap akibat daripada kelemahan yang juga membawa kepada perpecahan masyarakat. Namun sumbangan mereka terhadap tamadun Islam kepada dunia amnya dan kepada Eropah sendiri khususnya tidak akan dilupakan dan masih dapat dibanggakan sehingga hari ini.

Bibliografi
Aparila Che Mat, 2008, Sejarah Kerajaan Bani Umayyah di Andalus, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Dozy R., 1972, Spanish Islam, A History of Moslems in Spain, London: Frank Cass. Dusuki Ahmad, 1982, Ikhtisar Perkembangan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rafidah Abd Rahman, Asparila Che Mat & Eeman Muhammad Abbas / 145

H.A.R Gibb, 1979, Encyclopedia of Islam, Vol. 5, Leiden: E.J Brill. Hasan Ibrahim Hasan, 1988, Tarikh Islam, Terengganu: Yayasan Islam Terengganu Darul Iman. Ismail Hamid, 1985, Pengantar sejarah Umat Islam, Kuala Lumpur: Heineman Malaysia Sdn. Bhd. Mahayudin Yahya, 1990, Islam di Sepanyol dan Sicily, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. al-Marraqushi, Ibn Idhari, t.th., Kitab al-Bayan al-Maghrib fi Akhbar al-Andalus wa al-Maghrib, Juzuk 2, Bayrut: Dar al-Thaqafah. Maruwiah Ahmat. 2003, Sejarah Bani Umayyah di Andalus, Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd. Watt M.W., 1963, History of Islamic Spain, Edinburgh: University Press.

You might also like