You are on page 1of 13

KUMPULAN 3

AHLI KUMPULAN
TUAN ABDULLAH BIN TUAN MUHAMAD ADNAN TUAN RIDUAN BIN YUAN YACOOB MOHAMAD HAKIMMI BIN MOHAMAD NOOR MOHAMAD FITRI HAKIM BIN MOHD NAZRI

TAJUK :
PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAA (JAWATANKUASA) DAN KESELAMATAN 1996

KEANGGOTAAN JAWATANKUASA
Jawatankuasa Keselamatan Dan kesihatan

I. II. III. IV.

Seorang pengerusi. Seorang setiausaha Wakil-wakil majikan Wakil-wakil pekerja

PELANTIKAN PENGERUSI DAN SETIAUSAHA JAWATANKUASA


a. Seorang majikan atau pengurusnya yang diberi kuasa hendaklah menjadi pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan. b. Setiausaha jawatankuasa hendaklah orang yang diambil kerja sebagai Pegawai Keselamatan Dan Kesihatan di tempat kerja. c. Jika tiada orang yang diambil kerja sebagai Pegawai Keselamatan Dan Kesihatan di tempat kerja, pengerusi boleh melantik orang lain untuk bertindak sebagai Setiausaha Jawatankuasa atau anggota-anggota. d. Dengan undi sulit melantik Setiausaha jawatankuasa daripada kalangan mereka sendiri.

PELANTIKAN ANGGOTA LAIN JAWATANKUASA


Seorang majikan perlu ada calon untuk memenuhi kekosongan Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan. Jika tiada wakil pekerja atau calon yang tidak mencukupi, majikan hendaklah melantik pekerja yang mempunyai kebolehan memenuhi peraturan 5. Seorang majikan tidak boleh mendenda seseorang anggota jawatankuasa dengan apa-apa cara kerana tidak hadir untuk menjalankan kewajipan kerja.

PEWAKILAN PEKERJA MENCUKUPI


Wakil-wakil pekerja dalam suatu jawatankuasa keselamatan dan Kesihatan hendaklah dapat mewakili pelbagai bahagian tempat kerja supaya dapat mengekalkan dan mengembangkan minat pekerja untuk membentuk sesuatu keadaan bekerja yang selamat dan sihat di tempat kerja.

KEKOSONGAN
Sekiranya berlaku kekosongan di kalangan anggota suatu Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan, kekosongan itu hendaklah di isi oleh seseorang yang dilantik dengan cara yang sama sebagaimana anggota Jawatankuasa terdahulu yang perletakan Jawatannya atau selainnya telah mewujudkan kekosongan itu.

PENYINGKIRAN ANGGOTA JAWATANKUASA


Sesuatu Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan boleh menyingkirkan seseorang anggota dari Jawatankuasa jika :a) Dia gagal menghadiri mesyuarat Jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran pengerusi. b) Dia didapati atau diisytiharkan sebagai tak sempurna akal. c) Dia menjadi bankrap. d) Sebagai seorang wakil pekerja, dia tidak lagi bekerja di tempat kerja. e) Telah diberikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, sesuatu pertuduhan berkenaan dengan:-

I.

Kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak. II. Kesalahan dibawah undang-undang yang behubung dengan keselamatan dan kesihatan pekerja. III. Apa-apa kesalahan yang lain.

f) Dia selainnya tidak dapat atau tidak berupaya untuk menunaikan kewajipannya sebagai anggota Jawatankuasa.

FUNGSI JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN


a. Membantu dalam pembuatan kaedahkaedah keselamatan dan kesihatan dan sistem kerja yang selamat. b. Mengkaji semula keberkesanan program keselamatan dan kesihatan. c. Menjalankan kajian tentang trend kemalangan, kemalangan nyaris, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan hendaklah melaporkan kepada majikan apa-apa keadaan atau amalan yang tidak selamat atau tidak sihat di tempat kerja.

PEMERIKSAAN TEMPAT KERJA


a. Memeriksa tempat kerja sekurang-kurangnya tiga bulan sekali untuk menentukan jika terdapan apa-apa yang memudaratkan keselamatan dan kesihatan. Pada bila-bila masa membuat pemeruksaan lanjut ke atas apa-apa loji di dalamnya atau mana-mana bahagian tempat kerja bagi memastikan keselamatan dan kesihatan orang di tempat kerja. b. Pemerhatian onggota jawatankuasa yang dibuat semasa pemeriksaan tempat kerja. Merekodkan butir-butir tentang hal keadaan tersebut dalam suatu laporan yang disimpan. c. Membuat cadangan kepada majikan mengenai langkahlangkah pemulihan yang perlu diambil.

KEWAJIPAN AM MAJIKAN DAN ORANG YANG BEKERJA SENDIRI


a. Pengadaan dan penyelenggaraan loji dan sistem kerja yang selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan. b. Pembuatan perkiraan bagi menjamin keselamatan dan ketiadaan risiko kepada kesihatan berkaitan dengan pengunaan atau pengendalian,penyimpanan dan pengangkutan loji dan bahan. c. Pengadaan maklumat, arahan latihan dan menyeliakan sebagaimana yang perlu untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerjanya yang sedang bekerja. d. Berkenaan dengan mana-mana tempat kerja di bawah kawalan majikan atau orang yang bekerja sendiri, penyenggaraannya dalam keadaan yang selamat.

TERIMA KASIH

You might also like