You are on page 1of 6

PENILAIAN AKTIVITI BAHASA SYARAHAN

Syarahan
Aktiviti jenis ini mempunyai bentuk format yang khusus. Setiap syarahan mestilah mempunyai : - Kata alu-aluan atau pendahuluan - Kata-kata penghadapan - Isi atau perkara yang diketengahkan - Penutup

Penerangan dan penjelasan tentang tajuk syarahan perlu disampaikan secara teratur, mantap, dan berkesan. Isi-isi syarahan perlu berdasarkan fakta-fakta yang tepat berserta contoh-contoh yang relevan. Isi-isi utama perlulah disokong oleh isi-isi sampingan. Sebagai langkah awal syarahan, penyediaan suatu rangka penulisan untuk dijadikan panduan semasa aktiviti syarahan.

Peringkat atau Langkah Kemahiran : Persediaan - Memahami tajuk dan kehendak soalan. - Mengumpulkan idea dan isi-isi penting tentang tajuk syarahan yang dterima. Menyusun ideaidea dan isi-isi dan membuat rangka syarahan Penulisan - Menulis perenggan pendahuluan - Mengembangkan isi-isi secara tersusun - Menyatakan kesimpulan/penegasan dalam perenggan penutup

Penyemakan - Menyemak ejaan dan tanda baca - Menyemak tatabahasa - Menyemak jumlah perkataan

CERAMAH
ceramah merupakan pengucapan tentang bidang tertentu yang disampaikan oleh orang yang pakar. Penerangan dan penjelasan tentang perkara yang menjadi perbincangan umum, topik disampaikan penceramah kepada penonton. Ceramah biasanya diadakan di majlis atau di perhimpunan.Antara jenis-jenis ceramah ialah :-1. 2. 3. 4. Ceramah agama Ceramah pendidikan Ceramah kesihatan Ceramah kesedaran dan sebagainya

You might also like