You are on page 1of 4

Mata Pelajaran : Matematik Bidang: Sukatan dan Geometri Tajuk: Jisim Standard Kandungan: Murid dibimbing untuk: 11.

2 Menimbang dalam unit gram dan kilogram. Standard Pembelajaran: Murid berupaya untuk: (i). Menimbang dan merekodkan objek yang jisimnya dalam: (a) gram (b) kilogram. Objektif Pembelajaran : Murid berupaya untuk: (i). Menimbang dan merekodkan objek yang jisimnya dalam: (a) gram (b) kilogram.

Masa: 60 minit Fasa 1. Persediaan Pemerhatian dan Analisis (5 minit) Aktiviti a. Murid memerhati pada dua gambar yang disediakan. Catatan i. Berdasarkan pemerhatian,apa yang dapat kamu lihat? ii. Bincangkan soalan: Mana lebih berat? kenapa?

b. Murid membuat anggaran.

c. Jawapan beberapa orang murid yang dipilih secara rawak di dalam kelas tentang bahan mana yang lebih berat di catatkan di papan tulis. d. Guru memperkenalkan alat penimbang kepada murid-murid. 2. Imaginasi Penjanaan Idea dan Sintesis Idea (20 minit) a. Tunjukan tiga gambar ukuran objek, membimbing murid-murid menjawab soalan.

b. Sediakan objek yang terdapat di dalam kehidupan seharian untuk diukur. . c. Guru mengajar murid cara membaca skala dengan betul. d. Guru bertanya kepada murid apa objek yang ingin ditimbang. e. Murid memberikan objek untuk ditimbang. f. Murid menimbang dan merekodkan jisim objek. 3. Perkembangan Penambahbaikan Menilai (20 minit) a. Membentuk 3 stesyen, setiap stesyen terdapat alat penimbang dan bahanbahan berbeza. b. Murid membentuk kumpulan. Seorang ketua dilantik. c. Setiap ahli kumpulan dibekalkan jadual untuk merekod jisim objek atau i) Setiap kumpulan bergerak mengikut stesyen-stesyen. ( kump 1: stesyen 1, kumpulan 2 : stesyen 2 dan

bahan. g. Kumpulan bergerak dalam stesyen kestesyen. h. Bahan dengan berat dalam gram dan kilogram telah ditetapkan dan diletakkan pada setiap stesyen. Contoh : stesyen 1 :- gula-gula, epal, roti stesyen 2 :- limau, beras, kacang hijau stesyen 3 :- biskut, Mee Segera, ubi keledek a. Setiap ahli kumpulan diminta bekerjasama merekodkan bacaan dalam unit kilogram dan gram bagi setiap timbangan yang dibuat. b. Melengkapkan lembaran aktiviti.Wakil setiap kumpulan akan membentangkan hasil yang direkodkan. 4. Tindakan Pelaksanaan Amalan Berterusan (15 minit) c. Bincangkan hasil kerja murid. Pentaksiran Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan di Lembaran Kerja, murid dapat memahami berat sesuatu objek dalam unit garam dan kilogram. Semaikan sikap bekerjasama dan bertolak ansur semasa menjalankan aktiviti berkumpulan. a. Guru membimbing murid untuk merumuskan isi pelajaran. b. Edarkan Lembaran Kerja kepada setiap murid.

seterusnya ) ii ) Tukar stesyen apabila guru menepuk tangan dua kali. iii) merekodkan bacaan jisim bahan pada setiap stesyen. iv) ulangi proses sehingga stesyen yang terakhir. v) Menyiapkan ruang dalam lembaran aktiviti.

i. Selesaikan tugasan yang diberi.

Nilai dan Sikap

Elemen Merentas Kurikulum (EMK): Keusahawanan

Bahan Bantu Mengajar: Gambar-gambar. Alat penimbang Bahan untuk menimbang Lembaran kerja kumpulan (Lampiran 1) Lembaran kerja (Lampiran 2)

Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran: Penilaian melalui pemerhatian dan lembaran kerja.

Refleksi: ___20___ daripada __20___ orang murid yang mencapai objektif pembelajaran. Murid yang belum menguasai kemahiran ini diberi pengukuhan selepas waktu persekolahan.

You might also like