You are on page 1of 10

PENGENALAN

Pendidikan merupakan satu proses terancang untuk mewujudkan suasana proses pengajaran dan pembelajaran antara guru dan murid supaya proses tersebut menjadi lancar dan dapat mengembangkan potensi diri masing-masing. Usaha melahirkan generasi yang mapan dengan ilmu di dada bukan sahaja mencakupi aspek akademik seseorang pelajar malah melibat beberapa aspek lain seperti jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Pendidikan sangat penting, memandangkan dalam era globalisasi kini, setiap perkara memerlukan ilmu dan kemahiran untuk membolehkan seseorang itu maju ke hadapan. Terdapat banyak kepentingan pendidikan seperti salah satu cara untuk mengembangkan potensi individu, menyalurkan cara penyampaian dan penerimaan ilmu dengan betul, mempunyai peluang masa depan yang cerah, persiapan mengalami perubahan seiring dengan gelombang perkembangan arus dunia dan banyak lagi. Disebabkan oleh kepentingan-kepentingan demikian, kerajaan Malaysia bersetuju

menyelaraskan pendidikan di seluruh Negara dengan mewujudkan Falsafah Pendidikan Negara berdasarkan Akta Pendidikan dan Laporan Pendidikan. Falsafah ini bertujuan mewujudkan insan yang seimbang harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri (self wellbeing) serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Pendidikan awal yang diwajibkan bagi setiap kanak-kanak bermula dari sekolah rendah seawal tujuh tahun. Di samping menjadi wadah penyampaian ilmu, sekolah merupakan tempat pembentukan peribadi seseorang pelajar untuk mengamalkan nilai-nilai murni. Walaupun tertakluk kepada Falsafah Pendidikan Negara, Pendidikan di Malaysia sering berunbah mengikut keperluan semasa dan sejajar dengan perubahan aspek ekonomi, sosial dan politik. Pendidikan Moral merupakan salah satu misi utama dalam proses pendidikan sejak zaman berzaman lagi dalam memastikan perkembangan para pelajar yang sejajar dengan impian kerajaan yang tertera dalam Falsafah Pendidikan Negara. Justeru dalam melihat peranan dan sumbangan pendidikan moral dalam era sebegini, kita perlu jelas dan faham tentang kepentingan dan keperluan pendidikan moral dalam sistem pendidikan di Malaysia yang boleh

dianggap sesuai dan berkesan untuk diterapkan dalam diri setiap individu dalam konteks masyarakat kita yang mempunyai kepelbagaian dalam sistem kepercayaan, adat resam, norma dan juga sistem nilai.

MATLAMAT PENDIDIKAN MORAL

Pendidikan Moral ialah satu program yang mendidik murid supaya menjadi insan yang bermoral atau berakhlak mulia dengan menekankan aspek perkembangan pemikiran moral, perasaan moral dan tingkah laku moral dan boleh menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan negara serta masyarakat global berdasarkan prinsip-prinsip yang telah termaktub di dalam Falsafah Pendidikan Negara. Prinsip-prinsip melahirkan insan JERI adalah: Bertanggungjawab pada diri, keluarga dan orang lain; Berpegang teguh pada ajaran agama; Prihatin kepada alam sekitar; Mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup; Bersemangat patriotik; Menghormati hak asasi manusia; dan Mengamalkan prinsip demokrasi dalam kehidupan.

KEPENTINGAN PENDIDIKAN MORAL

Kurikulum

persekolahan

kebangsaan

mendukung

hasrat

mulia

negara

bagi

menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan datang. Penyemakan kurikulum bertujuan memantapkan Akta Pendidikan, memenuhi semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi cabaran pendidikan pada abad 21. Kurikulum yang disemak semula memberi penekanan kepada nilai murni dan 2

semangat patriotik bagi menyedarkan murid akan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara maju dan masyarakat berilmu. Murid dididik untuk berfikir, berilmu pengetahuan luas, bertataetika tinggi, bijaksana, serta dapat menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi secara berkesan. Diharapkan kurikulum ini dapat melahirkan murid yang berkeyakinan dan tabah mengatasi segala rintangan dan cabaran dalam kehidupan. Pendidikan Moral ialah mata pelajaran teras untuk murid bukan beragama Islam di peringkat sekolah rendah dan Menengah. Mata pelajaran ini yang memberi tumpuan pada pemupukan, penghayatan dan amalan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia bertujuan melahirkan murid yang berilmu pengetahuan, berperibadi mulia, serta rela dan sanggup berbakti kepada masyarakat dan negara.

PERANAN PIHAK SEKOLAH DALAM MENERAPKAN NILAI-NILAI MORAL

Walaupun semua pihak perlu memainkan peranan secara menyeluruh untuk menangani masalah disiplin dan moral pelajar-pelajar tetapi peranan pihak sekolah dan guru lebih berkesan kerana pelajar-pelajar menerima pendidikan secara formal dan sistematik lni turut disokong kenyataan bahawa salah satu punca penyelewengan moral ini ialah faktor keibubapaan yang lemah, dan tradisi keluarga sebagai 'guru' moral yang pertama bagi kanak-kanak semakin hilang. Kanak-kanak tidak dapat lagi mempelajari nilai mumi di rumah. Persekitaran di luar rumah juga adalah tidak mesra terhadap perkembangan nilai murid sekolah. Oleh itu, pendidikan nilai di sekolah sebagai penggerak utama dalam pembinaan watak bertambah penting.

PERANAN GURU BESAR


-Sebagai pentadbir sekolah, guru besar SK Pekan Ranau telah memainkan peranan dengan menggunakan pengaruh dan kuasa beliau dalam menerapkan nilai-nilai moral kepada murid-murid sekolah berkenaan melalui penerapan nilai bermula daripada guru-guru sekolah tersebut. Seperti contoh, hormat-menghormati antara satu sama lain dalam kalangan guru guru di sekolah tersebut amatlah dititikberatkan oleh guru besar sekolah tersebut untuk mewujudkan suasana yang harmoni dan selesa dalam menjalankan tugas. Guru besar sekolah tersebut, Encik Mostajah @ Zunaidi bin Dullah percaya bahawa suasana dan pemikiran yang lapang dan 3

selasa dalam suasana bekerja di bilik guru akan memberikan impak yang positif kepada para pelajar. Melaluinya, pelajar akan terbias dan dididik supaya berakhlak, berrnoral dan mengamalkan budaya hidup yang mumi. Guru besar juga mengatakan bahawa beliau sendiri perlu memainkan peranan yang berkesan bagi menyemai dan menanamkan nilai-nilai mumi sebagai langkah membentuk dan melahirkan masyarakat yang mempunyai kualiti moral, sosial dan kerohanian dengan memberi contoh yang diimpikan dalam diri setiap pelajar dan para guru dengan mempotratkan ciri-ciri tersebut di dalam diri beliau. Tambah beliau lagi, tanggungjawab bagi mendidik dan memupuk nilai-nilai mumi tidak boleh diambil ringan. Nilai-nilai mumi perlu menjadi agenda utama dalam pembangunan negara, pembangunan pendidikan, penggubalan dan pelaksanaan kurikulum, polisi dan dasar. Pengurusan pembangunan sekolah dan mencorakkan peranan dan tanggungjawab guru juga merupakan salah satu daripada cara beliau menerapkan nilai-nilai moral diperingkat guru guru dan secara tidak langsung menerapkannya ke dalam diri setiap para pelajar.

PERANAN GURU GURU SEKOLAH


Guru-guru memainkan peranan yang penting dalam menonjolkan nilai nilai murni dengan mewujudkan suasana yang memberangsang dan budaya sekolah yang positif kerana merakalah penggerak kepada pendidikan dan perkembangan para pelajar. Dalam menjayakan aspek penerapan nilai mumi dan penghayatan nilai mumi, Puan Azilah, Penolong Kanan SK Pekan Ranau dan juga salah seorang tenaga pengajar subjek pendidikan moral mengatakan bahawa guru merupakan orang yang penting dalam melaksanakan strategi penerapan nilai-nilai moral dalam diri setiap pelajar sekolah tersebut. Sekolah tersebut mengamalkan prinsip yang mana guru hendaklah terlebih dahulu mengamal dan menghayati nilai mumi hendak diajar. Ustaz Azron, Ketua Panitia Pendidikan Islam di sekolah tersebut menjelaskan tentang tanggungjawab guru sebagai model penerapan nilai mumi, iaitu guru perlu menjadi penjaga, model dan mentor; mencipta komuniti moral; mengamal disiplin moral; membina kelas yang bercirikan demokrasi; mengajar nilai merentas kurikulum; memupuk keprihatinan melangkaui batas kelas; membina budaya moral yang positif di sekolah; dan jadikan ibu bapa sebagai rakan kongsi. Melalui peranan dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh pihak sekolah tersebut membolehkan para guru mendidik dan memupuk ciri-ciri guru yang diidamkan oleh pihak sekolah yang mana akan menjadi role model kepada para pelajar untuk memupuk nilai-nilai moral dalam kehidupan mereka.

PEMERHATIAN DI DALAM KELAS

Untuk menyempurnakan tugasan SBE yang diberikan, saya telah berjaya mendapatkan persetujuan daripada 2 orang guru Pendidikan Moral untuk memerhati sesi pengajaran dan pembelajaran meraka di dalam kelas. Mereka telah memberikan peluang keemasan kepada saya untuk mengalami sendiri cara-cara pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral di dalam kelas sekaligus dapat menyempurnakan tugasan SBE yang diberikan. Pelbagai jenis pendekatan telah digunakan oleh guru-guru tersebut dalam menyampaikan ilmu sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.

PENDEKATAN PENJELASAN NILAI


Puan Noraini telah menggunakan pendekatan penjelasan nilai dalam menyampaikan nilai berterima kasih kepada para pelajar Tahun 4. Pendekatan penjelasan nilai membimbing pelajar menyedari dan kenal pasti tentang perasaan dan nilai peribadi dan orang lain sertai berkomunikasi secara terbuka nilainya kepada orang lain. Pendekatan ini melibatkan penggunaan pemikiran rasional dan kesedaran emosi diri dan orang lain dalam pembentukan sesuatu set nilai peribadinya. Puan Noraini telah memberikan satu situasi kepada para pelajar untuk memikirkan kepentingan berterima kasih dalam kehidupan sebagai manusia yang hidup dalam komuniti. Cara ini membuatkan para pelajar berfikir dan menyuarakan buah fikiran mereka mengenai situasi yang diberikan oleh Puan Noraini. Mengikut cara melaksanakan pendekatan penjelasan nilai Puan Noraini telah Berjaya merangkumi tiga proses menjelaskan nilai kendiri seseorang individu seperti yang berikut: I Proses memilih: (i) memilih secara bebas (ii) dari pelbagai pilihan yang sedia ada (iii) menimbangkan kesan-kesan ke atas setiap pilihan II Proses menghargai (iv) menghargai setiap keputusan yang telah diambil 5

(v) menyatakan secara terbuka III Proses bertindak (vi) bertindak ke atas keputusan yang telah diambil (vii) sentiasa mengamalkan nilai yang dipilih secara berterusan dalam kehidupannya. Dalam mengendalikan pendekatan penjelasan nilai, Puan Noraini berperanan sebagai seorang fasilitator atau pembimbing. Beliau menerima segala keputusan yang telah diambil oleh pelajar tanpa memihak kepada mana-mana pelajar . Masalah akan timbul sekiranya keputusan pelajar bertentangan dengan nilai murni masyarakat Malaysia. Untuk mengatasi masalah ini, Puan Noraini telah menggunakan pendekatan yang lain untuk memupuk nilai tersebut dalam diri para pelajar. Pendekatan yang digunakan adalah pendekatan bertimbang rasa.

PENDEKATAN BERTIMBANG RASA


Dalam nilai berterima kasih yang menjadi tajuk utama pengajaran sewaktu pemerhatian dilakukan Puan Noraini turut menggunakan pendekatan bertimbang rasa untuk agar para pelajar dapat memahami dan sekali gus tahu cara mengaplikasikan nilai berterima kasih tersebut dalam komuniti yang berbilang kaum di negara ini. Pendekatan bertimbang rasa adalah bertujuan untuk mempengaruhi atau menanamkan ke dalam diri pelajar beberapa nilai tertentu yang dikendaki, yang mana nilai-nilai itu pula dipandang sebagai standard atau peraturan-peraturan tingkahlaku yang berpunca daripada budaya atau masyarakat. Pendekatan ini digunakan bagi mengajar pola perlakuan positif bagi amalan seseorang.Kebaikan pelaksanaan pendekatan ini di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran moral adalah ia dapat memupuk pelajar untuk bersikap perihatin terhadap orang lain dan belajar membuat keputusan dengan mengambil kira perasaan orang lain. Murid juga belajar untuk mengambil tindakan yang sesuai dan betul dan sesuatu situasi. Pendekatan ini juga dapat menyemai nilai bertimbang rasa terhadap keperluan, perasaan serta kepentingan diri sendiri dan juga orang lain. Dalam erti kata lain murid tidak bersikap pentingkan diri sendiri dalam membuat sesuatu keputusan. Dalam menyelesaikan masalah atau sesuatu situasi murid didedahkan dengan proses membuat pilihan dengan mengenalpasti pilihan, menimbangkan kesan pilihan tersebut serta membuat keputusan yang terbaik untuk semua pihak. Pelaksanaan pendekatan ini juga merangkumi pelbagai teknik dapat memudahkan guru untuk merancang pembelajaran yang sesuai mengikut pemikiran moral, perasaan moral dan amalan moral murid. 6

Keburukan pendekatan ini pula, murid cenderung untuk memikirkan kepentingan orang lain terlebih dahulu sebelum diri mereka. Dikhuatiri murid akan meminggirkan kepentingan diri sendiri demi menjaga kepentingan orang lain. Selain dari itu jika guru memilih untuk melaksanakan pendekatan ini, guru haruslah menggabungkannya dengan pendekatan yang lain agar sesi pengajaran dan pembelajaran lebih seimbang. Ini kerana pendekatan ini tidak menggunakan penggabungjalinan pendekatan kognitif, fizikal dan sosial.

PENDEKATAN TINDAKAN SOSIAL


Encik Afif, seorang tenaga pengajar untuk mata pelajaran Pendidikan Moral telah menggunakan pendekatan tindakan sosial dalam menyampaikan kepentingan kebersihan dan keindahan alam sekitar bertujuan untuk memberikan peluang kepada pelajar supaya dapat bertindak ke atas nilai-nilai kendiri sebagai agen moral dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau konflik moral. Melalui pendekatan ini murid diberi peluang untuk bertindak dalam menyelesaikan konflik atau sesuatu masalah. Murid-murid telah diberikan permasalahan dan isu-isu yang seringkali berlaku di persekitaran kita. Encik Afif juga turut menggunakan kaedah role play untuk membolehkan para pelajar menyampaikan langkah-langkah menangani masalah yang telah diberikan kepada mereka. Pendekatan ini amat menarik keranai ia tidak hanya tertumpu dengan pembelajaran di dalam bilik darjah sahaja. Murid berpeluang untuk berlajar dengan aktif melalui aktiviti seperti projek atau kumpulan tindakan sosial. Disamping itu, melalui pendekatan ini juga murid dapat diterapkan dengan nilai yang lebih meluas. Konsep penggabungjalinan dan penerapan nilai dapat digunakan dalam pelaksanaan pendekatan ini. Walaupun pendekatan ini mampu menarik minat murid semasa sesi pembelajaran ia juga terdapat kelemahannya. Dalam pelaksanaan pendekatan ini sokongan dari orang lain diperlukan bagi melicinkan projek yang hendak dijalankan. Sebagai contoh, satu projek membersihkan kawasan tepi sungai berhampiran sekolah dirancang untuk sesi pengajaran dan pembelajaran bagi tajuk Cintai Alam Sekitar. Bagi melaksanakan projek ini bantuan dan kerjasama dari pihak keselamatan, perbadanan atau perbandaran juga diperlukan bagi memastikan keselamatan murid terjamin. Selain dari itu pelaksanaan pendekatan ini juga melibatkan sumber yang besar bagi sesetengah projek yang dilaksanakan.

REFLEKSI

Semasa melaksanakan tugasan SBE Semester 4 ini, saya telah menerima banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri saya sebagai bakal guru. Setelah membuat banyak rujukan dan perbincangan bersama rakan-rakan, guru-guru dan pentadbir sekolah, saya mula lebih mengenali serta memahami tentang kepentingan dan pengaplikasian elemen Pendidikan Moral dalam kehidupan para pelajar dan secara tidak langsung juga turut dieksploitasikan dalam kehidupan harian kita sebagai seorang manusia. Saya juga mula merasai kepentingan subjek Pendidikan Moral ini terhadap diri saya kerana sebagai seorang bakal guru, satu hari nanti semua semua elemen pengajaran dan pengajaran untuk subjek ini pasti saya perlukan untuk melaksanakan tugas harian sebagai seorang guru Pendidikan Moral yang mana subjek ini dipandang enteng oleh pelajar. Melalui peluang yang diberikan semasa menjalankan SBE di SK Pekan Ranau, sedikit sebanyak telah membantu saya dalam membuat persediaan dalam menghadapi dunia perguruan ini terutamanya dalam memastikan elemen moral yang dititikberatkan dalam Pendidikan Moral ini berjaya diterapkan dalam kehidupan para pelajar. Dengan kerjasama yang diberikan oleh para guru, pelajar dan pihak pentadbir, saya telah berjaya mendapatkan satu perspektif yang membina dalam pengajaran dan penerapan elemen moral dalam diri setiap individu dari segala golongan. Saya juga mula sedar kepentingan subjek Pendidikan Moral ini dimana dengan hanya betul-betul memahaminya barulah saya dapat melaksanakan tugas saya sebagai guru nanti dengan sebaik mungkin bagi melahirkan modal insan yang sempurna. Selain itu, SBE yang dijalankan selama seminggu ini telah membuatkan hubungan silaturrahim antara para para guru pelatih yang melakukan SBE di sekolah yang sama semakin rapat. Peluang untuk berada di sekolah sebagai seorang bakal guru memberikan satu pengalaman yang berlainan dalam diri saya. Saya mula lebih mengenali sikap dan sahsiah rakan-rakan dan cara pengajaran pensyarah dan hal ini sekaligus mengukuhkan hubungan dua hala kami. Tambahan pula, pengalaman berinteraksi bersama pihak sekolah dan rakan-rakan guru pelatih bagi melaksanakan tugasan SBE ini membolehkan saya memperbaiki dan meningkatkan cara saya berkomunikasi. Selain itu, tunjuk ajar yang diberikan oleh para guru

dan pihak pentadbir sekolah dalam proses menyiapkan tugasan SBE ini membolehkan saya memperbaiki kelemahan dan kekhilafan yang terdapat pada diri saya. Secara keseluruhannya, tugasan SBE yang dijalankan di sekolah yang dipilih ini telah memberikan banyak faedah kepada saya terutamanya dalam mengetahui teknik, strategi, pendekatan yang bersesuaian dalam menerapkan ilmu pendidikan moral dalam diri para pelajar. Pengalaman ini mengajar saya dan memberikan insipirasi kepada saya untuk berazam menjadi seorang guru yang bakal mendidik dan mengimbangkan perkembangan moral para pelajar. Ini membuatkan saya lebih mencintai profesion yang mulia ini serta menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan sanggup berkorban demi agama, bangsa dan negara.

10

You might also like